Salam & good day to all cikjah!
Amacam raya? Best??
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama kami tak bual-bual kat sini. Today kami nak share resepi smoothies mudah, lazat dan sihat berkhasiat. Ini adalah antara bekal favourite kami sehari-hari ke tempat kerja. Kalo tak sempat atau malas lunch kami minum nie saja. Kenyang!


Tak perlu pusing-pusing. Guna apa saja yang ada di dalam peti sejuk atau di rumah. Antara bahan kegemaran kami ialah carrot, mangga masak, timun jepun, yogurt, madu and a pinch of salt. 
Kalo nak tambah pisang pun boleh. Tapi untuk makluman cikjah, pisang dan mangga adalah agen pemekat. Kalo boleh gunakan salah satu saja. Kalo nak campur dua bahan ini, pastikan dalam kuantiti sederhana. Nanti terlajak pekat plak...hehee

Bahan yang digunakan akan menentukan samada it is a healthy smoothies or a bad one. Be careful!


Selain itu boleh juga gunakan sayuran seperti basil, pegaga, pelbagai salad dan sebagainya. Enak!
Jangan lupa tambahkan sesudu kecil Chia Seed or Flexseed. Ianya sangat baik untuk kesihatan dan Chia Seed berupaya membuatkan cikjah rasa kenyang dalam tempoh yang lama.



Bahan-bahan mesti lah di potong kecil supaya mudah kerja-kerja mengisar. Kami gunakan pengisar Blend & Go.  Mudah dan pantas sekali.

Campurkan semua bahan. Kami Menggunakan kaedah 50% madu + 50% gula atau 50% madu + 50% kurma. Fuhh!!! yummy!


Masukkan air sejuk. Jika suka boleh tambah beberapa ketul ais kiub.
Boleh juga gantikan air sejuk dengan susu atau jus buahan.

Nota: Jika menggunakan jus buahan, omit sugar/madu kerana jus sudah manis and remember that fruit juice contains lots of sugar! No good okay...Wink!


Kisar hingga halus. 


Siap! Tutup dengan penutup dan terus ke pejabat. 


Atau, kita minum dulu!