Dah 18 hari kita berpuasa. Rasa macam sat ja kan? Seperti biasa setiap tahun kami memang tak pi bazar Ramadhan. Malas rasanya nak pi bazar Ramadhan di sekitar KL nie. Memang ada 2-3 yang best dan makanan berkualiti walopun harga mahai tapi yang banyaknya bazar yang sekadar berniaga mengaut keuntungan semata-mata. Makanan tak sedap, kualiti tak bagus dan harga melampau. Roti John RM5??!!! Pakai daging kuda ka sampai 5 hengget?? Ayaq tebu dari batang tebu yang digelek 10 kali sampai warna pun dah x nampak gelap sebab kandungan gula dan serat jus berkurangan pun sanggup depa jual sampai RM5??!! Owh my!! Smoga Allah memberkati rezeki depa di bulan Ramadhan ini. Harap-harapnya tak ada lah apa-apa musibah berlaku kepada peniaga yang macam ini...nauzubillah.
Solutionnya, kami selesa dan gembira masak sendiri di rumah.
Solutionnya, kami selesa dan gembira masak sendiri di rumah.
Sepanjang puasa nie, baru sekali iftar dengan nasi. Selebihnya kami lebih kepada menu western dan tempatan yang ringkas. Maklumlah, sampai rumah dah pukul 5pm. Merempit di dapur masak mana yang sempat saja. Janji lazat dan sihat! Tapi baru-baru nie kami balik kampung cuti 4 hari, hari-hari iftar makan nasi. Erkk!! Lauk kekanda masak sumer lazat-lazat. Pegi bazar Ramadhan hari-hari sebab bazar Ramadhan di kampung jauh bedanya dengan di bandar. Makanan sumer sedap-sedap dan harga murah!
Untuk stok protein bulan puasa kami dah siap-siap marinate ayam dengan bumbu dan dibungkus mengikut hari. Simpan di tempat beku di dalam fridge. Sebelum kluar kerja, kami letakkan ayam di bahagian sejuk biasa di dalam peti ais. Balik rumah, ayam dah completely thaw. Panaskan oven terus grill ayam. Sangat senang! Sambil-sambil tu siapkanlah side dishes yang ada karbohidrat sket untuk tenaga.
Grilled yogurt chicken with mashed potato and pumpkin soup |
Kalo on weekend, bleh merempit di dapur lama sket...hahaa
Kami buat cucoq kegemaran kami. Cucur jawa ataupun cucur topi.
First time buat nie. Kalo nak goreng waktu berbuka, cikjah kena siapkan batter cucoq nie pada sebelah pagi sebab batter perlu direhatkan at least 4-5 jam. Seelokkan semalamam. Baru jadi cantik.
Walopun cucur topi tapi tak topi sangat namun rasa meletop! |
Seperti biasa juga, saban tahun kami seperti ikat kontrak dengan aunty jiran sebelah rumah. Hampir setiap hari dapat juadah dari aunty. Alhamdulillah. Kadang-kadang kami tak perlu masak pun sebab juadah dari aunty dah cukup. Thank you!
Hari pertama puasa, kami masak laksa lemak Kedah marbeless. Kami balas pinggan aunty.
Owh! Ini terbaik!!
Cucoq udang kuah kacang. Sedap plak kami masak coq udang nie...weehooo
Bila dah siap masak, masuk basket and ready nak pi deliver kat rumah jiran. Rumah kakak aunty jauh sket. Kena naik keta lebih kurang 5 minit. Tak kesah pun sebab bila mengenangkan hari-hari kakak aunty titipkan kami makanan untuk iftar walhal kami bukannya jiran beliau pun.
Ready to deliver: Mee kuah |
Ready to deliver: Ikan bakar cecah ayaq asam |
Ready to deliver: Kerabu tembikai dan daging goreng bersama garlic sprout |
Antara juadah berbuka yang dititipkan oleh aunty dan kekandanya untuk kami sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah. Thank you!
Selamat berbuka cikjah. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kita lebih keberkatan. Bye!