Salam Ramadhan cikjah!
Smoga bulan yang mulia ini memberi kita sumer keberkatan dan meningkatkan ketaqwaan kita pada Allah. Amin.
Seminggu sebelum posa, kami bercuti ke Langkawi selama seminggu. Yes cikjah, 7 hari 6 malam. Amboi cikjjah, macam lar Langkawi tu jauh sangat sampai nak dok lama-lama kan. Aiceh! Sebenarnya, initial plan kami was to go to Koh Lipe dari Langkawi. Tapi bila difikir dan ditimbang tara, a few weeks before the trip kami decided to stay kat Langkawi jar selama seminggu tu. Ambillah peluang berehat selama seminggu tu sepuas-puasnya sebab sebelum bercuti serabut betoi keadaan di office. Kerja menimbun-nimbun dan mengejar date line. Hinggakan kami hampir-hampir nak cancel trip nie sebab banyak sangat kerja kat opis. Disebabkan date line tu bertindih dengan trip Langkawi nie, kami tak sampai hati nak apply cuti kat Mr Boss. Lagi 3 hari sebelum fly dan 80% kerja telah kami siapkan, baru kami apply cuti. Mengadap Mr Boss dengan penuh redha. Mr Boss plak nak pi London 2 weeks. So kami takdak, Mr Boss pun takdak...alahai...kerja sapa nak cover ekk?
Kalo dapat, dapatlah, kalo tak dapat, nak buat macam mana kan...
Alhamdulillah, cuti approved. Yeyy!!! I've done my part. Balance kerja 20% tu adalah part auditor.
Tapi kami dalam stand by mode sepanjang percutian. Bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. E-mail sent to everyone saying that although kami cuti, I'm reachable at any time. [Fuhyo! pekerja terbaik lar...Ahaks!]
Petang di KLIA2 |
Masa kecik dulu, banyak kali betoi dok pi Langkawi. Apa kelass orang Kedah tapi tak penah pi Langkawi kan. Kali terakhir pi Langkawi was on 1999 masa buat final project. Tudia! lamanya. Kalo tanam pokok pelam, dah 10 kali kot dapat makan buah...hahaaa
Sebenarnya mungkin sebab dah besa pi Langkawi banyak kali dan faktor jarak yang dekat, maka kami tak rasa membuak-buak sangat keinginan untuk ke Langkawi lagi. Lagipun, ada apa kat Langkawi tu? Riuh rendah kakyam beli pinggan mangkuk arcopal ngan cekelat jar kan? heheee
Perjalanan kami bermula dari KLIA2. Ingatkan tak ramai atas flight sebab cuti skolah dah abes, rupanya ramai jugak kakyam pakat bawa keluarga dan anak-anak pi Langkawi. Yang lawaknya, sebaik duduk dan pakai tali pinggang dalam flight, tudia! bunyi snap phone camera sana sini. Pakat pulun amik gambaq atas flight...nak hupdate lar tu...owh my!
Syukur Alhamdulillah pilihan tempat penginapan kami adalah sangat sangat sangat tepat dan best meletop like best gilerrr. Kami memilih tinggal di kawasan Ulu Melaka. Kawasan kampung piang yang sangat indah, hijau, tenang, sunyi dan damai. Ada jugak kami survey resorts dan hotel di tepian pantai dan Pekan Kuah, tapi macam tak best jar di mata kami. Ada yang murah, terlalu murah, mahai dan terlalu mahai. Tapi terus terang percutian di Langkawi ini bukanlah berkonsepkan percutian pantai. Salah kami sebab sudah terbiasa dengan pantai-pantai cantik di sekitar pulau di Pantai Timur Malaysia dan Thailand yang jernih kebiruan dengan hamparan pasir putih mulus. Jadi, pantai di Langkawi nampak macam biasa-biasa saja [pada kami]. Maka, holiday nie takdak aktiviti mandi pantai, naik bot, island hoping dan sebagainya. Enough of sun tanned. Kami sudah hangit.
Welcome to Fox Hill Langkawi. Fox Hill terletak di Kampung Teluk, Ulu Melaka. Kira-kira 15 minit memandu dari Pekan Kuah dan 15 minit memandu dari Pantai Cenang. Ianya terletak di tengah-tengah Langkawi. Lokasi sangat strategik namun cikjah must have a transport to move around. Cikjah bleh request airport transfer dari resort at RM20/way. Murah berbanding teksi tempatan. Teksi kat Langkawi mahai giless. Kalo cikjah datang ramai-ramai untung lar sebab bleh share tambang. Kalo seorang atau berdua, koyak poket...hahaa
Resort ini berhampiran dengan Makam Mahsuri. Hanya 5 minit perjalanan.
Jalan masuk ke Fox Hill |
Dikelilingi oleh rimba hijau yang menyegarkan mata memandang, sawah padi yang terhampar luas dan suasana kampung yang harmoni membuatkan kami berasa cukup teruja. Sangat sangat teruja. Berada di Ulu Melaka seperti berada di Ubud, Bali. keterujaan kami tak dapat digambarkan. Happy!!!
Tidak terdapat banyak resort di Ulu Melaka dan kawasan sekitar dan tiada sebarang bentuk hiburan. Keadaan di sini sangat sunyi dan sepi. Jarang-jarang sekali melihat kenderaan di atas jalan raya yang lebar dan bersih itu. Di sini terdapat beberapa bungalow milik foreigners. Sama seperti Ubud. Fox Hill ini juga berjiran dengan Sunset Valley Resort. Tak jauh pun dalam 1km jar. Sunset Valley ialah lokasi penggambaran rumah Haris dalam Ombak Rindu. Mulanya kami bercadang tinggal di Sunset Valley, tapi mungkin rezeki kami di Fox Hill. InsyaAllah, next trip bleh kami stay di Sunset Valley plak. I've been there and it is a nice place too.
Di sini hanya terdapat 6 rumah tradisional melayu. Dimiliki oleh Aunty Maria yang sangat friendly dan diuruskan bersama-sama Chef Zaid yang tangkas dalam segala hal.
Kami memilih Tree Top house. Yeeehaa!!!
Pengalaman yang menarik. Namun,kalo cikjah datang ramai-ramai satu bas, tak muat dok sini, kena dok rumah lain lah...hehee
Tree Top terletak bersebelah kebun getah. Siang dan malam memang sejuk.
Nyaman sekali |
Dari tree top boleh lihat sunset dan gunung cable car. Kalo cuaca baik, akan kelihatan cable car sedang turun naik gunung dari kejauhan.
Sungguhpun treetop ini kecil dan selesa dihuni oleh 1-2 dewasa, namun ia sangat lengkap. Gel cuci tangan Dettol disediakan di sinki di dalam tree top. Pegi resort RM800/night pun takdak okey.
Tingginya!
Apa jua keperluan asas untuk sesebuah bilik hotel, sumernya ada di sini. Malah lebih dari itu. Ada pelbagai pilihan english novels. Suka! ada torch light, ubat nyamuk lingkar dan elektrik, ada adapter tempatan dan lain-lain. Paling respect ada air freshener. Cukup teliti.
Tersedia pinggan mangkuk, gelas, sudu dan kelengkapan untuk makan. 2 tuala mandi,2 tuala pool dan 4 tuala muka, 2 selimut extra, sejadah. Perfect.
Tersedia mini fridge, TV dan DVD player. Namun tiada siaran TV. Malam-malam tengok DVD dan pasang CD gamelan Bali saja. Ahhh! best sangat.
Air masak disediakan di dalam jag setiap kali urusan kemas bilik.
Tidur di tree top sangat selesa. Rasa macam tidoq di rumah tok kat kampung. Letak kepala terus lena. Memang pengalaman indah. Sekali sekala dikejutkan oleh bunyi unggas di hutan. Malam pertama suspenn jugak sebab tengah-tengah malam bunyi hewan lompat-lompat atas bumbung. Rupanya tupai dan monyet. Malam-malam seterusnya tak sempat mimpi sebab tidoq nyenyak sangat.
Kerana namanya Tree Top, maka tiada ruang untuk bilik air di atas pokok...hahaa
Bilik air tersedia luas dan bersih di bahagian bawah. Hot water available. Shower best giles. Amenities di dalam bilik air agak mewah pada kami. Shampu Pentene with conditioner botol besar dan gel mandian Dettol botol besar okay.
Kalo malam, kami kena plan betul-betul kalo nak ke bilik air. Kalo pukul 2, 3 pagi nak pipi takut jugak nak turun pegi bilik air...hahaa
Tapi takdak apa pun, imaginasi saja sebab memang dasar penakut.
Di sekeliling resort penuh dengan pelbagai pokok. Antaranya pokok jangguih. Wah! petik sket buat ulam.
Cer cikjah abaq mai sat, rasa apa bila tengok gambaq kami yang awesome nie? Awas! cikjah, sekarang bulan posa...hahaaa
Kami bungkus lauk gulai ikan, sambal petai dan udang, ulam dan sambal belacan makan kat balcony tree top. Owhhhlalaaa. Terbaik!
Tidak digalakkan makan di dalam bilik - khuatir bau makanan mahupun sisa makanan menarik unggas di hutan. Namun, kalo makan, sila pastikan kebersihan terjaga. Selepas makan sila basuh pinggan mangkuk sendiri [alatan membasuh disediakan]. Sisa makanan di bungkus kemas dan buang di dalam tong sampah. Sampah kami ikat dan buang kat tong besar tepi jalan nun...hahaaa
Ingat cikjah, prinsip kita ialah jaga adab dan kebersihan sepanjang masa.
Kebetulan ketika kami berada di Langkawi pada June 2014, ia adalah musim buah-buahan tempatan. Memang siok giless. Kami dibawa ke satu dusun buahan milik persendirian dengan bayaran minima. Makanlan sepuas hati. Nanti kami citer kat entry yang lain okay. Tak puas makan, kami bungkus plak buah rambutan dan durian bawa balik resort...hahaa
Swimming pool di Fox Hill. Memang best ahh...fenat ronda-ronda naik motor dalam cuaca panas terik, balik petang mandi pool. Nyaman!
Gazebo berhampiran swimming pool |
Selain Treetop, Fox Hill mempunyai 5 lagi rumah kampung yang sangat unik. Ini adalah rumah Amin.
Rumah-rumah di sini dinamakan sempena nama anak-anak Aunty Maria. So sweet.
Suasana desa begitu ketara di sini. Sunyi, damai dan tenang sekali. Kami berasa sungguh selesa dan gembira!
Rumah Suria. Terletak berhampiran pintu masuk resort. |
Rumah Arfah [sempena nama Aunty Maria]. Juga terletak berhampiran pintu masuk resort. Rumah ini sesuai untuk OKU dan warga emas. Selesa sekali. Ada TV dan astro. |
Fox Hill juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta. Terdapat a few cars untuk dijadikan pilihan. Namun, kami lebih selesa memilih motor sebab lebih mudah dan lebih feel untuk kami teroka kawasan sekitar yang hebat ini. Jika cikjah datang bekeluarga, mungkin kereta adalah pilihan terbaik.
Ini adalah Rumah Makan. Sarapan akan disediakan di sini setiap hari. Pakej penginapan hanya termasuk sarapan pagi. Namun, lunch dan dinner boleh disediakan oleh Chef Zaid di atas permintaan dengan bayaran minima.
Sarapan pagi di sini adalah sederhana sahaja namun cukup, sedap dan mengenyangkan. Menu berubah-ubah setiap hari.
Antara menu sarapan pagi kami. Roti canai yang sangat lazat! Shumpah lazat. Roti canai melayu dengan kuah yang sangat lazat. Mengikut pengamatan kami, nasi lemak bukanlah makanan atau snek yang mudah dicari di Langkawi. Tak seperti di KL. Sumer kedai dan setiap sudut ada nasi lemak. Nak jumpa orang jual nasi lemak tepi jalan pun susah. Agak pelik sebab nasi lemak yang dihidangkan ini berkuah kari dan bukan sambal seperti kebiasaan.
Oleh kerana hanya sarapan pagi termasuk di dalam pakej, maka kami kena pandai-pandai cari sumber makanan...hahaa
Sebab tu agak penting untuk cikjah mempunyai transport jika menginap di sini. Namun, jangan risau. Masih terdapat pilihan. Cikjah masih boleh minta pihak resort sediakan makanan dengan bayaran minima. Jika ikut cara kami, kami vroom ke sana sini dengan motor. Sumer pasar malam sekitar Langkawi kami pegi. Memang best giles! Kami packed makanan dan balik makan di resort. Huh! memang pengalaman terbaik. Di Fox Hill, tetamu digalakkan makan di Rumah Makan. Semua kelengkapan ada di sini. Malah, jika nak masak sendiri pun boleh. Hebatkan!
Sate sedap, bihun sup sedap, cucur udang kuah kacang sedap! |
Lepas makan, jangan lupa kemas dan basuh pinggan okay...hahaa
Di sini, kami berasa seperti di rumah sendiri. Selesa. Kalo takmo kemas, jangan lupa bawa bibik sendiri datang sini.
Di atas Rumah Makan, terdapat ruang menonton TV dan bercanda ria. Kalo malam-malam atau bila-bila saja terasa nak tengok TV, datang lar ke Rumah makan.
Ada library. Macam-macam english novel ada di sini. Best!
Fox Hill is a cat friendly resort. Alorr lorr lorrr...tomeinya dia!
Ini antara a few resident cats yang ada di sini. Cats come and go. Smoga murah rezeki kepada sesiapa saja yang menjaga dan menjamu makan kucing-kucing terbiar. Amin.
Kiri: Oren
Kanan: Meme
Kucing-kucing di sini sangat friendly. Oren ikut balik bilik. Bukan main dia! tidoqq tak sedaq abaq atas katil dalam bilik aircond...hahaaa
Ini Ah May. Kucing paling gojes di Fox Hill. Malu-malu kucing and a bit eksen. Lepas kami jamu makan sate ayam dua cucuk, terus jadi kawan....hahaa
Ah May menguap tak tutup mulut. Aaumm!
Meme posing manja
Ini plak Princess. Kucing Aunty Maria. Memang diva abes nie. Jarang-jarang skali nampak Princess turun jalan-jalan kat kawasan bawah resort. Princess setia menemani tuannya nun di atas bukit.
Jalan raya di sekitar Fox Hill |
My favourite! Jarang-jarang sekali kelihatan kenderaan di atas jalan raya. |
Well cikjah, inilah coretan kami pasal percutian menarik di Fox Hill, Langkawi. Keseluruhannya kami sangat berpuas hati and will always remember this holiday. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan ke sini lagi. Aunty Maria did promise me something yaww! WeeEeee....heheee
Till then, more stories about Langkawi in the next entries, insyaAllah.