.

.

May 30, 2014


Wahh! dah kluar buah dan dah besaq dah pun pokok terung tukang kebun. Happy!
Tetapi sebelum mencapai tahap macam nie, tukang kebun kena berperang dengan geng semut hitam dan bena putih [aphids] so many times! Geng semut hitam dok qabat pokok terung nie sebab dok makan bena putih sampai pokok terung jadi kuyuss.


Cara rawatan bena putih tu tukang kebun guna kaedah semburan DIY. Hari tu tukang kebun ada buat jeruk bunga kobis dan jeruk cilipadi. Bila bunga kobis dan cili padi abes dimakan, tukang kebun ambil air jeruk [campuran cuka + gula] campur 1tsp minyak masak dan beberapa titis sabun sunlight. Masukkan dalam botol spray dan kocak mesra. Pastu tukang kebun spray pada pokok. Kena ulang spray setiap 2, 3 hari sekali sampai bena putih tu hilang.

Alhamdulillah berkesan!



Mulanya takut plak nak spray sebab takut bunga dan buah yang baru berputik gugur sebab tak tahan asid cuka tapi takdak apa-apa berlaku. Some people buat semburan DIY tu macam resepi tukang kebun tapi tak berkesan. Agaknya bena putih tu jenis yang degil dan ketegaq kot. Kalo tak jalan jugak, tukang kebun ada baca boleh tambahkan sedikit lada hitam bagi pedas. Haa! insyaAllah berkesan.


Sekarang nie tukang kebung agak confuse. Masih blum dapat dikenal pasti spesis terung apakah ini. Biji benih kata Terung Sarawak atau Terung Dayak / Terung Asam. Tapi entah lar, tak macam pun. Saiz buah semakin membesar dan sekarang nie lebih besar dari saiz buah tomato. Tukang kebun pernah tengok buah Terung Asam dan saiz-nya cuma sebesar duit 5kupang lama. Mungkinkah terung asam nie terlebih berat badan hingga demok gedempoll? hahaaa
Kalo terung bulat purple tu awat warna dia hijau plak kan...entah lar. Tukang kebun tunggu dan lihat saja lah.


Ini pula generasi ke-2 pokok bunga Pukul Empat hasil dari cambahan biji benih. Sudah mula berbunga sekarang. Comei loteii bunga Pukul Empat nie. Warna pink-nya sungguh mempersona.



May 28, 2014


Jom cikjah kita pi Hawaii!
Pakai baju bunga-bunga dengan topi besaq sambil minum ayaq nyioq tepi pantai. Lalaalaaa! 


Eeeeerrrk....tapi, lupakanlah, jom kukuq nyioq kat dapoq jar lah...hahaaa
Menu dinner kami ini sangat mudah. Sampai rumah, terus persiapkan ayam dan sos. While ayam tengah masak di dalam oven, sambunglah mempersiapkan diri dan keluarga, mandi, solat Maghrib, baca Quran, tengok henpon...Tinggg!! ayam dah masak. Dinner is served everyone!


Bahan:

2-4 ketul ayam 
1 biji nenas [potong bulat]
3tbsp butter
1tbsp minyak zaiton
3tbsp sos tomato
2.5tbsp gula perang
1.5tbsp sos soya
1tbsp jus lemon/lime
1tbsp tepung jagung
2tbsp cuka makan
Garam
Serbuk lada hitam 
3-4tbsp air 


Cara:

  1. Di dalam pan cairkan butter bersama minyak zaitun.
  2. Masukkan gula perang dan sos tomato. Kacau hingga gula cair. Masukkan air mengikut keperluan jika ingin sedikit berkuah.
  3. Gaul mesra tepung jagung dengan cuka dan masukkan ke dalam pan bersama sos soya, garam dan lada hitam. Kacau mesra. Kuah akan menjadi sedikit pekat.
  4. Masukkan hirisan nenas. Masak selama 3 minit dan tutup api.
  5. Susun ayam dan nenas di dalam baking tray dan tuang sos ke atas ayam. Bakar pada suhu 190C selama 45 minit atau sehingga ayam masak. Siramkan ayam dengan sos sekali sekala untuk warna yang cantik. Siap!


Sungguh mudah dan enak sekali rasanya. Sinonim dengan Hawaii dan kesegaran tropika, hidangkan bersama salsa.


Bahan Salsa:
1 biji timun jepun
1 biji bawang besar
2 biji tomato merah [buang biji]
1/2 biji cili merah [buang biji]
Garam
Gula
2-3tbsp jus lemon

Nota: Juga boleh gunakan capsicum, mangga masak, daun ketumbar jika suka.

Cara:
Sayuran dihiris dadu sekata dan digaulkan bersama sedikit garam, gula dan jus lemon. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.




May 26, 2014


Jom cikjah!
Jom masuk dapur....hahaaa
Jom kita masak dan makan di rumah seperti berada di Indonesia. Sungguh enak dan lazat masakan Ayam Kalio yang mengikut sumber bahan bacaan mengatakan ia berasal dari Sumatera ini.

Ayam Kalio sebenarnya hampir sama seperti Rendang. Namun tempoh memasaknya tidak lama dan berkuah seperti gulai. Jika dimasak lebih lama dan menjadi kering, nescaya Rendang lah ia.

Daun limau purut dan daun kesum dari kebun dapur kami

Bahan-bahan:
Ayam [sebelah]
Nenas
Santan [1 biji kelapa]
4 biji cili merah* [buang biji]
7 cili padi*
2 tbsp cili kering kisar [atau 7 tangkai cili kering yang dibuang biji dan direndam air panas]*
4 biji buah keras*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
1.5cm kunyit hidup [untuk warna kuah yang cantik]*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 keping asam gelugor
3 keping daun limau purut
Sedikit daun kesum/daun kunyit [optional]
Garam
Gula


Cara:



  1. Ayam dibersih dan digoreng secara 'pan-seared' sekitar 5 minit each side. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar semua bahan*.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  4. Masukkan santan dan asam gelugor dan masak hingga mendidih manja.
  5. Masukkan ayam. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan hirisan nenas, daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga ayam empuk dan kuah sedikit kental. Siap.


Seriously sajian ini sangat lazat dan membuka selera. Bau ketika kuah sedang mendidih tak ubah seperti berada di restoran Padang. Kami pasti ia akan memberi kelainan sajian di meja makan cikjah.

Hidangan ini agak pedas pada mulanya kerana penggunaan cili merah dan cili padi. Namun jika pandai mengimbangkan rasa, cikjah akan dapat suatu sajian yang ada pedas dari cili, masam dari asam gelugor, manis dari nenas dan wangi dari daun limau purut, lengkuas dan serai. Sempurna sekali.



Happy cooking!


May 23, 2014

The astounding Pulau Rawa beach at Pulau Perhentian.  

As promised, my story of beautiful places around the magnificient Perhentian Island.
Seriously I am not a fan of snorkeling. The reason is tak sanggup kehangitan di tengah laut yang hangat lit-lit. Ahaks!

Hence, my package kat PIR tu was free and easy jar. However, perkara utama yang kami nak buat sebaik tiba di Perhentian ini ialah a trip to Pulau Rawa. Yes! Pulau Rawa. Tapi bukan Pulau Rawa yang kat Johor tu. Pulau Rawa nie terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan speed boat dari Perhentian Besar atau Kecil. Pulau kecil tanpa penghuni mahupun resort ini sangat sangat sangat cantik dan bersih. Terumbu karang di sini pun maha hebat! Tak semua package snorkeling mempunyai destinasi Pulau Rawa. Kami ke sini dengan harga RM50/person. Malangnya bila kami check dengan Dive and Sport centre PIR katanya buat masa ini depa tidak mempunyai package ke Pulau Rawa. Maka kami pun tanya bro water taxi depan PIR. Kecek-kecekk harga memang tak dapat diskon. Fixed RM50. Okay set! Pukul 10am kami bertolak. Yey-Yeyy!!
[Bila kami ke Long Beach, kami nampak harga package ke Pulau Rawa published di sana ialah RM65]

Leaving the PIR jetty to Rawa beach.
Most of boat trips bermula seawal 10am kerana ia adalah waktu air tenang 

Sebenarnya, selepas 15 minit boat ride meninggalkan Perhentian Besar, kami sedikit cuak. Cuak sebab bot sangat laju melambung-lambung, pastu ayaq laut yang tadi jernih kebiruan sudah bertukar menjadi biru kehitaman and a bit choppy. Dalam sangat lar tu maksudnya. Hanya 1, 2 bot kecil yang kami nampak di kawasan sekitar. Risau jugak. Fikiran melayang ke Lautan Hindi dan Permaisuri Udara MH370. Al-Fatihah.


Owh my! my boatman muda belia. Bawa bot memang giles rempitt macam James Bond dalam Casino Royale...hahaa
Kami tiba di Rawa beach. SubhanAllah! cantiknya. Paling teruja takdak orang. Hanya ada a couple of Middle Eastern baru sampai. So nice of the husband sebab offered himself untuk amik gambar kami. Siap bagi tips nak posing di mana dan dari angle mana. Turned out the photos were stunning! Thanks. In return, kami pun tolong amik gambar depa berdua.


Pasir di sini sangat lembut dan halus


My boatman Apie, siap bawakan roti untuk jamu ikan. Betul-betul di gigi pantai, ikan berlumba-lumba datang.




Apie cakap, "Ha! cepat lar turun tengok ikan. Buat gapo tepi pantai"
Hahahaaa...Apie tak taw kami sebenarnya bukan nak snorkeling sangat. Kami nak naik bot laju pastu main-main pantai jar...hahaaa
Tapi Apie ajak jugak, ishhh...hati bergelora. Tak tahan sebab tengok ayaq kat sini clear bersih gilerrr. A few steps away from beach dah bleh nampak coral. Owh my! Terus kami amik snorkle and follow Apie. Uh! I was snorkeling. Yes....redho jar lah. Tadi dah pakai sunscreen SPF50. Ahaks!


Snorkeling sambil berpimpinan tangan dengan Apie di Laut China Selatan. Aww!
Gayat cikjah! Takut tenggelam walapon pakai life jacket. Hahaa...nonsense.
Bukannya first time snorkeling pun, tapi entah, kami rasa tak confident walopun ala-ala pandai jugak lar berenang cuma bila tengok laut lepas luas macam tu jadi takut. Cantik sekali panorama di bawah laut di sini. Ngek! apsal tak bawa waterproof iphone case! Apie ada juga offer kalo nak sewa underwater camera RM100 but kami takmo sebab kami memang taknak snorkeling. Tapi bila dah sampai Rawa beach lain plak jadinya. Di sini kami tengok ikan kepala besar. Besaqqq cikjah! Besaq gilerr. Saiz budak 3-4 tahun. Ada dalam 5-6 ekor.




Hampir 1 jam kami di sini, kami begerak ke destinasi seterusnya, Pulau Tukung Burung. Di sini banyak burung sedang berehat di sekitar pantai dan atas batu.  Apie stop boat kat tengah laut. Nah! terjun ko ke dalam laut. Silakan.

Kami pun gedebbushh terjun. Yey! Dah tak payah nak pimpin tangan dengan Apie. I've got my confident. Nampak macam cangkat tapi sebenarnya air dia dalam woo...
Di sini kami tengok baby sharks. Kelihatan 4-5 ekor baby sharks sedang main-main riang di dasar laut.


Next kami ke Seringgi island. Apie stop bot di tengah lautan. Skali lagi terjun bergaya. Cantiknya Taman Laut Malaysia nie. Macam-macam ada.


Dari atas bot pun dah nampak ikan tengah lompat-lompat di bawah laut sana.

Apie dalam usaha untuk menaikkan seekor penyu.

Dua jam sudah berlalu, hitam meqelitt toksah dok abaq lar. Hangit!
Kami pun pulang ke PIR.  Sebelum sampai jeti, kami cakap kat Apie nak tengok turtle. Apie pun stop kat tengah laut depan PIR. Di sini memang tempat tengok turtle.
Memang rezeki kami, sebaik tiba, ada boatman lain dok jerit "penyu nak naik". Wah! kami pun cepat-cepat terjun ke dalam laut. Yes! a big beautiful turtle tengah swimming naik ke permukaan laut. Dah jemu kot dia dok kat bawah tu. Kami frust sebab takdan nak pegang. Ramai sangat orang waktu tu. Penyu tejut terus menyelam ke bawah semula...hahaa
Tapi rasa happy sebab dapat tengok turtle live depan mata.


A few minutes after that, Apie cakap ada satu lagi penyu kat bawah. Terus Apie menyelam turun dan cuba menaikkan penyu tersebut. Tapi penyu takmo naik. Penyu cakap hangat kat atas tu nanti sunburn.

Apie dan penyu

It's a turtle!
Wah! Hebat sekali snorkeling trip kami. Teruja dan gembira tak terkata. 

Long Beach di Perhentian Kecil

The next day kami ke Long Beach di Perhentian Kecil dengan water taxi. RM10/person/way.


First impression, wow! jernihnya ayaq kat sini tapi pantainya kurang landai. Beberapa depa dari pantai dah agak dalam.


Di sini banyak pilihan gerai makan, budget resorts dan agak meriah pada waktu malam sebab ada night life, bars and fire show! Backpackers selalunya tertumpu di sini.

Cikjah boleh ke sini dari Perhentian Besar tak kira masa asalkan cuaca elok. Nak datang malam pun boleh. Tapi tambang bot selepas 7pm adalah dua kali ganda. But, kami agak seram nak naik speed boat membelah badai lautan dalam kelam malam. No thank you.
Kebetulan ketika kami berada di Perhentian, it was a full moon. So kat Long Beach ada ala-ala Fullmoon Party. Aww!


Personally, mandi di pantai Long Beach tak best sebab sepanjang pantai penuh dengan deretan speed bot. Tak selesa. Lagipun keadaan pantai agak kecoh  dengan pelbagai aktiviti. Water taxi come and go hampir setiap masa. Perhentian Kecil bukanlah pilihan kami.

Senario sekitar Long Beach, Perhentian Kecil

Dari pengamatan kami, keadaan pantai di sini tidak boleh dikategorikan sebagai bersih kerana banyak sampah di di buang atau dilonggokkan di tepian pasir berhampiran hutan di sekitar pantai. Some resorts dari pandangan luar nampak macam kurang selera dan kurang bersih.

Kami berharap sekiranya cikjah ingin ke sini, silalah jaga kebersihan. Jangan buang sampah di merata tempat. Peliharalah keindahan alam kita - thanks!


Di sini terdapat a quite nice modern resort - Bubu Long Beach Resort. Resort nampak bersih dan ada kelas-nya tersendiri. Kami hampir menginap di sini namun tak jadi sebab PIR menang kerana pantai-nya lagi cantik dan best. Owh yeahh!

Giant fish for resort's kitchen
Ketika kami di sini, pekerja-pekerja Bubu Resort sedang memunggahkan stok makanan baru sampai dari bot untuk di bawa masuk ke kitchen. But I was impressed sebab segala kerja dijalankan tanpa suara. Tiada tetamu resort yang terganggu dengan kerja-kerja pemunggahan barang walopun betul-betul di depan resort. Itu lar namanya privacy.


Kami juga ke Fishing Village dengan water taxi RM10/person/way. Di sinilah terletaknya perkampungan masyarakat tempatan yang rata-rata adalah nelayan. Terdapat sekolah, klinik, balai polis, balai bomba, kedai dan sebagainya. Tersergam indah sebuah masjid yang besar dan cantik di tepi laut. Namun tiada resort di sini.


Kami ke sini sebab nak makan-makan cara local. Jemu dan tak lalu dah makan kat PIR. Kami mencari kerepok lekor!

Dapat kerepok lekor dan ais kacang. Fuh! sedap. Juga ada kedai makcik jual nasi lemak dan pelbagai makanan lain.

Bot-bot para nelayan

Pemandangan sekitar laut berhadapan Fishing Village


Cikjah nampak ikan banyak tu?  Geramm tengokkan?
Itu spesis ikan bilis berkulit keras. Tak dimakan. Depa suka main-main di bawah jeti.



Ada mini public library di sini. Congrats folk! A super good effort.

The books on loan


Kami kemudian berjalan-jalan di dalam sekitar kampung. Kami tanya orang kampung macam mana nak masuk ke dalam kampung and here we go! Penempatan di sini dibina sangat dekat antara satu sama lain. Muka bumi di sini agak berbukit. Namun kami salute sebab some houses banyak tanam pokok bunga walopun tanah terhad.


Jalannya berbukit. Kalo daki  lagi boleh sampai atas bukit di belakang kampung.

Haikal dan kawan-kawan yang baru pulang mengaji Muqaddam

Meet my island boyfriend, Haikal [the yellow shirt boy]. I met him here masa jalan-jalan dalam kampung. Sembang-sembang dan dia offer bawa kami jalan-jalan sekitar kampung dia. Nice friendly boy. Walopun baru darjah 2 tapi agak matang. Mungkin kehidupan pulau mengajar dia banyak perkara tentang kehidupan. Kami berdoa agar Haikal mengaji pandai dan dapat masuk Universiti dan jadi orang berjaya kelak. Amin.


Haikal bawa ke hujung kampung. Di sini katanya ada banyak corals.
Dia kutip corals yang cantik-cantik dan bagi kat kami. Owh sweet!


Bila kami tanya apa maksud papan tanda ini, terus Haikal explains dan siap tunjuk lokasi paip besar yang ada di dalam laut di tepi pantai.


Suasana perkampungan nelayan di sini agak bersih dan kelihatan aman dan damai.


Ketika kami di sini sudah hampir jam 6pm. Ramai para isteri nelayan keluar dan berkumpul di tepi pantai bersembang-sembang, membakar sampah dan sebagainya. Sekumpulan kanak-kanak pula sedang asyik mandi pantai dengan gembiranya. Demikianlah cara orang pulau bersosial.

Niat kami nak belanja Haikal makan aiskrim sebelum pulang ke PIR namun dia terlalu leka bermain dengan kawan-kawan yang kami jumpa sedang mandi pantai. I called him a few times tapi tak menyahut. Lantas kami biarkan Haikal di situ. Suka benar dia berjumpa dengan kawan-kawannya. Till we meet again boy! Thank you.


Di jeti Fishing Village, terdapat water taxi service.


Seronoknya kami berada di Pulau Perhentian. Tempatnya cantik dan mendamaikan. Pastinya kenangan indah tersemat di hati.


On the check out day, langit menangis. Hujan, ribut dan guruh serta kilat berdentam dentum seawal jam 9 pagi. Kata penduduk tempatan, dah lama tak hujan di sini, Alhamdulillah air turun membasahi bumi namun kami nebess, macam mana nak balik naik bot to main land dengan cuaca dasat sebegini? Erkkk!

Dua kali kami check dengan reception and I was told that boat berjalan mengikut jadual seperti biasa. Apa?? Angin bertiup kuat, ombak menghempas pantai sungguh menakutkan. Paras air di jeti sudah melimpahi paras normal. Namun ada jugak geng jakun tengah mandi laut terjeit-jerit dalam cuaca sedemikian. Seriously tengah hujan, guruh dan kilat. Sekurang-kurangnya depa ada memori mandi laut ketika hujan kan... Ahaks!

Awal-awal lagi kami dah minta plastik sampah hitam dari reception untuk bungkus luggage. Pengalaman kami 7 years ago sewaktu naik not pulang dari PIR ke Kuala Besut, ombak kuat tempess masuk bot dan abes luggage basah kena ayaq masin. Rosak zip luggage kami yang mahai itu.  Kos repair zip was RM80. Toink! Luggage lawa plak tu. Uh!

'Bungkusan' luggage dihantar oleh staff PIR ke jeti 

Nasib baik kali ini hanya 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak sahaja di dalam bot sewaktu perjalanan pulang. Selain driver bot, kami ditemani oleh 2 lagi pembantu bot sekiranya berlaku kecemasan. Angin agak kuat. Bot meluncur terhuyung hayang membelah badai yang agak keras dan besar sepanjang 40 minit perjalanan. Habis sumer basah lencun. Baju, jeans, kasut, luggage all kuyup. Soaking wet dengan ayaq laut yang masuk bot dan tempes ayaq hujan. Nasib baik luggage berbungkus and  I got my raincoat on, taklah teruk sangat. Sampai jeti ramai pakat tukar baju sebab basah lencun.

Perasaan kami ketika itu ialah takut tapi deep inside me I felt thrilled! Teruja!! Seriously excited. Maybe sebab adrenaline junkie kot kan. It was terrifying yet exciting. Suatu pengalaman yang sangat hebat. Alhamdulillah kami sumer selamat tiba di Jeti Kuala Besut. I thanked the boatman and puji kehandalan dia pandu dan kawal bot. Mengikut abang bot cuaca sedemikian adalah biasa. Errrkk! Agak agak luar biasa bagi kami though. Ceritanya lagi, dulu ada kes hujan ribut yang lagi dasat di mana sebaik bot selamat tiba di Kuala Besut, sumer mat saleh onboard teriak! Yes, teriak sebab takut, namun Alhamdulillah sumernya selamat. Jiwa laut, tiada siapa dapat menduga.


Sebaik berlabuh di jeti Kuala Besut kami terus dikerumuni oleh taxi drivers. After nego dapat satu taxi ke KB airport dan jalan-jalan sekitar KB siap tunggu 2-3 jam dengan harga RM100. Okaylah, kalo tak, takkan kami nak heret luggage sini sana while jalan-jalan sekitar KB.


Pakcik taxi tu over friendly and generous, dia siap bawa kami singgah di tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan dari Kuala Besut ke KB. Singgahan pertama ialah beli kepok lekor kat Tok Bali dan kemudian tengok giant Budha kat Bachok. Besaqnya!


Kemudian, dia bawa kami singgah di rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Very humble residential. Di depan dan keliling rumah TGNA ialah madrasah ataupun sekolah pusat pengajian tahfiz, agama dan sebagainya.


Singgahan utama kami ialah Pasar Siti Khadijah. Bukan nak beli apa-apa pun cuma nak amik gambar pasar yang femes tu.

Keadaan pasar taklah bersih sangat. Sesetengah area agak berbau. Interior pasar tampak baru. Cantik dinding pasar yang berwarna-warni.


Geram betul tengok sayuran kampung yang makcik-makcik di sini jual. Teruja!




Kami mencari hat nie! Beras nasi dagang. RM5/kg. Kami beli 8kg untuk buah tangan dan minta dibungkus dalam kotak.


Beras pulut hitam dan pulut susu pun ada. Macam-macam ada di sini.

Pelbagai bunga untuk set mandi bunga

Wangi!


Barang belian dibungkus kemas dalam kotak. Ada beras, kepok lekor and etc.

Kuih muih tradisional Kelantan

Lauk pauk yang dijual di Pasar Siti Khadijah
Nasi kerabu. 


Di sini kami mencari nasi dagang. Ada banyak kedai. Kami dah rambang mata. Makan di kedai kakak nie okay lar, tak sedap sangat. Biasa saja. Kondisi tempat makan di atas pasar pun tak bersih sangat. Tapi kami pejam mata sebab ini adalah kali pertama kami berada di Kelantan dan juga pertama kali menjejak kaki di Pasar Siti Khadijah. Lagipun jika ingin merasa pengalaman menjadi local kenalah acting dan makan seperti local. It was fine. Dah cuba sekali okaylah dah taw rasanya. Kalo ajak makan lagi...errrrr.... I think kenyang lagi...heheee


Hahh! Panjangnya betoi cikjah kena baca noo?  Demikianlah ceritera Pulau Perhentian yang best meletop dan jalan-jalan sekitar KB.

Sekarang kami susah hati. Rasa seperti takmo tengok cermin sebab tak sanggup menatap wajah dan kulit yang sungguh hangit. I need more cream gebu!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"