.

.

Sep 20, 2011



A Super  super super awesome awayday!
A must do activity while in Ubud !
A tremendously superb experience !
Spin !   Spin !  Spin !

Dah tak tau macam mana chek nak describe betapa best dan bestnya pegalaman  berbasikal across the countryside around Ubud.  Membelah terraces of rice fields ,  mengimbangi dua roda dengan resistance yang betul menyusuri batas - batas kecil sawah padi yang berbonggol dan berbiku - biku.  Sesekali merangkak - rangkak kayuhan menaikki cerun tinggi dan meluncur laju tanpa kayuhan menuruni cerun  di jalanraya utama. Wahh !  Cukup menguji kayuhan kerana berkongsi jalan bersama kenderaan besar yang lain seperti kereta, lori dan motor.  Pengendalian mountain bike harus cekap kerana jalan yang di lalui bersilih ganti antara jalanraya utama dan jalan - jalan  kampung yang kecil dan tidak berturap. Walaupun matahari terpacak di kepala dan panas terik namun badan tetap terasa nyaman dihembus bayu sejuk Ubud setiap kali mengayuh menyusuri sawah padi nan hijau dan sejuk mata memandang melihat air  jernih mengalir di parit - parit  kecil untuk kegunaan sawah padi di sepanjang jalan kampung. Sepanjang kayuhan tak lekang dengan sapaan orang - orang kampung dan kanak - kanak kecil yang berjalan kaki pulang dari sekolah.   Owhhhh  !!! Tidak terungkap dengan kata - kata.  Tidak terpadam imej - imej indah alam semulajadi yang hebat sepanjang 4jam kayuhan ----Pienkcat


Yang peliknya myself sedikit pun tak risau pasal sinaran matahari yang memancar - mancar itu.
Padahal chek memang pantang kalo - kalo bertukar menjadi hitam tak ubah seperti Dayang Senandong....ahaks !  Tapi alhamdulillah berkat pakai sunblock Lancome SPF50....heheheeeee
Memang dari awal perancangan vacation ke Ubud kali ke - 4  ini chek cuma nak berehat - rehat dan berbasikal.  Nah !  tepat sekali pilihan chek.  Tak sia - sia berusaha keras mengulangkaji kat Tripadvisor.
I've joined the best and number 1 cycle tour operator "The Banyan Tree Bike Tours"
I didn't make any reservation prior to departure.  I just called the owner 1 day before the cycle trip while in Ubud.  Senang gitu kerna harganya bisa dirunding.  Dapat diskon woooo......harga serumpun gitu.


Seawal jam 8am Pak Bagi the owner datang amik chek kat resort. Kat dalam MPV ada lagi 7 orang lagi yang akan bersama - sama berbasikal dengan chek. Sumer omputih dari Australia , USA ,  New Zealand  and of course chek yang cun dari Malaysia......heheheeeeee

We drove nearly 40 minutes to the starting point Baturiti.  The package is inclusive of breakfast and lunch.  We stopped   here at this beautiful restaurant  for breakfast .  I had delicious banana pancake , black balinese coffe and fruit juice sambil sessi beramah mesra dengan geng cycling yang lain. Terpancar semangat dan kegembiraan di wajah masing - masing including me ! Wheeeeww !!


Pemandangan indah dari restaurant


Tara ! our bikes and cycling guides sudah siap sedia menanti.
Walopun chek nie ahli fanatik RPM seumur hidup dan pretty adrenaline junkie tapi nebes jugak.  Selalu indoor cycling 30-50km every week tapi this time cukup berbeza sebab first time outdoor cycling using mountain bike and it was not a flat road cycling wokey !  Fuhh !!! 


We stopped at various places around the routes.  Standard lar mat saleh tak penah tengok dan mendekati pokok padi so chek relax lar cuci - cuci mata dan menikmati keindahan alam.  Tapi gamaknya kalo chek pi Hengland confirm chek pun jadi perak sebab tak pernah tengok ladang gandum....huhuhuuuu


We stopped at traditional Bali residential.  Huh ! stakat hanjeng menyalak tue chek dah lali dah. Sana sini ada hanjeng berkeliaran bebas macam kucing kat Malaysia nie.  Tapi hakikatnya chek takut hanjeng.  Takut kalo dia ligan pastu geget chek.....hahahaaaaa
Kalo tetiba hanjeng muncul mahu chek pecut atau pun terjun bike pastu lari lintang pukang...hahahahaaaa


Oleh kerana cuaca di Ubud yang sedikit sejuk dan berhampiran kawasan pergunungan maka bunga ros tumbuh dan berbunga dengan santeknya


Sawah padi di Ubud lebih kepada padi bukit. Penggunaan air yang sedikit dan ikut suka nak tanam berapa kali setahun. Sapa rajin depa tanam lar 2 atau 3 kali setahun.  Tak macam petani kat Malaysia macam - macam bantuan dapat dari kerajaan like baja , biji benih ,  khidmat nasihat ,   sistem pengairan yang baik dan etc.  Di Ubud padi ditanam hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Namun semakin ramai petani yang bertukar dari menanam padi kepada jagung , cili merah , kacang tanah dan etc kerana tempoh tuaian hasil yang lebih cepat.


After half journey we stopped here at the dam untuk tambah tenaga.  Makan pisang ,  minum ayaq dan rehat sebentar.  Penat wooooo
Pastu sambung cycle lagi but before that kena hangkat bycyle naik bukit melalui jalan kecik yang bukan laluan kebiasaan.  Kiranya short cut suka hati by our guide.  Memang mencabar sebab bike berat.  Oleh kerana chek "kecikmolek" maka ada crew tolong  hangkatkan bike chek....heheheeee
Tapi chek tak lenggang kangkung taw ,  chek tolong push bike other cyclist.  Bantu membantu gitu ^___^


Aiceh !  Pienkcat in Madonna pose sebelum "kejadian" 


Hukkk ! hukkkkk!! hukkkkk !!!
Walopun chek hebat dan kuat tapi chek jatuh basikal ! Wuuuaaaaaaa
hahahahaaaaaaaa memang lawak gilerr.   Chek pun confuse macam maner chek yang terer kayuh gerek tapi boleh jatuh......hahahaaaaa
I think I can't balance myself waktu kona lipat kat selekoh tu.  Aiseh !  bikin tercemar imej jar......heheheeee
Paling chek tak leh lupa bila jatuh siap terbaring macam atas katil tu chek pura - pura tak mo bangun sendiri.....ahaks!  Sebab rasa macam tak tau nak bangun dari arah mana.  Basikal dah sah sah atas badan chek.  Chek buat blurrr terbaring kat atas jalan sampailah pasukan penyelamat datang berlumba - lumba nak hangkat chek yang gojes dan ringan ini....euuwwwww !

Tapi the guides and the crew memang pantas dan cekap.  Sepantas kilat depa hangkat  chek pastu  basuh dan lap tandatatangan Jon Jovi on my body then sapu ubat.  Alhamdulillah Jon Jovi sign sket - sket jar kat siku dan kaki chek. 


Kaki injured sket sebab cycle pakai flip flop.....heheheeeee
Walopun jatuh tapi chek cool.  Gojes tetap kena menten cikjah.  After that chek continued cycle like  a pro....hahahaaaaa
Bila dah balik resort nak mandi dan bersiap - siap nak ke Spa baru nampak ada couple of bruises here and there on my body dan  ada satu lebam  yang saiznya sebesar penumbuk Vin Diesel kat paha chek......adehhhh



After nearly 3 hours berbasikal dan saat yang paling best skali was  30 minit mengayuh di atas ban sawah padi yang selebar 1 kaki sahaja !  Toinkk !

Sangat - sangat menguji stamina dan kawalan basikal.  Yeyyy ! I did it perfectly.  Tak jatuh pun.
One of  our cyclist jatuh and nearly masuk sawah.  But that was pretty normal tho.  As told by our guide ada jugak cyclist during previous trip yang terjatuh lalu  ter - humban ke dalam sawah.  Habis baju dan badan berlumuran lumpur. 
So cikjah boleh bayangkan lah betapa best dan hebatnya countryside cycling nie.  Kalo nak lagi super hebat kena lar ada experience jatuh....heheheeeeee baru manis !  Pastu bila dok terkenang kembali dok sengih sensorang.  Ada jugak group mat saleh yang cycling with kids tapi track depa super easy sket lar.  Tak challenging cuma sight seeing.......heheheeee


Blum habes lagi cikjah.  Lepas cycle we all continue plak dengan mendaki bukit dan merentasi Ayung river.


Berjalan kaki ke arah Ayung river.  The same river yang mengalir di sebelah my private villa at Villa Semana.


It's getting steeper and steeper.


Dari atas bukit kelihatan Ayung river mengalir deras.



Crossing the river on this little bridge.  The bridge made by PVC pipe wokey.   So, once u step on it pipe tu melentur sket  dan goyang - goyang.


Sapa nak mandi dipersilakan




Then we continued the journey passing by the newly opened luxury villa


The Samaya


Giles best !  ada private pool jugak.  Meleleh ayaq mata tengok this private villa resort.  Baper plak chek nak kena menabung untuk stay kat sini tahun depan


Finally the cycling tour ended at Pak Bagi's house with delicious homecooked lunch by her wife.
The house has beautiful garden dan so serene. After lunch he sent us back to our villa. According to him our group had make a record.  We completed the tour less than expected !  He budgeted we should complete the tough tracks within 6 hours but we done  it within 4 hours . Yeyyy !!!  itu tandanya we all ber - 8 sangat gagah  dan gigih mengayuh.  We had fun !!!  



Penat tidak terkata. 
Kulit hitam usah ditanya. 
Meqelitt hangitt macam belakang belanga
Namun senyuman bangga dan puas hati tersemat di dada. 
Kalo cikjah datang mesti cuba sebab best gilerr susah nak cerita.
Paling penting lepas cycle wajib bermanja di Spa !
Sedapnya badan dipicit - picit sampai terlena
Gerenti tak lupa sampai bila - bila

Owh ! Yeahhh !!!






Sep 18, 2011



Phewwww !
I am back to a private villa stay at Ubud Village Resort & Spa at Ubud [UVR] for the third time. Yeeehaaaa !  Very the Loyal Guest.  Pi mai pi mai tang tu jugak....aheheheeeee
nak buat macam mana , dah ternyata UVR memang best.  Dok termimpi - mimpi  akan villa - nya yang luas dan plunge pool-nya yang biru itu. 


Sebagai loyal guest [aiceh !] chek mendapat layanan yang sungguh istimewa.  During check-in bapak reservation manager siap iring dan hantar to my villa dan during chek out bapak reservation hantar sampai masuk MPV. Babai - babai cuma luper nak feluk jar...euuuwwww!  Dah sah - sah chek jar Malaysian check in kat sini  muka regular plak tu so komunikasi itu lebih mudah. Serumpun gitu ^__^  Layanan dari front desk team , reservation manager  and  resort manager [anak tuan tanah]  yang kacak itu sungguh hebat !  bapak security , bapak hangkat bags , ibu reception dan ramai yang menyapa apa khabar sebab dah kenal from my first & second visit few years back.  Ingat lagi depa kepada chek yang gojes ini... ahaks !  Paling tak sangka ibu - ibu di restaurant yang masih bekerja di UVR ,  when we met at restaurant for breakfast  waduhhh !! mengekek - ngekekkk we all ketawa dan bersembang mesra. Cuma yang tinggal 2 orang saja yang chek kenal sebab yang lainnya sudah bertukar tempat. So during breakfast minta apa saja bisa didapatkan........wheeewww !


UVR front reception / lobby.  Sebab regular customer harganya bisa dirunding macam beli durian.....heheheeee
Sekitar USD300/night.  Special request I was given the same villa as my previous stay.

Mentalnotes:  warning untuk cikjah sebab anda bakal menyaksikan  gambar - gambar cun yang hampir sama as my previous UVR entry tapi with different perspective.  Ahaks ! kiranya refresh lar incase cikjah sudah lupa.


My rice view private villa


Nah ! bayangan ini lah yang selalu bermain di minda. Bangun pagi buka mata terus nampak kolam biru yang dingin , bayu segar sepoi - sepoi menghembus masuk ke villa.....adehhhhhhhh
Superb! A resort that says it all


Private villa dengan keluasan yang sungguh selesa. Tidak terasa terperap atau sempit.  Terasa seperti di rumah sendiri..... ahaks!


Dua gazebo untuk ruang santai


Private plunge pool yang luas dengan kedalaman 1.4m.  Mandi sampai pengsan !
Tapi ayaq pool sangat sejuuukkk sebab cuaca di Ubud very cooling okey.
Waktu paling teruja mandi pool adalah sekitar jam 4pm just nice before afternoon tea.....Kadabushhhh !!!


Mindless vacation.  Rest and relax tanpa sebarang gangguan.  Kelebihan stay at private villa ni ialah you can do whatever you want to do.  Tak perlu nak risau samada kita mengganggu other guests or not ataupun bimbang kalo - kalo orang lain dok tengok kita tengah buat apa.  Lagi satu you can wear whatever you want to wear.....EEuuuwwww !  Boleh lar pakai 2 piece mandi kolam....ahaks !  erkkkk...topless pun wokey kalo tak segan  kat burung..... heheheeee


I am a nature and beauty lover !  I love fresh flowers.  A little cheap effort to make my vacation  villa lebih berseri and feel just like at home I bought  4stalks  fresh beautiful  big roses at Rp.10k.


The super comfy and clean bed


Sunken bathtub


Lepas geram mandi buih sebab tak dapat pegi parti buih.  ahaks !


The dressing table with 2 sinks


Outdoor shower


Indoor toilet tapi terasa seperti di luar


Indoor shower.  No worries jiran sebelah tak bleh peeping.  High wall



Ini lar yang best sangat.  Everynite housekeeping datang kemaskan katil before bedtime.
Tutup tingkap dan tarik langsir. Pasangkan lampu , AC , ubat nyamuk dan letak mineral water kat tepi katil.
Chek cuma tarik slimut terus ZZZzzzzzzzz


Kat UVR ada 30 private villas.  Sumernya sebelah menyebelah tapi sedikit pun tak bising.  We all breakfast kat restaurant pun masing - masing tak dengar suara langsung.  Bunyi sudu garpu pun tak dengar.  Sumer guest cakap pelan -pelan.  Mandi kat main pool pun senyap dan penuh tertib.  Takdernya yang nak terjun lompat lompat atau terjerit - jerit kat pool.  Best sangat ! Chek suka environment yang begitu.  Sebab tu chek pilih holiday kat private villa.



Okay, jom naik buggy chek bawa jenjalan di sekitar resort
Ready ?


Ruang istirehat di tengah - tengah resort


Jambatan kayu merentasi lotus pond yang luas


Dari lotus pond boleh nampak main lobby building


Angkul - Angkul restaurant for breakfast and dinner.  Terhampar luas sawah padi di hadapan dan sekeliling restaurant.


Main pool


Lovely gazebo by the pool. Tempat lepak after afternoon tea



Restaurant for afternoon tea near the main pool


View from breakfast restaurant


Lounge area


Rice fields within the resort


 Walkway by the rice fields



Breakfast.


Rata - rata resorts di Ubud sekarang sedang rancak mem - promosikan resorts mereka to Japanese & Korean.  So , sebagai menarik minat tetamu di sediakan Japanese Breakfast. Hukkhukkkk...breakfast nasi lemak roti canai tak dak pungggg............................

Sehinggakan di UVR terdapat seorang awek Jepun cun melecun memang piawww Jepang hired as guest relationship officer semata -mata untuk entertain dan pemudahcara bagi Japanese or Korean guests....Fuyyoo ! Hebat marketing depa.  Dan usaha mereka sangat berjaya.  Ramai jugak
Japanese and Korean yang check in sini and so at other places.

Kalo cikjah kluar jenjalan kat Ubud town around 1 - 4pm...tudia ! penuh dengan Japanese & Korean yang sungguh bergaya !!!  Seriously bergaya !!! Dengan skirt kembang rumbu - ramba , lacey dresses meleret ke tanah ,  payung ropol - ropol dan paling tak tahan kasut tumit tinggi 3 - 4 inchi depa pakai nak keliling Ubud yang jalan rayanya  lubang - lubang sini sana waktu tengah hari rembang.....Eeuuwwwwww

Memang lucu dan cute skali  tapi takleh lar komen lebih - lebih memang dah depa style lagu tu, Fashionista.  Tapi  chek respect lar sebab mereka berani bergaya dan tak peduli apa orang kata.  Lagi satu depa pakai pi lar apa pun tetap jelita.  Putih melepak - lepak kalah tepung gandum.....heheheeee
Unlike mat saleh kalo buleh tak mo pakai baju kalo jenjalan sekitar Ubud.  Hangat ! hahahaaaaa


Fuh  ! Inilah special Balinese tea. Brown Rice Tea.  Lazatnya !!!
First time chek rasa teh beras merah ni.  Mulanya tak taw apakah tea ini tapi bila minum sedap dan wangi.  Rasanya seperti air beras sebab memang made by rice pun....heheheeee
Tosted brown rice direndam dengan air panas selama beberapa minit [macam bancuh tea biasa].  Tambah gula sedia di minum .  Terus chek pi cari kat kedai beli bawa balik Malaysia.


Afternoon tea with Balinese sweet delicacies.  Kuih muih hampir sama seperti traditional malay kuih Malaysia tapi sedikit berbeza dari segi rasa dan presentasi.  The one wrapped in banana leaf is Pengat Labu [pumpkin] . Sedap yang amat !  Yang dalam banana bot tu is black rice pudding or puding pulut hitam.  Hampir menyerupai bubur pulut hitam Malaysia tapi sedikit rasa seperti wajik.  Sedap !


Walopun breakfast ala carte tapi it was served in very big portion dan ada pelbagai pilihan.  Tapi tak der order hover - hover sebab chek request halal meal.  My choices limited to cereal ,  bread ,  fruits ,  vegetables and seafood  sahaja.


in - room service chek order gado - gado. Super delicious !!!


Wahhh !!! Ternyata a revisit trip for private villa stay at Ubud skali lagi tidak menghampakan. Hebat dan semakin hebat !  Layanan dari front office yang cukup mesra dan attentive all the time.


So, kalo cikjah berminat nak pi Ubud bleh stay kat sini sebab dijamin best....heheheeee
kalo cikjah rasa tak best itu sebab jiwa cikjah tak sama macam jiwa chek...ahaks!  Ada jugak a few orang hotel cakap kat chek  "susah nak jumpa Malaysian check in kat villa around Ubud sebab Malaysian suker check in kat homestay"  Maklumlah rice field or river view kan dah sinonim sangat kat Malaysia. Back in Malaysia bersepah sawah padi blakang rumah yer dak....heheheeee

Paling chek suka sebab sekarang di UVR dah ada motor rental service.  Pi abaq kat reception kata nak sewa speda motor [motorcycle] less than 10minutes nanti ada rental agent datang hantarkan motor kat lobby.  Cikjah sign borang jar.  Rental fee is Rp.60k/day.  Good price sebab kat Ubud town chek dapat Rp.50k tapi kena jalan p kedai pastu kena hantar balik.  Leceh.
Kalo kat resort titip aja  [return]  kat reception.


Huh !  agaknya cikjah ada terasa loya - loya tak ?  Almaklumlah banyak tengok gambar villa chek yang best nie....eeuuuwwwww ! Kalo ada rasa loya baguslah sebab itu artinya cikjah kena pi Ubud sendiri tengok the real Ubud. Cer tengok loya ker tidak....heheheeeee
Macam myself nie tak loya - loya lagi sebab tu dok ulang - alik Ubud  ^_____^
Tapi puas hati sebab this trip I spend 7D6N at Ubud. 
Owwh ! bahagianya !  Miss u UVR and love u Ubud ! Muaaaahhhhhhhh

errrkkkk....blum abes lagi citer Ubud........citer shopping,  spa  and fun activities blum lagi....heheheeeeee
sambung next !


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"