.

.

Jan 2, 2012


Tak syak lagi, ibarat wanita melayu terakhir bila kami menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Sepat ini. Tak ubah seperti seorang dewi kayangan yang tercampak jauh dari lokasi jula-juli bintang tiga kerana kesilapan koordinat GPS....hahahaaaaa

Tanjung Sepat sebenarnya adalah sebuah perkampungan tradisional  nelayan cina dan ia lebih popular dan sinonim di kalangan masyarakat dan pengunjung cina.
......well, kitakan Satu Malaysia  :)

Tapi seriously serious, kami jar awek melayu cun sewaktu kami datang ke sini. Memang terdapat perkampungan  dan penempatan melayu namun bukanlah di tengah pekan Tanjung Sepat.


Kebetulan, kami cycling di Putrajaya, maka hasrat hati ingin berjalan-jalan di hujung minggu dipanjangkan hingga sampai ke tanjung Sepat. Menyusuri laluan paling mudah iaitu highway KLIA --- F1 circuit ----Sepang Gold coast----Sg Pelek ---Tg Sepat, akhirnya kami sampai dan disambut dengan cuaca yang cukup baik. Tapi tragiss sebab kami terlupa bawa kamera!!!! huwawaaaaaaaaaa
Sumer gambaq amik pakai iphong jar. Okaylah dari takdak langsung kannn.... At least bleh buat kenang-kenangan dan tatapan cikjah sekalian...heheee


Sebelum tu singgah sekejap di Sepang Golden Palm Tree resort yang mahai itu....


First time kami sampai ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Tempatnya bersih dan luas. Terdapat pelbagai kemudahan dan dijaga dengan baik. 


Kami melepasi Bagan Lalang dan perjalanan diteruskan menghala ke Banting untuk sampai ke tanjung Sepat. Akhirnya, sampai... Yeyyy!

Perkampungan nelayan cina di sini hampir serupa seperti di Kuala Sepetang. Rumah batu satu tingkat dibina berderetan secara rapat dan terdapat jalan berturap kecil yang menghubungkan antara satu lorong ke lorong berhampiran. 


Di sini  adalah sorga restaurant makanan laut bagi masyarakat cina.  Memang takdak halal seafood restaurant kat sini.....huhuuuu




Inilah the famous Lover Bridge
Separuh konkrit....


....dan separuh kayu...cantik!



Nelayan menjemur ikan kering di atas bot mereka


Kalo dah ke sini, wajib singgah ke kilang cendawan Vita Agrotech yang terletak di dalam pekan Tanjung Sepat.


Beli cendawan murah! 3 paket cuma RM10-RM11. Meroyan sekejap kami...heheeee
apa lagi, borong lar

Antara jenis-jenis cendawan yang terdapat di kilang ini;





Kami suspekk inilar banglo tokey cendawan. Sebab rumah nie terletak di sebelah kilang cendawan.  Kaya raya cikjah!  heheee


Juga terdapat hotel di kilang cendawan ini. Owner kilang cendawan nie  memang pukul habis. Ada kilang cendawan, ada seafood restaurant dan ada hotel :)


Kami singgah di Petronas di pekan Tangjung Sepat. Tanya kat adik kaunter kat mana nak makan best dan nak beli hasil laut. Adik tu cakap kat sini tak dak seafood restaurant melayu [halal], tapi kalo nak beli ikan ada kat satu tempat dekat simpang Kampung Endah.

Sekadar bercakap mulut, kami meneruskan perjalanan dan mencari lokasi yang dikatakan oleh adik tadi.....wheee! jumpa!  

Berhadapan simpang masuk ke Kampung Endah terdapat satu jeti kecil dan beberapa buah kedai di sebelah kiri jalan. Di belakang deretan kedai tu, terdapat 2 buah kedai yang menjual hasil tangkapan laut segar yang baru naik dari laut....lalalaaaaaaaa



Tudia! borong lar apa lagi. Beli udang, sotong, ikan...bla..blaa...blaaaaa
Kat sini takdak jual siput dan kepah...heheee


Pertengahan jalan, benti skejap kat kedai makcik jual  buah-buahan. Kebetulan kat depan sket ada banner Bakaugruv. Kami masuk sebab kat banner tu ada gambar makanan. Nampak macam sedap jar...nyummmm

Membelok masuk kami menyusuri dusun buah-buahan. Parking keta dan berjalan kaki masuk melalui laluan kecil yang disediakan.  Sunyi sepi.  Tak ada orang.  
Uishhhhh! lawo tempat dia cikjah.  Nasib baik kami singgah. Pemandangan sekitar sangat cantik. Subhanallah!



Bakaugruv Kampung Resort ialah sebuah resort yang bukan sahaja menyediakan penginapan untuk pelajar sekolah, kolej, universiti atau mana-mana kumpulan yang inginkan pengalaman bermalam dan melakukan aktiviti di kawasan sekitar hutan bakau malah sebagai pusat latihan dan perkembangan minda yang diasaskan dari kajian di Universiti Malaya.



Di tepi sungai yang cantik inilah terletaknya Restaurant Sembang-Sembang. Tenang dan cantik skali.


Antara chalet yang disediakan. Dari segi rating penginapan, mungkin pada tahap standard saja. Namun apa yang ditawarkan adalah pengalaman tinggal dan meneroka kawasan hutan bakau serta modul latihan serta pembangunan minda yang pasti menjanjikan sesuatu yang menarik dilatari dengan pemandangan sekitar resort  yang sememangnya semulajadi dan indah.


Menu di restaurant Sembang2


Tara! Harga murah, sedap dan selesa



Jambatan konkrit untuk pejalan kaki disediakan untuk menyusuri hutan bakau dan terus ke tepi pantai. Pasti menarik.


Selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke KL.  Kami menyusuri Laluan 5 dari Tanjung Sepat - Banting - Klang - Shah Alam. Lebih kurang 70-80km. Mak aiiii!!! jauhnya!! Dok nampak Klang tu rasa lagu dekat, tapi saaaaaangat jauh. Perjalanan pun boring sebab takdak view menarik.

Kami singgah di Pantai Morib. First time singgah sini. Pantai Morib sekarang dah cantik. Terdapat kemudahan dan struktur binaan baru di sekitar pantai. Memang cantik, bersih dan selesa. Harap penduduk, pengunjung dan peniaga di sini dapat sama-sama menjaga apa yang ada dengan baik.


Take five at Pantai Morib. Penat drive...huhuuuu


Suasana petang di Pantai Morib.


Amacam cikjah? Adventure tak jenjalan hujung minggu kami? hahahaaaa
Penat bagai tidak terkata sebab dari pagi kami cycling lepas tu sambung naik keta berjam-jam lamanya.... tapi puas hati dan ini adalah satu pengalaman baru, best dan menarik sekali sebab rata-rata tempat yang kami singgah adalah pertama kali di dalam hidup kami.

Tapi sukerr sebab dapat beli macam-macam! Yeyyyy!!


Hasil laut segar


Cendawan segar terbaik dari ladang


Buah-buahan dan sayur kampung yang sangat best!

Weeeeeee!!! InsyaAllah, kalo panjang umur, sihat dan ada rezeki  kita pegi tempat lain plak okay  tapi jangan lupa bawa kamera! ^_____^


Jan 1, 2012


Kalo cikjah baca entry nie, mesti bergegarr jiwa raga cikjah.
Meruntun qalbu dan kalo buleh nak ajak cik abang pi beli kepah la ni jugak-jugak!...heheeee
Memang menakjubkan dan  sungguh teruja kami dibuatnya. Melihat pelbagai jenis kepah, lala, kerangan dan hasil laut segar bertebaran di meja jualan orang kampung. Haiishhh! 
Mesti beli dan beli dan beli. Bukan selalu dan senang nak dapat hasil laut segar macam nie kat kotaraya. Harga pun bersesuaian plak tu. Sekilo RM6-8. Okay lar kan...

Kami memang berhajat nak buat marinara spaghetti, sebab tu datang sini dengan hasrat murni nak beli clam and mussel.  But it's off season for mussel right now, so kami 'menjala' kepah-kepah saja. Sangat berpuas hati! 


Dah nak balik, tetiba nampak pakcik nelayan tu hantar udang ketak kat kedai kakak tu. Patah balik pegi beli udang ketak sekilo dua...hahaaaa
Harus beli cikjah sebab saiznya besar-besar. Nak makan pun senang.


Satu lagi jenis kepah.


Kepah kat dalam try nie bukan main lagi memancut-mancuttkan air. Macam fountain pun ada. Mula tu kami tak perasan, tapi dah lama-lama terasa baju basah sebab kami standing in front of the tray...hahaaa...comel kepah nie :)


Ini pulak siput sedut versi orang KL. Kalo kat Kedah, kami tak pernah nampak siput pesen lagu nie. Sebab kat Kedah pemes dengan siput paip. Lagi sedap dari siput nie. Buat gulai dengan daun kaduk...adehhhh....sedapnya hingga terduduk!

Size siput nie agak besar dan membuatkan kami tak baper lalu nak beli atau makan sebab isinya ada kaler merah-merah tu. Kalo kat kedai dah siap masak tu kami makan lar pulak...heheee



Haa! inilah kerang buluh yang pernah kami citerkan dulu. Besaq taw...


Ini plak lala atau remis. RM2/kilo.
Memang best tapi kali ini kami tak beli pun sebab nak makan lala nie kena kerja kuat sket. Saiznya comel-comel berbanding kepah,  so agak menguji kesabaran masa makan nasi...hahaaaa
Namun untuk kategori lala,  saiz yang ada di sini memang besar dan puas hati.


Kepah pesen lagu nie kami blum pernah jumpa lagi.


Tudia!! are you ready cikjah untuk  membuat keputusan muktamad?
Hat mana satu nak beli? hahahaaaa


Kami mesti beli hat ni!


Ini namanya siput paha ayam. Besar tapak tangan!


Tudia! belacan kaww!!! hahahaaa
Ini lah Malaysian Cheese. Dalam sumer rumah mesti ada nie. Tak kiralah rumah melayu kar, cina kar india kar, iban kar, bidayuh kar....heheee


Nama pun Pantai Remis, mestilah terkenal dengan remis kan.
Sepanjang pesisir pantai, terdapat ramai orang sedang asyik mencari dan mengorek remis walopun matahari terpacak di atas kepala!


Setiap pencarian mesti ada hasil. Sebab tu lar sanggup berpayung di bawah terik mentari.


Keadaan air surut atau low tide ini adalah  masa yang paling sesuai untuk mengorek dan mencari remis, siput, lala atau kepah.  Para pencari biasanya akan naik bila air laut mula naik.


Masing-masing pulang dengan baldi di tangan. Pakcik dua orang ini, sedang kusyuk membasuh hasil carian mereka dengan air laut sebelum dijual kepada peraih.


Di kawasan berhampiran, di suatu simpang jalan menuju ke arah Sungai Serdang kelihatan ada gerai bawah pokok kelapa jual ikan dan hasil laut. Singgah sat...jom!


 Memang kelabu mata. Hasil laut baru naik ke darat terus dijual di sini. Segar dan besar-besar saiznya.





Alang-alang dah ke arah sana, mesti singgah makan soto best kat Sungai Serdang.
Woowwiee!! Soto mangkuk besar, ayam siat cuma RM4.50 saja!  Sedap sudah tentu dan paling best ayam lebih banyak dari nasi himpit....sedapnya!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"