.

.

Jun 7, 2014


Sesekalli nak ubah cara persembahan menu ikan. Ikan goreng, ikan bakar, ikan masak kicap, ikan masak cili, ikan gulai, ikan singgang dan sebagainya. Apa kata kita cuba Kerabu Ikan!
Yes cikjah, ikan pun bleh dikerabukan...hahaa

Bahan:

4 ekor ikan [kami guna ikan kembong. Bleh pelbagaikan]
1 biji tomato [hiris nipis]
1 biji bawang besar [hiris nipis]
5 tangkai cili padi [hiris nipis] - lebihkan jika suka pedas
Sedikit daun kesum [hiris nipis]]
1 kuntum bunga kantan [hiris nipis]
1 batang serai [hiris nipis]
Jus limau nipis [1 biji limau]
Garam
Gula

Cara:


Ikan digoreng di dalam pan dengan minyak yang minimum. Leraikan isi. Kalo goreng dalam kuali dan terendam minyak, nanti isi jadi garing dan berminyak - Tak best ahh. Boleh juga rebus namun isi ikan menjadi agak lembap dan berair. Kalau rajin bleh bakar/grill ikan. Lagi sedap.

 
Sayuran di hiris nipis dan digaulkan bersama isi ikan bersama jus limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Rehatkan seketika supaya rasa bergabung mesra sebelum dinikmati.


Memang membuka selera. Mudah dan lazat!


Jun 5, 2014


Usai waktu pejabat kami off to the club for my favourite workout routines. Owhsome sangat dapat mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot badan. Pukul 9pm tiba di rumah. Hahh! what's for dinner?
Roti Naan cecah gulai nak? Yennaadeii!

Kami masak gulai se-simple yang mungkin sebab dah malam sangat nak bergulai kot kan sampaikan daun kari kat kebun dapur pun tak dan nak petik...hahaa
Anggaran bahan-bahan berikut sesuai untuk 4 keping roti naan.

Bahan:

2 ketul dada ayam [potong dadu]
1 cawan santan cair
3 tbsp rempah kari
1/2 tsp serbuk kunyit
2.5 tbsp yogurt [plain/natural]
1 biji tomato [potong sederhana kecil]
1 biji kentang [potong dadu]
2 batang lobak merah [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
3 tangkai cili padi/cili hijau [potong sederhana nipis]
Beberapa helai daun pudina [optional]
1 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1/2 sudu jintan manis



Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan jintan manis hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan tomato dan cili. Goreng seketika hingga tomato layu dan lembut.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air supaya rempah tidak hangit. Masukkan serbuk kunyit. Biarkan seketika supaya rempah masak dan sedikit kering.
  4. Masukkan ayam. Masak biar mesra bersama rempah sekitar 3 minit.
  5. Masukkan santan. Biarkan mendidih manja. 
  6. Masukan potongan kentang, lobak merah dan bawang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh hingga sayuran empuk.
  7. Masukkan yogurt dan daun pudina. Kacau mesra dan masak lebih kurang 5 minit hingga kuah sedikit pekat dan tutup api. Siap. 


Untuk resepi ini kami gunakan roti naan segera. Lebih cepat dimakan gitu kan. Pukul 9.40pm kami sudah siap kemas dapur and ready untuk makan.

Renjiskan sedikit air pada roti naan dan panaskan di atas griddle 1-2 minit each side [Guna oven pun boleh]. Siap dan sedia dinikmati. Lebih enak dimakan bersama hirisan bawang besar dan cili hijau. Ammaa!!!





Jun 3, 2014

Sesungguhnya kami bangga dapat masak dan makan masakan sendiri
di rumah. Kami pasti cikjah juga punya rasa yang sama :)

Amboi! sedapnya hidangan tengahari hujung minggu di rumah ini. Begitu menggoda jiwa. Begitulah hasilnya jika cikjah bijak memilih menu sajian setiap hidangan.  Tak perlu hidangan mewah dan pelbagai. Cukup sekadar mempunyai kombinasi dan jalinan rasa antara satu sama lain. Baru harmoni hidangannya. Aiceh!

Sekiranya sajian cikjah sudah bergulai, tak perlulah nak masak tomyam lagi. Tak matching sangat dah tu...hehee
Lainlah kalo anak nie nak makan gulai, anak tu nak makan asam pedas, datang darling nak makan masak lemak cili api plak...hahh sudah. Nampak macam ada 3 negeri jar kat meja makan. Namun kami tidak menggalakkan ibu-ibu memberi pilihan kepada anak-anak untuk setiap sajian mereka. Ini kerana ada di antara ibu-ibu yang mengamalkan konsep "tanya anak hari ini nak makan apa". Ada 2 anak, maka 2 sajian berbeza. Sorang nak makan sup ketam seorang lagi nak makan ketam goreng cili. Nak manjakan anak pun biarlah betul caranya. Sudahlah kuasa memilih di tangan anak, kuasa memasak pula diberikan kepada pembantu rumah indon. Ahaks! 

Hakikatnya, seorang anak mestilah makan apa jua yang dimasak dan dihidangkan oleh seorang ibu. Ketika kami kecil dulu, apa jua yang dihidangkan di meja makan, itulah santapan kami. Tiada istilah tak suka atau tidak gemar sesuatu hidangan. Justeru, lahirlah generasi yang tidak terlalu memilih makanan mahupun hanya makan lauk tertentu sahaja. Namun, tak salah jika sekali skala ibu masak lauk kegemaran anak-anak sebagai ganjaran atau mengembirakan anak-anak. Pasti lebih bermakna. 

Kalau dilihat anak-anak zaman sekarang, mungkin ramai yang tak makan ikan apatah lagi ikan kering. Hari-hari mak hidangkan lauk ayam. Ramai yang tak makan sayur atau ulaman kerana tiada penekanan betapa pentingnya sajian sayur dalam setiap hidangan. Walau dulu mak cuma hidangkan tiga ekor ikan goreng, namun SubhanAllah cukup untuk satu keluarga besar. Tapi anak-anak kita hari ini dapat ikan seorang seekor. Dapat ipad seorang satu..Eh..eh! heheee

Sambal belacan buah kuini [orang Kedah panggil buah Konen]
dan ulam pucuk janggus dan pegaga

Pada pandangan peribadi kami, suatu tindakan bijak jika anak-anak kita tidak diajar terlalu memilih atau disempitkan pilihan sajian makanan harian mereka kecuali jika ia berkaitan dengan faktor kesihatan. Berilah mereka peluang dan ajari mereka dengan pelbagai jenis sajian kampung, bandar, tempatan mahupun antara bangsa. Agak susah untuk anak-anak menyesuaikan diri jika berada berjauhan dari keluarga atau bersama orang lain. Contohnya kalo mereka berkunjung ke rumah saudara ataupun rakan, bagaimana jika tiada lauk yang boleh dimakan [atau biasa dimakan] oleh mereka? Serba salah dan malu alah tuan rumah dibuatnya. Walhal, anak kita dan kita sendiri yang patut malu kerana gagal mengajar anak-anak kita tentang variasi makanan hingga menjadi seorang yang terlalu memilih tanpa disedari. Ironinya kita sedar namun kita leka dengan nikmat yang diberikan.

Sambal tumis udang
Hari ini, rata-rata kaum ibu bukan lagi seorang surirumah. Majoritinya adalah wanita bekerjaya. Pulang ke rumah selepas seharian di tempat kerja pasti memenatkan. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak memasak atau memastikan anak-anak dan keluarga mendapat hidangan yang baik dan berkhasiat. Syabas! harapan kami cuma cikjah tak amalkan hidangan makanan proses sebagai sajian utama mahupun sampingan seperti sosej, nugget dan sebagainya. Maklumlah nak cepat kan.

Begitu juga dengan makanan segera. Owh tidak! jangan sama sekali. Di sinilah salahnya kita sebagai ibu bapa, anak-anak seawal usia 1 tahun sudah diajar berasa excited walopun hanya lalu di depan McDonalds, KFC, Pizza dan sebagainya. Aduh! kesian sungguh rasanya. Bila anak-anak bagus dalam peperiksaan ibu bapa belanja makan di McD sebagai ganjaran, dah  besar, anak-anak sendiri singgah McD lepas sekolah dan bila dah besar sket dating pun kat McD...Ahaks!
Bila timbul isu boikot barangan negara tertentu, pulun berkobar-kobar tak pi makan dah. Tapi tahan sebulan jar, pastu back to routine...alahaiii.

Pajeri nenas
Semoga cikjah terus diberi keazaman dan semangat membara untuk terus memasak di rumah dan makan makanan berkhasiat dan seimbang. Eh! okay got to go...minyak dah panas nak tumis gulai...bye!



May 30, 2014


Wahh! dah kluar buah dan dah besaq dah pun pokok terung tukang kebun. Happy!
Tetapi sebelum mencapai tahap macam nie, tukang kebun kena berperang dengan geng semut hitam dan bena putih [aphids] so many times! Geng semut hitam dok qabat pokok terung nie sebab dok makan bena putih sampai pokok terung jadi kuyuss.


Cara rawatan bena putih tu tukang kebun guna kaedah semburan DIY. Hari tu tukang kebun ada buat jeruk bunga kobis dan jeruk cilipadi. Bila bunga kobis dan cili padi abes dimakan, tukang kebun ambil air jeruk [campuran cuka + gula] campur 1tsp minyak masak dan beberapa titis sabun sunlight. Masukkan dalam botol spray dan kocak mesra. Pastu tukang kebun spray pada pokok. Kena ulang spray setiap 2, 3 hari sekali sampai bena putih tu hilang.

Alhamdulillah berkesan!



Mulanya takut plak nak spray sebab takut bunga dan buah yang baru berputik gugur sebab tak tahan asid cuka tapi takdak apa-apa berlaku. Some people buat semburan DIY tu macam resepi tukang kebun tapi tak berkesan. Agaknya bena putih tu jenis yang degil dan ketegaq kot. Kalo tak jalan jugak, tukang kebun ada baca boleh tambahkan sedikit lada hitam bagi pedas. Haa! insyaAllah berkesan.


Sekarang nie tukang kebung agak confuse. Masih blum dapat dikenal pasti spesis terung apakah ini. Biji benih kata Terung Sarawak atau Terung Dayak / Terung Asam. Tapi entah lar, tak macam pun. Saiz buah semakin membesar dan sekarang nie lebih besar dari saiz buah tomato. Tukang kebun pernah tengok buah Terung Asam dan saiz-nya cuma sebesar duit 5kupang lama. Mungkinkah terung asam nie terlebih berat badan hingga demok gedempoll? hahaaa
Kalo terung bulat purple tu awat warna dia hijau plak kan...entah lar. Tukang kebun tunggu dan lihat saja lah.


Ini pula generasi ke-2 pokok bunga Pukul Empat hasil dari cambahan biji benih. Sudah mula berbunga sekarang. Comei loteii bunga Pukul Empat nie. Warna pink-nya sungguh mempersona.



May 28, 2014


Jom cikjah kita pi Hawaii!
Pakai baju bunga-bunga dengan topi besaq sambil minum ayaq nyioq tepi pantai. Lalaalaaa! 


Eeeeerrrk....tapi, lupakanlah, jom kukuq nyioq kat dapoq jar lah...hahaaa
Menu dinner kami ini sangat mudah. Sampai rumah, terus persiapkan ayam dan sos. While ayam tengah masak di dalam oven, sambunglah mempersiapkan diri dan keluarga, mandi, solat Maghrib, baca Quran, tengok henpon...Tinggg!! ayam dah masak. Dinner is served everyone!


Bahan:

2-4 ketul ayam 
1 biji nenas [potong bulat]
3tbsp butter
1tbsp minyak zaiton
3tbsp sos tomato
2.5tbsp gula perang
1.5tbsp sos soya
1tbsp jus lemon/lime
1tbsp tepung jagung
2tbsp cuka makan
Garam
Serbuk lada hitam 
3-4tbsp air 


Cara:

  1. Di dalam pan cairkan butter bersama minyak zaitun.
  2. Masukkan gula perang dan sos tomato. Kacau hingga gula cair. Masukkan air mengikut keperluan jika ingin sedikit berkuah.
  3. Gaul mesra tepung jagung dengan cuka dan masukkan ke dalam pan bersama sos soya, garam dan lada hitam. Kacau mesra. Kuah akan menjadi sedikit pekat.
  4. Masukkan hirisan nenas. Masak selama 3 minit dan tutup api.
  5. Susun ayam dan nenas di dalam baking tray dan tuang sos ke atas ayam. Bakar pada suhu 190C selama 45 minit atau sehingga ayam masak. Siramkan ayam dengan sos sekali sekala untuk warna yang cantik. Siap!


Sungguh mudah dan enak sekali rasanya. Sinonim dengan Hawaii dan kesegaran tropika, hidangkan bersama salsa.


Bahan Salsa:
1 biji timun jepun
1 biji bawang besar
2 biji tomato merah [buang biji]
1/2 biji cili merah [buang biji]
Garam
Gula
2-3tbsp jus lemon

Nota: Juga boleh gunakan capsicum, mangga masak, daun ketumbar jika suka.

Cara:
Sayuran dihiris dadu sekata dan digaulkan bersama sedikit garam, gula dan jus lemon. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.




My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"