I am blessed. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang minggu kami membilang hari bila nak tiba-nya hujung minggu. Tak sabar nak gardening. Penantian setahun lebih untuk Majlis Perbandaran hantar orang mesin rumput di kawasan perumahan kami akhirnya berakhir. Kawasan sekitar bukit dan tanah lapang dah kembali cerah dan bersih. Walopun tak bersih sangat, tapi 90% nampak lebih terurus dan yang paling penting bersih takdak semak samun! Hopefully, next appointment tak perlu tunggu setahun lebih lagi lar....kesian...
Bila tanah Majlis dah bersih, baru lar ada semangat nak menyangkul kebun kami kat depan tu. Dulu bukan segan nak buat, tapi takut sebab rumput dan pokok-pokok renek banyak sangat. Takut ada binatang bisa yang tak kelihatan dengan pandangan mata.
Seawal jam 8am kami dah siap dengan uniform kebun. Kebetulan uncle jiran sebelah rumah pun sedang berkebun juga. Aiceh! maka we all pun sama-sama lar berkebun. Selalu juga we all share the same aktiviti sebab uncle dah pencen jadi dari membosan kat rumah, ada baiknya juga dia berkebun.
Yeyy! my kebun dah bersih dan cantik Thank you to uncle jugak lar, sebab tolong bersihkan kebun kami skali...heheee
Sedang berkebun tu, uncle tanya kami satu soalan yang sangat awesome!
Uncle: Awak nak pakai waterjet uncle untuk cuci lantai?
Me: Hahh??! [terkejut, teruja tapi kontrol]
Yer ker uncle? tak susah uncle ker nak pasang mesin tu?
Uncle: Taklah, boleh jer. Minggu lepas uncle dah siap pasang, tapi tunggu kamu tak kluar rumah pun. Kalo tak memang uncle bagi pakai jer
Me: Wahh! okay uncle. Boleh-boleh! Terima kasih
Sebenarnya tujuan kami pada hari itu ialah gardening dan lepas tu nak masak lauk spesel petik dari kebun, namun dengan pantas kami menconggak di dalam kepala. Takpa, alang-alang uncle dah offer his waterjet, baik amik - yer lar, waterjet tu bukan murah. So tak mungkin lar senang-senang nak bagi orang pinjam kan. Nak masak pucuk ubi dan jantung pisang tu postponed esok lah....heheee
Dengan gigih uncle pun install the waterjet pastu buat demo. Tapi uncle bukan buat demo, uncle macam siok plak dok cuci driveway kami. Hinggakan berpuluh kali kami dok ulang ayat yang sama
"uncle, tak pa lar, tak payah buat, biar saya buat"
Naik segan plak kami sebab uncle dengan bersungguh-sungguh dok cuci lantai rumah kami.
Tapi uncle qenyih jar. Tangan dok jalan jugak. Uncle siok gamaknya bila dia tembak high pressure water tu lumut pakat kluar berkeping-keping. Excited!
Rumah kami agak shady sebab pokok yang majlis tanam kat depan rumah tu dah terlalu besaq merimbun. Dah komplen suruh main potong tak mai pun. Dah dekat setahun jugak report, tapi hampehh!
Bila kurang cahaya matahari, lantai driveway yang menggunakan paving block tu memang mudah berlumut setiap kali hujan. Selalunya every 3-4 months kami akan berus lantai. Owh makk kooo! macam nak tercabut pinggang bila memberus sebab lumut tu lekap melekat! Hanya 40% bersih.
Tapi dengan menggunakan waterjet, 110% bersih! Amzing result cikjah. Ternganga kami. Happy giless!
Sapa ada jiran yang baik hati lagu ni hangkat tangan?
Tengok cikjah, besaq kan perbezaannya? Gembira hati kami bukan kepalang.
After 15 minutes kami berjaya amik alih waterjet from uncle. Kami suruh uncle rehat. Yes!, kami pun nak fefeeling siok menembak high water pressure cleaner tu jugak. Ahaks!
In between cleaning tu kami stop skejap bagi waterjet rest. Kami amik kesempatan pi sidai kain kat blakang rumah sat. Baru 10 minit, tetiba kami dengar the waterjet dah on semula. Rupanya, uncle mai sambung cleaning. Owh uncle, terima kasih sangat.
The amazing waterjet pinjam...hihiii
Lumut yang tercabut dan terpelantinggg [tudia!] ke kaki kami akibat tekanan air yang tinggi. Belemoih! Tapi tak geli sebab dah tau itu lumut...hehee
My paving block driveway looks like a brand new. No more mossy paving!
Sudahnya, dari jam 8am hingga 3pm baru lah selesai segala acara cleaning. I was so super happy!
Esoknya, kami terus masak laksa lemak Kedah dengan niat nak hantar ke rumah uncle sebagai tanda terima kasih for his waterjet and wonderful favour.
Alhamdulillah. Sama-sama lar kita membuat kebaikkan di antara kita. InshaAllah, niat baik dibalas baik. Jika sebaliknya, itu adalah ujian Allah.
Okay cikjah, keep clean yer! Bye!