SmartTag isn't smart anymore.

Kali pertama pakai dah sangkut kat smartTAG lane. Katanya 'tiada smarttag'. Abeh tu yang terconggok kat dashboard tu apadia? Okay fine, terus scan card Plus Miles kat reader and palang pun terangkat dan perjalanan diteruskan. Tapi sebelum tu, taktaw lah brapa bakul orang blakang dok menyumpah seranah sebab perjalanan yang sepatutnya lancar dah tersangkut nearly 4 minit. Bertambah teruk kerana ianya pada waktu puncak - sumer warga kota nak pi kerja di waktu pagi! Huwwaaaa

Confirm smartTAG tak smart sangat bila kami sangkut kat plaza tol sebanyak 7 kali! Tiada satu pun perjalanan melalui smartTAG lane menggunakan smartTAG yang baru dibeli berjaya.

I am officially pissed off!
Sebabnya dari saat kami beli smartTAG dari customer service center kami dah detect the smartTAG was not working well. Something was wrong sebab ia tak bleh baca balance kad Plus Miles kami sedangkan smartTAG lama bleh baca kad Plus Miles kami tanpa masalah. Kami dah bagitaw kakyam cashier tu tapi bila dia check guna kad dia, smartTAG baru bleh baca balance. Hence, dia kata kad Plus Miles kami rosak. Dia kata takpa smartTAG masih bleh guna cuma tak bleh semak balance. Kami tak puas hati but I was left with no option and had to walk home with it.

Nampak gayanya kena try test sendiri kat smartTAG lane nanti - dan ternyata kami benar sebab SmartTAG tak bleh pakai! Uh!

On the third day, kami kembali ke customer service center yang sama. Pot pet pot pet dok explain campur bengang kat kakyam cashier pasal smartTAG kami yang baru berusia 3 hari. Dah lar bayar RM127 bukan RM12 pastu tak bleh pakai dan menyusahkan. Kami tanya cashier apa solution sebab dia tak mo replace smartTAG kami dengan yang baru untuk permasalahan kami, dia kata kad kami rosak. Okay dua kali vangangg.

Nampak gayanya tiada jalan penyelesaian. Terus kami cadangkan nak tukar kad Plus Miles baru - walopun menukar kad baru kami kena tambah bayaran sebanyak RM10.60. Kami dah bosan sangkut kat tol plaza dan sakit hati ada smartTAG baru tapi tak bleh pakai. Life is too short to be wasted on queues. Terus kami cakap nak kad baru tapi kredit dari kad lama mesti transfer ke kad baru. Kad lama masih berbaki RM128 kot, takkan nak pejam mata. Cikjah tau apa kakyam cashier tu cakap?

Kakyam cashier: "Saya tak taw nak transfer balance. Saya takut nanti kredit cik hilang"

Errkkkk??!

Me: Pasaipa you cakap tak taw? Bukankah ini sistem you? Patutnya you mesti taw macam mana nak transfer balance? So? apa solution?

Sudahnya, pulang lah kami ke rumah dengan smartTAG berusia 3 hari yang tak boleh guna. Tiada apa-apa bantuan atau penyelesaian dari customer service center. Kesian.
Esok, kami nekad untuk cuba lagi lalu smartTAG lane. Kita tengok apa yang terjadi. Pelbagai posisi smartTAG dah kami cuba. menegak, melintang, atas dashboard, lekat kat cermin, huluq kot tingkap you tell me...sumer sangkut!

Nahhh! Pagi tadi sangkut lagi. Hanginnn menderumm tapi masih control kejelitaan.

Sampai office sibuklah kami call sini sana mengadu dumba permasalahan kami kat TnG dan Plus Miles. Akhirnya Plus Miles menyarankan kami kembali ke customer service center yang sama semula. Okay, masuk nie dah tiga kali ke sana. Eh, takpa. Kami tak kisah drive pi sini sana, Minyak keta, tenaga dan masa kami bukan mahai dan seberapa pun...Ahaks!

Akhirnya, kakyam cashier yang bertugas sangat bijak dan tangkas. Tak lah vongokk beball macam yang lagi dua orang tu. Lantas dia faham permasalahan kami dan sarankan kami untuk tukar smartTAG baru.
Cikjah taw apa terjadi?

It works super fine with the replacement SmartTAG. Kad Plus Miles kami dapat dibaca dengan baik. Kami dah test lalu smartTAG lane pun berjaya. Yeyyyy!!! Konon cakap kad Plus Miles kami rosak....cehhhh! Depa yang rosak hati sebab buat kerja tak teliti dan bersungguh-sungguh. Menyusahkan kami saja! Kalo di hari pertama lagi kakyam cashier beball tu replace smartTAG kami like what I requested mesti tak akan terjadi kevodohan sebegini. Huh!