Dah makan nasi ker cikjah? Kalo blum makan.....kami gerenti perut cikjah terus bernyanyi-nyanyi ria minta nasi lauk gulai sebaik sahaja memandang gambar gulai sedap di atas...hahaa
Sedappppp nie... Gulai rebung madu bersama perut lembu. Fuhhyoo!


During school holiday last 2 weeks kami tak berkesempatan untuk bercuti, maka kami memberi ganjaran percutian to my bonda, adinda and her family. Saja lar suruh depa pi jalan-jalan, berehat dan bercuti di dalam suasana kampung. Best jugak tempat yang kami pilih istimewa untuk depa bercuti. Ada kolam ikan, ada sungai, ada bukit, hutan, suasana kampung yang nyaman dan sungguh semulajadi. Memang idaman bonda kami untuk ke tempat yang sebegitu rupa sebab she is a kaki pancing. As for my adinda dan family, it was a great city escape untuk orang kota macam depa. Tenang, sunyi, dingin dan penuh kesegaran alam.

As a result, inilah hasil yang depa bawa balik untuk kami. Rebung madu yang manis dan ulam pucuk samak yang lemak segar. Apa taknya, sepohon pokok samak yang rendang tumbuh betul-betul  di depan chalet penginapan depa. Pokok rebung pulak, memang di tanam di sekitar kawasan resort.


Rebung madu yang sudah siap disiang, dihiris dan direbus seketika. Makan begitu saja pun dah sedap. Manis dan rangup. Jom masak gulai!

Bahan-bahan:

Rebung
Perut lembu
Rempah kari
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2cm kunyit segar
2sb cili kisar
Santan [1 biji kelapa]
2 keping asam gelugor
1 batang serai - ketuk
Bawang merah + putih untuk menumis
Daun kari
Garam
Gula

Cara: 

1. Kisar bawang besar + bwang putih + lengkuas + kunyit. Masukkan ke dalam rempah kari bersama cili kisar. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang, serai dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah. Masak hingga rempah hampir kering dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
4. Masukkan perut lembu dan biarkan mereneh di dalam rempah 5-8 minit. Kacau sekali sekala.
5. Masukkan santan dan asam gelugor dan biarkan mendidih. Masak hingga perut lembu empuk.


6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya. Masukkan rebung, cili padi jika suka dan renehkan selama 8-10 minit. Siap!


Selepas 10 tahun lebih, inilah pertama kali kami masak makanan berasaskan perut lembu. Lama jugak yaa...Sebabnya kalo di kampung dulu, ayahnda yang selalu beli perut lembu fresh kat pasar. Market kat kedah nun hari-hari ada orang jual daging lembu dan bahagian lembu segar.  Di ibu kota nie, kami tak pandai nak beli sendiri kat market. Susah nak jumpa perut lembu melainkan kalo rajin pergi pasar malam.