.

.

Apr 21, 2015


Sempat kami balik kampung on last weekend. Walopun just 2-3 hari, tapi Alhamdulillah dapat balik kampung lagi.


Seperti biasa, kami sangat selesa terbang dari Skypark. Faktor utama ialah dekat. Kali ini kami naik Firefly dan tak mungkin dapat kami lupa cara stewardess buat announcement dalam flight. Owh my my! Nadanya mengalahkan pengacara rancangan Misteri Nusantara. Sangat berbisik, perlahan dan sebijik-bijik. Terasa seram pun ada...nak kata romantik pun ada juga. Pakwe dengaq memang tangkap leleh dan jiwang gaban. Tapi kalo kakyam yang dengar, naik meluat! Ahaks!

Memang luar biasa nada stewardess tu. Tak penah lagi lar kami dengar annoucement yang macam tu. Takkan lar senior atau chief stewardess tak komplen? Pelik sangat bunyi gaya nadanya....hahaa
Bukan kami jar yang terasa pelik, neber kat lorong sbelah pun terasa perkara yang sama. Terkekekk we all berdua.


Bila dah namanya balik kampung....uish! hari-hari sarapan nasi lemak sedap lar. Memang tak hengat apa dah. Janji dapat makan sedap...hehee
Takpa, makan-makan, yang pasti jangan lupa workout okay.


Berada di kampung, kami amik kesempatan pegi nail salon buat manicure & pedicure. Kami buat kat Alor Setaq. Very cheap! Mani $25 kalo mani + pedi baru $45. Kalo kat KL, Mani saja $50!
Service was okay cuma sedikit kasar dan kurang teliti. Kesimpulannya, setimpal lah dengan harga yang dikenakan. Mungkin next time kami bleh cari kedai yang lebih baik. Cer tengok kuku the beautician...macam mana nak korek idung tu? Aww!


Nah! sebakul asam jawa kekanda petik dari pokok di halaman rumahnya. Apa lagi, bentang tikar dan pakat kupas kulit dan buang biji lah untuk buat asam jawa. Asli!
Actually banyak lagi buah kat atas pokok yang tinggi melayut di atas sana, tapi buah tak luruh.

Asam jawa asli 


Haa! ini pula memang terbaik. I learnt new things from bonda and let me share it with cikjah.
Daun di sebelah kiri tu ialah Sudu Itik. Selalunya direbus sebagai ulam atau rebus dan dibuat kerabu. Namanya Sudu Itik kerana itik memang suka daun nie. Daun ini tumbuh banyak di kawasan sawah padi.

Daun yang kat tengah [kemerahan] tu namanya daun Derom. Pokoknya besar macam pokok kayu. Pucuknya dipetik sebagai ulam. Rasanya lemak dan bau wangi!

Kedua-dua ulaman nie kami tak pernah makan. Happy dapat blajar benda baru. Sekarang agak sukar nak jumpa daun Sudu Itik dan Pucuk Derom nie...tanaman hampir pupus dan orang sekarang pun dah tak makan lagi. Kalo jumpa pun mungkin tak kenal sebab tiada pendedahan.

Yang hujung kanan sekali ialah Pucuk Samak kegemaran kami ever! Seperti biasa pucuk samak banyak dijual di pasar tani. Kali nie kami tertejut sebab beli seikat cuma 5kupang! Selalunya seikat RM1. Smoga murah rezeki makcik penjual yang ramah tamah tu.


Sambil menyapu daunan dan bunga kering yang gugur kat halaman rumah bonda, kami ternampak sarang burung berada sangat rendah kat hujung dahan pokok Bebuas. Tingginya cuma paras kepala. Amboi! berani pulak burung nie bersarang rendah. Bila ditarik dahan tu...rupanya kat dalamnya ada telur burung dua biji!!! Wah! Excited kami macam mak burung. Dari jauh mak burung dah bising mencicit bagi warning jangan amik telur burung dia...hahaa

Sebab kesian kat mak burung, kami tabur nasi kat dalam sarang burung tu...hahaaa
Dapat lar mak burung makan nasi...tak payah terbang jauh cari ulat.


Sekarang nie sawah padi sekitar Kedah dah selesai dibajak dan baru digenangi air. Dua tiga minggu lagi akan bermulaha sessi tanaman padi musim kedua pula.


Sesetengah kawasan padi dah mula tabur anak benih dan kelihatan anak-anak benih sedang mula tumbuh.





Okay, Pienkcat dah nak balik...pinjam beg Lopa isi nasi daging bawa balik KL. Ahaks! Tapi ayaq asam masuk cargo takut satgi tak lepas plak sebab liquid more than 100ml...menangis sebab makan nasi daging tak leh cecah ayaq asam...hahaa


Apr 18, 2015


Hari ni nak sembang pasal citer best lah. Citer best yang pomm! sampai ke bintang. Yeyyyy!!!
Citer apa? No....bukan citer makan. Ahaks! Tapi citer workout.
Jangan lari cikjah....hahaaa

Maklumlah ramai yang lari atau malas nak layan bila sembang pasal workout nie. Tak larat lar, tak dak masa lar, sakit lutut lar, lenguh tulang lar, macam-macam alasan tercipta. Walhal, kalo dah workout, sumer alasan tu confirm akan hilang. Malah akan jadi lebih sihat bertenaga, ceria, aktif dan bertambah keyakinan diri. Kali ni kami nak share dengan cikjah about my Yoga routines.



Alhamdulillah. I am doing better and better. Aiceh! Banyak poses yang dah buleh buat dengan excellent except split...heheee....[ I am working on it].
Bulih buat split but I wanted one straight line split macam pembaris like this...hahaaa....bulih? it takes months and some maybe years.





Split susah okay, maklumlah dulu mak tak antar pegi kelas ballet or gimnastik. Bila dah tua-tua nie, urat sumer dah keras macam batang buluh. So, susah lar nak lentur macam rebung tu...hahaa
Lagipun kecik-kecik dulu mak bedung ketatt punya so no chances kaki nak terkeluar kiri kanan...hahaa
Nasib baik dulu rajin qabat pokok pelam depan rumah, so basic tu memang ada. Ahaks!

Yeyy! I made it! On  my knees on  a swiss ball.
Next on my feet...soon!
This is a part of my Pilates routines. Sekarang kami dah bleh balance pretty well on a swiss ball. Yeyyy!!! InshaAllah in near future I will be able to stand on it. Kena pektis dengan lebih gigih lagi. Chewah! Everytime pektis Pilates with a swiss ball, selalu rasa macam masuk kelas pre-natal. Ahaks! Serious I do...hahaaa


Okay back to Yoga. Here it goes! My latest passion is this -  aerial yoga.
Beside menjadi a loyal gym member for the past 9 years and counting, kami signed up for an additional outside yoga membership too. Huwwaa! bunyi macam tamak lar pulak kan. Well, memang kami tamak. Tamak kan ilmu...hehee

I found that mixing the high intensity cycling class, with TRX, yoga and pilates is such a beautiful combo. It is absolutely perfect!


Photos of myself wearing light pink shirt are a few poses I did in my very first class. 
Baru nak tidoq dalam ndoi chegu dah suruh belit-belit lipat. 



Dah lar first class, freshie sesangat tapi sebab passion dan semangat kesukanan,  gigih kami lipat...hopefully existing member tak cakap kami eksen or show off lar kan...Ahaks!


Nampak macam seram tak pose nie? hahaa




Ini namanya Imbang Tembikai pose...hahaa...jangan bagi jatuh nanti tak dapat makan tembikai yang juicy itu.




Adoii! tergeliatt mata aihhh....do you? Tengok gambar or video memang nampak senang macam kacang. Terasa macam badan memang bulih buat. Tapi hakikatnya it is not easy. Perlukan body strength and stability. Alhamdulillah sebab kami selalu pektis TRX hence both the stability and body strength tu ada lar sket-sket. So, masa mula-mula pektis yoga tak lah awkward sangat. Namun, kami budak baru blajar and always be. Semangat, kegigihan dan komited perlu ada dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Satu yang kami sentiasa semat di hati ialah workout untuk kesihatan dan bukan untuk kurus semata-mata. Kalo workout dengan niat nak kurus susah sket sebab goal cikjah hanya satu - untuk turunkan berat badan, after that?

Kalo workout berniatkan untuk menjaga kesihatan inshaAllah cikjah akan lebih terinspirasi untuk workout dan terus workout kerana turunkan berat badan is a one time job but menjaga dan mengekalkan berat badan yang ideal is a whole life job.

Lazimnya kita terbalik, every month azam nak turunkan berat badan. Konsep dan kaedah untuk menurunkan berat badan pula salah. Sanggup berlapar, makan pil macam-macam, sapu losen kurus? ERkk...tapi takmo workout. Dah turun sket, lepas a few months tambah banyak plak dah...adeh, pastu bulan depan azam nak turunkan berat badan lagi, so it never stops. Maka jadinya jom lar kita workout demi menjaga kesihatan. Kurus atau sebaliknya yang utama ialah sihat tubuh badan. Aiceh!

Pritttt! Okay done, nak pi tumis gulai sat...bye!


Apr 15, 2015


Cikjah dah makan nasi? Masak lauk apa? Berapa kali tambah?
Hiap! Jangan tambah okay....nanti tambah berat badan...hehee

Itu lar sukarnya orang Asia kan, terutamanya orang Melayu...hari-hari mesti nak makan nasi. Kalo tak dapat nasi, dari kucin bleh bertukar jadi harimau okay....hahaa [that's me].
Memang tak dapat dipisahkan dengan nasi. Maklumlah, dari kecil memang dah diajar makan nasi. Cer dari kecil mak jamu sandwich dan salad jar...mesti tak pandang nasi kan. Apa pun, nasi is the best!

Hari  ni kami nak kongsi dengan cikjah cara kami jaga kesihatan dan berat badan walopun makan nasi. Haa! hat nie yang nak dengaq sangat. Bulih makan tapi tak demok.
Eh! hello!! kerengga pun kalo makan banyak bulih jadi demok macam gajah okay.

Apa pun amalan pemakanan sihat dan seimbang, SENAMAN adalah penting. Tak kisah lar bersenam di gym kar, rumah kar, taman bunga kar, tepi bendang kar, janji senaman. Dan tak semestinya bersenam tu kena lompat bintang, pumping, jumping, running dan sebagainya. Buat kerja rumah seperti vakum, mop lantai, berus lantai, cuci kereta even memasak pun bulih dikira bersenam sebab sumer aktiviti tu menyebabkan kalori terbakar. Namun rutin senaman yang lengkap sangatlah digalakkan untuk pulangan lumayan. Aiceh!

Salah satu cara kami jaga kesihatan ialah dengan menggantikan beras putih dengan beras perang. Yes beras perang. Diet gedebak gedebukk macam mana pun badan kita tetap memerlukan karbohidrat. Apa yang penting, kuantitinya biarlah sepadan dan bukan melampau.

Kami agak aktif dalam bersenam, maka kami sangat memerlukan karb untuk beri kami tenaga terutamanya for my high intensity cycling routines. Huishh! the cycling class memang mencabar minda dan fizikal. Kalo tak dak tenaga, nanti kami tak perform sangat dan resultnya tak memberangsangkan, hence I need carb precisely rice!
I do take rice dalam kuantiti yang sedikit on my workout days. Kalo beli nasi kat kedai tu layak harganya cuma 5 kupang, tapi mamak rakus mana mau caj 5 kupang, dihantamnya seringgit jugak...adeh!

Beras Perang Sabah - yummm!

Beras perang Sarawak

Beras Hitam Sarawak

Sebagai tips untuk kami kongsikan dengan cikjah, masaklah nasi dari rumah. Lebih jimat!
Ramai yang tak sukakan beras perang kerana rasanya sedikit tawar dan kurang sedap berbanding beras putih biasa. Lagipun, beras perang tak dapat absorb kuah gulai dengan baik [Ahaks!] atau agak sukar untuk dipadankan dengan hidangan lauk yang lain. Rasanya kurang ummpph!
Sapa penah makan beras perang memang tahu.

Satu petua untuk meng-enakkan beras perang ialah rendam beras perang sekurang-kurangnya dua jam sebelum dimasak. Untuk masak beras perang, kurangkan kuantiti air sedikit. Fuh! hasilnya luar biasa. Nasi beras perang sangat lembut, kembang mekar dan sedap skali. Sekarang, sumber beras perang kami ialah dari Sabah dan Sarawak. Maklumlah banyak kami stocked up beras perang waktu holiday kat sana tempoh hari. Kami bleh makan nasi beras perang kosong tanpa lauk sebab sedap sangat...hahaa


Satu lagi tips dari kami ialah masak beras perang dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam freezer mengikut porsi yang dikehendaki. Bila nak makan, steam sebentar dan nikmatilah seperti biasa. Dengan cara ini juga cikjah dapat jimat masa untuk waktu tempoh merendam beras. Sebab kadang-kadang kita rasa taknak makan nasi, tup-tupp tiba-tiba nak makan nasi plak. Takkan nak tunggu 2 jam plak untuk rendam beras kan....

Tapi kalo cikjah punya keluarga besar dan sumer ahli keluarga gemarkan beras perang, tak perlu lah buat macam kami. Masak nasi secara harian macam biasa saja cuma gantikan beras putih dengan beras perang. Jadi bangun pagi tu sambil buat breakfast dah bulih rendam beras dulu - Wink! time management.


Ini adalah nasi beras perang yang sudah siap dimasak dan disimpan mengikut porsi pemakanan kami. Satu bekas untuk satu hari. Cukup buat bekal kami selama seminggu ke tempat kerja. Selain jimat, ia juga baik untuk kesihatan. Jangan lupa tambah sayur dan protein untuk hidangan ini.

Kalo not on workout day, kami cuba beri pilihan menu dengan salad, kekacang dan protein tanpa nasi. Tapi skali skala tak salah untuk reward diri cikjah dengan nasi lauk gulai, ayam percik, sambal udang, sotong celup tepung, asam pedas ikan, masak lemak ketam...bla...bla..blaaa.....Ahaks!



Apr 3, 2015



Kita sentiasa diberi pilihan. Malah, setiap hari kita membuat pilihan. Cuma apa yang sedikit menyukarkan ialah membuat pilihan baik atau buruk. Kami percaya, jika banyak pengalaman dan ilmu inshaAllah agak mudah untuk kita membuat pilihan yang baik.

Sebagai contoh, jika cikjah membuat pilihan makan di luar, maka pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan ikut nafsu. Dengan cara ini, cikjah dpat menjaga kesihatan tubuh badan dan jika ditambah dengan bersenam, pasti cikjah akan lebih sihat dan menarik.

Beginilah hidangan yong taw foo kami jika makan di luar. Opted for more vegetables rather than all high calories processed stuff. Kadang-kadang tersedak kami bila tengok pinggan orang lain menggunung tinggi tapi satu pun takdak sayuran.


Jika makan di restoren berkonsepkan western food, pesan salad sebagai hidangan utama bersama hidangan daging/ayam/seafood. Makan lebih sayur bukan lebih daging. Ahaks!
Alhamdulillah kenyang-nya sama juga malah tak ada langsung rasa bersalah selepas makan...hahaa


Ini pula hidangan lazat dan sihat kami di Ikea selepas workout at gym. Jangan lar pulak lepas workout pi makan KFC or McD....abes hancur sia-sia segala workout tadi...hahaa
and remember...always with plain water. Always.

Tahukah cikjah bahawa selama ini kita sudah silap konsep?
Selalunya kita sibuk nak order air fancy bila makan di luar. Bila di rumah takmo plak buat air jus tembikai, jus orange, kedondong asam boi, teh o ais, teh tarik dan sebagainya. Sedangkan jika makan di luar kita order plain water, ia bukan sahaja jimat malah zero kalori!

Terus terang kami katakan, kami sangat seram bila lihat parents order air manis kepada anak-anak seorang segelas bila makan di luar. Sepatutnya kita didik anak-anak kita dari kecil lagi untuk menjaga pemakanan. Harap kita dapat sama-sama perbetulkan konsep ini.


Kami tidaklah terlalu strict di dalam pengambilan makanan sihat dan seimbang harian. Cukup sekadar ada protein, banyak sayuran dan sedikit karb. Sos atau kuah sampingan kami ambil untuk menyedapkan rasa. Kalo tak rasa macam orang sakit kat hospital pulak kan. It's okay sebab kami amalkan rutin bersenam secara regular dan constant. Lagipun kami bukan ratu cantik. Ahaks!
Alhamdulillah sekadar sihat, bertenaga, fit dan confident!



Tengok! makan bertemankan yoga mat. Semangat!

Eh, cikjah dah workout today? heheee


Apr 2, 2015


Kami ada satu lagi cadangan tempat makan best. Jika cikjah peminat chinese food, maka harus cuba makan di restoren chinese muslim Al-Amin Xinjiang Muslim Restaurant. Setakat ini terdapat dua cawangan. Pertama di SSTwo Mall, PJ dan terbaru di Dataran Sunway, Kota Damansara.

Pemilik adalah seorang chef yang berasal dari Xinjiang, China. Kami memang teruja bila makan di sini sebab rasa asli chinese food tu cukup terasa. Bila makan lamien mee terasa kulit tu putih gebu dan pipi pinky sangat...kunun feeling macam China's chinese muslim. Ahaks!  Keterujaan berganda sebab kami memang chinese food fan!


Lamien mee ataupun mee tarik ini dibuat menggunakan tangan di restoren. Tekstur mee agak tebal dan lebar serta kenyal. Sangat mengenyangkan dan lazat! RM12 for this big plate. Kalo cikjah nak jimat kalori, bleh share dua orang...hehee


Gambar-gambar hidangan di dalam menu juga sangat menarik. Kami akan berusaha sedapa upaya untuk mencuba sumer jenis hidangan di sini...inshaAllah. Soon, they gonna have steamboat too. Excited! *feeling kulit putih gebu, pipi kemerahan dan nafas berasap-asap sambil makan steamboat*


Terbaik! Deep fried beef. Kami memang suka daging berbanding ayam. Rasanya sama seperti yang kami bayangkan. The portion is very big and sesuai untuk 3-4 orang makan. Harganya RM28 for regular size.


Setiap hidangan mesti ada sayur. Wajib. Sekali lagi kami feeling kulit putih gebu, pipi kemerahan dan nafas berasap-asap sambil makan nasi. Hahh!

Selamat menjamu selera.


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"