Cikjah dah makan nasi? Masak lauk apa? Berapa kali tambah?
Hiap! Jangan tambah okay....nanti tambah berat badan...hehee

Itu lar sukarnya orang Asia kan, terutamanya orang Melayu...hari-hari mesti nak makan nasi. Kalo tak dapat nasi, dari kucin bleh bertukar jadi harimau okay....hahaa [that's me].
Memang tak dapat dipisahkan dengan nasi. Maklumlah, dari kecil memang dah diajar makan nasi. Cer dari kecil mak jamu sandwich dan salad jar...mesti tak pandang nasi kan. Apa pun, nasi is the best!

Hari  ni kami nak kongsi dengan cikjah cara kami jaga kesihatan dan berat badan walopun makan nasi. Haa! hat nie yang nak dengaq sangat. Bulih makan tapi tak demok.
Eh! hello!! kerengga pun kalo makan banyak bulih jadi demok macam gajah okay.

Apa pun amalan pemakanan sihat dan seimbang, SENAMAN adalah penting. Tak kisah lar bersenam di gym kar, rumah kar, taman bunga kar, tepi bendang kar, janji senaman. Dan tak semestinya bersenam tu kena lompat bintang, pumping, jumping, running dan sebagainya. Buat kerja rumah seperti vakum, mop lantai, berus lantai, cuci kereta even memasak pun bulih dikira bersenam sebab sumer aktiviti tu menyebabkan kalori terbakar. Namun rutin senaman yang lengkap sangatlah digalakkan untuk pulangan lumayan. Aiceh!

Salah satu cara kami jaga kesihatan ialah dengan menggantikan beras putih dengan beras perang. Yes beras perang. Diet gedebak gedebukk macam mana pun badan kita tetap memerlukan karbohidrat. Apa yang penting, kuantitinya biarlah sepadan dan bukan melampau.

Kami agak aktif dalam bersenam, maka kami sangat memerlukan karb untuk beri kami tenaga terutamanya for my high intensity cycling routines. Huishh! the cycling class memang mencabar minda dan fizikal. Kalo tak dak tenaga, nanti kami tak perform sangat dan resultnya tak memberangsangkan, hence I need carb precisely rice!
I do take rice dalam kuantiti yang sedikit on my workout days. Kalo beli nasi kat kedai tu layak harganya cuma 5 kupang, tapi mamak rakus mana mau caj 5 kupang, dihantamnya seringgit jugak...adeh!

Beras Perang Sabah - yummm!

Beras perang Sarawak

Beras Hitam Sarawak

Sebagai tips untuk kami kongsikan dengan cikjah, masaklah nasi dari rumah. Lebih jimat!
Ramai yang tak sukakan beras perang kerana rasanya sedikit tawar dan kurang sedap berbanding beras putih biasa. Lagipun, beras perang tak dapat absorb kuah gulai dengan baik [Ahaks!] atau agak sukar untuk dipadankan dengan hidangan lauk yang lain. Rasanya kurang ummpph!
Sapa penah makan beras perang memang tahu.

Satu petua untuk meng-enakkan beras perang ialah rendam beras perang sekurang-kurangnya dua jam sebelum dimasak. Untuk masak beras perang, kurangkan kuantiti air sedikit. Fuh! hasilnya luar biasa. Nasi beras perang sangat lembut, kembang mekar dan sedap skali. Sekarang, sumber beras perang kami ialah dari Sabah dan Sarawak. Maklumlah banyak kami stocked up beras perang waktu holiday kat sana tempoh hari. Kami bleh makan nasi beras perang kosong tanpa lauk sebab sedap sangat...hahaa


Satu lagi tips dari kami ialah masak beras perang dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam freezer mengikut porsi yang dikehendaki. Bila nak makan, steam sebentar dan nikmatilah seperti biasa. Dengan cara ini juga cikjah dapat jimat masa untuk waktu tempoh merendam beras. Sebab kadang-kadang kita rasa taknak makan nasi, tup-tupp tiba-tiba nak makan nasi plak. Takkan nak tunggu 2 jam plak untuk rendam beras kan....

Tapi kalo cikjah punya keluarga besar dan sumer ahli keluarga gemarkan beras perang, tak perlu lah buat macam kami. Masak nasi secara harian macam biasa saja cuma gantikan beras putih dengan beras perang. Jadi bangun pagi tu sambil buat breakfast dah bulih rendam beras dulu - Wink! time management.


Ini adalah nasi beras perang yang sudah siap dimasak dan disimpan mengikut porsi pemakanan kami. Satu bekas untuk satu hari. Cukup buat bekal kami selama seminggu ke tempat kerja. Selain jimat, ia juga baik untuk kesihatan. Jangan lupa tambah sayur dan protein untuk hidangan ini.

Kalo not on workout day, kami cuba beri pilihan menu dengan salad, kekacang dan protein tanpa nasi. Tapi skali skala tak salah untuk reward diri cikjah dengan nasi lauk gulai, ayam percik, sambal udang, sotong celup tepung, asam pedas ikan, masak lemak ketam...bla...bla..blaaa.....Ahaks!