.

.

Nov 20, 2012



Wahhh!! dah makan nasi ker cikjah? Kalo blum, awas yer...hehee
Hari nie menu kami mengimbau kenangan manis di Ubud. Terasa seperti di Ubud. Best! 
Kami pun pulun bawa keluar set pinggan mangkuk mahaii kesayangan kami cap 'Arcopal' Ubud ...hahaa

Beli kat Ubud, Bali taw...jauh naik kapai terbang :)


Dah lama sangat tak makan masak lemak pucuk geti.....gulp! sedapp sangat. Pandai Pienkcat masak...Aiceh!


Cikjah pernah lihat atau kenal pucuk geti? Inilah rupanya. Rasanya sedikit pahit macam pucuk ubi dan seakan-akan pucuk manis atau orang Kedah panggil Asin-asin.

Kalo masak pucuk geti, kami suka simpul instead of lurutkan semua daun dari tangkai. Presentasi simpulan pucuk lebih menarik bila dihidang. Nampak begitu asli kampung dan memikat selera.


Pucuk geti memang sangat sinonim dengan masak lemak. Senang jer cikjah. Tumbuk kasar bawang kecil, cili merah, belacan sket dan ikan bilis dan masuk dalam periuk. Tuang santan cair, perasakan dan biarkan mereneh seketika.

Lepas tu masukkan pucuk geti dan biarkan separuh layu.


Tuangkan santan pekat dan biarkan mendidih sederhana.


 Siap dah! Sedapnya owh! my goat.......memang terangkat.


Kena pulak dengan sambal belacan power dan ulaman segar....uishhhh!! mana nak cari lauk best macam nie? kena masak sendiri lar nampaknya...Ahaks!


Masa beli pucuk geti kat pasar malam tu, ada kangkung sungai, nampak kangkung sungai hanya satu menu terbayang di mata.............gado-gado :)


Hantar kat aunty jiran sket. Gerenti sedap lah... hahaaa


Alhamdulillah....makan nasi dengan bergaya. Sedap hingga menjilat jari walopun takdak gulai....hehee



Nov 8, 2012

HONK! HONKK!! 
Itulah bunyinya. Maka maklumlah kami serta sekalian alam bahawa jiran kami sudah balik rumah. Every time balik rumah mesti dia nak honk. Tak kira masa, ketika dan suasana. Tak guna akal, fikiran, toleransi dan NO sivik.


Tujuan dia honk bila sampai depan rumah ialah [kononnya] sebagai 'remote' gate. Lepas honk, berlari-lari kedekk-lah orang gaji gila [OG] dia keluar untuk buka gate. Ala-ala 'autogate' gitu. Itupun kalo 'remote' dia tak melalak sembang terbongkang terkangkangg dengan geng orang gaji indon yang lain kat lorong belakang rumah. Kalo 'remote' dia lambat keluar, maka banyak kali-lah honk yang akan ditekan-tekan dengan kuat tanpa memikirkan jiran-jiran sekeliling.

Seawal jam 7.30 pagi dah mula honk. Sebab waktu tu nak antar anak pegi sekolah. Kadang-kadang orang gaji gila dia ada terconggok depan hidung tapi oleh kerana punya-lah malas nak wind down cermin tingkap kereta untuk keloi panggil, sanggup dia tekan honk kuat di pagi hari yang damai supaya si-OG tu datang ke tingkap kereta dia......isk..isk...Bukannya jauh pun. 3m jar jarak. Takkan lah nak tekan honk???


Kadang-kadang balik rumah time Maghrib dan azan tengah berkumandang pun dia tekan honk tak hengat punya. Iskk...iskkk...kesiannn dia. Pada dia mungkin "Peduli apa haku. Kereta haku. Honk haku. Rumah haku...ada haku kesah? ko ada honk??".  ERkk! Itulah tanda-tanda orang yang sellfish dan takdak budi bahasa. Paling terpahat dalam sejarah ialah pernah once upon a time dia balik rumah pukul 1.30 pagi, [setakat pukul 11pm, 12pm tu dah slalu sangat]
Tatappp dia tekan honk jugak.....adeh! memang kesian lar kat dia nie.

What do you expect? Pukul 1.30am mesti lar orang gaji ang dah tidoq. Tengah mimpi makan tempe dengan cowok kat indon agaknya. Bila dah tidoq susah lar sket nak dengar honk. Maka banyak-lah kali dia tekan honk selagi si-OG tu tak kluar bukakan gate. Pukul 1.30 pagi tu! Masalahnya ada bini kat sebelah, tak leh ka turun bukakan gate. Lebih sanggup mengganggu ketenteraman tidur jiran tetangga....pukul 1.30am? WTH! Kami rasa depa hanya ada satu set kunci rumah. Maybe kedekut nak duplicate many set? uh! maybe.......who knows.

Depa nie jenis makan kat luar. Mungkin rumah depa takdak dapur.......mungkin.......who knows. Every night lepas balik kerja, depa  akan keluar semula pegi dinner. Pukul 10pm or 11pm baru balik. Bab nie kami memang respek giles kat jiran kami. Every single day without fail depa akan jalani rutin yang sama. Every night balik rumah pukul 10pm onwards even though on weekdays dan esok anak-anak sekolah. Oleh yang demikian terpaksalah kami tambah satu lagi rutin harian kami iaitu sebelum tidor kami mesti selak curtain dan buat semakan terlebih dahulu samada jiran ngokngekk kami tu dah balik rumah atau belum. Kalo belum balik, adalah dinasihatkan jangan tidoq dulu! Nescaya pukul 10pm - 11pm satgi akan tersentap jaga dari tidur yang nyenyak sebab terdengar bunyi honk kereta bertubi-tubi. Tengah mimpi terbang ke bintang terus jatuh tersembamm ke tanah. Paling ngeri kalo atas tanah tu ada taek gajah...haishhh!!!

Satu lagi tabiat buruk jiran kami nie ialah tengok tibi kat bilik tidor [which is exactly next to my bedroom] macam tengok wayang! Pomm! Pangg! Kadabomm! Kadabushh! bunyi loud speaker macam kami plak tengah tengok wayang dalam bilik kami...uh! Memang kuat tak terhingga sebab kaedah menonton jiran kami tu lengkap dengan home theater system. Seriouss sangat terganggu dan tak tenteram. Kadang-kadang dah lewat malam pukul 12.30pm pun masih ber-home theater bagai....alahaiii...Masalahnya tibi tu kat dalam bedroom, berkongsi dinding dengan bedroom kami! kalo tibi letak kat family hall atau living hall mungkin bunyi sound system yang kuat itu tak kedengaran sangat....haish! Every time it happens kami mesti rasa nak texting bini jiran kami tu "tengah tonton citer apa tu? happening jar bunyi tibi" 
Ahaks! Kalo depa tak paham jugak, memang ngokk al bongokk lar laki bini. Tapi........................................kami jiran yang prihatin. Takpalah kami telan kesakitan jiwa kami dari bermasam muka dan terasa hati dengan jiran tetangga. Baiknya hati kami. Sungguh budiman. Aiceh!

Kalo on weekend,  situasi yang dasat akan bertukar menjadi kronik sebab depa sekeluarga jenis tak lekat kat rumah. Kami pun heran. Tak taw depa pi mana. Saban minggu macam tu. Kluar masuk rumah 4 - 5 kali in a day. Maka 4 - 5 kali jugaklah kami akan dihidangkan dengan bunyian honk yang sungguh menyentakkk kalbu. Kadang-kadang tengah tidor petang pukul 3pm or 4pm pun terkejut sebab dengar honk. Bayangkan kalo ada baby kat rumah??? Yer lah, kami kan wanita berkarier---Aiceh! maka hujung minggu adalah masa-nya untuk kami berehat dan bersantai di rumah. Tapi macam mana nak rehat kalo asik terkejut-kujatt dengar honk kereta. Lepas tu plak, baru nak relax, geng orang gaji indon gila plak keluar melalak kat belakang rumah sebab majikan dah takdak kat rumah... Adehhhh!


Sebab kami seorang jiran yang sungguh baik dan bertoleransi-lah maka kami tak pernah nak sound jiran kami yang buta hati pasal hal honk-honkk nie. Sebab benda nie terlalu simple dan budak tadika pun taw bahwa honk itu bising. Kalo dah depan rumah tu tak payah lar honk-honk. Tak boleh kah you call orang gaji you cakap dah sampai depan rumah?? Nak expect dia turun kereta tekan door bell sendiri? huh! no way lar sebab berat perut! Kalo perut ringgan, dah lama dia turun tekan door bell instead of tekan honk.

Kami ada menyimpan niat nak hadiahkan jiran kami wireless door bell. Satu lekat dalam rumah, satu lagi lekat dalam kereta dia. Bila sampai depan rumah, tekan lar loceng. No one hurts. Dia tak payah honk macam hanjeng menyalak atau turun kereta tekan door bell, kehidupan kami pun lebih tenteram dan aman damai.
Tapi kami heran, benda simple macam tu pun tak kan-lah dia tak leh pikir.....kesiannn betoi. Wireless door bell RM19 sembilan kupang jar pon. Berkira sangat aihh!

Tapi sekarang syukur Alhamdulillah. Sudah 3 bulan orang gaji gila dia dah balik indon for good! Selesai dua masalah TERbesar kami!!! Sangat-sangat lega dan release. YIppieee!!!

Masalah 1
Tiada lagi bunyi honk sebab akhirnya dia terpaksa turun buka gate sendiri. Aikk?! Boleh rupanya buka gate sendiri. Ingatkan berat perut atau terbelit tersimpoll seat belt.

Masalah 2
Tiada lagi mesyorat geng orang gaji indon gila di lorong belakang rumah kami sebab ketua kumpulan si orang gaji gila tu dah blah balik indon. Yahuuu! Tiada lagi kedengaran indon melalak, ketawa mengilai, terjerit-jerit hinggakan kami terasa seperti tinggal di Kayu Ara instead of Damansara.


Kami syukur. Harapnya keadaan aman damai, tenteram dan sejahtera ini berkekalan-lah hingga bila-bila. Jika jiran kami ada terbaca karangan chenta kami ini, silalah renung-renung kekurangan sensiviti dan nilai murni diri sendiri dalam hidup berjiran. Ini kerana nilai murni dan sensiviti hidup berjiran kami sangat tinggi hinggakan terpaksa kami telan dan hadam apa jua yang jiran kami lakukan kerana kami paham, kami bukanlah tinggal di kawasan lot bungalow yang mana rumah sebijik-bijik jauh antara satu sama lain malah jauh sekali bukan tinggal di dalam hutan yang mana jiran kami hanyalah pokok-pokok. Jika kami bleh faham dan mampu untuk memupuk dan berfikir, kenapa tidak jiran kami?

To cikjah, kalo cikjah pun suka dok honk-honk depan rumah hingga menggangu jiran yang lain, harap berubahlah. Tak kiralah depan rumah sendiri atau depan rumah orang lain. Berfikirlah. Kalo cikjah sampai depan rumah seseorang, adalah lebih baik call orang tu to inform cikjah dah sampai. Tak perlulah terjerit-jerit honk depan rumah orang. Mungkin jiran sekitar ada anak kecil, ada jiran yang sakit atau tak sihat dan perlukan rehat, ada jiran yang sedang tidor dan sebagainya. Who knows....jangan ingat kita tahu segalanya. Tak rugi pun bersikap tolenrasi, bertimbang rasa dan berbudi bahasa. Bersikap murni lah sesama jiran. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak cikjah.



Nov 6, 2012


I am an adrenaline junkie. I love working out. I guess I'm addicted to it. It's a good addiction anyway. ;)

It took only one button to trigger me six years ago and it freaked me out! Really really freaking me out. I couldn't put on S size dress when fitting at the mall...okay fine. At least M is acceptable even though it was hard...huh! But when I couldn't fit in M size...that was hazard! Die. That was the sign. It was a wake up call. Yuuhuuu! hello!! wake up!!!

I didn't wait long, I fixed an appointment with one of the best fitness centre in town. Choosing the right gym wasn't difficult at all six years ago. Not many choices available and here I am, still keeping my fitness routines and totally proud of myself. Welldone Pienkcat! Hats off to me...Yippiee!!

In six remarkable years I've spent more than RM11k for my fitness lifestyle and counting. Personally for me it is a hefty amount to invest but it is absolutely a valuable investment. Who doesn't like to have a healthy, fit, excellent stamina and endurance, lean muscles, good looking and toned hourglass body? The bonus is stress-LESS! Tapi apalah sangat jika dibandingkan jumlah yang sama dengan orang yang melabur duit beli rokok semata-mata untuk membunuh diri dan memiliki tubuh badan yang rosak yer dakk???


I've been as a loyal RPM-er for six years and a dedicated TRX-er for exactly 1 year now.  I understand my body and we treating each other well. In return I have so called (I would say) a strong core and  a flat abs....Eeuuwwww! Tak payah buang duit nak pakai korset mahai-mahai tapi hasilnya blum tentu efektif dan telan pelbagai ubat semata-mata untuk kurus tapi tak juga kurus-kurus...hehee [selalu terfikir, macam mana tak payah workout tapi bleh kurus dengan hanya memakai korset? Will it last in the next 3, 5, 10 years? hurrmmmm.......]

Wake up now cikjah!  rock your body and remember that you are just a step away from a good mood. Happy work out! Wink!!


Nov 5, 2012


Slurpp!!! nom..nomm...nommm...sedapnya!
Hidangan istimewa dari dapoq orang Kedah :)
Saja nak abeskan stok daging korban. Last weekend dah buat nasi daging marbeless, so this weekend buat bihun sup kuninn power lar plak...Tring!

Kalo dah menu superbest macam nie, jangan lar segan-segan cuma sepinggan,
wajib berpinggan-pinggan,
Lepas makan, jangan lupa lari keliling taman...hahaa


Ingat cikjah, walopun makan sorang, dua orang, tiga orang, kena jaga presentasi.
Baru lawa and match your personaliti...hehee

...and please lar, kalo dah makan, tolong lar jangan post gambar pinggan kosong, sudu terkangkang, tulang temulang, sampah sarap, tisu bagai dalam pinggan...geli tengok...eeiii...pleaseeee!


Nov 3, 2012



James Bond 2012 ---Skyfall. Awesome!
Mr Bond looks pretty aged but still handsome and juicy to look at...Eeeuwww!
M dies...sob..sobb [it's about time because M pun memang dah tua].
New M takes place. New and younger Q. Sweet and smart Bond's girl and beautiful song 'Skyfall' by Adele.

As usual, kalo tengok wayang kami mesti book back row middle seat. My favourite seat is twin seat. Sebab kami tak suka duduk dekat-dekat dengan strangers yang buruk kelaku for 2 hours while watching movie. Selalu terkena duduk sebelah orang kaki busuk, orang gelak kuat tak hingat, orang bersembang, orang tulon bacakan sub-titles,  orang makan stinking food, orang talking to the phone, orang batuk-batuk, orang sendawa, orang korek gigi lepas makan dan macam-macam lagi. Huh! Very very very annoying and irritating!

But this round was different. HuHHHHHHhhhhhhhhhh!!!!!
A couple beromenn comolott raba ramass pulass nun di sudut sana at the corner most end of the cinema hall. Yuck!!! gross!!! Their seat and my seat was separated by the walkway. Twin seat too. I can see them clearly like very very very clear.
At first, I thought maybe they are married couple yang gelojoh dan takdak adab. Macamlah tak dak rumah nak balik romenn! Bila dah cerah sket, terlihatlah paras rupa makhluk tak berakal itu. Tutup litup kepala abes, long sleeve shirt, seluar panjang sampai tutup buku lali. Tembun. Muda lagi.
Bukan skali, ada lar beberapa episode adegan ranjang yang tak panjang tapi di ulang-ulang. Sekerat baju dah terselak...isskkkk! mana satu nak tengok nie? Skyfall kar atau hanjeng tengah mengelupur di dalam kegelapan?

I was so so mad at that time. Tak kesah lar walo se-romantik mana pun a couple is, tak payah lar jadi hanjeng. Kat tepi jalan pun kira buleh. Sepanjang menonton, banyak kali kami menoleh dan melihat keletah hanjeng dua ekoq tu. Biar depa perasan ada orang sedang tengok perangai hanjeng depa. Awat? ingat dok blakang skali, dalam gelap tak dak orang boleh nampak??!!!

Bila movie dah abes, lampu pun dah cerah. Tudia!!!!! lagi teranglah kami dapat lihat hanjeng dua ekoq tu. MasyaAllah! budak ayam lagi. Both are budak-budak ayam. Memang sah bukan suami isteri. Silap-silap, ayam betina tu kluar tengok wayang mak pak dia pun tak taw. Mak dia ingat dia kluar pi tuisyen kot...isskk...iskkkkk.

Before leaving the hall, kami toleh dan tenung at them dalam kadar yang lama. Kami tenung dengan harapan mereka akan rasa malu dengan kelakuan depa. Tak tentu arah dua-dua ekoq hanjeng itu. Kami kesian sangat kat ayam betina muda perangai hanjeng tu. Nampak jar penuh bulu di badan, tapi sebenarnya ayam togel. Mungkin depa rasa malu. Mungkin depa rasa bangga atau mungkin depa rasa gembira. Entah lah...yang pasti that night kami tengok wayang dengan hanjeng...woff! woff!!! kesiannnnnnnnnnnnnnn



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"