Last weekend kami berkesempatan balik kampung. Sekarang nie tengah musim menabur kat Kedah. Menabur nie maksudnya menabur benih padi di dalam petak sawah. Selalunya, petak sawah akan dikeringkan [kuantiti air dikurangkan] agar benih padi tidak tenggelam di dalam air dan dapat bercambah dengan baik, namun sekarang hampir setiap petang hujan turun dengan agak lebat. Jadi para pesawah kena usaha lebih sket untuk pam keluar air yang bertakung di dalam petak sawah.


Selain itu, waktu menabur nie lar banyak burung dan bangau yang datang menyinggah di dalam petak sawah. Pertama sebab air yang berkurangan memudahkan burung mencari ikan di dalam selut dan burung juga makan benih padi!


Awal pagi kami sudah berada di airport. Flight berlepas tepat pada masanya. Cer cikjah tengok view di Kuala Lumpur nie.....

bandingkan


dengan view di Alor Setar. Heheee.... Kami pilih Alor Setar!

Jelas kelihatan petak-petak sawah digenangi air kerana sekarang dah masuk musim hujan.
Sesetengah petak sawah dah mengeluarkan anak padi. Lagi sebulan, view ini akan bertukar menjadi seperti hamparan karpet baldu berwarna hijau yang sangat indah.


Tenang dan damai suasana kampung.




Sempat kami ber-yoga di atas ban bendang! hahaa
Cikjah jangan buat taw, perlukan latihan nak buat pose ni. Takut satgi tertomoih masuk bendang, abes belemoih selut - Ahaks!

Jangan pakai heels kalo jatuh dalam bendang nanti tercucuk ikan sepat.


Trip kali nie sangat awesome! kami sempat ber-motosikal dengan niece & nephew ronda-ronda sekitar bendang di kawasan kampung kediaman kekanda kami. Cantiknya pemandangan di sini. First time kami sampai sini walopun dah berpuluh tahun dok datang rumah kekanda.

Kesimpulan di sini, bila dah terlalu lama hidup di ibu kota, kita akan sangat appreciate keindahan alam semula jadi di kampung khususnya. Suasana tenang, damai dan segar.





Sambil menyelam kami minum air, kebetulan kawasan bendang berada berhampiran dengan laluan trek keretapi elektrik ETS. Train ETS dijadual lalu di kawasan ini tepat pada jam 6pm. So, we all pun menunggu dengan penuh excited at a crossing bridge over the railway tracks & PLUS highway.


She's coming!


My first experience melihat ETS - laju okay.

Right after ETS passed by, hujan rintik mula turun. We all pun merempit pulang dalam kehujanan.