.

.

Nov 25, 2015



Alhamdulillah, day by day kami dah berjaya memperkasakan my headstand - Aiceh! Dah tak perlu wall lagi...hahaa

Tapi bila jatuh terlentang mula lar menyesal sebab tak dak dinding kat belakang...hahaa
Well, nama pun pektis kan. Practise makes perfect.

Kami jadikan headstand sebagai rutin harian. Bangun pagi lepas solat Subuh & ngaji Quran sket kami akan buat headstand. Bagus untuk blood circulation. Paling awesome inversion is good for anti aging.


Bila dah capai tahap wall-free, sekarang kami sedang memperhebatkan pektis dengan pelbagai headstand variations - Aiceh! So far so good cuma blum berkesempatan nak snap gambar.


Satu lagi sebagai koleksi rekod peribadi kami ialah standing on swiss ball from scratch. Meaning, bermula dari melutut pastu slowly standing atas bola yang bulat itu. Huhh! it was not easy. Paling seram ialah kalo jatuh. Kalo tanpa kawalan, cikjah tak bleh nak agak jatuh tersembam kar, terlentang kar, terpeleot kar...hahaa

So Awas!, jangan tiru aksi ini tanpa latihan dan strong core.


Chewah! nampak tak betapa belagaknya Pienkcat standing atas bola itu...hahaa
So far, kat gym kami jar yang suka buat benda-benda macam nie - like swiss ball, monkey bar, gymnast rings. So, bila jumpa members lain dan berkesempatan bersembang, many asking me am I a gymnast?

Huhh?! ERrkkk!

A gymnast?

Adehh...jauh api dari panggang. Badan pun keras macam kayu....huhuu

Depa dok tengok kami buat all the workouts especially gymnast rings tu terlipat sini sana kayak a gymnast...hahaa

Well, kami take it as a compliments though. Maybe sebab kami suka hanging upside down. It's absolutely fun and does wonders for mind. Kami buat apa yang kami suka....hehee
Kalo tak suka jangan buat okay?



Alright cikjah, sekejap saja dah nak hujung tahun kan? Time flies.
Until kita jumpa lagi, please jangan lupa senam okay....wink!



Nov 11, 2015


Last weekend kami berkesempatan balik kampung. Sekarang nie tengah musim menabur kat Kedah. Menabur nie maksudnya menabur benih padi di dalam petak sawah. Selalunya, petak sawah akan dikeringkan [kuantiti air dikurangkan] agar benih padi tidak tenggelam di dalam air dan dapat bercambah dengan baik, namun sekarang hampir setiap petang hujan turun dengan agak lebat. Jadi para pesawah kena usaha lebih sket untuk pam keluar air yang bertakung di dalam petak sawah.


Selain itu, waktu menabur nie lar banyak burung dan bangau yang datang menyinggah di dalam petak sawah. Pertama sebab air yang berkurangan memudahkan burung mencari ikan di dalam selut dan burung juga makan benih padi!


Awal pagi kami sudah berada di airport. Flight berlepas tepat pada masanya. Cer cikjah tengok view di Kuala Lumpur nie.....

bandingkan


dengan view di Alor Setar. Heheee.... Kami pilih Alor Setar!

Jelas kelihatan petak-petak sawah digenangi air kerana sekarang dah masuk musim hujan.
Sesetengah petak sawah dah mengeluarkan anak padi. Lagi sebulan, view ini akan bertukar menjadi seperti hamparan karpet baldu berwarna hijau yang sangat indah.


Tenang dan damai suasana kampung.




Sempat kami ber-yoga di atas ban bendang! hahaa
Cikjah jangan buat taw, perlukan latihan nak buat pose ni. Takut satgi tertomoih masuk bendang, abes belemoih selut - Ahaks!

Jangan pakai heels kalo jatuh dalam bendang nanti tercucuk ikan sepat.


Trip kali nie sangat awesome! kami sempat ber-motosikal dengan niece & nephew ronda-ronda sekitar bendang di kawasan kampung kediaman kekanda kami. Cantiknya pemandangan di sini. First time kami sampai sini walopun dah berpuluh tahun dok datang rumah kekanda.

Kesimpulan di sini, bila dah terlalu lama hidup di ibu kota, kita akan sangat appreciate keindahan alam semula jadi di kampung khususnya. Suasana tenang, damai dan segar.





Sambil menyelam kami minum air, kebetulan kawasan bendang berada berhampiran dengan laluan trek keretapi elektrik ETS. Train ETS dijadual lalu di kawasan ini tepat pada jam 6pm. So, we all pun menunggu dengan penuh excited at a crossing bridge over the railway tracks & PLUS highway.


She's coming!


My first experience melihat ETS - laju okay.

Right after ETS passed by, hujan rintik mula turun. We all pun merempit pulang dalam kehujanan.




Nov 10, 2015

Day 1

Ceritanya kami masak bubur kacang for my yogi friends sebab sepanjang bulan lepas dan sebulan akan datang, kami kena spend time on weekends untuk pektis yoga showcase. Sekali pektis 3-4 jam cikjah. Penat tapi seronok. Usually sebelum yoga we can't take heavy meal, jadi after 3-4 jam berhempas pulas, everyone sangat lapar. Jadi kami bawa lar makanan sekali skala. Menu untuk minggu nie ialah bubur kacang sebab nak habiskan stok kacang hijau.

Terlajak rendam kacang hijau tu, kami amik sikit untuk projek togei. Saja nak try. Kami tanam dalam polistrine beralaskan kitchen roll saja pastu simpan dalam almari yang gelap. It turns out very positive sebab togei memang senang tumbuh. Dulu masa kat kampung waktu kecik kami slalu tabur kacang hijau di belakang rumah. Kami biarkan tumbuh jadi pokok kacang hijau. Bila dah kluar kacang hijau, kami kutip buat main masak-masak...hahaa

Day 2

Kami suka togei Day 1. Togei yang sebegitu memang sedap giless kalo letak dalam pecal atau gado-gado. Rangup dan manis kekacang.

Day 3 - harvest day
Togei atau taugeh ini selalunya boleh mula dituai pada hari ke-tiga atau ke-empat. Jangan lupa, kalo gunakan kitchen roll simple macam kami nie, hari-hari kena siram sebab air akan kering.


Urmm....nak masak apa nie? keoteow kerang? mihun goreng? masak lemak putih togei? Kerabu togei dengan perut mungkin? vegetable fritters pun sedap....heheee

Akhirnya togei tanam sendiri kami masak goreng toyu dengan beijing cabbage - antara masakan favourite yang selalu arwah ayahnda masakkan untuk kita orang masa kecik dulu. Maklumlah pagi-pagi masak nak cepat.




Nov 8, 2015


Pienkcat in One-legged King Pigeon pose
Selalunya bila tengok asana pictures or video online kami mesti mengidam nak buat walopun blum pernah blajar atau buat those asanas in my yoga lesson. Namun, dengan sedikit basic yoga yang ada, kami akan berlatih sendiri. Usaha tangga kejayaan kann...hihii

These are photos of my first time ever performing one-legged king pigeon pose.
Jangan keliru antara mermaid pose dan king pigeon pose. Dua haiwan berbeza tu. Satu ikan duyung dan satu burung merpati. Satu di laut, satu lagi di darat. Ahaks!

Pienkcat in King Pigeon pose
This asana requires pretty big back bending and hip opening. Ouch!
Tapi jangan pula cikjah tetiba terus nak try buat this pose. Kena warm up dulu okay. This full pose di-kategorikan sesuai untuk intermediate yogi. Tapi seperti biasa, kami suka lompat darjah...hahaa

Satu lagi kejayaan peribadi yang membanggakan kami setelah setahun pektis yoga ialah standing on swiss ball!!!
Yeyyyy!!! Finally I made it.
Sebenarnya dah lama sangat mengidam tapi tak pernah cuba nak buat. No courage. Maybe sebab takut malu kot kalo jatuh terpeleot! hahaaa
Malu kat abang dada ketakk ler tu....

Namun, kami mengambil langkah berani untuk mencuba dan yes! yes!! yes!!!
Ini lah namanya usaha tangga kejayaan.

Pienkcat standing on swiss ball

Dah berjaya jadi puteri duyung dan burung merpati, sekarang kami nak jadi ikan plak. Tapi ikan bukan sebarang ikan, bukan ikan bilis, bukan ikan termenung - ikan jenahak okay...hihiii [mahai sket kan]

Pienkcat in aerial fish pose




Nov 3, 2015



Ini dia si-pencuri tu! Pencuri badan berbulu dan berkaki empat....gggrrrrrrr
Geram betui kat squirrel nie, hari-hari datang mencuri makanan kucin itam demok kami. Uh! Bukan makanan murah-murah. Royal canine plak tu. Bankrap lar tuan kucing...adehhh.
Kadang-kadang squirrel nie makan abes licin makanan kucin demok! Kesian kucin demok sebab tak dapat makan. Rasa macam kami bela kucin dan squirrel plak.

Tapi kucing itam demok nie pun satu, di-biarkan saja squirrel tu datang mencuri makanan dia. Kucing demok tengah baring-baring sambil angkat kaki dalam cage buat tak kisah jar bila squirrel datang ceroboh lintas depan batang hidung amik makanan dia. Squirrel plak naik tocang lar sebab kucin demok buat derkk jar...iskk!



Squirrel giles koser - kejap nak makan makanan kucin, kejap nak minum ayaq. Errkk! squirrel bukan vegetarian kar? hahaaa
Well, ternyata selama ini salah sangkaan kami. Rupanya, squirrel nie makan serba-serbi.

Waktu kami snapped these pictures, kucin demok ada dok baring sambil main candy crush kat tingkat bawah. Memang sah kucin demok dan squirrel sudah ada perjanjian rahsia.


Ada kalanya squirrel nie terlajak melampau sampai masuk dalam rumah.
Kalo ada pisang kat atas meja, mau dia hangkut bawa kluar balik rumah dia. Senang cari makan nampak? heheee




My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"