.

.

Jul 30, 2015


Kulkas baru tapi dah lama beli...heheee
Dah nak setahun dah tapi baru nak citer. Entry nie dok sejuk beku dalam lemari draft. Kami tunggu roh blogging mai baru ada hati dan perasaan nak menulis.

Cikjah taw apa itu kulkas? Kulkas tu artinya peti sejuk atau fridge. Kulkas adalah bahasa indonesia.
Sebenarnya fridge single door Electrolux kami yang berusia 10 tahun tu masih elok lagi. Takdak apa-apa masalah. Yang masalahnya ialah kami sebab dah tak larat nak perah otak setiap kali stock up barang dapur, sayuran dan ayam ikan kami kena susun strategi sebaik mungkin agar semua hasil belian dapat disimpan elok dalam fridge. Beli barang banyak sangat, so nak isi dalam fridge tak celuih!

Penyelesaiannya ialah beli kulkas 2 pintu yang sangat besar seolah-olah ada anak 7 kat rumah! hahahaaa. Problem solved!

Mulanya kami keliru jugak nak beli fridge besaq atau mini chest freezer, tapi bila difikir balik berkali-kali, kami bukan nak simpan susu baby...hihiii...penggunaan kami lebih kepada penyimpanan sayuran dan buahan segar. Maka 2 doors fridge adalah jawapannya.

Alhamdulillah, nasib baik kami blum ada angan-angan nak punya fridge macam orang kaya hat ada sampai 5 - 6 pintu tu....Ahaks!


Amboi kucin demok dah standby depan fridge dengan harapan setiap kali pintu fridge dibuka, kucin demok akan dapat hadiah ikan bilis. She knows I keep ikan bilis dalam fridge. Smart girl.


Tumpang dingin kulkas skali nie...heheee


Satu tip penting bila ada fridge besar atau kecil - sentiasa lah organize barangan di dalamnya. Jaga kebersihan dalam fridge. PENTING! Jangan sesekali cikjah dok segak bergaya, memilih jenama dan prasan anggun tapi peti ais kat rumah berkerak berdaki....oooooo...takmo! takmo!


Jangan main sumbat ja cikjah. Lauk tak abes terus masuk skali dgn periuk - Uh! tak senonoh taw kalo mak mentua tengok. Never never do that. Seeloknya masukkan dalam bekas tertutup. Kalo malas sangat isikan dalam mangkuk atau pinggan dan wrap dengan plastik. jangan main simpan togel terdedah macam tu saja. Nanti makanan cepat rosak, kering dan dikhuatiri berlaku pencemaran silang plak.


Sayuran dibersihkan. Setelah kering simpan dalam bekas yang tertutup supaya tahan lama.


Stok bahan mentah pun dibersih dan disimpan dalam bekas yang sesuai.


Ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya simpan dalam bekas tertutup atau ziplock bags. Susun elok-elok supaya senang nak cari. Bila nak masak pun happy! WeeEeEeeeee


Abang kedai deliver kulkas. Nasib baik jiran kiri kanan takdak kat rumah. Kalo dak kami segannnn....heheee


Nak citer sket lar kan dengan cikjah.... tak mudah sangat lar masa kami nak pilih fridge hari tu. Banyak kedai jugak yang kami masuk dan banyak brand dan model yang disenarai pendek. Amik gambar sumer yang berkenan pastu balik rumah fefeeling nak hat mana. Bila dah decide, esok tu kami teus pi beli.

Pertamanya cikjah kena rajin buat research online. Banyak kakyam dan ruang forum dok share their experience pasai nak beli fridge baru. Baca semua, buat analisa dan kesimpulan. Lagi banyak baca lagi banyak fenin dan pilihan berubah-ubah. Paling penting ikut bajet dan penggunaan cikjah. Jadikan bahan bacaan dan rujukan tadi sebagai panduan untuk membuat pilihan.









Akhirnya kami pilih LG sebab besaq gedebok. Memang puas hati sebab bleh isi banyak barang.
Ada yang setengah brand sama besar tapi ruang di bahagian pintu dikurangkan sebab nak besarkan bahagian isi sayuran. Pada kami itu tak praktikal. Kalo ada anak ramai, depa suka minum ayaq [tapi malas isi semula], so cikjah kena sentiasa pastikan botol ayaq bleh diisi sebanyak mungkin. 



Erkkk...apa jadi dengan fridge mini yang lama tu?
Haaaa! fridge tu kami khaskan untuk simpan barang-barang yang kurang popular bertujuan stok macam beras [beras tahan lama jika disimpan dalam fridge], udang kering, ikan bilis, asam jawa, belacan, rempah ratus, ikan talang, ikan kering dan segala macam sos dan macam-macam lagi.


Jul 16, 2015


Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Akhirnya kami berjaya lakukan apa yang kami hajati sekian lama.
Cikjah still remember kesah-kesah khatam Quran kami? Dari 12 bulan disingkatkan kepada 8 bulan dan dari 8 bulan akhirnya berjaya di singkat kan kepada 1 bulan! Alhamdulillah - hajat tercapai!

Mungkin sebab itulah Ramadhan adalah bulan yang paling hebat sepanjang tahun. Paling mulia, paling manis, paling indah dan paling dirindui.

Kami mengaplikasikan konsep 5 pages selepas setiap solat fardhu setiap hari. Ini bermakna 25 pages setiap hari dan bersamaan dengan 1 juzuk. Kalo ada yang skip, kami akan gandakan jumlah pages di waktu yang berikutnya. Kalo masih tak mampu, kami buat kelas tambahan selepas teraweh sebelum tidur. Kadar masa 1 jam cukup untuk mendapatkan satu juzuk. Sebagai ahkak, maka mesti lar ada hari cuti kan, jadi pandai-pandai lar cover semula. Buat kelas tambahan selalu....heheee

Biasanya sebaik masuk office kami akan luangkan kurang lebih 15-20 minit untuk baca Quran. Kemudian, sambung lagi selepas Zohor. Then, sambung bacaan di rumah selepas Asar. Selepas berbuka dan solat Maghrib kami terus ke surau. Kami antara orang nombot satu sampai surau...hahaa
maklumlah my buka puasa is so simple so tak banyak pinggan nak basuh...Ahaks! Pukul 8.10pm dah sampai surau. Di surau kami sambung lagi bacaan sehingga masuk waktu Isyak.


Gembira sepanjang berada di bulan Ramadhan, jadual dan rutin harian kita diatur dengan cukup baik dan sempurna. Banyak hal dunia yang tak perlu diingat-ingat atau diberi tumpuan lebih. Balik kerja siapkan juadah berbuka, selepas berbuka pegi teraweh dan masa lapang yang ada diisi dengan tadarus Quran atau perkara-perkara yang baik. Semoga rutin di bulan Ramdhan dapat dipanjangkan ke bulan-bulan yang lain juga - inshaAllah.

Smoga perkongsian kami ini dapat menginspirasikan cikjah - InshaAllah kerana Alhamdulillah inspirasi yang kami dapat dari orang lain ini masih bersinar-sinar dalam hati kami hingga kini. Mohon tak dihilangkan oleh Allah - Amin.

Till then, nanti kami citer pulut kunin dan rendang plak okey...uish! mesti lar ada pulut kuning dan rendang meraikan my khatam Quran...heheee

Selamat Hari Raya cikjah! Maaf Zahir Batin.



Jul 15, 2015


Alhamdulillah last week sempat balik kampung lagi. Kalo sebelum puasa kami balik kemas pusara ayahnda, kali nie balik nak kemas rumah bonda plak. Kemas siap-siap nanti raya dah tak kalut lagi - time management.


Fuh! sebaik kapai terbang berlepas, tengoklah ruang udara Lembah Klang nie...berjerubu piang!
Hat nie lar dok hidu hari-hari di bulan posa nie.....iskk...iskk...


Bila masuk ruang udara Kedah negeri terchenta, fuh! bersinar-sinar mata. Hijau segar cerah ceria sepanjang zaman! hahahaaa - Kedah best!


15 minit sebelum sampai Alor Setaq kami melintasi Penang. Kelihatan Jambatan Kedua merentasi lautan nan biru.


Balik kampung bulan posa mesti lah best....hahaaa
Ada macam-macam makanan lazat dan hebat. Hari-hari berbuka puasa di rumah kekanda.


Juara carta menu berbuka puasa orang Kedah mesti lar nasi kerabu atau nasi ulam. Gulp! Padanan lauk untuk nasi kerabu utara ialah sayur asam rebus keladi. Owh my! tak payah nak lauk lain dah. Hat nie saja cukup.


Kalo ke pasar pagi hujung minggu, rata-rata bahan jualan ialah ulaman segar sebegini. Sorga membeli belah sangat. Suka!!!
Satu ikat cuma seringgit! Yes seringgit. Sila nganga sebab murah. Kedah kan memang best...heheee


Cikjah pilih nak daun apa, sumer ada. Memang rambang mata. Seperti biasa kami beli bawa balik KL buat stok lar kan...Satu pasar tu kecoh dok tegur kami bila nampak tangan penuh dengan beg plastik. Ingat sopping kat One Utama kar? hahaa


Rebung pun tengah banyak sekarang nie. Sedapnya!


 Kekanda masak kan pajeri rebung. Owh lalaaaa lazat!


Naib juara carta menu berbuka puasa ialah Nasi Daging. Wowweee! Memang delicious lah. Kekanda masak dan datang berkelah kat rumah bonda.


Alhamdulillah, rumput yang dipotong dua minggu lepas di rumah ayahnda dah kembali tumbuh dan hijau semula. Looking good!

Sadly, keseluruhan kawasan perkuburan masih lagi tidak dikemas. Rumput panjang, daun yang gugur bertebaran di atas tanah. Tambahan pula kerap hujan ketika ini. Kami menyeru lar kan kepada sumer kaum keluarga, datang lar melawat pusara masing-masing. Kemas dan bersihkan kawasan sekitar. Trim pokok-pokok yang ditanam, sapu daun kering, potong atau cabut rumput. Jangan kalut nak tukar langsir rumah, beli baju raya, tempah kuih raya bagai tapi nak datang bersihkan kubur pun tak ada masa. Ayuh! luang masa sedikit.


Kami tambah pokok bunga pukul 10 supaya berseri-seri rumah ayahnda raya nanti - inshaAllah.


Seperti biasa kami pulang hanya pada hujung minggu. Hari Ahad tu kami berbuka puasa bersama kapten di airport...hahaa
Alahh, bukannya nak makan banyak pun kan, cukup sekadar berbuka puasa.


 Selamat tinggai Kedah, jumpa raya nanti...inshaAllah!





Jul 5, 2015


Sudah 14 hari Ramadhan. Alhamdulillah syukur.

Untuk tempoh 2 minggu ini jugak lah belum sekali pun lagi kami menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan. Say NO to Pasar Ramadhan di sekitar KL. Yang ditunggu ialah Pasar Ramadhan di kampung jauh nun di Utara sana. Yeeehaa!

Boleh dikatakan hampir setiap hari kami buat kuih / manisan sendiri. Walopun sampai rumah pukul 5pm, tetap gunting daun pandan, uli tepung, goreng cabai bagai. Semangat!
Yang penting puas hati dapat makan kuih lazat dan dapat kongsi dengan jiran tetangga sikit-sikit. Alhamdulillah.

Untuk pertama kalinya kami buat popiah basah sendiri. Dari kulit, inti dan sos sumernya buat sendiri. Sedap plak tu. Ahaks! Tapi agak mencabar nak masak sos cili popiah di bulan puasa sebab tak leh nak rasa over-over...hahaa...namun, tetap meletop dan mencair dalam mulut. Resepi popiah basah nie kami dapat kat online lar of course kan - thank you kepada yg kongsi. Kami adjust sket-sket untuk sesuai rasa.

Popiah Basah [make  18 pcs]

Kulit

2 cup tepung gandum
3/4 air
1 telur putih
2 tbsp cuka
1 tsp garam

1. Campur cuka + garam + air. Tuang campuran air ke dalam tepung. Masukkan telur putih dan adun sebati. Rehatkan 1 jam. Bancuhan mesti lah elastik, liat-liat seperti gam. Tepung tu boleh di lambung-lambung tapi tak menitik. Agak tricky. 

2. Gunakan nonstick pan tanpa minyak. Ambil segenggam tepung dan kepal ditangan, sapu tepung di dalam kuali membentuk bulatan dari luar ke tengah. Angkat lebihan tepung. Yang tinggal di permukaan kuali ialah lapisan nipis tepung. Selepas 1-2 minit dah bulih angkat. Ulangi hingga habis.




Inti 

Udang kepal - Basuh. Gaul dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Tos.
Sengkuang
Lobak merah
Taugeh - celur
Bawang merah dan putih - menumis

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tambah sos ikan lebih enak (optional).
3. Bila sayur agak layu, masukkan udang kepal dan taugeh. Kacau seketika. Siap. Sejukkan.

Sos cili

2 genggam (50g lebih kurang) cili kering - Buang biji dan rebus
3 ulas bawang putih
8 biji buah kurma
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

1. Kisar cili + kurma + bawang putih hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan cili. Goreng cili seketika dan masukkan gula.
3. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam. Masak hingga pekat seperti paste [40 minit lebih kurang].


Homemade popiah basah yang lazat! Tabur kacang goreng tumbuk untuk tambah crunchy.


Kuih Ketayap [ make 20 pcs]

Inti

1/2 biji kelapa parut muda/putih
1/2 cup gula merah
1/3 cup gula pasir [kurangkan 1 tbsp untuk kurang manis]
1 cup air
Sedikit garam
Daun pandan

1. Satukan gula + garam + air. Masak hingga larut bersama daun pandan.
2. Masukkan kelapa dan kacau masak hingga air gula kering tetapi kelapa masih lembap. Sejukkan.






Kulit

1.5 cup tepung gandum
2 1/3cup air
3 helai daun pandan [potong kecil]
Pewarna hijau
Sedikit garam
2 tbsp minyak masak

Cara: 

1. Kisar air dan daun pandan hingga halus. Tapis.
2. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar sebati. Rehatkan 10-15 minit.
3. Lenser tepung di dalam non stick pan. Masak satu bahagian saja dan angkat. Masukkan inti dan gulung kemas. Siap.



 Tauhu sumbat memang sedap dan mengenyangkan ketika berbuka puasa. Yumm! Tauhu sumbat senang jar...takyah resepi lar yer...Ahaks!


Ini pula Bakwan. Bakwan ialah panggilan Indonesia bagi veggie fritters. Memang sedap dan sesuai dengan kami yang hantu sayur!

Bakwan

Bahan:

Kobis Beijing
Lobak merah
Taugeh
Daun bawang
Bawang besar
5 tbsp tepung gandum
3 tbsp tepung beras
Sedikit lada putih
Sedikit Garam
Gula
Air

Cara:

1. Sayuran dihiris sederhana halus memanjang.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati dengan air yang dimasuk sedikit demi sedikit.
Jangan terlalu banyak air cukup sekadar semua sayuran diselaputi tepung. Tepung pula tidak terlalu banyak kerana ia sekadar binding agent sahaja.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Sedap dinikmati bersama atau tanpa sos.




Ketika digeget masih terasa kerangupan sayuran dan lembut tepung yang mengikat sayuran tersebut. Sedap!




My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"