.

.

Apr 29, 2015



Hi Cikjah!, kembali bersiaran bersama kami mengupas bawang...eh! mengupas isu-isu menarik di bumi Sarawak. Sekiranya cikjah ke Kuching, pastikan cikjah hadir ke tempat menarik ini - SEMENGGOH Wildlife Centre [SWC] yang terletak kira-kira 24km atau 30 minit perjalanan kereta dari bandaraya Kuching. Sebab nak datang sini lah yang membuatkan kami buat keputusan untuk sewa kereta instead of motor. Boleh sampai naik motor, tapi naik kereta lebih selesa dan nyaman. Terdapat juga perkhidmatan bas awam dari Bandaraya Kuching dengan tambang semurah RM3 tetapi penumpung terpaksa berjalan kaki [mendaki bukit yang mendatar tapi mengah jugak okay] dari pintu masuk utama ke feeding area lebih kurang 1.3km atau 20-25 minit. Ramai mat saleh yang yang berjalan kaki and they are happy and proud about it. Orang Asia jar yang tak besa jalan kaki...Ahaks!


SWC hampir menyerupai persekitaran di FRIM Kepong atau Taman Botani Negara Shah Alam jika cikjah nak bayangkan.

Terdapat 2 waktu 'feeding' iaitu di antara pukul 9am - 10am dan  dan 3pm-3.30pm. Harga tiket ialah RM3/dewasa. Kami datang ke SWC pada sebelah petang selepas beronggeng sakan di Pasar Pagi Satok. Jangan panik bila lihat kaunter tiket ditutup kerana ia hanya akan dibuka pada jam 2pm.


Perkara utama bila berada di sini ialah JANGAN BISING dan JANGAN BUANG SAMPAH.
Ingat tu cikjah, jika bawa anak-anak kecil, pastikan mereka berada dalam keadaan terbaik dan terkawal. Dua perkara ini WAJIB kita hormati dan patuhi. 

Namun, adatlah, tetap ada manusia yang sifatnya negatif dan suka melanggar dan memandang enteng sesuatu peraturan. Mulut tetap macam joyah nak cakappp jugak. Selalunya golongan ini adalah orang Asia. Masyarakat tempatan pun sama jugak lah dan kalo hat mai dari mainland chayanunalif nun...lagi lah. 
Bukan suka-suka semua peraturan ini dibuat. Ada sebabnya. Ini adalah untuk kebaikkan dan keharmonian orang hutan di sini dan kita mesti faham, ini adalah habitat asli sementara orang hutan, kita manusia hanya pelawat yang datang melihat keajaiban flora dan fauna di sini. Jadi cikjah, jangan bising dan jangan buang sampah. Even, di SWC tiada tong sampah disediakan. Kalo tisu gabus hingus tu simpan sat dalam poket dulu pastu buang kat tong sampah kat bandaraya Kuching nanti - thanks!


Untuk makaluman cikjah, orang utan di sini selalunya akan turun ke tanah pada waktu malam atau bila tiada pengunjung. Orang hutan akan kutip sampah-sampah yang ada dan makan. Kalo tertelan plastik sugus cikjah buang tadi, kan dah tercekik.

Nama-nama orang utan yang pernah dan berada di SWC


Sebelum feeding time bermula, akan ada taklimat ringkas dalam 10 minit. Listen carefully! Jangan dok main henpon or dok selfie bagai! Kalo nak main henpon jangan mai sini. Fullstop!
After that, pengunjung mesti berjalan kaki sekitar 200m masuk kedalam hutan ke feeding station. Kemudian, staff di sini akan mula memanggil orang utan untuk datang makan. Jika ada rezeki, dapatlah cikjah bersua muka dengan makhluk Allah yang hebat ini sebab kalo kenyang atau orang utan pi makan kenduri kat kampung sebelah, depa tak mai kat feeding station nie.

Feeding station


Haaa tudia! dia mai dah...cepat amik gambar dan awas! no flash and remain silent - thanks. 10 minit juga kami menunggu dan orang utan muncul. Alhamdulillah dapat berjumpa seekor orang utan bersama baby-nya yang tomei! Happy!


Macam tak dukung anak jar pun, jalan laju jar. SubhanAllah amazing! Rasa sangat bangga dan gembira sebab dapat jumpa orang utan di dalam hutan begini. Kalo cikjah cintakan alam sekitar serta haiwan, mungkin cikjah faham. Rasanya hebat skali.

Kami penah dukung baby orang utan waktu expo at Mines suatu ketika dulu. Bulunya agak kasar. Keletahnya sama macam baby manusia. Adorable!

Dah amik pisang dan kelapa, orang utan begerak ke posisi yang lebih tinggi untuk makan
Mom and baby!
Satu perkara yang sangat mengujakan kami ialah cara orang utan makan buah kelapa. Bijak sekali!
Kelapa yang telah dibuang sabut [oleh feeding team] akan diketukkan pada pada batang pokok. Ketuk tak kuat sekadar pecah sedikit dan orang utan minum air kelapa yang meleleh dari pecahan tadi. Bila air kelapa dah abes, diketuk lagi pada batang pokok hingga pecah dan barulah orang utan makan isi buah kelapa. Brilliant!


Waktu kami mai sini, April 2015 cuacanya uiii mai goat...sangat hangat. Bukan panas terik tapi hangat bahang sebab nak hujan. Berfeluh serata alam. Jadi, kalo ada kipas tangan cikjah di kira sangat glem okay...hahaa
Kalo ada kipas angin meja lagi super glem! hahaaa


Jika datang ke Sarawak, tak lengkap kunjungan jika tak makan hidangan istimewa kebanggaan rakyat Sarawak.
Mesti cuba Laksa Sarawak! Kami makan di Mom's Laksa di Jalan Astana berhampiran Petronas. Ia dikatakan antara restoren yang mendapat rating tinggi untuk hidangan laksa sarawak dan full house hinggakan kena tunggu for a table. Sabar.

Orang Sarawak sarapan pagi dengan laksa sarawak okay...jangan main-main, mangkuk besaq plak tu. Mangkuk kami yang di atas tu ialah mangkuk kecil. Kami memang suka laksa sarawak dan hidangan di sini sedap.


Juga di tempat yang sama ada Mee Rebus with sate. Sedap. Juga menu sarapan pagi. Hebat! Kalo kami dok di Kuching....jenuh senaman...hahaa


Mesti cuba 3-layer iced tea. Super sedap sebab guna gula kabong. Meletop!


Kami juga berkesempatan mencuba Mee Kolok di Kopi O Corner Cafe.



First time kami makan mee kolok. Kami amik mee kolok special. Apa yang special tu? mee lebih kar? hahaaa
Dak aihh...yang special ialah dalam kuah sup ada tulang. Kalo taw, kami amik mee kolok biasa saja. Ada tulang tu besa jar - I dont really like tulang. Nak makan pun susah sebab tak gebu sangat.

Personally, kami tak brapa suka sangat mee kolok. Biasa-biasa saja. Macam banyak serbuk perasa. It's good to try though.


Antara tempat makan malam kami ialah di TopSpot. Ramainya orang cikjah! Ramai sangat sampai it feels a bit lousy place to eat although ikan besar, ketam besar, udang besar. Tapi, mestilah cuba makan di sini untuk pengalaman kan.




Terdapat beberapa gerai untuk dipilih. Di setiap meja yang tersedia, tertulis nama gerai dan cikjah mesti order main dishes dari gerai itu sahaja. Kami makan di gerai Bukit Mata. Staff gerai pilihan kami kurang friendly. Cakap melayu tak paham, cakap omputih pun bongok. Bukan kita orang Malaysia ka? Kalo orang Malaysia, blajar lah ber-Bahasa Malaysia. Tempoh menunggu makanan pun agak lama. Selain itu, takdak  menu dan sumber rujukan untuk jenis-jenis masakan yang boleh dipesan. Kalo macam kes kami orang Semenanjung, pertama kali ke Kuching dan pertama kali makan di TopSpot, clueless cikjah nak order apa. Staff pula bersikap kalut sebab pulun nak amik order hat lain plak. Amik order nak cepat, antar makanan lambat! Lagipun, jenis masakan di Kuching nie ada beza dengan di Semenanjung.

Padahnya, kami ordered Jenahak stim limau cili padi tapi dapat Jenahak stim asam pedas ala baba nyonya. Uh! Memang tak matching lar hidangan kami pada malam tu. Dah lar hantar lambat sampai kami dah 80% makan nak abes. Takkan kami nak tunggu Jenahak baru nak makan, sejuklah sayur midin, kepah sup serai dan ayam pansuh kami. Frust! Jenahak RM40 tu kami makan 20% saja sebab jenis masakan tu membuatkan kami rasa muak sebab dah 80% kenyang. Kalo betul dia antar stim cili padi at least, bleh slowly ratah.

Kalo makan di luar kami memang menitik beratkan tema hidangan. Semua lauk yang dipesan mesti matching dan mesra selera bila bergabung to give a superb dining experience. Takkan lah dah order kurma ayam nak order gulai ikan plak kan.


Cer tengok, sumer lauk dah sampai, tapi ikan stim blum tiba...aiseh

12 minit terakhir, ikan sampai

Di sini terdapat satu gerai yang menjual hidangan traditional Sarawak seperti ayam pansuh dan umai ikan tenggiri. Sedap giles tapi mahai.

Umai saiz kecik RM18 dan Ayam Pansuh size kecik RM24. Dua hidangan ini RM42. Mahai tapi takpalah sebab kami nak cuba hidangan tradisional nie. Nasib baik sedap. 


Ramainya orang


The dinner was pretty cheap though. All together was less than RM100. 


Demikianlah, pengembaraan kami ke Bumi Kenyalang. InshaAllah ada rezeki dan masa, kami pasti kembali.


Bye!


Apr 27, 2015


Alhamdulillah. Syukur pada Allah sebab memberi kami masa dan kesempatan untuk khatam Al-Quran sekali lagi. Seperti azam tahun-tahun yang lalu, kami mesti khatam sebelum tarikh hari jadi kami kerana ia adalah hadiah besday istimewa untuk diri kami sendiri. Alhamdullillah tercapai untuk tahun 2015 ini. Kami bangga dengan diri kami sendiri sebab kami dah improved sket. Walopun tak banyak tapi ia suatu peningkatan yang memberangsangkan. Kali ini kami khatam dalam tempoh 10 bulan [Syawal - Rejab] berbanding tahun lepas 12 bulan [Syawal - Ramadhan].

Kebetulan, lagi seminggu menjelang besday kami dan khatam pula on Saturday, jadi kami amik kesempatan masak-masak on Sunday. Seperti biasa, mesti lar masak pulut kuning dengan rendang ayam marbeless! heheee


Sebelum tidur, kami dah siap-siap rendam pulut bersama serbuk kunyit dan sekeping asam gelugur. Esok pagi, tos dan cuci beras pulut untuk buang keledak serbuk kunyit dan stim beras pulut selama 25 minit. Keluarkan, gaul bersama santan pekat dan garam dan stim semula selama 40 minit lagi. Siap!

Lepas tu tertonggek-tonggek mengorek lengkuas di taman sari. Potong serai, daun kunyit, daun pandan, daun pisang, daun limau purut dan petik cili padi di kebun dapur untuk buat bumbu rendang ayam.


Makannya tak banyak mana pun tapi seronok waktu memasak tu. Rasa bersemangat sebab pulut kuning tu seolah seperti ganjaran untuk pencapaian peribadi kami. Kami lebih bermotivasi dan teruja untuk terus membaca Al-Quran walaopun dalam some situasi kekalutan dan kekangan masa, cukup kalo dapat 1 page a day. Sesungguhnya kerana Allah SWT - Allahu Akbar.


Dah siap. Rasa lebih bermakna sebab sumer buat dan masak sendiri. Sedap plak tu kan...Aiceh! - serious sedap...hehee

Kami pun tak pernah menyangka kami mampu untuk buat pulut kunin dan rendang ayam sepenuhnya on my own sebab mentaliti kebanyakkan kita nie cikjah, pulut kunin tu masakan kurang popular orang tua-tua saja. Perlu ker nak blajar buat pulut kunin bagai? Ahaks!
Jawapannya perlu. Okay juga kan kalo celebrate besday anak-anak dengan pulut kunin bersama rendang atau gulai ayam / daging meletop lazat. Tak dak lar every year nak kek katun Frozen jar...hehee


Smoga cikjah dan kami sama-sama mendapat manfaat. Amin.


Apr 22, 2015


 Jom cikjah kami bawa cikjah jalan-jalan ke tanah Borneo. Cepat kemas beg, jangan lupa swimming suit! Ahaks!

Alhamdulillah, kali terakhir memijak kaki ke tanah Bumi Kenyalang was 12 years ago. Masa tu pakai baju saiz XS jar...hahaaaa
First time ke Bumi Kenyalang kami melawat Miri dengan menaiki feri menyeberang dari tanah Brunei.


Tapi kali ini dari Kuala Lumpur kami terbang jauh ke Kuching, Sarawak.


This trip actually was a birthday present special for my buddy. Kiranya suprise birthday getaway. Berbulan lebih awal kami dah booked flight tickets dan hotel.


Dah nampak Sungai Sarawak, sat lagi kapten nak kona for landing...jaga-jaga


Cantik sekali arial view of Sarawak. Sayang Sarawak sungainya sempit....eh! mana ada sempit...


Sebaik tiba di Kuching International Airport [KIA], kami picked up kereta sewa di sana. Mulanya tempah MyVi sebab kereta kecik yang lain dah abes. Tup-tup yang sampai was Saga FLX yang sangat baru. Alhamdulillah. Rezeki. Urusan penyerahan kereta sangat mudah dan sepantas kilat.


Kereta sampai dapat kunci dan dia tanya bayar sekarang atau nanti dan daaaaa....eh, dia dah pegi. It was simple as that. Kami pun tertejut. Alhamdulillah sekali lagi sebab Allah permudahkan urusan kami. Tapi pesanan kami kepada cikjah janganlah pula kita amik kesempatan di atas kemudahan urusan sebegini. Jangan lah kita sesekali spoil the market. Kalo orang lain memudahkan urusan kita, maka hendaklah kita pun memudahkan urusan orang lain juga. Jadi kata kunci di sini ialah JUJUR dan AMANAH.


Mulanya kami nak sewa motor saja sebab percutian kali ini sedikit santai dan kami tidak merancang nak pergi jauh-jauh dari pusat bandar. Tapi bila dihitung-hitung, tak banyak beza antara sewa kereta dan motor, maka kami opted for kereta sekurang-kurangnya selamat kulit tak berjemur panas dan boleh pegi lebih kilometer. Ahaks!

We drove like a pro in Kuching. Thanks to Waze. Giles hebat! Dari airport kami terus ke hotel pilihan. Memang penin nak cari hotel yang bagus dan sesuai bajet. Alhamdulillah, pilihan kami memang terbaik. Tak menyesal dok berkerut dahi berminggu-minggu menapis dan me-review pelbagai hotel di sekitar Kuching. This place is perfect! Memang jiwa kami. It just like a little Ubud.
Welcome to Basaga Holiday Residences.


Sebuah sekolah lama yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hotel yang sangat cantik. Majoriti check-in guest di sini ialah mat saleh.





Jika cikjah menginap di bilik bawah, agak kurang tenteram sket jika tetamu di tingkat atas bilik cikjah tu adalah gergasi. Dung! Dungg! Dunggg! bunyi kuat hentakan tapak kaki gergasi berjalan di lantai atas ketara kedengaran. Maklumlah mat saleh besaq-besaq, kita orang Asia yang comel haluih...hehee

Pathway to the Courtyard rooms
Namun, citarasa kami sememangnya berbeda. Kami is an Ubud freak! Maka kami suka kan privacy, tranquility dan hijau alam. Pilihan bilik kami ialah Courtyard room with an open bathroom. Arrghhhh! tiada kata untuk kehebatan kami memilih hotel sebab citarasa kami sangat bagus skali. Aiceh!

Tapi kalo cikjah bukan pencinta alam, tak suka tempat sunyi, maka ini bukanlah pilihan cikjah okay. Create your dream holiday as you wish.


Selamat datang to my little Ubud.





This is the open bathroom. Jaga-jaga takut burung atau tupai intai. Ahaks!
By the way, I think it's time for the management to change the bidai...hahaaa


The bed was pretty small. Kalo mat saleh memang muat sorang jar. Tapi sebab orang Asia, still okay jika berdua but make sure both size S. Paling besar pun saiz M....hehee


Saiz bilik Courtyard room adalah sedikit kecil berbanding bilik yang lain, tapi tak kesah sebab kami sukakan the open terrace.

Mungkin sebab ini adalah bangunan lama, maka keadaan bilik sedikit berbau. Bukan bau busuk tapi bau kayu lama. Nasib baik ada open terrace, so it was perfect - not a problem at all.


Ada tragedi untuk trip kami kali ini. It was a disaster! Pulun dok tukar toiletries bags sini sana masa while packing the baju, somehow I had accidentally removed my Lancome facial wash from the bags. Arghhh!! 3D2N tak cuci muka....owh my! Kami sekadar steamed my face with hot water dan basuh dengan air suam. Owh! terseksa rasanya. Alhamdulillah sumernya baik-baik saja. Tiada tanda-tanda kehadiran cik jururawat. Balik rumah terus sental tak hengat punya...heheee


The Basaga bukan saja menawarkan bilik penginapan, malah sangat terkenal dengan restorannya yang sangat tropika. Sajian di sini juga awesome. Makanan yang disediakan adalah halal namun tiada pengesahan halal kerana mereka turut menyajikan alkohol. This place reminds me of Bonton, Kuala Lumpur.


On weekend nights, penuh kereta parking di sekitar restaurant. Ramai yang datang makan malam di sini. It is such a lovely place to be missed.







The main house. Di sini lah terletaknya main reception.
Upon arrival, I was greeted by the Manager.


The reception


Lounge area


This place reminds me of my home and my taman sari.



Di rumah utama juga terdapat bilik penginapan.




I love cats! Kunjungan wajib mestilah ke muzium Kucing. Tempatnya cantik dan ada banyak kucing. Tapi kami rasa almost 90% exhibits there are out dated dan terlalu lama. Lama like macam zaman Noor Kumalasari dulu okay. Rasanya this museum really need some refreshment & enlivement works untuk terus menjadi tarikan pelancong. Sayang rasanya kalo koleksi kucing-kucing ini terletak macam tu saja.
Seram tapi comel!
Pusak is another name for cat in Sarawak

Kami rasa ini adalah exhibit yang tercantik & ter-modern di muzium ini

Lokasi wajib seterusnya iaitu Tugu Kucing di tengah pusat bandaraya. Meoww!


Destinasi kami seterusnya ialah Santubon kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuching. Sangat cantik dan hijau sekali perjalanan ke sini.




Deretan pokok tekoma di kiri dan kanan jalan. Mesti sangat cantik jika musim bunga tiba.



Kami singgah sebentar di Damai Beach Resort. Ramai tetamu kerana ada family day. Pantai di sini biasa-biasa saja tapi resort ini sangat luas.

Bersebelahan Damai Beach Resort ialah Taman Budaya Sarawak tapi kami tak singgah sebab kurang berminat.



Kami kembali ke Kuching dan aktiviti seterusnya ialah Sunset traditional boat cruise di hadapan Waterfront dengan harga RM19/dewasa. Waktu paling cantik mungkin sekitar jam 5.30pm. Tapi kami sedikit lewat dan hanya sempat menaikki bot pada pukul 6pm. Namun, tetap disajikan dengan pemandangan indah di sepanjang sungai Sarawak.









Bot bergerak perlahan dan perjalanan adalah selama 30 minit. Dalam perjalanan pulang kami minta kapten bot turunkan kami di Kampung Gersik di seberang Waterfront untuk makan malam di sana.

Kampung Gersik dan Kampung Boyan adalah sangat terkenal dengan deretan kedai kek lapis. Di sana juga terdapat food court di tepi sungai dan agak meriah pada malam minggu. Namun, kami kagum kerana sungguhpun meriah dengan tempat-tempat begitu, terdapat surau yang melaungkan azan pada setiap waktu solat. Jadi, tidaklah ada yang terleka sebab ramai jugak anak-anak muda yang lepak dan tenet atas motor di sepanjang sungai.

Pilihan makan malam kami ialah di Barok Village yang terletak di Kampung Boyan. Jarak Kampung Gersik dan Boyan hanya 5 minit berjalan kaki saja.



Sebuah rumah kampung lama yang dijadikan restoran. Kalo datang waktu malam tak terasa sangat buruknya rumah tua tu sebab nampak meriah dan romantik dengan penataan lampu neon malap tapi kalo datang siang hari rasa macam datang rumah nenek kebayan kot...hahaa


Nasib baik dapat meja cun kat tepi tingkap nie, terus rasa nak sarung kain batik...Ahaks!


Rata-rata yang datang akan pesan menu ini. Nasi ayam katok which is actually nasi ayam penyet.
Kami order ayam katok tanpa nasi.


Sajian makan malam kami ialah midin belacan, umai ikan, pansuh ayam dan ayam katok serta AMBUYAT! Yeyyy!!!



Ini adalah siri ulangan kami makan ambuyat. Pertama kali makan ambuyat ialah di Brunei. Sedap! Ambuyat di sini dihidangkan bersama sambal belacan cair. Namun, kami lebih suka ambuyat yang dihidang bersama asam pedas ikan kembong. Fuhh! Terangkat.


Ini adalah hidangan pansuh ayam pertama kami. Sedap! Kami suka sangat! Macam sup herba.


 Ini pula umai ikan yang juga sangat sedap. Overall, makan di sini sedap dan puas hati.


Keesokkannya pada awal pagi kami ke Pasar Minggu Satok. Pasar minggu ini kini beroperasi di Kubah Ria pada hari Sabtu [sehingga malam] dan Ahad [separuh hari] sahaja.


Di sini, pasarnya agak moden berbanding Tamu di Sabah. Namun, masih terdapat beberapa sayuran dan buahan yang tidak pernah kami lihat dan makan. Happy!




The famous pucuk midin. Di Sarawak, midin ialah panggilan bagi pucuk paku. Terdapat beberapa jenis pucuk paku di sini, yang paling popular ialah midin itself.


Pucuk paku merah 


Pucuk paku uban

Di antara 3 jenis pucuk paku ini, midin adalah yang paling mahal. Seikat sekitar RM2. Manakala paku merah dan paku uban hanya RM1 seikat. 

Geram betul kami tengok sayuran nie, nyaris dah nak beli bawa balik KL tapi pakcik jual tu cakap midin tahan 2 hari saja lepas tu lebam. Takut membazair, terpaksa kami batalkan niat membeli. Uh....


Buah remia muda. Wonder orang Kuching buat apa dengan buah nie. Tak sempat nak tanya. Kalo di Kedah, kami buat garam belacan saja. Uh! lazatnya tapi dah lama tak makan. Last skali makan buah remia muda masa darjah 6 kot kat rumah kawan.


Ini pula buah terung dayak atau terung asam. Memang makanan orang Sarawak. Kami ada tanam kat kebun dapur.


Pucuk letup. Mouth watering dah dok tengok pucuk letup nie rebus buat ulam cecah sambal blanchan. Gulp!


Banyaknya pisang. Orang Sabah Sarawak memang suka pisang. Ini pisang abu kan?


Ini pula pisang embun. Cantik skali kulitnya.


Tudia demok buah limau mandarin dari Thailand nie. Takut kami nak beli sebab besaq sangat. Tak pasti depa guna baja apa...hahaa


Ini best. Mulanya kami ingat labu tapi sebenarnya buah tembikai! Ini adalah variati tembikai asli dari zaman tok nenek dulu. Tak kacuk dan non hybrid what so ever. Perhatikan kulitnya yang berwarna hijau muda dan mempunyai jalur yang yang tidak ketara kelihatan.


Kami mesti rasa buah tembikai nie walopun terpaksa beli sebijik debuk. Actually bro tu jual 2 biji RM10. Kami kecek nak sebiji saja yang kecik. Lastly dapat hat nie...tak kecik lar. RM5 sebiji. Happy!


Simpan dalam fridge semalaman. Esok while swimming, kami potong dan kongsi dengan other checked-in guest yang swimming skali.


Rasanya kurang manis but still taste like tembikai...hahaa


Buah kelubi


Inilah yang kami cari. Beras perang bario. Ada beras perang dan beras hitam. Uishh! masak nasi memang sedap beras nie. Kami beli 3kg saja sebab beras perang Sabah hari tu ada banyak lagi, tapi rasa menyesal pulak sebab kenapa tak beli 10kg...hahaaa

Tapi okay lar jugak sebab sekarang kami jarang makan nasi. So, harap stok beras perang tu cukup sampai next visit to Kuching lagi. IshaAllah.

Beras perang di Pasar Pagi Satok lebih murah berbanding yang di jual di dalam komplek Kubah Ria. Beza RM4-RM5 juga.


Ini pula sesuatu yang kami tak pernah tengok dan makan. Keladi air liar katanya.
Cara siang dan masak sama seperti batang keladi biasa. Mengikut pakcik penjual yang ramah dan baik hati tu, sayur keladi nie sangat sedap.


Ini pun tak pernah tengok - buah belimbing hutan. Rupa isi dan rasanya sama seperti rambai. Masam-masam manis. Kami beli bawa balik KL. Mengikut kakak penjual, kulit buah nie boleh dimasak dan dicecah sambal belacan. Interesting.




Ini lagi pelik. Dari jauh sangat cantik sekali. Rupanya inilah umbut nibung. Mengikut pakcik penjual, umbut ini jugak antara ramuan di dalam resepi pansuh.


Yang corak hitam dan merah itu sebenarnya adalah duri yang masih muda. Bila dicungkil, terangkat durinya. Agak tajam.


Sedapnya umbut kelapa. Terasa manis umbut kat tekak dah nie...hehee


Steady betul umbut kelapa nie


Rumpai laut


Ini juga yang kami cari. Kuih tradisional Sawarak. Hampir sama seperti di Sabah. Kebanyakkan kuih menggunakan daun nipah. Wangi baunya.



Apam tapai gula apong nie sangat sedap giles! RM1 for 3 biji




Memang kuning bukan kunyit okay



Kucing!

Pelbagai ikan yang di-jeruk serta di-asin.

Gula apong

Fuh! kita berenti rehat sekejap yer cikjah. Dah macam marathon 15km plak. Panjang berjela tak berenti-renti...hahaaa

Kami sambung next okay....meoowwwwww


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"