Jom sambung citer Land Below the Wind! Episod akhir dah nie. Sebenarnya kami paused sat story holiday at Sabah nie. A bit busy lately. Kami posted citer-citer simple jar in between that. Now, ada masa sket bleh lar kami share citer Kundasang plak. Banyakkkk sangat gambar. Kalo lagi lama kami dok simpan this post, alamatnya memang tak publish lah. Kami gagahi jugak untuk tulis sket-sket kot-kot bleh jadikan hiburan dan cuci-cuci mata cikjah.
Kami bertolak dari KK ke Kundasang pada pukul 10am. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa sekitar 1 jam setengah. Jalannya agak lengang, tak banyak kenderaan namun kalo ikut di belakang lori atau keta slow, maka makin bertambahlah masa perjalanan sebab susah nak potong. Jalan berbukit-bukit dan agak zig-zag. Bersabar dan nikmatilah perjalanan kerana terdapat pemandangan menarik yang segar dan hijau di sepanjang laluan. Best!
Tidak lengkap kiranya jika ke Kundasang tapi tak singgah di Tamparuli. Untuk singgah di Tamparuli cikjah harus keluar dari laluan utama destinasi. Mulanya cuak jugak untuk keluar dari laluan ke Kundasang, takut sesat. Maklumlah kiri kanan hutan belaka, jarang-jarang jumpa rumah orang kampung. Namun jangan takut, bila tiba di bulatan sila ikut papan tanda ke Tamparuli. Lebih kurang 5 minit perjalanan, cikjah akan sampai ke Pekan Tamparuli yang sangat terkenal dengan jambatan gantung Tamparuli.
Namun, kami mengambil keputusan untuk singgah di Tamparuli ketika perjalanan pulang nanti. Jadi. kami meneruskan perjalanan tanpa henti hingga tiba di Kundasang.
Sebelum tiba di Kundasang, terdapat satu pekan kecil bernama Nabalu. Pun, kami tak singgah sebab it was Sunday when I made my journey to Kundasang. Sumer kedai tutup. Agaknya mungkin majoriti penduduk kampung beragama Kristian, so Sunday is church day. Di sepanjang perjalanan jelas kelihatan gereja-gereja kecil mengikut kawasan kampung. Boleh dikatakan, setiap 5km mesti jumpa satu gereja. Surau dan masjid pun tak sebanyak itu pada pandangan kami.
Untuk rekod, kami juga tidak singgah di Rumah Terbalik. Mungkin sebab bukan minat kami pada benda-benda seumpama itu.
Akhirnya kami tiba di Pekan Kundasang. Nyaman sekali suasana dan cuaca di sini. Lebih hebat dari Cameron Highland.
Terdapat gerai buahan dan sayuran di tepian jalan Pekan Kundasang. Ada macam-macam! Kalo dapat masak, memang best. Banyak sayur segar.
Lagi sekali menyesal sebab tak beli kulit kayu manis nie. Uhuk!
Tapi kualiti kulit kayu manis di Tamu Gaya Street lebih baik.
Untuk menarik minat pelancong, para penjual menjual buahan yang telah siap dipotong. 3 paket RM5. Buahnya segar, banyak dan memang berbaloi. Paling best, banyak buah-buah pelik yang kami tak pernah lihat dan makan di Semenanjung. Excited! Antaranya ialah buah Tamarillo. Rasanya agak pelik dan warna bijinya yang merah itu agak menakutkan...hahaa
|
Tamarillo |
Juara carta buah-buah pelik di Sabah ialah buah Lemak Manis atau setengah orang panggil buah Mentega kerana warna dan struktur isinya yang lemak melekit seperti mentega. Namun, jika di Semenanjung, buah mentega adalah sejenis buah lain yang juga dikenali sebagai buah Seralat oleh orang Kedah.
Inilah isi buah Lemak Manis. Lembut, berlemak, mild sweet dan rasanya sedikit silky. Ada iras seperti buah Sawa / Ciku namun tidaklah selembap isi Ciku.
Interesting! Wajib cuba.
Ini pula buah
Tarap. Kami agak biasa dengan buah Tarap kerana dah pernah lihat di Brunei. Namun belum pernah mencuba.
Buahnya seperti Cempedak malah isinya juga sama cuma berwarna putih. Baunya sedikit kurang berbanding cempedak yang mempunyai bau yang sangat kuat. Manis-manis buah. Kami beli sebiji buah Tarap dengan harga RM3 sebab teringin nak rasa.
Jika ke Kundasang, wajib singgah di Kinabalu Park. Tempatnya cantik dan sangat mengujakan!
Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM3. Simpan tiket ini dan boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Spring pada hari yang sama.
Terdapat hotel penginapan di sini dan paling hebat ialah ia adalah laluan masuk atau keluar utama untuk mendaki Gunung Kinabalu yang gah itu. Cikjah boleh berjalan kaki di sekitar taman namun, kalo mahu melihat dan merasai aura mendaki gunung kebanggaan Malaysia cikjah boleh memandu hingga ke Timpohon Gate Check Point yang kami anggarkan kira-kira 10-15 minit pemanduan.
|
Bayar RM3 di sini. |
Perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu - Timpohon Gate agak sama seperti laluan ke Fraser Hill atau Gunung Jerai.
Akhirnya kami sampai. Yeyyy!! Alhamdulillah. Aura pelancong yang bersiar-siar terus bertukar menjadi pendaki gunung. Mohon diberi rezeki dan peluang oleh Allah untuk kami mendaki Gunung Kinabalu suatu hari nanti. Amin!
Segalanya bermula di sini. Sebaik kaki melangkahi anak-anak tangga ini, bermulalah pendakian. Selain itu, ada juga yang bermula di Mensilau dan berakhir di sini.
Cik tupai di kaki Gunung Kinabalu yang sangat nakal dan pintar. Hanya ia seekor yang berani turun ke dek lantai dan meniti tiang-tiang besi serta tong sampah untuk mencari makanan. Kami letak roti di atas lantai, cuihh! ia lompat turun ambil makanan dan makan di pokok berhampiran...comel!
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring yang kira-kira 40 minit - 1 jam pemanduan dari Kundasang. Tempatnya bersih dan nampak baru kerana kerja-kerja naik taraf baru sahaja selesai beberapa bulan yang lalu.
Sebenarnya, kami tak minat sangat ke sini, tapi alang-alang seperjalanan, singgah saja lah. Namun, kalo diberi pilihan, tak datang pun tak apa. Jauh jugak dari Kundasang nak sampai sini.
Kolah kecil sesuai untuk 2 dewasa yang agak dalam untuk diisi air panas dan air biasa untuk disesuaikan suhu yang dikehendaki. Personally, bau sulfur agak kuat dan busuk.
Kami sekadar celup-celup kaki sahaja. 15 minit di sini kami dah balik. Maaf, sebab kami rasa berlaku sedikit pembaziran air di sini walopun air yang tersalur adalah air percuma dari sungai. Namun konsep air mengalir keluar dari paip itu agak membimbangkan kami...hahaaa
Para remaja yang mungkin dah biasa dengan tempat ini membiarkan paip mengalirkan air tanpa henti dan melimpah ruah. Uh! sakit hati kami. Walopun, sumber air semulajadi dan percuma, namun, naluri jimat cermat itu harus diterapkan.
Ini pula tempat merendam kaki tapi kelihatannya sangat kotor, berkelodak dan berbau hanyir. Terpaksa kami gunakan kolam mandi kerana kolam rendaman kaki semuanya begini dan air yang ada tak boleh dialirkan keluar untuk diganti air baru.
Beginilah suasana pagi di Kundasang ketika bulan Disember dan Januari. Cuacanya lembab, sejuk dan berkabus tebal.
Jarak penglihatan sangat terhad. Kadang-kadang, tengahari pun macam nie. Apatah lagi malam yang kelam.
Inilah tarikan utama di Kundasang - Desa Dairy Farm Sabah. Mooooooooooooo
Susu sedap. Personally, susu coklat sangat lazat!
Chedihhh...sebab lembu takmo tayang muka di padang. Walopun 80 ekor lembu demok dilepaskan untuk meragut rumput, tapi hampir 95% berkumpul di tengah padang tengah peluk-peluk sebab sejuk. Yang nie sekor ja kat tepi padang, itupun sebab hat lain takmo kawan dengan dia....kesian lembu dan kesian juga kat kami sebab tak leh posing madonna dengan lembu demok. Ahaks!
Lagipun, cuaca berkabus dan jarak penglihatan terhad, jadi tak nampak lembu yang hitam putih tu.
SubhanAllah. Lembu pun bijak bleh masuk tempat pemerahan susu secara beratur dan takdak sekor pun yang potong barisan. Hebat!
Manusia? Uh!!! potong barisan tu lar hobi nombot satu.
Kami mohon kepada cikjah sumer, kalo buleh buang lah tabiat potong barisan tu. Habaq kat laling skali, toksah lar dok potong barisan tu buat malu kat anak-anak jar. Sapa mai awai, pi dok depan, sapa mai lambat, pi dok blakang. Takmo dok blakang, sila mai awai. Hukum alam tu dah tertib dan sempurna sangat. Toksah dok ketegaq sangat lar kan. Thanks!
Selain tengok lembu milking, beli dan minum susu serta posing madonna kat tepi padang, cikjah juga bleh melawat baby lembu dan kambing di tempat khas di belakang kilang.
Tapi, tempat dia uchukk sket....heheee
Tak sket lar, banyak jugak...Ahaks!
Uwekkkk cakk!
Tengah meeting, sapa nak jadi pelakon utama hari ini...hahaa
Sapa jadi pelakon utama kena buat muka kesian, supaya dapat upah minum susu. Smart!
Di sini, cikjah beli beli susu dan rumput untuk diberikan pada anak-anak lembu dan kambing.
Senyum kambing. Kambing nie memang suka selfie. Bukan main lagi bergaya. Flawless takdak wrinkle sebab camera 360.
Dah abes tengok lembu, sessi photography lar pulak. Posing sakan cikjah walopun tak nampak lembu.
Waktu sesuai dan cantik kalo nak mai sini ialah March dan August. Terang benderang takdak kabus.
Aiceh! posing yoga. Mana ada kakyam amik gambaq posing lagu nie....kami jar...hahaaa
Tapi awas cikjah! Jangan tiru kalo takleh buat, takut tertomoih plak. Pektis yoga or body balance dulu okay.
This is my rental car while in Sabah. Alhamdulillah baik-baik sumernya.
Selain itu, cikjah juga boleh ke Kundasang War Memorial yang terletak di Pekan Kundasang. Boleh singgah ketika perjalanan pulang dari Desa Dairy Farm.
Terdapat beberapa taman bunga yang diabadikan untuk mereka yang berkaitan. Landskap tamannya cantik, bersih dan terjaga rapi.
Selama 2 malam kami berada di Kundasang. Hotel pilihan kami ialah Kinabalu Pine Resort [KPR]. Di Kundasang terdapat pelbagai pilihan hotel namun cuba cikjah check dulu sebab kebanyakkan hotel do practise weekday and weekend rate. Kami berpendapat, spending weekend di KK adalah lebih menarik dan meriah manakala spending weekdays di Kundasang untuk suasana nyaman kerana less crowd dan harga hotel yang lebih murah. Tapi di KPR nie, harga tetap sama tak kira weekend atau weekdays. On top of that selagi jam tak tunjuk pukul 2pm, jangan harap dapat check in. Eeuuww!
Ruang rehat disediakan untuk menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.
Car park
Berbulan awal kami dah booked bilik di KPR untuk memastikan kami tak geget jari dari mendapat bilik yang paling awesome with the best view of Gunung Kinabalu.
Bilik-bilik di Blok P sangat sesuai untuk 2 dewasa. Kalo yang family atau nak lebih luas bleh pilih Blok S. Kedua-dua blok ini mempunyai room view yang mashaAllah SubhanAllah cantik.
The room view. Memang terbentang Gunung Kinabalu di depan mata! Cuma kabus agak nakal, kejap datang kejap pegi...hehee
Pada hemat kami, bilik-bilik hotel dan kawasan sekitar KPR sangat cantik dan paling utama bersih. Keadaan bilik seperti baru. Landskap di sini sangat cantik dan sentiasa terjaga rapi. Tahniah tukang kebun. Anda hebat!
Cuma awas, kalo dapat jiran sebelah bilik yang suka merapu, sembang dan ketawa terbahak-bahak sampai larut malam. Agak annoying.
Check out my neighbour next door. Dua mat saleh dan 2 local chinese yang berkumpul sampai pukul 2.30 pagi bersembang, bergossip dan berdekah tak hingat dunia. Berpuluh beer cans di atas meja dan bertaburan di atas lantai. Satu malam bleh 'tonggang' sampai brapa liter? Suruh minum ayaq putih, 1 liter pun susah. Uh! Sebab tak tahan kerana asik terjaga-jaga sepanjang tidur kerana terkejut dengan bunyi bising, kami terus buka pintu and sound depa elok-elok. Alhamdulillah. Depa faham dan terus senyap. Macam tu lar bro...okay, carry on sampai tomorrow morning pun takpa janji jangan bising.
|
The restaurant |
Sepanjang berada di Kundasang, kami hanya makan di KPR sahaja.
Masakan di KPR sangat sesuai dengan selera kami. Kami suka dan pada kami sangat lazat kerana masakan di Kundasang dan Sabah ini mempunyai sedikit pengaruh masakan cina.
Hidangan tengahari yang sangat lazat. Paling kami suka ialah sayuran segar yang digunakan di dalam hidangan sesuai dengan Kundasang yang memang terkenal sebagai kawasan tanaman sayuran. Bukan macam kat Cameron Highland tu, nama jar tempat kebun sayur, tapi restoren jual nasi campur ntah apa-apa sayurnya. Tipu sangat.
Kari ikan teggiri. Something new for me. Kari Sabah sangat cair, sedikit masam dan sedap.
Pada malamnya, kami makan steambot. Baru lar best sejuk-sejuk makan steambot...oooolalaaa
Bahan-bahan sumernya segar. Cuma cili pencecah saja yang kurang power. Cilinya agak berbeza dengan Semenanjung.
Ketika berada di KPR, kami bangun seawal jam 5.30 pagi sebab nak tengok sunrise dan puncak Gunung Kinabalu. SubhanAllah cantiknya walopun dapat tengok sekejap-sekejap saja. Ketika bulan Januari cuaca sangat berkabus tebal.
Sarapan di KPR.
Memuaskan walopun pilihan terhad.
Bersebelahan fun fries ialah fried sweet potatoes. Sangat sedap dan manis.
Gunung Kinabalu dari tepi jalan raya.
|
Tamparuli Suspension Bridge |
Ketika perjalanan pulang ke KK for my flight home, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di atas jambatan gantung yang terkenal di Sabah itu.
Pada mulanya agak gayat dan terhoyong-hayang tapi dah lama-lama tu rasa okay sket sebab tengok dua nenek berjalan di hadapan kami rilek jar ...hehee
Jalan di bawah hanya muat untuk satu laluan kenderaan saja. Jadi, para pemandu di sini sudah faham dan saling hormat menghormati. Laluan diberikan secara berselang seli untuk kedua arah. Kalo kat KL...urmmm...tak taw lar nak kata. Silap-silap pakat taknak tolak ansur, sumer nak jalan dulu sebab sumer nak cepat....kesian....
Terdapat tamu kecil berhampiran Jambatan Tamparuli pada hari Selasa. Mengikut bacaan kami, tamu Tamparuli ialah pada setiap hari Rabu. Mungkin pada hari Selasa cuma jualan kecil-kecilan saja tapi sungguh pun begitu, tetap menarik bagi kami. Sayuran kampung yang pelbagai dan tak banyak gambar yang kami ambil sebab panas dan peluh menitik-nitik...tap..tappp
Dapat juga kami beli kulat sisir 4 longgok untuk dibawa pulang ke KL. Petua nak simpan kulat nie ialah jemur hingga kering dan simpan pada suhu bilik. Tahan sampai 3 bulan kata makcik tu. Bila nak masak, rendam hingga kembang.
Sebelum ke airport, kami singgah dulu di gerai kelapa bakar Jalan Sulaman yang terletak berhampiran Politeknik KK. Hidangan istimewa di sini ialah lokan bakar. Lazat!
Terdapat banyak pilihan gerai yang hampir sama di sepanjang kiri dan kanan jalan. Confuse jugak nak makan kat gerai mana. Baling dadu akhirnya makan di sini.
Lokan di jual mengikut saiz. RM8, RM9, RM10 dan RM12. Kami selesa yang RM8 saja sebab reasonable size of lokan. Kalo besar sangat lokannya, rasa macam ngeri plak...heheee
This puding kelapa sangat sedap!
Mula-mula kami order selonggok sebab nak test sedap ker tak. Baru makan satu dah confirm sedap terus tambah order. Memang lazat.
Ingat cikjah, lepas makan kita kena kemas elok-elok. Takmo sepah-sepah.
Sebelum ke airport, sempat lagi singgah ke Pasar Filipino dan pasar besar untuk beli buah tangan. Kami beli ikan bilis mata biru, beras kampung dan beras perang Sabah yang sangat lazat. Masak nasi sangat sedap okay!
Okay cikjah, panjang berjela nohhh....jenuh cikjah baca. Jangan sampai herot kepala dah lar sebab penin tengok gambaq banyak sangat...hahaaa
Semoga bermanfaat dan dapat menghiburkan cikjah.
Nak siap-siap pi holiday kat tempat lain pulak...inshAllah.
Sebelum tu, nak pi gym dulu, today is my workout day. Bye!