Sudah dua bulan lebih Majlis tak datang mesin rumput. Di musim hujan macam nie, rumput di kawasan perumahan dan naik tinggi nak sampai pinggang dah. Jangankan kata mesin rumput, sapu daun pun tak mai-mai jugak. Komplen dah buat pun sama saja. Kalo dua bulan lambat bayar cukai pintu atau tanah, confirmed dapat surat merah tambah penalti. Erkk!
Sebab sakit mata memandang, maka kami amik inisiatif untuk potong rumput sendiri walopun di kawasan tanah Majlis di seberang jalan rumah. Memang rajin....hahaa
Tak berkira sangat lah, janji kawasan persekitaran rumah kami nampak bersih dan kemas. Tak suka semak-semak & belemoih.
Kucin itam demok teman kami potong rumput. Jangan silap potong, nanti terpotong ekor kembang dia! hahaaa
Sambil meneman, kucing demok boleh makan rumput sekali.
But most of time while at outdoor, kucin demok lebih suka duduk lepak saja. Kalo belakang tuan baru lar lompat-lompat sini sana. Kenai sangat pelakon hebat nie.
Bila penat meneman, kucin demok tidoq! Padahal bukan buat apa pun. Buat-buat tak taw saja.
Dah masuk day cage, sambung krohh..krohhh....ZZZZZZzzzzzz
Kalo on weekend, sometimes kami bawa kucin demok pi taman nearby my house. Bukan main excited kucin demok naik keta.
Kalut dok tengok keta, lori dan motor passing by...
Busy body macam Kak Limah.
Walopun keluar beriadah di taman tanpa buat apa-apa, balik dari taman kucin demok mesti keletihan. Pulun tidoq lagi. Tak peduli dan terjaga pun walopun si AC Mizal tengah terjeit-jeritt hosting TV programme sampai nak pecah screen tibi.
Rentetan dari ingrown nail kat kaki-kaki kucin demok tempoh hari, kucin demok dah dapat scratch pad baru. Murah jar RM10. Sila garu sampai koyak okay...hahaa