.

.

Aug 29, 2014



Huh!! bara! hangat membara!!
Geyammm nie...geyammm sangatt...heheee

Sesudah Subuh kami dah masuk dapur. Memotong, menumis dan memasak segala juadah sebab tengahari nanti kami jemput kawan-kawan geng bas skolah mai lunch kat rumah. Tak ramai. Makan kecil-kecilan 15-20 orang ja. So, kami ada 5 jam untuk segala persiapan. Untuk lebih efisien, dari malam tadi lagi kami dah siapkan sket-sket seperti kupas bawang, rebus tulang dan sebagainya.

By 11am kami dah siap sumernya. Juadah terakhir yang kami siapkan ialah ayam goreng yang disiat-siat isinya untuk tetamu India sebab tak makan daging. Kami juga dah siapkan sup ayam khas sebab orang India tak boleh minum sup tulang lembu. Kami goreng 4 ketul dada ayam. Usai goreng dan sedikit sejuk, kami pilih 3 ketul terbaik yang besar dan premium untuk disiat-siat isinya. Siap! Kami masukkan di dalam mangkuk dan tutup dengan tudung saji kecil dan tinggalkan di atas table top dapur. Normal. Makanan yang ditinggalkan di atas meja atau table top memang wajib ditudung untuk elakkan sebarang pencemaran. Then, kami pun pergi menyiapkan diri untuk menyambut ketibaan tetamu nanti. Bagi wangi-wangi pakai gincu lar sket kan. Tadi masa bersilat kat dapur macam Mak Jah dalam citer Gerak Khas tu, dah siap nanti mesti macam Chaterine Zeta Jones...hahaa

After 1 hour kami kembali ke dapur [lamanya siap]. Ketika melangkah ke dapur, huh!!!!
Kami nampak kucin jantan tua itam milik jiran sbelah rumah sedang melenggang lenggokk berjalan dari separuh ruang makan  menuju ke ruang tamu untuk keluar dari rumah melalui sliding door. Terus kami sergah si kucin tua tu.  Terkejut ia sebab tetiba nampak Chaterine Zeta Jones [selalu tengok kat tibi jar], pecuihh! kucin tua memecut lari kluar rumah seperti tertinggal ekor di blakang. Hati kami geram betul. Geram sebab tak pernah ada kucing jalanan atau kucing jiran yang berani masuk rumah kami. Hishhh!!!! kucin kuwang ajaran.

Kami ke dapur. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Inilah yang kami sasksikan [rujuk gambar di atas].
Bayangkan, tudung saji mini plastik tu agak berat [kualiti plastik yang baik] boleh diselak oleh seekor kucin???

Kalo letak ikan atau ayam depan kucin kesayangan kami pun blum tentu beliau makan. Kucin kami tak penah naik meja makan atau kacau orang makan. Ini tetiba ada kucing jahat plak masuk rumah. Kucin jiran sebelah plak tu. Memang berasapp sangat. Wajah Chaterine Zeta Jones dah almost bertukar menjadi Amy Winehouse.

Tudung saji mini kami terselak sedemikian rupa. Mangkuk di bawah tudung saji tu kosong! KOSONG!!!!

Yang tinggal hanya beberapa helai bulu kucing di dalamnya. EEEEEeeeeEEe!!!!!!
Kami terkedu. Lost for a few seconds. Lagi 30 minit tetamu kami akan tiba. Arrrghhhhh!!! Tak pernah kami alami insiden ngeri seperti ini di rumah kami. Terus kami capai penyapu lidi dan berlari keluar rumah seolah-olah berlari membawa obor Olimpik. Kami mencari kucing jantan tua itu. Mana ko? mana?? Sedang kami mengamuk itu, kami nampak kucing jantan tua tu sedang menjilat-jilat misai di bawah kereta di seberang jalan rumah. Apa lagi, kak limah keluar rumah lar kami waktu tu. Geyamm!!! Mencecett-cecett si tua tu lari. Tak dapat. Tak pa, tunggu kalo dapat nanti. Pulaih telinga tarik misai sampai tercabut!

Sejak kucin tua tu balik ke kawasan sini, tiap-tiap malam ada gusti, sumo, muitai kat lorong blakang rumah. Kuat gaduh kucin tua tu. Masa dia muda ada rupa dulu, dia merantau cari kucin betina sini sana sampa berminggu-minggu tak balik rumah tuan. Sekarang, market dah down, dia dok ronda kawasan sini saja. Selalu pulak tu dok spray pipi hancing kat sekitar car porch dan garden kami. Mau tak geram? Penah dua tiga kali kami balik rumah, si kucin tua tu terpacak depan cage kucing kami. Amboi! Awek dalam cage pun mau ka? Kami pun bela kucin,  tapi tak jahat macam tu. Kucin kami tak penah pipi or pupu rata-rata apatah lagi meminta-minta makanan manusia.

Masuk dalam rumah, kami hampa. Nasib baik ada seketul lagi ayam yang belum disiat. Itu pun saiznya agak kecil berbanding 3 dada ayam premium yang sekarang sudah selamat di dalam perut si kucing jantan tua itu! Gggrrrrrrrrrrrrrrrrrr



Aug 28, 2014


Salam cikjah,

Meh sini tukang kebun nak share satu gambaq hebat....heheee [hebat ka?]

Nie pokok Bird's Nest Fern milik tukang kebun yang dijaga dari baby kecik potett. Asal usul tumbuh sendiri menepett kat pokok bunga raya di taman sari tukang kebun. Menepett punya menepett sampai mati pokok bunga raya tu....alahai. Tapi pokok bunga raya tu memang dah lanjut usia dan tak brapa cergas. Tukang kebun redho.

Sebab pokok nie terlalu besaq, tukang kebun pindahkan ia ke lokasi lain beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah. Tiada pula ia terkejut kujat, malah membesar dengan baik sekali. Tiada penjagaan istimewa untuk pokok ini. Sekadar siram dan baja seperti pokok biasa.

Yang penting dalam gambaq tu tak nampak perut tukang kebun kan? Ahaks! selimmmm lar tu maksudnya....hahaaa



Aug 22, 2014


Salam & good day to all cikjah!
Amacam raya? Best??
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Lama kami tak bual-bual kat sini. Today kami nak share resepi smoothies mudah, lazat dan sihat berkhasiat. Ini adalah antara bekal favourite kami sehari-hari ke tempat kerja. Kalo tak sempat atau malas lunch kami minum nie saja. Kenyang!


Tak perlu pusing-pusing. Guna apa saja yang ada di dalam peti sejuk atau di rumah. Antara bahan kegemaran kami ialah carrot, mangga masak, timun jepun, yogurt, madu and a pinch of salt. 
Kalo nak tambah pisang pun boleh. Tapi untuk makluman cikjah, pisang dan mangga adalah agen pemekat. Kalo boleh gunakan salah satu saja. Kalo nak campur dua bahan ini, pastikan dalam kuantiti sederhana. Nanti terlajak pekat plak...hehee

Bahan yang digunakan akan menentukan samada it is a healthy smoothies or a bad one. Be careful!


Selain itu boleh juga gunakan sayuran seperti basil, pegaga, pelbagai salad dan sebagainya. Enak!
Jangan lupa tambahkan sesudu kecil Chia Seed or Flexseed. Ianya sangat baik untuk kesihatan dan Chia Seed berupaya membuatkan cikjah rasa kenyang dalam tempoh yang lama.



Bahan-bahan mesti lah di potong kecil supaya mudah kerja-kerja mengisar. Kami gunakan pengisar Blend & Go.  Mudah dan pantas sekali.

Campurkan semua bahan. Kami Menggunakan kaedah 50% madu + 50% gula atau 50% madu + 50% kurma. Fuhh!!! yummy!


Masukkan air sejuk. Jika suka boleh tambah beberapa ketul ais kiub.
Boleh juga gantikan air sejuk dengan susu atau jus buahan.

Nota: Jika menggunakan jus buahan, omit sugar/madu kerana jus sudah manis and remember that fruit juice contains lots of sugar! No good okay...Wink!


Kisar hingga halus. 


Siap! Tutup dengan penutup dan terus ke pejabat. 


Atau, kita minum dulu!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"