Tidak pernah kami mencuba atau merasa hidangan istimewa dari Johor ini. Seingat kami, pernah mendengar namanya ketika kecil dulu di bibir orang-orang tua tapi tidak pernah melihat dan membayangkan bagaimana rupanya. Di Petaling Jaya terdapat sebuah restoren yang menyediakan hidangan istimewa ini ketika bulan puasa sahaja tapi sehingga kini tidaklah kami berkesempatan untuk mencuba.


Sumber mengatakan kacang fool ni ialah kacang parang atau fava bean. Kalo di Kedah yang paling pemes is kacang poi rebus. Kacang poi asalnya dari Thailand. Oleh kerana Kedah berjiran dengan Thailand jadi banyak barangan dan makanan Thailand di bawa masuk ke Kedah. Lantaran menjadi kegemaran orang Kedah dan Perlis khususnya. Jika kena musimya, kacang poi banyak dijual di pekan hari ketika hujung minggu. Mak beli 2-3 kilo, balik rebus letak garam sket. Sambil-sambil tengok tibi bleh makan kacang poi.

Lantaran kerana terlalu ingin merasa kehebatan hidangan ini, kami pun menyinsing lengan, menyiput rambut dan menyarung apron [merah atau biru?].

Bahan-bahan:


- 1 tin kacang pool cap Kimball [tos dan ramas hancur]
- 1 tin kecil baked beans [optional]
- 200g daging kisar
- 9 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1.5tbsp serbuk kari daging
- 1tbsp cili kisar [optional]
- 1tsp ketumbar**
- 1 tsp jintan manis**
- 1 tsp jintan putih**
- Air [ikut keperluan]
- Roti [benggali/paun dan etc]
- Telur
- Cili besar hijau / merah
- Tomato
- Limau nipis



Inilah rupanya kacang pool dalam tin. Besaq-besaq.

Cara:


  1. Kisar bahan*
  2. Goreng sekejap bahan** tanpa minyak. Kisar kering.
  3. Gaulkan sebati bahan kisar*, bahan rempah kering**, cili kisar [jika guna] dan serbuk kari menjadi pes.
  4. Panaskan minyak dan sedikit butter. Tumis pes hingga wangi dan naik minyak.
  5. Masukkan daging kisar. Kacau sebentar dan masukkan air sekadar menjadikan bahan tumisan berkuah. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan kacang pool dan baked beans [jika guna] dan renehkan hingga pekat.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.



Hidangkan kacang pool dengan telur mata separuh masak, hirisan bawang besar, tomato, cili hijau dan perahan limau nipis.


Telur separuh masak kami nie eksen untuk photoshoot saja....hahaaa
Kami tak brapa bleh nak pegi kalo telur separuh masak mahupun telur kunin. Tak brapa lalu --koman sepana betul kan...heheee
The sunny side up egg really make my dish look tempting!


Sapu butter pada roti dan bakar/toast seketika. Siap untuk dinikmati. Terangkat!
Tak dan kami nak google asal usul menu kacang pool ini, tapi pada pendapat kami terdapat ciri-ciri Arab dan India pada hidangan ini. Jelas ketara pada kacang pool itself, cili hijau, bawang dan jus limau. Mungkin juga ianya dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab dan India ke tanah Melayu melalui perlabuhan Johor suatu ketika dulu.

Nota: Lebih sedap guna roti paun/benggali. Baguette agak kurang sedap sebab keras.


Slamat mencuba! Memang sedap dan mengenyangkan.