.

.

Feb 27, 2014

Bawal hitam stim limau cili padi

Apa nak masak? Apa nak makan?
Kadang-kadang kita sendiri pun pening kan dok pikiaq apa nak masak atau makan. Kadang-kadang tak masak pun, tapi penin dok pikiaq nak makan di mana. Tapi penin nak makan di mana lebih over dari penin kena masak di rumah....hahaaa

Kalo tak workout at gym, insyaAllah kami memang balik masak di rumah kecuali kalo kami rasa nak party! owh yeah! Eh! focus...focuss...
Sometimes, after workout at gym pun kami balik masak although dah pukul 9pm sebab nak makan sedap dan berkhasiat.
Sekarang, kami stock up giless banyak vegetables at home. Banyak giless! Sampai penuh peti ais. My mission sekarang ialah makan lebih sayur dan kurangkan carb. Awww!

Selalunya, kami makan 1 portion sayur with 1 portion protein. [Jimat beras dalam tong].
Untuk protein kami gilir-gilir dengan pelbagai pilihan daging, ayam, ikan dan seafood. Except on workout days kami akan ambil sedikit carb for energy. Mahu teriak guling-guling dalam cycling class kalo tak cukup energy.

Kacang panjang goreng pecah telur

Kalo ikan kami akan stim sahaja instead of fry. Kalo seafood pula pilihan tepat ialah grill. Untuk sayur terpulang kepada jenis sayur. Ada yang sesuai dan sedap digoreng dan ada yang memang dimakan mentah as salad.

Masak sendiri nie memang sangat bagus. Bersih dan sedap. Kos pun jimat. Memang ada yang berpendapat "alar stakat sorang, dua orang... baik makan luar. Lebih jimat dan tak perlu susah payah masak".  Bayar RM3.50 [min rate Kedah] atau RM5.00 [min rate KL] dah dapat nasi goreng sepinggan. Tapi mana sayurnya? mana proteinnya? Brapa sudu MSG digunakan?
*pantang betul kalo makan takdak sayur*

Kos untuk menu di atas murah sahaja [serve 2-3 person]:
1 ekor ikan bawal hitam RM6.90
1 ikat kacang panjang    RM2.00

Jumlah RM8.90. Tapi ada proteinnya --- Ikan seekor bukan secubit. Ada sayurnya --- Sepinggan bukan 1 sudu.

Bahan-bahan sampingan lain seperti bawang, cili, garam, gula, minyak, beras, gas adalah untuk long term use. Jadi harga adalah reasonable secara purata.
Apa yang mahal ialah "ROH RAJIN".....Ahaks!

Sedap dan nikmat makan di rumah hasil air tangan sendiri.


My dinner is served. Stir fried broccoli with carrot and soft tofu. Yummy!

Salad timun jepun, saleri dan tomato

Selalu kami katakan ini kepada cikjah; "janganlah segan dan malu-malu bawa bekai pegi office". Kami lagi segan nak makan kat restoran luar on lunch time. Kiri kanan depan blakang orang dok hembus asap rokok. Meluat!!! Macam lar dia sorang dok kat restoran tu. Uh! Lagipun lauk mamak kami tak minat kecuali berunsurkan sayuran. Gulai mamak? Uh! apa kelas....that is not gulai. Gulai Kedah lagi best. Ahaks!

Untuk lunch slalunya kami bawa salad atau healthy food. 5 minutes to prepare in the morning.

Frozen peas & corns


Salad tembikai dan sayuran

Happy cooking & healthy eating cikjah!



Feb 24, 2014


Woot! Woott! Sale! Sale!!
Pucing-pucingg biji mata cikjah bila lihat atau dengar perkatan 'SALE'....heheee
The most favourite word bagi orang pompuan. Tak sumer lar, setengah orang pompuan jar. Some maybe suka beli at normal price. Tak suka hat diskon or sale nie...Ahaks!
Kami suka. Mana yang memberi penjimatan dan menguntungkan kami memang suka. Tambahan plak cantik -- just like icing on the cake.


Macam these peony flowers. Kami beli masa sale 6 years ago. 9 kupang saja satu. Giless murah. Kami beli 3 dozens. Excellent quality. After 6 years pun tetap nampak baru. Tak pudar walopun dah brapa kali kami basuh. Sehingga sekarang kalo sale or even normal season memang dah takdak bunga nie at Ikea. Discontinued item agaknya. Menyesal tak beli 10 dozens dulu...hehee

Ini kesahnya....Ikea kan tengah sale sekarang nie. Saban tahun pun memang Ikea buat sales. Ada lar 3-4 kali setahun. Walopun 4-5 kali seminggu ulang alik depan Ikea, tak kesah sangat pun walopun tengah sale. Maybe sebab dah slalu sangat dok sopping Ikea walopun tak sale. Jadi, macam dah imune. Nak beli penapis santan pun beli kat Ikea. Dah tak beli penapis kat kedai RM5...hahaaa

Kami mula kenal Ikea since 1995 masa Ikea kat One Utama lagi. One Utama dulu mana ada new wing lagi. Old wing satu tu jar. Ikea pun ada a 2-3 floors saja. Round-round sambil makan cikedess 2 kupang dah selesai. Ikea mula terkenal selepas berpindah ke Mutiara Damansara. Giles besaq. Memang best lar. Macam-macam ada. Hargapun berpatutan dan mampu-milik. The products pun memang dekat di jiwa pasangan muda atau keluarga yang masuk rumah baru atau sesiapa jua yang sukakan konsep hiasan modern dan praktikal terutamanya. Sumer ada. Percaya atau tidak, sepanjang kami dok sopping kat Ikea hanya skali kami pegi showroom at first floor. That was on the first time ever datang Ikea masa baru buka dulu. Datang Ikea memang straight forward pegi warehouse at ground floor. Tak sabaq nak asah skill memilih dan membeli....heheee

Hakikatnya kami memang dah lama mengidam nak bookshelves kaler putih. Tingin sangat. Bayangkan white bookshelves penuh tersusun with all my english novels and hard cover books. Namun, ia bukanlah suatu keperluan. Kehendak saja. So, I can wait. No hurry.

Sesambil kami dok browse Ikea online, kami terpandang item idaman. Jatuh chenta. On sale tapi tak diskon sangat harganya. Still pricey. Tapi, bila hati dah suka. Tidur malam tak lena...hahaa

After office terus singgah Ikea. Kebetulan, memang kami kena beli wedding presents nak bagi kawan-kawan. Bulan 3 is coming, banyak wedding dah masuk list. Hadiah wedding memang kami cari kat Ikea saja. Useful, cantik dan reasonable price. kami pun leka memilih barang for wedding pressie. Tak sangka plak semakin lama crowd smakin bertambah. Ingatkan weekday after office hours tak ramai orang tapi sangkaan kami meleset. Sale kot kan...hehee

Bila sampai kat section bookshelves idaman, tudia! mata jadi kelabu. Biji mata kluar jatuh atas lantai, kutip ambil pakai balik...hahaaa. Ada bookshelves lebih murah  dan besar dari yang kami suka. Sumer orang lalu memang akan stop kat situ. Terpikat. Cuma masalahnya it is not white colour. Ahhh! tak minat sangat tapi so irresistible because super cheap! Haluan bertukar.


While I was taking my time nak hangkat boxes yang berat tu ramai customers lain jugak yg datang. Berebut dalam hemah. Yang jadi masalah, for that one single particular bookshelves kena amik 4 different boxes. Sebab packaging-nya asing-asing. So ada Box 1, Box 2, Box 3 and Box 4. Besar gedabakk plak tu. Heavy. Sehinggalah ada last piece for Box 3. Memang betul-betul last. Kami dah pegang dan separuh bangun sambil mengangkat.
Tapi entah bagaimana kami bleh cakap "nevermind, you take this" and let go the super last piece of Box 3 to another guy [with his spouse] and I got nothing. Nothing. Nothing. That was the last piece.

Why? Why I did that? Why?? Bingung sekejap di situ...hahaa
Sebenarnya, kami memang dah prasan, that guy came first before me. He already loaded 3 boxes on his trolley and left Box 3 saja to grab and go. Although kami pantas dan pegang that Box 3 dulu, tapi kami rasa bertanggungjawab dan respect sebab he was there before me. So, he deserves the super last Box 3. Mungkin bukan rezeki kami.

My friend said, kalo team kami masuk Amazing Race, mesti dah eliminated sebab so so baik hati...hahaa
Tapi, maybe kami menang Miss Congeniality....confirmed!

Cumanya, that guy takdak manners. He never thanked me. Kesian. Tak cukup moral dan sivik.
Kalo kami tak baik hati dan bertanggungjawab, peduli apa sapa sampai dulu. Kami pegang dan hangkat dulu that box. Who cares?!

Bila kami check dengan staff Ikea at i-Counter, katanya that item memang dah sold out. Check kat sistem memang zero. Zero! Takdak stock. Habis. Staff Ikea cakap memang depa ada order tapi kena tunggu 2-3 weeks. Harga pula tak pasti sama seperti sale price atau tidak. 3-4 kali kami ulang alik kat i-Counter even tarik staff Ikea datang kat section bookshelves untuk betul-betul confirmkan. Malangnya ia bukan rezeki kami. Item sold out and no stock available. Bai-baii.
Balik malam tidur tak lena asik teringat-ingat.


Haa! Inilah spouse of the said guy yang kami baik hati let go the last piece to. Cikjah nampak 4 big boxes on the trolley? Dah rezeki depa.

Esok pagi, buka mata terus browse Ikea online via iphone dengan kelajuan 4G. Aiceh! Kami check the bookshelves code number and surprisingly stock available. Ada lagi 5 units at store. Uh! Kami tekad, kami nak ke Ikea lagi skali. Kalo tak dapat bookshelves yang murah tu kami nak beli bookshelves yang memang menjadi idaman kaler putih tu. After 30 minutes, kami dah ada dalam Ikea. Plink! hahaa


Owh my!!! What a SUPER BIG surprise. Bookshelves yang smalam kami check kat i-Counter dan confirmed kata dah abes dan zero stock, hari nie ada lagi! Depa dah tambah stock baru! WTH! Maklumat tak tepat. Sebab tu kami malas nak refer customer service atau sebagainya sebab maklumat yang diberikan kadang-kadang tak betul, mengelirukan, dan paling dasat tak tepat. But that item selling very fast like a hot cake. Dalam 30 minutes dah abes. Tapi hati kami dah tak ada for that cheap promo bookshelves. Kami stick to my first chenta pandang pertama. The white one although mahal sket, RM500. Janji puas hati.


Setelah membuat pilihan bijak inilah hasilnya. Yeyy!!


Happy sebab dapat rak idaman dan tak payah berebut-rebut. Uh!


The very next day acara pasang memasang. Handygirl in action. Let's do this!


Jatuh chenta with this high chair. Bought two units of this. Cute sangat. Awesome for my kitchen. RM159/unit. Kami prefer white colour but no discount available. Usual price remain at RM229. Aww! too expensive for a chair. Takpa, bila senang-senang I can paint the chairs.



Barang Ikea sumer kena pasang sendiri. Sebab tu sedikit murah. Kalo nak suruh depa pasang pun boleh. Bayaran tambahan cuma 10% of the item price. Tapi kami tak kesah, this is just a piece of cake. Aiceh!


Lagipun instruction and tools yang diberikan memang complete dan user friendly. Packaging tip top. Sambil kupas bawang pun bleh buat.




What a bargain. Two sizes available. Table for 2 or 4. Kami beli table for 2. Sesuai for weekend breakfast at the garden. WeeeEeee!


Another item kami beli khas untuk susun kain baju daily wear yang bertimbun. Lemari sedia ada dah penuh. Kain baju sampai bersusun dalam baskets dan kotak. [Sebab tu jangan slalu sopping sangat...haishhh]

Untuk tujuan ini, kami beli rak yang murah-murah jar, janji baju harian kami tersusun kemas dan senang nak pilih baju.


Jenuh putaq skru. Ada 32 skru for each rack. Total skru diputaq ialah 64 biji. Fuh! ketara muscles...hahaa


Rasa macam makcik kantin plak...hahaaa. Tak kesah lar. RM35 jar satu. Janji baju ada rak dan tersusun kemas.


Satu bilik dalam rumah memang dedicated as wardrobe room. Penuh dengan lemari baju. Baju bergantungan dan berlipatan. Dalam bilik-bilik lain pun ada lemari jugak but still tak cukup-cukup tempat. Ishhh! orang pompuan nie...macam-macam. Towels banyak macam kluarga ada anak 7...heheee


Jeng! Jeng!! Paling tricky ialah memasang bookshelves idaman.


Slain pintar, kena banyak bersabar dan sabar. Ahaks!




Taraa!! Head over heels. Both black and white boxes are accessories purchased separately.
White gloss finish bookshelves idaman. Cantik sangat. Hajat tercapai.



Feb 23, 2014


What is delicious, quick and easy for dinner? Good for health is the priority. Think. Think....and think.
I have no recipe and most of the time I cook by heart. Aiceh! 
Serious. Kami rasa cikjah pun macam kami. Kalo stakat local dishes tu memang main baling-baling ikut citarasa. Kodek-kodekk dan siap. Janji sedap. Tapi kalo menu luar negeri kena tengok resepi lar. Firstly sebab tak penah makan, so tak taw nak anggar macam mana it tastes like. Secondly, first time mencuba. Kalo tak dak resepi, satgi masak menu Chinese food jadi Indian food plak kan....hatudia.

Kami pun buat lar menu yang paling mudah skali. 

Bahan:
Kacang buncis/green bean
Carrot
Udang
Garam
Lada hitam
BBQ sos

Cara:
  1. Masak air hingga mendidih. Masukkan sedikit garam.
  2. Rebus carrrot hingga masak.  Tos. Jangan lembik sangat.-- ini bukan baby food.
  3. Kemudian, celurkan kacang buncis. Tos
  4. Gaulkan kacang dan carrot dengan sedikit butter for taste.
  5. Perap udang dengan garam, serbuk lada hitam dan bbq sos. 10 minit sudah memadai.
  6. Grill udang di atas pemanggang yang panas. 5 minit each sides. 
  7. Siap untuk dihidangkan.



Ringkas dan lazat.


Feb 22, 2014


Pheww! Feluh jurai-juraii. Fenat kayuh gerek in 50 minutes RPM class. Sambung plak buat TRX for 30 minutes, then simple continue weight training for 20 minutes and finish off with 15 minutes steam bath and shower. Uh! amazing rasanya. Kalo tak kuyus jugak tak taw ler....hahaa

Tak kesah lah demok ker kuyus ker yang penting sihat dan stamina kuat. Kami dok mai workout kat gym nie pun bukan sebab nak kuyus. Tapi to maintain my fitness level. Tak mo lar dok rumah makan, tengok tibi, makan lagi, tengok tibi lagi. Pastu heboh sini sana beli dan makan ubat kuyus, ubat jaga badan, ubat gebukan kulit, ubat sakit hati sebab tak kuyus-kuyus...Erkk!


Heran jugak kami macam mana bleh kuyus kalo tak workout? Bleh kuyus dengan telan pil atau minum ubat ubat saja...Ahaks! Kalo betul, dah lama Shanie, Dina Hola, Adibah Nor, Harith Iskandar [oppss! contoh yer] kuyus kan? Bukannya depa tak mampu beli dan consume ubat-ubat [konon] kuyus yang melambak kat pasaran tu.


Untuk kuyus dan sihat, kita mesti jaga makan, jaga kesihatan dan bersenam. Baru seimbang. Contohnya kalo makan sepinggan nasi putih berlaukkan gulai ikan sedap piang bersama ulam cecah sambal blanchan power kena lar workout paling minima pun 2 jam. Itu baru seimbang namanya...hehee


Teringin jugak kami nak taw apakah rasanya bila tak penah workout for a long 10 years. Uh?! Seriously serious memang ada situasi begini --- sila jangan buat-buat tertejutt...hahaa
Apa lar rasanya kan? *rasa beratt kot..Erkk!*

Memang ada sedikit rasa bosan, tak best dan malas sangat bila nak mulakan a workout. But wait till your first drop of sweat then followed by the adrenaline rush throughout your body. A few other hormones will be released during exercise termasuklah endorphins that have ability to make you feel owh-so-good! fantastic! boombastic!. Cikjah akan rasa lebih segar, sihat, kuat, bertenaga dan happy after a workout. Rasa macam hebat dan bangga sebab dah melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri. Cubalah kalo tak cayer!

Exercise juga bagus untuk stress. It is the best solution how to handle your depression instead of eating ice cream sampai demok, tidoq mati sampai muka kembang semangkuk or tengok tibi sampai terbakar. Kalo rasa macam malasss sangat nak workout cikjah bleh try gardening, cycling, dancing, raking, mowing and swimming. Kalo depan rumah banyak sampah atau daun gugur, elok juga kluar sapu sampah. Insya Allah hilang stress, rumah pun bersih.



Okay cikjah, happy workout!


Feb 20, 2014


Hamboi tukang kebun......bukan main lagi berkebun. Sampai qabat tembok! hahaaa
Bersemangat sungguh. 

Well cikjah, kalo dah jiwa penuh kebun sekebun, maka apa jua pun sanggup tukang kebun lakukan. Aiceh! Nie tukang kebun tengah prune Climbing Fig. Sampai dah belit lampu tembok. Sebenarnya sayang nak prune sebab daun-nya demok dan sihat hijau. Tapi sebab risau nanti kebun nampak macam semak sangat, tukang kebun pun terpaksa potong dan trim sini sana sket.



Pokok kesum tak taw batch yang ke berapa dah sebab tukang kebun sentiasa tanam balik batang kesum yg diambil. Walopun hujan kurang sangat sekarang nie, tapi Alhamdulillah sebab tukang kebun rajin siram dan baja maka cik kesum pun tumbuh gembira di laman dapur.


Cik kesum berkawan dengan cik kaduk.


Ahaa!! Cer tengok tu...ada 'kawan' mai melawat kebun dapur. Sapa tu?
Ntah lar, tukang kebun pun tak kenai. Tejut jugak tukang kebun bila tetiba ada objek putih dok terconggok di celahan rendangan hijau. Keras kejung dok pandang tukang kebun plak tu.


Rupanya, kat bawah tu ada lagi satu 'kawan' dok lepak. Patutlar....tengah dating di kebun bunga rupanya. Hahaaa

Kucin-kucin jiran agaknya. Tukang kebun tak kesah kalo depa nak datang melawat, tapi jangan pupu or pipi rata-rata kat kebun tukang kebun okay. Be a good cat.


Patut lar, everytime kucin demok itam tukang kebun kluar kat sini, bukan main lagi ia dok sniffing around. Suspicious betul ia sampai dok pusing keliling pastu dok lepak mengadap pokok terung saja. Tukang kebun pun memang dah suspek memang ada 'sesuatu' cuma taktaw apadia sebab tak nampak. Rupanya sah lah memang ada 'sesuatu'. Ada 'kawan' dok mai melawat --misteri solved...heheee



Feb 19, 2014


Merasa dapat lihat sunrise ketika peak hours of morning office rush. Awal betul kluar rumah...hihiii
Untuk makluman cikjah, kat KL nie ada dua jenis jemm di waktu pagi. Pertama jemm dengan kakyam dan abang john yang nak hantar anak skolah di awal pagi sekitar 7am - 8am. Kedua ialah jemm dengan kakyam dan abang john yang tak hantar anak skolah tapi nak ke pejabat sekitar 8am - 9am.

Jangan ingat kluar rumah pukul 7am konon tak jemm. Salah. Sama sahaja situasinya. Di mana-mana pun jemm. Kesimpulannya dari pukul 7am - 9am tu memang jemm giles.Tapi awas! cikjah jangan giles okay. Senyum jar sepanjang tersepit dalam kesesakan lalu lintas tu. Lagipun bukannya cikjah berdiri sampai lenguh kaki. Duduk atas kusyen empuk lagi...Ahaks!

Kami kluar awal pagi dengan satu tujuan. Nak renew Malaysian passport. Yeeehaa! Paling mudah ialah di Kompleks KDN at Jalan Duta. Pejabat Jabatan imigresen Malaysia [JIM] yang terletak di Pusat Bandar Damansara dah berpindah ke Jalan Duta pada hujung tahun 2011. Bangunan baru, lebih selesa dan free parking. Ini adalah kali kedua kami datang ke imigresen Jalan Duta untuk renew passport. Both of my visits cukup senang dan dipermudahkan urusan. Alhamdulillah.

Kalo kat Pusat Bandar Damansara [PBD] tu...uishh! bangunan berblok-blok, pening nak cari parking. Basement parking plak sangat menyeramkan. Ada big outdoor parking lot tapi jauh kena jalan. Bukan kami fenat kena jalan, abes lar high heel I...heheee. Parking outdoor tu pun selalu penuh. Mahai plak tu. Rate Damansara Heights & Bangsar katakan. Maklumlah PBD tu banyak office buildings, banks and private college orang kaya. Dulu, kami slalu hang out at PBD during lunch time. PBD. Takder lah dekat sangat dengan office, cuma sebab ada a few good restaurants yg kami suka. Tapi sekarang banyak yang dah tutup dan pindah. Lagipun agak convenient sebab kluar lunch bleh pi bank skali. Dulu lar, skarang dah ada online banking tak main lar pi bank lagi...hehee

Maklumat berikut adalah tepat berdasarkan kunjungan dan pengalaman pada February 2014.

Sekarang dah takdak KIOSK atau renew passport segera within 2 hours. Sumer urusan adalah di dalam kaunter utama. Namun begitu sumer urusan passport siap dalam tempoh dua jam sahaja. Cekap kan? Tahniah to JIM.

Selain at JIM, cikjah juga bleh renew passport di UTC [Pusat Transformasi Bandar]. Ada dua UTC di KL. Satu di Pudu Sentral dan satu lagi UTC mini di Sentul di mana ianya beroperasi setiap hari Monday - Sunday 8.30am - 10pm. Namun sila telepon dulu sebab bukan sumer urusan passport renewal bleh dilakukan di UTC. Kalo nak renew passport tapi passport hilang tak bleh buat di UTC. JIM berpusat di UTC tak buka fail. Mereka hanya proses sahaja.

Namun begitu, kami dinasihatkan oleh pegawai JIM di UTC supaya datang awal pagi kerana walaupun kaunter buka sehingga 10pm namun nombor giliran yang diberikan bukanlah sepanjang hari. Maksudnya, nombor tersebut terhad mengikut kapasiti pada hari tersebut sahaja. Janganlah pulak cikjah datang pukul 6pm. Risau plak jika kuota pada hari tersebut dah penuh, maka kaunter nombor giliran pun tutup walopun waktu urusan sehingga pukul 10pm.


Passport malaysia terbaru [polikarbonat] adalah menggunakan background berwarna putih dan spesikasi ukuran yang baru. Bukan lagi biru seperti selalu. Maka, kalut lar kami pi tangkap gambaq kat kedai. Takut tak cantik, kami pun amik gambar kat kedai berhampiran rumah. Bleh make-up lawa-lawa sket. RM15 for 8pcs. Tudia! apa nak buat dengan lagi 6pcs? Nak renew passport guna 2pcs saja. Memang nak untung lebih jar kedai gambar nie. Tak relevan langsung. Tapi kami masih rasa jimat sebab kalo kat kedai gambar di sekitar pejabat JIM RM10 - RM12 untuk 4pcs. Jimat dan untung dari segi kuantiti gambar...hahaaa...ngokngekk!

Sampai di JIM Jalan Duta, kami pun terus ke kaunter nombor giliran iaitu kaunter 26. Pegawai suruh kami pegi amik gambar dulu baru datang ambil nombor giliran

Kami: "Tapi cik, saya dah ada gambar sendiri"
Pegawai: "Owh maaf cik. Kita dah selaraskan sumer sekarang ini. Kita memang pakai gambar yang ambil di sini sahaja"

Dang!! rugi RM15 dan punah harapan nak guna gambar [konon] lawa dalam passport. Tenggg!!!
Terus kami nebess...aramak! tak make up sangat, baju pun ala-ala saja. Mata sembab dan muka pun kembang lagi sebab awal pagi sangat kot nak amik gambar. Baru jar bangun tidoq tadi....heheee
Maka, beraturlah kami di kaunter 10. Kaunter gambar ialah 10, 11 dan 21.

Cikjah nampak orang dok Q kat atas tu? Masing-masing nak amik gambar lar tu.


Gambar yang di ambil di sini [JIM Jalan Duta, KL] adalah percuma. Best tak? Kami ulangi...percuma. Kalo cikjah pakai colour contact lense tak perlu buka. Fuh! selamat. Dah lar risau sebab tak bawa casing & solution bagai. Then, pegawai suruh pakai coat hitam yang disediakan. Tak perlu pun sebenarnya sebab tak nampak pun dalam gambar. Paling sakit hati ialah pegawai tak cakap 123 or cheese. Tak sempat senyum pun camera dah blink. Aiseh! Mesti tak lawa....uh!


Fasiliti camera di JIM Jalan Duta.
Paling cute ada sorang adik nie dalam 3 years old. Duduk tak diam. Siap pusing kiri, kanan, atas dan bawah. Buat muka macam-macam. Susah betul nak amik gambar dia. Gelak kekek-kekek plak tu. Ada lar 10 minit jugak pegawai dan mak dia dok suruh posing. Orang dok Q kat blakang sorang pun tak senyum. Tensen agaknya...sebab lambat sangat...hahaaa

Lepas amik gambar, kami ke kaunter 26 semula untuk ambil nombor giliran. Duduk 2 minit, nombor kami pun dipanggil untuk ke kaunter permohonan. Serahkan passport lama dan IC serta tandatangan dan cop ibu jari kanan di atas borang yang telah siap diisi oleh pegawai di kaunter ini. Kemudian, sila tunggu sehingga nombor giliran di panggil untuk buat bayaran.


Kami tunggu 20 minit sehinggalah tiba giliran kami untuk buat bayaran. RM300 for 5 years. Selepas bayaran dibuat sila tunggu selama 1 jam untuk collect passport. Sepanjang proses menunggu tu, telinga kami asik standby saja. Every 40 saat bunyi nombor giliran diumumkan. Memang tak bleh fokus dan rasa tak tenteram. Bayangkan setiap minit dok dengar bunyi mesin dok cakap nombor. Kalo dok qalit dan tak pay attention takut terlepas pula nombor kami. Maklumlah nak cepat kan. Kalo bleh nak sumernya smooth and easy.

While waiting kami reading. Advise kami to cikjah, elok juga bawa bahan bacaan. Aunty pasar malam pun main jewel mania kat ipad okay [tak main candy crush sebab takdak 'nyawa' to proceed to next level...hahaaa]. Tapi ada juga yang ngokngek takdak sivik. Tengok video kat smartphone tapi tak pakai earphone. Volume kuat giles macam pasang radio dalam keta. Haishhh....kesian betul. Macam lar dia sorang ada smartphone. Tak cukup bajet beli earphone ke amoi? hahaa
Ingat cikjah, jaga adab dan tingkah laku mengikut tempat dan keadaan --thank you.
1 jam bukannya lama pun. Tak payah lah nak pi makan atau jalan sini sana. Baca buku, tengok henpon, check e-mail, baca buku lagi, tengok henpon lagi dah 1 jam. Tak terasa pun.


Tepat 1 jam menunggu, nombor kami dipanggil. Yeyyy!! dah bleh collect passport. Happy. Bagus lar JIM Jalan Duta nie. Cekap dan selesa betul perkhidmatan yang diberikan. Teruskan servis sebegini.
Passport renewal dalam tempoh 2 jam sahaja di kaunter utama.

Tapi.....tapi....tapi....ada awek muka kembang senyum ketat dalam gambaq passport. Huwwaaaa!!! I got to live with it for 5 more years....huwwaaaaaaaaaaa


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"