.
Oct 30, 2013
Sejak dua menjak nie, kami suka sangat makan buah peria. Walaupun peria agak sedikit pahit namun jika kena gaya dan cara masakannya peria ialah satu sajian yang sangat sedap dan membuka selera. Peria sebenarnya sayur kegemaran arwah ayah kami. Selalunya dulu kami masak peria sebab arwah ayah teringin nak makan. Sesungguhnya, dah 15 tahun lebih kami tak pernah masak mahupun beli buah peria. Jika berkunjung ke restaurant Chinese Muslim barulah kami order menu peria --- 'Bittergourd with salted eggs' Fuh!!! mengancam sedap.
Last month kami telah membeli peria! Wah! excited macam beli emas....hahaaa
Untuk makluman cikjah, seingat kami itulah pertama kali kami beli buah peria dalam hidup kami. Bayangkan betapa kita memandang enteng kepada sayuran yang sinonim kepada masyarakat India ini. Kami bangga sebab beli buah peria...hahaaa. Gemuk dan sihat hijau plak buah peria tu. Sebijik mencecah RM4.50...mahai jugak kan...[maklumlah tak penah beli peria...hahaaa]. Kami buat masak goreng kunyit pecah telur saja. Skali lagi Fuhh!!! sedap tak terkata.
Kemudian, kami beli lagi buah peria dan pegi masak dinner kat rumah adinda. Again, everybody loves it hingga makan nasi tambah-tambah....heheee
Well, hari nie kami nak share satu resepi lazat peria yang kami masak semalam. Tara!!!
Peria tumis cili api dengan ikan masin. Terangkat cikjah. Untuk resepi ini, kami guna peria katak sebab peria katak mempunyai tekstur yang lebih kering dan kurang berair berbanding peria biasa.
Bahan:
2 biji peria katak
2-3 keping ikan gelama belah masin
2 biji cili merah*
5-7 biji cili padi *
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
Sedikit asam jawa*
Garam
Gula
Cara:
1. Potong peria dan rendam dalam air garam seketika untuk mengurangkan rasa pahit. Kemudian goreng peria hingga separuh kering/garing. Ketepikan.
2. Ikan masin dipotong kecil dan goreng hingga garing. Ketepikan
3. Kisar bahan* dan tumis. Masak hingga naik minyak dan separuh kering. Masukkan peria dan ikan masin. Perasakan dengan garam dan gula dan masak seketika. Siap!
Nota: Awas penggunaan garam kerana ikan masin sudah masin.
Oct 29, 2013
Punya lar senang nak buat Norwegian Apple cake nie, lepas balik kerja sambil cooking dinner kami pulun dok tekan mixer whisking batter. Sambil tekan punat blender mesin bawang nak buat sup ayam, mixer kami pun ligat berputaq. Very the masterchef kami rasa at that time...Ahaks!
Nah! sup ayam lazat tak terkata siap dimasak dan kek lazat tak terperi pun siap dibakar.
Gebu dan sedap...Aiceh!
Nasi dan sup ayam banjir! Weeehoooo slurp slurp!!
Selang beberapa hari, kami baked another Norwegian Apple cake for the third time. Balik dari office kami terus sinsing lengan. Kelentang kelentung dari pukul 5.40pm - 6.40pm siap sebijik kek lazat. Kami bawa kek panas fresh from the oven pegi melawat kawan kepada kawan kami kat hospital.
Sungguh tak disangka, rupanya hari kami pi melawat tu adalah birthday orang sakit. Maka sangat kena tema kami bawa kek sebagai buah tangan. Habis kek dimakan. Yey! Happy!
This was my 4th apple cake senang.
Bangun pagi gosok gigi terus pukul gula, telur dua biji. Sebabnya kami nak kluar awal nak berkunjung ke rumah saudara jadi nak bawa buah tangan lar sket. Ting! cake kami siap cantik berseri-seri.
Untuk resepi kek senang nie, sila lah
Kodekk lemari Pienkcat
Okay sumer ready dah, boleh pegi....daaa!
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Tuesday, October 29, 2013
- Categories:
- cooking
morality and manners
Oct 21, 2013
Get set, ready and turn on the mixer baby! hehee
Bahan-bahan:
1-2 biji epal merah manis
2 biji telur [saiz besar]
180g caster sugar [tambah lagi 20g jika sukakan manis]
100g butter
150ml full cream milk
180g tepung
2tsp baking powder
Limau / lemon jus
Cara:
1. Perah limau / lemon untuk jus. Campurkan sedikit air. Hiris epal nipis-nipis dan rendam di dalam jus limau / lemon seketika untuk mengelakkan epal menjadi hitam.
2. Pukul telur dan gula sehingga warna menjadi pucat, pekat dan berkrim [7-10 minit].
Notes: I'm using C grade eggs, hence I need 3 instead of 2 eggs.
3. Panaskan susu dan butter di atas api perlahan sehingga cair. Tak perlu hingga mendidih.
4. Semasa memukul adunan telur dan gula, tuangkan adunan susu perlahan-lahan sedikit demi sedikit secara tetap. Terus memukul adunan sehingga sebati.
5. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan. Pukul sebati sekitar 20-25 saat. Jangan terlebih pukul.
6. Tuangkan adunan ke dalam baking dish yang telah disapu butter untuk mengelakkan kek dari melekat apabila masak nanti.
Notes: Adunan ini adalah sangat cair. Penggunaan baking dish atau baking tin yang tidak terpisah adalah yang terbaik untuk mengelakkan adunan mengalir keluar.
Please do not use springform baking tin.
7. Susun hirisan epal di atas adunan.
Notes: Penting untuk cikjah hiris epal tu nipis-nipis sebab hirisan yang nipis akan mempunyai berat yang ringan, therefore, hirisan epal akan terapung dan tidak tenggelam di dalam adunan yang cair itu.
Tapi kalo pun epal tu tenggelam, jangan khuatir, it's totally okay. Kalo epal cikjah terapung presentation nampak santek macam nie nanti...hehee
8. Campurkan brown sugar and cinnamon powder [optional] dan tabur di atas adunan. Bakar 180C for 30 - 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Taraa! My cake is ready!!
Cikjah can either serve it warm or completely cool. It's super yummy!
It tastes so light and spongy. Kalo cikjah nak skip letak epal biar kek kosong saja pun boleh. This cake ada sedikit ciri2 rasa seperti buahulu tapi tidaklah terlalu kering. Kami suka kek nie. Bahan dan cara nak buat mudah.
Okay, please return to your seat and fasten the seat belt. We are ready for landing now!
Happy baking!
Oct 16, 2013
Hello! Meoww - meoowww!!!
Cer cikjah tengok kucin tukang kebun tengah basking kat kebun dapur. Bukan main lagi kucin demok nie posing. Nasib baik kucin bukan kambin. Kalo tak, abes sayuq yang tukang kebun tanam kena makan...hahaaa
Tukang kebun sangat gembira dan teruja dengan kondisi kebun dapur sekarang. Sumernya tumbuh sihat dan gembira. Harapnya berkekalan-lah kegembiraan ini.
Cik basil dah berbunga. Sengaja tukang kebun biarkan ia berbunga sebab nak buat biji benih. Sebenarnya, kalo boleh jangan lar bagi cik basil berbunga sebab nanti daun basil akan terasa sedikit woody. Tapi tak kesah lar...bukan ketara sangat pun rasanya.
Nanti tukang kebun nak kumpul biji benih banyak-banyak pastu tanam cik basil untuk batch baru.
Pokok Terung Sarawak pun semakin membesar. Cuma, tukang kebun tengah standby sekarang nie sebab daun pokok terung agak sedikit kekuningan. Tak kan demam kunin kot? Ahaks!
Tara! Pokok bunga Pukul Empat dah pindah rumah baru dan sedang membesar hebat. Suka!!!
Projek baru. Tukang kebun baru semai biji benih kacang bendi, roselle dan carrot. Uh!! carrot???
Bulih tumbuh ka? Entah lar, tukang kebun nak try tengok. Carrot merah plak tu...Awww! Mudah-mudahan tumbuh lar kan...Amin.
Cer tengok kucin demok nie...eeeeiii! geram taw! Eksen gebu!!
Tukang kebun sayang kucin demok nie walopun hitam...heheee
Oct 11, 2013
Apa menu minum petang hari nie?
Cikjah masak serawa pisang kar? Tak pun dok pulun buat tepung talam? atau lebih hebat lagi ada yang dok tengah layuq daun pisang nak buat pulut dakap...Aww!!
Memang rajin. Alhamdulillah.
Kami buat cucoq badak. Cucuq badak best tarak tipu punya. Inti dalam confirmed ada udang! hahaa
Buat banyak-banyak dalam 50 biji pastu frozen. Kalo anytime nak makan cucoq badak nanti defrost pastu goreng. Senang kan!
Happy afternoon tea!
Oct 9, 2013
Owh tidak!!! Tertulis cherita kami telah ter-tengok gambaq kek santek on internet. Namanya unik dan kedengaran begitu sedap skali. Owh my!!
Belum pernah kami lihat, dengar apatah lagi rasa kek itu. Hanya dengan skali pandang, jiwa kami terus bergelora dan tanpa sesaat terbazir terus tercetus di fikiran akan nikmat rasa lazat tatkala men-geget kek itu.....gulp! Arrghhhhh!!.......
Ini tak bleh jadi. Petang nie jugak lepas balik kerja kami mesti bertukar menjadi 'Heidi Klum' membakar kek itu di dapur! hahaaa
Sila-sila cikjah, 'Heidi Klum' nak tunjuk dan kongsi cara nak buat
Apfelkuchen --- A German apple cake. Delicious!!!
Before that, let's say it in German correctly :
AP --- FEL --- KU ---QHEN.
Jangan pulak cikjah dok cakap kuchin..kuchinn....hahaaaa
Ingredients:
6-8 sweet apples. [kami guna Apple Washington 4106 and Gala]
Juice of 1 lemon
250g flour -sifted
2tsp baking powder
1/2 tsp salt
150g butter -softened
230g sugar [divide 50g and 180g]
3 eggs
2tsp vanilla extract
Zest of half lemon
160ml milk
160ml buttermilk
Methods:
1. Peel and core the apples. Slice them in two. Toss with lemon juice and 50g sugar. Leave for an hour. This process will draw out some of the water from the apples. Keep the juice* for a later use.
Notes: If you skip this method or not long enough, the apples will leech in the cake while baking and it will make the crumb gooey. It's okay if you like a custardy inside the cake.
2. Whisk the flour with salt and baking powder in a bowl
3. Combine eggs with vanilla extract in another bowl. Stir them a little with a fork.
4. Cream the butter and 180g sugar in a mixer until fluffy and pale.
5. Add egg mixture into the batter. Continue mixing.
6. Add lemon zest and flour mixture. Continue mixing until well combined.
7. Add the milk and buttermilk. Don't beat the batter too much. Just enough to ensure all ingredients are well combined.
8. Line the buttered 10 inch baking tin with parchment paper. Pour half of the batter. Arrange sliced apples.
9. Pour the rest of the batter into the baking tin. Lay the apple halves, score the tops for decorative.
Bake about an hour until deeply tanned in preheat oven [190 Celsius] or until the cake is cook.
Tara!!! Yippiee! I made an Apfelkuchen.
Notes: Put the leftover juice* in a saucepan. Add some sugar and cook until you have a thick delicious syrup. Use it to glaze the apples while cooling of the cake on the rack.
Isn't she gorgeous?
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"