Setelah hampir dua bulan "bercuti" dari kenduri berkebun dan jirus pokok bunga secara harian, akhirnya kami gagah menyempatkan diri berkebun tahap mega-mega-an on last weekend. Phewww!!! Ber-kilo-kilo sisa kebun berjaya kami kumpul hasil dari potong dan pangkas. 

Oleh kerana hujan dan kandungan air yang mencukupi, my garden members tumbuh dengan subur. Banyak daun, pucuk dan tunas baru keluar membesar bagai johan. Best jugak hujan turun hampir setiap hari for the past two months, jimat masa dan tenaga kami untuk tugasan siram pokok. Tapi kalo dibiarkan barang sebulan dua lagi, alamatnya encik posmen cari rumah kami tak jumpa lar, penuh pokok macam hutan tropika!...hahaaa

Tak kurang jugak pokok yang rosak dan tumbuh secara tak terkawal sebab tak sesuai dengan kuantiti air hujan yang berlebihan. Takpa, takdak masalah. Kami cabut, gembur tanah dan prune unwanted leaves and branches kemudian tanam semula. Nampak lebih kemas dan pokok ibarat mendapat rumah baru. The above picture is my new bed of leaves selepas proses pemuliharaan...chewah!



Turut serta menemani kami gardening ialah kucin comeii. Tapi eksyen tak nak dok atas tanah. Kelepet atas tembok mailbox jar...uh!


Macam mak guard dok pusing kiri kanan tengok burung terbang dan kucing jiran lintas jalan...hahaa.
Bayangkan cikjah, kami start gardening dari pukul 8am hingga 2pm. Toinkk! Nasib baik cuaca redup, so terasa kulit tak hitam sangat lar....hahaaa [kunon].

Sekarang kami sangat puas hati. Garden kami dah kemas, bersih dan teratur. Selama dua bulan ni, kami dok pandang sebelah mata jar tapi sebenarnya sakitnya hati bila tengok rumput dan dahan naik berceragahh dan tak kemas. Daunan hijau pun banyak lubang dan renda-renda sebab cik siput vavie makan. Maklumlah musim hujan. Tanah jadi lembab, siput vavie memang suka [tapi kami tak sukaaa].


Dalam diari kami, sepatutnya kami ber-afternoon tea kat Shangri-La on weekend, tapi baru taw ada perhimpunan di tengah kota raya on the same date. Terpaksa cancel!! Takmo lah kami.  Umpama "suicide" memandu di sekitar ibu kota ketika aktiviti sebegitu sedang berlangsung. Beramai-ramai pi bagi bantuan kemanusian takmo, asyik nak berhimpun jar.  Jem dah tentu tahap super gaban, baik dok rumah diam-diam. Kami afternoon tea di garden kami saja.


Wahhh! nasi lemak! Wahh!!
Nasi lemak pertama kami untuk tahun 2013, masak sendiri lauk sambal sotong kering...Gulp!
Takpa, boleh makan sebab petang nanti kami cycling 20km...hahaa..uishhh!! sedapnya!
Okaylah nak makan...daaaaa :)