A Super  super super awesome awayday!
A must do activity while in Ubud !
A tremendously superb experience !
Spin !   Spin !  Spin !

Dah tak tau macam mana chek nak describe betapa best dan bestnya pegalaman  berbasikal across the countryside around Ubud.  Membelah terraces of rice fields ,  mengimbangi dua roda dengan resistance yang betul menyusuri batas - batas kecil sawah padi yang berbonggol dan berbiku - biku.  Sesekali merangkak - rangkak kayuhan menaikki cerun tinggi dan meluncur laju tanpa kayuhan menuruni cerun  di jalanraya utama. Wahh !  Cukup menguji kayuhan kerana berkongsi jalan bersama kenderaan besar yang lain seperti kereta, lori dan motor.  Pengendalian mountain bike harus cekap kerana jalan yang di lalui bersilih ganti antara jalanraya utama dan jalan - jalan  kampung yang kecil dan tidak berturap. Walaupun matahari terpacak di kepala dan panas terik namun badan tetap terasa nyaman dihembus bayu sejuk Ubud setiap kali mengayuh menyusuri sawah padi nan hijau dan sejuk mata memandang melihat air  jernih mengalir di parit - parit  kecil untuk kegunaan sawah padi di sepanjang jalan kampung. Sepanjang kayuhan tak lekang dengan sapaan orang - orang kampung dan kanak - kanak kecil yang berjalan kaki pulang dari sekolah.   Owhhhh  !!! Tidak terungkap dengan kata - kata.  Tidak terpadam imej - imej indah alam semulajadi yang hebat sepanjang 4jam kayuhan ----Pienkcat


Yang peliknya myself sedikit pun tak risau pasal sinaran matahari yang memancar - mancar itu.
Padahal chek memang pantang kalo - kalo bertukar menjadi hitam tak ubah seperti Dayang Senandong....ahaks !  Tapi alhamdulillah berkat pakai sunblock Lancome SPF50....heheheeeee
Memang dari awal perancangan vacation ke Ubud kali ke - 4  ini chek cuma nak berehat - rehat dan berbasikal.  Nah !  tepat sekali pilihan chek.  Tak sia - sia berusaha keras mengulangkaji kat Tripadvisor.
I've joined the best and number 1 cycle tour operator "The Banyan Tree Bike Tours"
I didn't make any reservation prior to departure.  I just called the owner 1 day before the cycle trip while in Ubud.  Senang gitu kerna harganya bisa dirunding.  Dapat diskon woooo......harga serumpun gitu.


Seawal jam 8am Pak Bagi the owner datang amik chek kat resort. Kat dalam MPV ada lagi 7 orang lagi yang akan bersama - sama berbasikal dengan chek. Sumer omputih dari Australia , USA ,  New Zealand  and of course chek yang cun dari Malaysia......heheheeeeee

We drove nearly 40 minutes to the starting point Baturiti.  The package is inclusive of breakfast and lunch.  We stopped   here at this beautiful restaurant  for breakfast .  I had delicious banana pancake , black balinese coffe and fruit juice sambil sessi beramah mesra dengan geng cycling yang lain. Terpancar semangat dan kegembiraan di wajah masing - masing including me ! Wheeeeww !!


Pemandangan indah dari restaurant


Tara ! our bikes and cycling guides sudah siap sedia menanti.
Walopun chek nie ahli fanatik RPM seumur hidup dan pretty adrenaline junkie tapi nebes jugak.  Selalu indoor cycling 30-50km every week tapi this time cukup berbeza sebab first time outdoor cycling using mountain bike and it was not a flat road cycling wokey !  Fuhh !!! 


We stopped at various places around the routes.  Standard lar mat saleh tak penah tengok dan mendekati pokok padi so chek relax lar cuci - cuci mata dan menikmati keindahan alam.  Tapi gamaknya kalo chek pi Hengland confirm chek pun jadi perak sebab tak pernah tengok ladang gandum....huhuhuuuu


We stopped at traditional Bali residential.  Huh ! stakat hanjeng menyalak tue chek dah lali dah. Sana sini ada hanjeng berkeliaran bebas macam kucing kat Malaysia nie.  Tapi hakikatnya chek takut hanjeng.  Takut kalo dia ligan pastu geget chek.....hahahaaaaa
Kalo tetiba hanjeng muncul mahu chek pecut atau pun terjun bike pastu lari lintang pukang...hahahahaaaa


Oleh kerana cuaca di Ubud yang sedikit sejuk dan berhampiran kawasan pergunungan maka bunga ros tumbuh dan berbunga dengan santeknya


Sawah padi di Ubud lebih kepada padi bukit. Penggunaan air yang sedikit dan ikut suka nak tanam berapa kali setahun. Sapa rajin depa tanam lar 2 atau 3 kali setahun.  Tak macam petani kat Malaysia macam - macam bantuan dapat dari kerajaan like baja , biji benih ,  khidmat nasihat ,   sistem pengairan yang baik dan etc.  Di Ubud padi ditanam hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Namun semakin ramai petani yang bertukar dari menanam padi kepada jagung , cili merah , kacang tanah dan etc kerana tempoh tuaian hasil yang lebih cepat.


After half journey we stopped here at the dam untuk tambah tenaga.  Makan pisang ,  minum ayaq dan rehat sebentar.  Penat wooooo
Pastu sambung cycle lagi but before that kena hangkat bycyle naik bukit melalui jalan kecik yang bukan laluan kebiasaan.  Kiranya short cut suka hati by our guide.  Memang mencabar sebab bike berat.  Oleh kerana chek "kecikmolek" maka ada crew tolong  hangkatkan bike chek....heheheeee
Tapi chek tak lenggang kangkung taw ,  chek tolong push bike other cyclist.  Bantu membantu gitu ^___^


Aiceh !  Pienkcat in Madonna pose sebelum "kejadian" 


Hukkk ! hukkkkk!! hukkkkk !!!
Walopun chek hebat dan kuat tapi chek jatuh basikal ! Wuuuaaaaaaa
hahahahaaaaaaaa memang lawak gilerr.   Chek pun confuse macam maner chek yang terer kayuh gerek tapi boleh jatuh......hahahaaaaa
I think I can't balance myself waktu kona lipat kat selekoh tu.  Aiseh !  bikin tercemar imej jar......heheheeee
Paling chek tak leh lupa bila jatuh siap terbaring macam atas katil tu chek pura - pura tak mo bangun sendiri.....ahaks!  Sebab rasa macam tak tau nak bangun dari arah mana.  Basikal dah sah sah atas badan chek.  Chek buat blurrr terbaring kat atas jalan sampailah pasukan penyelamat datang berlumba - lumba nak hangkat chek yang gojes dan ringan ini....euuwwwww !

Tapi the guides and the crew memang pantas dan cekap.  Sepantas kilat depa hangkat  chek pastu  basuh dan lap tandatatangan Jon Jovi on my body then sapu ubat.  Alhamdulillah Jon Jovi sign sket - sket jar kat siku dan kaki chek. 


Kaki injured sket sebab cycle pakai flip flop.....heheheeeee
Walopun jatuh tapi chek cool.  Gojes tetap kena menten cikjah.  After that chek continued cycle like  a pro....hahahaaaaa
Bila dah balik resort nak mandi dan bersiap - siap nak ke Spa baru nampak ada couple of bruises here and there on my body dan  ada satu lebam  yang saiznya sebesar penumbuk Vin Diesel kat paha chek......adehhhh



After nearly 3 hours berbasikal dan saat yang paling best skali was  30 minit mengayuh di atas ban sawah padi yang selebar 1 kaki sahaja !  Toinkk !

Sangat - sangat menguji stamina dan kawalan basikal.  Yeyyy ! I did it perfectly.  Tak jatuh pun.
One of  our cyclist jatuh and nearly masuk sawah.  But that was pretty normal tho.  As told by our guide ada jugak cyclist during previous trip yang terjatuh lalu  ter - humban ke dalam sawah.  Habis baju dan badan berlumuran lumpur. 
So cikjah boleh bayangkan lah betapa best dan hebatnya countryside cycling nie.  Kalo nak lagi super hebat kena lar ada experience jatuh....heheheeeeee baru manis !  Pastu bila dok terkenang kembali dok sengih sensorang.  Ada jugak group mat saleh yang cycling with kids tapi track depa super easy sket lar.  Tak challenging cuma sight seeing.......heheheeee


Blum habes lagi cikjah.  Lepas cycle we all continue plak dengan mendaki bukit dan merentasi Ayung river.


Berjalan kaki ke arah Ayung river.  The same river yang mengalir di sebelah my private villa at Villa Semana.


It's getting steeper and steeper.


Dari atas bukit kelihatan Ayung river mengalir deras.



Crossing the river on this little bridge.  The bridge made by PVC pipe wokey.   So, once u step on it pipe tu melentur sket  dan goyang - goyang.


Sapa nak mandi dipersilakan




Then we continued the journey passing by the newly opened luxury villa


The Samaya


Giles best !  ada private pool jugak.  Meleleh ayaq mata tengok this private villa resort.  Baper plak chek nak kena menabung untuk stay kat sini tahun depan


Finally the cycling tour ended at Pak Bagi's house with delicious homecooked lunch by her wife.
The house has beautiful garden dan so serene. After lunch he sent us back to our villa. According to him our group had make a record.  We completed the tour less than expected !  He budgeted we should complete the tough tracks within 6 hours but we done  it within 4 hours . Yeyyy !!!  itu tandanya we all ber - 8 sangat gagah  dan gigih mengayuh.  We had fun !!!  



Penat tidak terkata. 
Kulit hitam usah ditanya. 
Meqelitt hangitt macam belakang belanga
Namun senyuman bangga dan puas hati tersemat di dada
Kalo cikjah datang mesti cuba sebab best gilerr susah nak cerita.
Paling penting lepas cycle wajib bermanja di Spa !
Sedapnya badan dipicit - picit sampai terlena
Gerenti tak lupa sampai bila - bila

Owh ! Yeahhh !!!