.
Aug 16, 2011
" Salam . Haii puasa - puasa nie rajin awak bergarden...." Auntie jiran sebelah yang baru balik dari pasar pagi menyapa sebaik saja dia melihat chek dok tunnging - tungging mengangkat pasu yang sangat berat dan bercangkul - cangkulan di garden chek yang sedepa kucing itu.
" heheheee...ada rahsia lar auntie.... kalo tak masakan saya hebat bergardening...muaheheheee"
Since last nite sebelum tidur lagi chek dah bercita - cita esok Sunday mesti bergarden. Kiranya pre hari raya gardening lar nie. Aiceh ! Kalo potong rumput, deadheading and pruning sempat lar tunas dan pucuk baru pokok tumbuh semula within 2 weeks [ perancangan mau ada cikjah ]. Kalo tak rancang, esok nak raya hari ni baru nak potong rumput, alamatnya berhari raya dengan garden yang berumput kuning dan huduh lar cikjah oiii !. Kalo 2 minggu lebih - lebih sempat lar pucuk baru kluar pastu dapat lar hamparan rumput carpet yang fresh dan hijau di garden comei tu.
Seawal pagi tatkala jiran -jiran lain masih lagi bersiul montot tidur , maklumlah bulan puasa. Sunday plak tu.....chek sedang sibuk tungging terbalik tak ubah seperti seorang tukang kebun yang gojes dengan blouse hitam labuh berlengang panjang dengan taburan penuh bunga - bunga kecil ala henglish digayakan dengan legging panjang berkaler hitam dan lengkap with my beige garden straw hat ^________^ Chewahh ! [ panas taww...takut hitamm...huhuhuuu ] Jangan lupa Lancome sunblock dengan SPF50. Tahan lar 5 jam di bawah terik sinaran matahari...lol
Dengan penuh gaya memotong rumput , siap panjat pagar mengikat juntaian ranggon creeper yang hampir memasuki rumah jiran sebelah kerana ditiup angin kuat ketika hujan kelmarin . Takut plak nanti kalo chek pejam mata jar , Plinkk !!! pokok aku dah kena potong dengan bibik gila sebelah rumah tu....huh !
Relocating some of the flower pots untuk mendapatkan new ambiance . Sampai sekarang nie tersentap urat pinggang sebab dok hangkat pasu berat....adehhhhh Pastu transfer spider lily dari long pot to the ground. Aiyooo! mencangkul lar chek mengorek lubang. Sah ! kompemm sapa tengok chek dok garden dari pagi sampai tengahari kata chek tak posa....hahahaaaaaa
Kalo chek posa penuh sebulan nie lagi penin , peknen kah ? muahahahaaaaa
Banyak jugak rumput yang dipotong. Giles tebai. Tapi jangan dibuang rumput nie, taburkan kat keliling pokok lain , boleh buat baja.
Asalnya pokok ni dah arwah. Mati sebab terkena serangan kulat. Akarnya mereput dari bawah tanah. Tapi berkat belaian manja chek tunas baru kluar dan setelah hampir 5 bulan inilah hasilnya. Dah besaq dan berbunga kembali.
Still remember my lovely hydrangea yang berubah warna dari pink ke hijau ? Ahaa ! still survive tau . Bunga pun masih hijau dan menten cun lagi. Rasanya dah dekat 6 bulan dah bunganya lasting kat pokok. Hebat kan !
Sampai zohor jugak lah dok tok - tek - tok -tek. Memang penat , berpeluh [ tapi wangi ] namun sangat lega bila mendapat segelas sirap sejukkkk [dalam mimpi ]
Wokieee....nak makan nasi jap...eh ! silap...nak mandi , rehat kejap pastu nak buat cucur badak.....jeng ! jeng ! jeng ! ^_____^
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"