.

.

Aug 25, 2009

Alar....kami malass lar nak tulis...cikjah tengok gambar jer lah yerr...hehee



Roof top swimming pool overlooking TTDI


Grilled seafood


Aug 23, 2009

The Ingredients:

Chicken
Red chilies
Lemongrass
Ginger
Galangal
Onion
Garlic
Shrimp paste

Method:
Fried chicken pieces and put aside
Heat the oil and stir fried blended ingredients until fragrant & almost dried
Add sugar & salt to taste
Add chicken and simmer under slow heat until almost dried
Done!




Selamat Berpuasa to everyone! How time flies...sekejap jer dah Ramadhan..Pejam celik in few weeks dah raya...hermmm...

This year 1st Ramadhan falls on Saturday, 22nd August 2009. It's a good chance to have nice lovely home cooked iftar.

Few days before fasting, i've stocked up my groceries...manalah tahu kalau2 semangat memasak datang...hahahahah :-P Lagipun, dengan kekalutan pendamic H1N1 ni, rasa a bit scared to go to Pasar Ramadhan.

Went to Tesco earlier, nak tengoklah kalau2 ada ilham nak masak apa...tapi nothing came up..Blur :-(

Entah macam mana tiba2 rasa nak masak Asam Pedas Ikan Merah...aha! It's been ages since my last cook of asam pedas.

The ingredients (blended items)

20pcs dried chilies
1 onion
3 cloves garlic
1cm shrimp paste
slice of galangal + ginger
1 stalk lemongrass

***************************************************
Ikan Merah (red snapper)

Laksa leaf (Daun kesum)
Torch ginger
Lady finger
Tomatoes
Tamarind juice
Water
Salt & sugar to taste


Method
Heat the oil and stir fried blended ingredients until it's cook
Add tamarind juice & water let it simmer for few minutes

Add fish, torch ginger, laksa leaf, salt & sugar to taste and cook for 10 minutes


Finally add lady finger & tomato and simmer under slow heat for another 10 minutes

Done!



Aug 20, 2009

Tahukah anda sekarang ini sudah ada virus yang lebih dahsyat dari H1N1?
Virus yang takdak ubatnya, malah lebih hebat dan garang kesannya.....
Virus B1N1============= BINI...hahahahahahaha

Lawak di kala kekalutan pendemik kesihatan dunia...tapi ada juga virus B1N1 yang baik, lemah lembut, penyayang, rajin, cantik, penyabar dan segala macam kebaikkan lagi...tak dapat dinafikan.

H1N1 yang hampir mencecah 5bulan usianya ini adalah satu penyakit menular sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut, tapi sehingga sekarang belum ada lagi ubat atau vaksin yang dapat mengatasi ketakutan rakyat dunia ketika ini...jadi macama mana? Hanya satu perkataan dapat mengungkap dan mengurai permasalahan ini...BERSIH.

Oleh kerana mengubati adalah mustahil dan sukar pada peringkat ini kerana belum ada vaksin yang terhasil, maka menjaga kebersihan diri dan tempat sekeliling adalah satu langkah utama dan penting. Ianya amat mudah dan insyaallah dapatlah kita sama2 menghindari penyakit merbahaya ini.

For those who’s working at office like me nih...fuh! banyak benda nak dipastikan bersih...almaklumlah ramai orang keluar masuk office, pastu pelbagai jenis dan ragam manusia, nak kenalah sentiasa pastikan kebersihan di pejabat especially sorrounding my work place. Nak harapkan kakak cleaner...hampeh! kakak indon, kalau cuci takat mana sangat...bagi depa janji lap..berbuih mulut chek ni dok berletiaq, dengar lar jugak, tapi minggu depan depa dah lupa...hermmmm...very typical :-P
Senang cerita baik buat sendiri. Hati pun tak sakit. Lagi puas hati..chek ni jenis malas cakap banyak..tapi bab action, chek memang banyak :-)
Jangan buat main wor, dah banyak kes, officemate terkena swine flu and passed away…nauzubillah.

Every alternate day, first thing in the morning I’ll wipe my entire table with Dettol…hah! Jangan lar panic..abih tu, memang chek ni jenis yang rajin…nak buat mcm mana..Hat mulut jahat dok kata chek over ker, takdak keja ker, cleaner ker…go to hell lah!
Tak kuasa nak layan orang2 mcm tuh…my table, my effort… I punyer suker lah…Depa tu yang malas, tapi mulut jer rajin komplen..tapi tangan tak mau buat. Kalau kakak cleaner tak lap, berhabuk 7inchi lar meja depa…kalo meja guys takpa jugak…kalau meja pompuan, mak budak plak tu… pun berhabuk, isk3X masalah malas kronik aihhhh ^o^

Kat office pun chek dah belikan Dettol cleaner untuk kakak indon guna for entire office...try to minimize the risk @ work place. At home, of course I use Dettol for everything as well. Dettol hand sanitizer also always in my handbag and always wash my hand from time to time.
BTW I have no share or getting any rebate from Dettol company for promoting Dettol :-D

Beside that, I also limit my outdoor activities. Kalau have to go out, pakai mask macam alien tu :-P For the past 3 weeks, I din’t go out for lunch. Having lunch at office..huhuuuu
Tapi tu lah..masih ramai rakyat Malaysia yang naïf… Bila jumpa jer orang lain pakai mask, mula lah bijik mata tu sampai nak terkeluar dok tengok seolah2 jumpa naked lady walking @ the mall…hohoooo

Naper? Tak pernah tengok orang pakai mask? Siap senyum2 sinis pastu buat joke plak tu...huh! inilah bloodyvirus sebenarnya. Tak salah nak pakai mask. Bukannya mahal pun..berapa henget jar. Takkan kedekut kot. Tapi yer lah kita ni bila tengok orang pakai mask, tanggapan pertama kita ialah "amboi berlagaknya, takdak apa pun nak pakai mask" Sebenarnya pakai mask tu, bukan kerana takut terkena jangkitan dari orang lain, tapi takut kalau2 kita ni menjangkitkan penyakit kepada orang lain. Itu pun susah nak paham kar?

Kat negara lain like Japan, flu or batuk sikit pun depa dah pakai mask. Kat Malaysia ni belum bulih dijadikan resam & budaya. Tapi kalau budaya kuning tu, cepat jer depa adopt :-P

Sebenarnya dalam situasi begini, mengekang & menghindari adalah jalan terbaik dari mengubati sebab belum jumpa vaksin lagi...so, ayuhlah people out there, kita buat sorang sikit, insyaallah, penyakit menular merbahaya ni dapat di jauhi...insyaallah.

Aug 2, 2009

I was called to write about this topic. But..about what? Hah! I'm not a politician. I'm not any party supporter. Bukannya taksub terhadap kerajaan ataupun menentang mana2 party pembangkang. I am neutral. I am Malaysian. Nak kata myself a patriotik citizen? yes, indeed. Lainlah kalau nak jadi pelarian. Lari sini, lari sana. Asalkan dapat merasakan hidup dan memajukan diri di negara yang aman dan makmur, itu sudah memadai. Tak perlu ribut2. Kecoh sana kecoh sini.

Terbaru hangat di dada2 akhbar dan kaca televisyen berikutan perhimpunan haram di ibu kota. Sekali lagi peristiwa hitam di bulan kemerdekaan berulang. Ketika negara berada dalam tahap kritikal untuk mengawal dan membasmi pendemik H1N1 tiba2 dikejutkan dengan aksi ganas dan biadap sesetengah rakyat negara ini. Ketika PM dan barisan kabinetnya rancak mempromosi dan menanam semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, masih ada yang gagal memproses jati diri dan tujuan politik sendiri. Hemmm...amaran dan larangan dari pihak berkuasa terang-terangan di diwar-warkan kepada umum supaya jangan sesekali turun padang untuk menyertai pesta jalanan ini. Tapi, sebagai penyokong yang taat, semua itu diketepikan. Paling sedih, yang tidak tahu apa2pun turut serta memeriahkan majlis. Habis huru hara satu kota. Apa untungnya?

Habis semua kedai di kawasan terbabit ditutup. Peniaga tidak dapat mencari rezeki. Walhal di hujung minggulah, tempat membeli belah di sekitar ibu kota menjadi tumpuan rakyat lembah klang khususnya. Keselamatan orang awam terjejas dan berada di hujung tanduk. Kesesakan jalanraya amat dahsyat sekali. Bayangkanlah kacau bilau, riuh rendah dan perasaan cemas serta takut tiba2 menerkam dri? Pelancong2 dari negara asing juga merasakan kunjungan mereka tidak berbaloi malah mungkin 'mencop' Malaysia bukan lagi negara yang sesuai untuk dikunjungi. Kerosakan harta benda awam tak payah nak cakaplah. Di mana nak letak maruah negara? Apa pandangan negara2 jiran? apa pulak tanggapan negara2 luar yang selama ini ternanti2 akan kejatuhan Malaysia?

Mungkin ada di kalangan kita yang suka negara menjadi kacau bilau, huru hara dan penuh dengan carca merba politik yang tidak berkesudahan..tapi apa manfaatnya kepada rakyat? kepada pembangunan dan ekonomi negara? Mungkin ada di kalangan kita yang mendambakan kehidupan porak peranda yang tidak stabil seperti apa yang berlaku di negara jiran, Thailand? dan negara2 luar yang setiap hari penderitaan rakyatnya menjadi hidangan di dada2 akhbar?

Entahlah..cek bukan orang politik dan cek tak pandai cerita2 politik ni...tapi cek bercakap sebagai seorang warganegara yang inginkan kehidupan yang aman, damai, tenteram dan sejahtera di negara sendiri. Cek bukannya berada di negara asing. Tanah tumpah darahku. Tapi tulah...kerana sikap sesetengah kita yang terlalu bijak mentafsir, yang terima padahnya orang lain.

Cek ni kerap kali jugalah berkunjung ke negara luar, samada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Setiap kali rakyat tempatan di negara cek kunjungi tahu cek ni datang dari Malaysia. Senyum lebar mereka berikan kepada cek. Katanya Malaysia bagus dan negara aman. Cek tanpa ragu2 mengiyakan tanggapan itu dan tersenyum lebar sampai ke telinga. Bangga! Tapi sejak dua menjak ni, kalau ada soalan dan kenyataan sedemikian rupa, cek tetap tersenyum jugak tapi berkata2 dalam hati sendiri "Malaysia bagus dan aman. Tapi itu dulu, sekarang mungkin tidak sesuai untuk jolokan sedemikian"....ummmmm...

Bukan resam dan adat rakyat negara ini untuk berdemontrasi dan memberontak liar di jalanan dan tempat2 awam. Tak malukah mereka? Apa untungnya? Di mana manfaat yang mereka dapat? Selesaikah masalah yang kononnya ingin di selesaikan dengan cara perbuatan orang yang tak berpelajaran dan tak bertamadun ini? Itulah kata orang, kalau pantai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

Come on lah! Hampir semua yang menyertai aktiviti tidak sihat ini separuh daripanya adalah bapa/ayah/ibu/datuk/nenek kepada seseorang. Beginikah mereka mendidik anak2 dan cucu2 mereka di rumah dan di dalam keluarga mereka? Tepuk dada tanyalah minda. Bukankah kita bangsa Melayu ni amat kaya dengan adab dan budaya, tinggi budi bahasa serta sopan santun yang memang menjadi darah daging kita?

Cek sedih dan malu kepada pelancong2 asing. Kerana ada ketikanya cek jua adalah pelancong di negara orang. Cek kesian kepada peniaga2 terlibat dan orang2 awam yang tidak bersalah semata2 berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Mungkin ada yang tidak terasa kerana tidak berada di situasi tersebut. Namun, bayangkan lah kalaupun bukan kita, mungkin ibu, ayah, isteri atau anak2 kita yang ketika itu berada di kawasan terlibat semata2 keluar untuk menghabiskan masa bersama2 keluarga? Tapi lain pula jadinya. Sedangkan kita yang tersepit di kesesakan trafik harian waktu nak ke pejabat pun dah masam mencuka wajahnya...ini kan pulak tersepit di celah2 keributan sebegitu rupa.

Janganlah pulak menunding jari ke pihak berkuasa. Mereka hanya menjalankan tugas. Amaran dan larangan dah pun di berikan namun masih ada yang berdegil. Gemar berpesta jalanan. Di rumah, anak pasti di tenking atau di rotan kalau melanggar perintah ibu bapa. sama saja istilahnya.

Entahlah...kalau dipujuk makin menyebal, kalau marah baru ketawa.
kalau kerbau sekawan dapat dikawali, kalau manusia seorang tidak dapat dimaklumi.
My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"