.

.

Oct 19, 2015


Thai food sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia maklumlah jiran, malah it is widely acceptable world wide. Mat saleh pun suka masakan Thai. Depa minum tomyam sampai kulit putih bertukar jadi merah sebab tomyam pedas meletup...hahaa

Today, dapur melayu kampung kami bertukar menjadi dapur Thai. Aroi ching ching! [translate: sedap piangg] Menu of the day are Chicken green curry and Somtam!


Sebenarnya dah lama kami mengidam nak buat somtam, tapi susah nak cari betik muda kat KL nie. Takkan kami nak pi merayau kat pasar borong plak kan, uh! tak mo ahhh....heheee

Kebetulan, ada sepasang suami isteri nie setiap hujung minggu akan datang all the way from Pasir Salak, Perak to KL untuk jual segala macam sayuran kampung. Segar-segar dan murah!
Well, kalo nak di-ikutkan standard harga Kedah, Perlis dan Perak tak lah murah. Sebab depa mai jual kat KL jadi depa dah mark up seringgit dua ringgit. Kalo ikut standard harga KL memang murah giles lah. Saban minggu pakcik makcik nie mesti turun KL. Pukul 5am depa dah sampai. Agaknya depa bertolak dari Perak nun pukul 2-3am kan, rajin sungguh demi mencari rezeki. Kami pun sesudah Subuh dah sampai kat kedai makcik nie, kalo mai lambat nanti sayur sumer dah abes - geget jari lar pulok...


Macam-macam ada. Haa! cikjah nampak betik muda tu? Yes! ber-somtam lah kami. Tapi ralat sket pasal harga betik tu. Mingu lepas makcik tu jual kat Bangla RM1 sebiji. Minggu nie kami beli RM2/sebiji. Kami tak tawar, sebab kesian kat makcik tu. Takpa lah rezeki kami RM2 sebiji.

Ada terung belanda, pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk paku, jantung pisang,limau nipis, cili padi dan macam-macam. Pisang pun ada banyak jenis. Sebab tu lar sejak dua menjak nie kami ketagihan makan pisang berangan. Minggu lepas, pakcik tu bawa pisang raja udang. Santek sangat warna burgundy buah pisang tu. Tapi kami takut nak makan sebab dari kecik di-momokkan dengan citer hantu pokok pisang raja udang....hahaaaa nonsense!
Dulu, bonda kami ada tanam pokok pisang raja udang, memang santek buahnya - gemok montel, besar dan warna yang luar biasa. Tu yang menambah misteri hantu pisang raja udang tu.


Balik rumah, terus korek lengkuas depan rumah. Tudia! tertonggek-tonggek sebab pokok lengkuas tu kami tanam more as pokok hiasan so susah sket nak korek sebab dah berhimpit dengan pokok bunga lain. Akhirnya dapat lengkuas. Cantik pulak lengkuas kami. Very pinky and fresh. Sudah agak lama jugak lah kami tak buat green curry, tapi Alhamdulillah, green curry kali nie sedap meletop. Aiceh!



Nasib baik kat kebun dapur ada pokok Thai Basil yang segan-segan nak hidup tu - bleh lar petik daun, bertambah sedap dan wangi green curry with Thai basil. Sambil menunggu gulai mereneh, kami buat somtam. Buat somtam sekejap jar sebab tak perlu masak atas api. Tumbuk-tumbuk gaul gaul siap.

Thai green chicken curry

Somtam [papaya salad]
Okay siap! Aroi ching ching!

Lepas makan, kami terus buat preparation untuk buat cake plak, amboihh! takdan nak rehat - rajin sungguh - Aww!

Beautiful banana cake in my next entry okay. Bye!



Oct 16, 2015

Pienkcat in wheel pose

Okay lah, after a year been practising yoga, I am officially calling myself a yogi. 
How's life as a yogi? Well, I would say lebih nyaman. lebih lenturan, lebih kuat kudrat badan dan lebih mindful tentang diri sendiri. 

Harus difahami, walaupun konteks dan pemahaman yoga itu lebih luas dan sangat spiritual pada sesetengah yogi, namun  pada kami ia tidak lebih dari satu cara untuk bersenam dan memahami tubuh badan sendiri.

Yoga itu sangat lembut jiwanya hingga hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Yoga adalah tentang kesedaran dan keberadaan pada waktu semasa atau sekarang [present]. Maksudnya segala tumpuan diberikan pada dan ketika itu. Tiada masa lampau atau tiada masa hadapan - hanya fikirkan tentang masa sekarang. Dari tumpuan itulah secara automatik kita akan fokus tentang badan dan minda sendiri. Lebih kesedaran secara total. Justeru, kita akan menjadi tenang, lapang dan berfikiran lebih positif.

Secara umum, mungkin ada yang berpendapat, baguskah ber-yoga? Paling utama bolehkah yoga menurunkan berat badan? Bolehkah yoga mengeluarkan peluh? Ahaa!

Kalo sekadar melakukan asanas [postures] memang lah hampir tiada apa yang dapat dirasakan melainkan meregangkan badan dan mungkin kesakitan kerana tidak menggunakan teknik dan cara yang betul. Yoga berkisar tentang melakukan asana dengan menggunakan bahagian dan anggota badan, otot [muscles] dan nafas yang betul. Ia bukan sekadar meregang atau melipat badan semata. 

Jika suatu asana itu memerlukan tangan di angkat ke atas, pastikan tangan itu diregang lurus seolah-olah ingin mencapai langit di atas, bukan macam angkat tangan nak jawab soalan di dalam bilik darjah...heheee

Harus diingat, yoga juga bukanlah suatu pertandingan. Maksudnya di sini, fleksibiliti, kekuatan dan stabiliti seseorang mungkin berbeza-beza. Janganlah di banding-banding sana sini. Jangan pula memaksa melebihi kemampuan badan sendiri - practise makes perfect. 

Pienkcat in headstand


Sejujurnya, adalah satu bonus jika mendapat tunjuk ajar dari guru yoga yang berpengalaman dan informative. Kerana, ada juga guru yoga yang sekadar menunjuk ajar di hadapan kelas, kurang maklumat dan tips tentang cara melakuan sesuatu asana dan tidak menegur betul atau salah setiap asana yang dilakukan oleh pelajarnya.

Sebagai pelajar pula, rajin-rajinlah membaca, bertanya dan membuat research tentang setiap asana yoga dan berlatih, berlatih dan berlatih. Yoga ialah rutin. Jangan pula pektis yoga pastu cuti 2-3 bulan, pastu pektis kembali tanpa sebab yang munasabah.




Pienkcat in Camel pose

Ha, hari tu kami promised cikjah gambar monkey business kan, nah! bukan main bersemangat Pienkcat buat monkey bar. Tinggi betul monkey bar nie, depa ingat nie monkey bar kat London kar? Mat saleh memang lar tinggi-tinggi, nie kat Asia, kat Malaysia kot....haiiihh
Tapi, kami tetap bergaya ber-monkey bar. Ahaks!

Nak capai monkey bar kena qabat dulu...hahaa

Pienkcat in skip a bar monkey bar routine


Okay, beautiful monkey hanging there! hahaaa



Oct 10, 2015



Selamat Hari Sukan Negara cikjah!,

Asik makan dan berjalan sini sana jar, cikjah dah bersenam today? 

Whatt??

Sudah? that's good. Keep it up! [please spell in good english. Not bangla spelling]

Kalo yang blum, ketahui-lah that our body needs regular workout. Kesian kat badan kita, sudah lar berkhidmat seumur hidup, tapi kita buat tak kisah saja kat dia. Macam tak penting. Pastu ada hati buat-buat baik dengan badan sebab nak minta badan jadi kurus. Kita sogok badan dengan krim dan ubat kurus. Cisss! suatu penghinaan betul.

Wake up cikjah! Please contemplate workout routine into your lifestyle as it is equally important as healthy and balance eating.



Sedar tak sedar, dah sembilan tahun I've been working out at gym and it's officially a year of myself  practising yoga [and counting]. Walopun setahun jagung, but I am really proud of myself. Looking forward to improve day by day - inshaAllah. Generally, kami practise yoga 4-5 hours a week. 3 hours high intensity cardio cycling and 1-2 hours weight training.



My headstand pun semakin baik dan santek. Aiceh!

I learnt a few other variations of doing a headstand. Sangat mencabar, tapi as always, practise makes perfect.




My first trial and I did it! Yeyy!




...and gymnastic rings are my favourite! Terkini, I've conquered the monkey bar. Yeyy!
Cikjah perasan monkey bar kat belakang tu? Ahaa! I nailed that too. Nanti-nanti kalo ada photo kami share okay. Mesti amik punya for my personal collection. Usually kami suka amik video sebab from there kami bleh blajar di mana kesilapan kami dan cuba baiki.


Lepas berhempas pulas dok pulaih badan, kami belanja badan with a good spa. Owhhhh! splendid!


 Until then cikjah, happy workout dan Selamat Hari Sukan Negara - Jom lah bersukan!


Oct 8, 2015


Alorr..lorrrr....tomeii nyer dia tidoq tergolek....eeeiiii...geyam!
Mesti dah kenyang sebab tu tu tidoq tergolek tak sedaq diri.


Sedang  tidoq tergolek, tetiba datang kawan dia lari-lari pastu pijak badan pijak muka...hahaaaa
Tapi, tidoq tergolek tetap diteruskan. Amazing hamster!

This pictures were taken in a pet shop. Tengok-tengok cuci mata hiburkan hati jar lar sebab tak nak bela hamster - tak larat jaga...banyak beranak....hahaaa


Okay, saja kami nak share dengan cikjah kecomelan hamster tu. Citer sebenarnya kami nak sembang pasai makan. Huh?! makan? sedap nie...heheee

Macam mana projek bekaii cikjah? Walopun dah pernah tanya, tapi nak tanya juga sebab takmo lar jadi angat-angat pupu ayam. This project should not and will never stop for me. Kalo diizinkan masa dan kudrat, cuba lar projek bekaii. Memang berbaloi-baloii.

Hari tu kami pi servis kereta se-awal jam 8am, pun bawa bekai. Sambil menunggu kereta di-servis kami makan bekai sarapan yang kami bawa. Drink pun kami bawa cuma minta hot water jar dari pantry service center.


Keutamaan bekai sarapan kami  ialah makanan sihat. Kalo tak sihat, tak payah susah-susah bawa bekai, pi jar makan roti canai kat kedai yer dak?


Sedap, sihat dan mengenyangkan. 




Huwwa! set lengkap hidangan sarapan pagi dan tengahari di pejabat. Cayalah Pienkcat - hebat! heheee


Juga set lengkap hidangan tengahari di pejabat. Cer cikjah try broccoli cecah ayaq asam. Fuhh! yummm!




Huwwaaa! tringat kembali kepada hamster tomei tidoq tergolek di atas, my bekai hat nie reminds me macam hamster or rabbit plak, just green and an apple...hahaaa


 Okay, last....belanja cikjah kek pisang sket. Lately, kami suka sangat makan pisang berangan. Sedap giles! Kami beli sesikat dalam RM9. Banyak! sebab pakcik jual tu takmo potong pisang tu - jahat juga pakcik tu. Sudahnya, sebab sayang pisang dan taknak membazir,  kami buat kek pisang sebahagiannya. Boleh lar kongsi dengan jiran sket.



Oct 6, 2015


Hello cikjah!,

Meet the friendly Serama cockeral! 
This is my sister's cockeral back in kampung. Muda lagi dalam 4-5 bulan umurnya. First time kami bleh dukung-dukung ayam serama...hehee


Raya Haji tahun nie biasa-biasa saja. Tak masak-masak pun. Maklumlah, keliling kampung pakat buat korban dan kenduri sini sana se-awal raya pertama. Kami buat ketupat palas cecah gulai daging saja. Lagi pun takdak mood nak beraya sakan sebab sebaik turun kapal terbang sampai kampung terus pegang berus dan penyapu. Serious! That's me. Kalo pun sampai kampung after 6 hours long drive dari KL to Kedah, tetap pegang berus dan penyapu dulu.

Kami mesti kemas rumah dan bersihkan apa yang perlu dulu sebelum perkara lain. Sapu sampah luar dalam rumah, kemas peti ais, berus bilik air and etc. Maklumlah, bonda pun dah tak larat sangat nak cuci-cuci tahap mega, so kami nie pantang tengok rumah sepah dan tak bersih mengikut piawaian kami - kami lemass.


Kisahnya, my mom's house just completed a renovation. Yes, on hari raya haji's eve. Ya ampun! Semaknya bagai pedang menusuk kalbu apabila kami balik dan disajikan dengan pemandangan sebegini. Teriak dalam hati, tapi apa kan daya, teriak meraung skali pun bukannya bleh bersih dan kemas dengan sendirinya. Esok nak raya, well.....kami tak kisah esok nak raya sebab nasib baik raya haji, tapi kami kisah sebab kami tak boleh duduk di rumah yang semak dan tak terurus sebegini for the next three days. Uh!




Apa lagi, kami pun mula lah membersihkan rumah sebaik 10 minit tiba di kampung. Semua ini kami buat seorang diri. Repeat - seorang diri!

Nasib baik lar kami kuat sebab slalu workout and yoga [Aiceh!] or else, memang tersungkup kat atas lantai lar. Tak larat wooo...




Taraa!!! dah bersih! Happy!!!
[Okay, sakit pinggang dok sodok pasir]

Temporary lebihan tanah tu kena longgok situ dulu sebab my mom nak guna untuk gardening later.


Serdak simen dan tanah yang tersisa di atas lantai simen perlu dikikis buang, kalo tak nanti simen berlumut dan nampak buruk! Uh!


Begitu juga sisa titisan cat yang menitis di atas lantai - kikis cikjah


Okay, ini sangat menyibuk. Stray cats yang menumpang kasih at mom's house. Jenuh lar, makin bertambah bilangannya.


Di tengah hari rembang kami dok jadi kontraktor di perkarangan rumah. Hitam meqelit tok sah cakap lar. Habis lar kulit orang KL hat putih gebu nie...Erkkk!


 Memang kami tak suka tengok sisa simen yang bertepek di atas lantai atau tanah. Renovate rumah bagai, tapi aspek-aspek kecil macam nie kena dititik beratkan juga, baru lar nampak sempurna.


Taraa!!! Jangan dok bagi banyak alasan, kami buat sumer nie sendiri. Kalo sapa takmo buat, memang satu saja kami cakap - you malas! hahaa


Percaya atau tidak cikjah, kami menyapu sisa pasir di depan rumah and managed to collect sampai satu kereta sorong. Terbongkok-bongkok kami di tengah panas. Ya Allah, anak sapa lar yang sangat rajin tu?? Aww!


Sayang pintu pagar kerawang mak kami, pun abes kena tompokan simen dan mula bekarat sebab terbiar berpanas dan berhujan sepanjang tempoh renovation.


Akhir sekali, kami berus keliling rumah. Adeh! memang tercabut pinggang tapi apa nak buat, kami sorang jar yang rajin dan prihatin...hahaaa

Maybe bila balik kampung sekali lagi, kami nak upah cleaner cuci lantai simen keliling rumah guna waterjet biar lantai tampak seperti baru semula. Tapi kena tunggu all renovation betul-betul completed. Sebab sekarang memang dah abes, cuma ada sket-sket lar yang minor nak touch up sini sana.

Happy cleaning!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"