.

.

Mar 4, 2015


Alhamdulillah, last weekend kami berkesempatan balik kampung lagi. Sengaja kami tak balik waktu cuti CNY walopun kami cuti sampai 10 hari. Tiket flight since end of last year lagi dah sold out, maklumlah chinese dah booked dulu sebab nak balik raya kan. Memandu? Erkkk!...Tak lalu dah nak sempit semput atas highway 10 - 12 jam. Lagipun, kami baru jar balik kampung 4 weeks ago. Biaq pi lah kak yam, kak nah, kak ton pakat dok balik, kami nak rehat-rehat di ibu kota saja. Hujung-hujung minggu, bukan cuti umum atau cuti sekolah baru lar siok balik kampung. Tak ramai orang. Tenang saja. Paling penting tak perlu berebut. Cemuih dah dok berebut setiap pagi atas jalan raya nak pi kerja. Uh!


Kami naik Malindo sebab Fireflyz takdak time yang sesuai. Dah dua kali naik Malindo dan dalam 4 trips pegi balik tu kami experienced stewardess Malindo sembang kuat! hahaaa....sembang macam kat rumah tu. Ahaks! Kami suka seat row belakang. So dekat lar dengan seat stewardess. Belakang pun tak lar belakang sangat, at least 4 rows from behind. Lambat naik tapi cepat turun. So, tak kecoh sangat. ATR aircraft ada pintu satu jar kat blakang.


Masa kami balik last month, tengah musim menuai, this trip sumer padi dah selesai dituai. Bendang sumer kering kontang! Cuaca sangat panas terik. Hangat lit-lit!


Kalo cikjah nak taw, hat warna hitam tu ialah jerami padi yang telah dibakar. Pesawah bakar jerami untuk bersihkan bendang for next season plak. Bulan 5 nanti baru start tanam semula untuk season baru. So, sekarang nie, sapa yang rumah tepi bendang, penuh lar salji hitam berterbangan masuk dalam rumah dan lantai car porch. Kalo keluar rumah tak pakai kasut, abes hitam tapak kaki. Pastu lari-lari masuk rumah pijak karpet mahai. Hiappp!! pantang taw. Jangan buat lagu tu noohh...hahaa


Naik flight KL - Alor Setar cuma 1 jam. Tetiba sebaik turun flight, kekanda ajak jadi driver pi Berlin...eh! Baling. Fuh! jauh cikjah...pegi balik 5 jam perjalanan. 5 jam tu bersamaan dengan naik keta dari KL - Alor Setar taw.
Tapi nasib baik perjalanan ke Baling tu best. Kampung-kampung kat sana pun best. Kebanyakkan kampung mesti ada sungai. Rugi datang sini tak bawa bikini. Ahaks!


Perjalanan kami agak jauh kerna kami kona [singgah/lalu] kot Kulim. Singgah rumah baru niece. My kekanda as usual memang superb. Kami touched down Alor Setaq pukul 10.30am, kekanda dah siap masak gulai kepala ikan. Yeyy!! dah lama tak makan gulai. Berkelah lah kami di rumah niece. Sebaik sampai kami terus sinsing lengang goreng sayur, rebus relur masin dan potong ulam. Bayangkan cikjah, turun flight then drive 1 hour pastu terus masuk dapur memasak. Orang Kedah memang rajin. Ahaks! [orang negeri lain pun rajin jugak tapi sila puji kat blog masaing-masing okay...hahaa] Menu simple tapi menarik tertarik abes! Lazat!!

Owh! Untuk makluman cikjah, kalo balik kampung memang wajib lar makan nasi 3 kali sehari. Pagi nasi lemak, tengahari mesti lar nasi lauk gulai dan malam makan nasi lagi. Menangis lar bila balik ibu kota nanti. Gaining 1 - 2kg is super easy, Losing 1 - 2kg....OMG! it is a super strict workout routines and meal intake plan. Tidoq kat gym lar..........


Ini ialah pokok bunga Akar Dani atau Ranggon Creeper at mum's house. Memercik-mercik bunganya sekarang ini. Bila waktu malam, baunya sangat wangi. Kalo awal pagi buka pintu dan tingkap rumah, baunya masuk hingga ke dalam rumah. Harum!


Di waktu malam,jelas kelihatan kuntuman bunga bewarna putih.


 Bila dah tengahari ke petang, sumer bunga berwarna merah.


Dah lar segak, wangi plak tu.



Aiceh! Pelakon hindustand mana plak nie? Mandi bunga kar? hahaa
This is a stray cat yang lama-lama jadi resident cat at mum's house.





Ikan kembong / termenung kat pasar sekarang murah-murah. Kekanda beli banyak dan buat ikan kering. Cuaca panas terik memang sesuai untuk jemur ikan kering. Sedap woo bila makan dengan nasi. Erkk! nasi lagi...hehee


Seperti biasa, kalo balik kampung kami akan pastikan groceries stock at mum's house berada pada paras selamat. Bukan apa, tak mo bonda susah-susah dok pi kedai plak nanti. Tak banyak nak beli sebab stock bulan lepas masih ada. Stock up bahan asas yang panjang jangka hayat saja.


Berada di kampung, kami mesti tak lepaskan peluang ke pasar minggu. Tujuan kami ialah shopping ulaman kampung. Macam-macam jenis ulam ada. Murah-murah plak tu. Sedang shopping tetiba....eh! Dato Seri lar turun melawat rakyat. Wahhh! Excited cikjah! Dapat jugak kami snap picture sekeping dua dengan Dato Seri. Happy! Tapi segan nak tunjuk cikjah sebab dua-dua sepadan. Ahaks!


Alhamdulillah. Rumah ayahnda pun kami sempat kemaskan. Dah ensem dah! Al-Fatihah.


Ha tudia! Sumer ini kerana kekanda. Sampai dua kotak. Just nice 15kg for all checked-in luggage. Macam-macam kekanda bekalkan untuk adinda-adinda di ibu kota. Sumernya makanan. Sampai ada yang terpaksa kami tolak sebab tak celuih kotak dah...hahaa
My kekanda memang best.


Alhamdulillah, satu lagi trip balik kampung 4D3N sudah selesai. InshaAllah, nanti balik lagi...yahoooo!



Feb 19, 2015


I am not a foodie, tapi suka jika sesuatu itu unik, sedap dan cantik. I think, this restaurant concept is unique and rustic. Boat Noodle saves a lot on the interior decoration. Hahaaa
Sumer kayu perabot beli kat kedai kayu terpakai kot.

Hidangan di sini ialah Thai. Mengikut asal usulnya dari Thailand, mee ini biasanya dijual diatas bot. Di atas bot kecil tu tersedia kerusi meja untuk pelanggan duduk dan makan. Ada juga yang jual di pinggiran sungai di sekitar floating markets. 


At Jaya One, there are two types of noodle soup, one is Pathumthani and another one is Ayutthaya dengan pilihan daging atau ayam. 

Pathumthani ialah clear soup [without santan] with sour and sweet taste manakala Ayutthaya sedikit creamy with santan and with sour and spicy taste.
Sukar dibezakan rasa di antara dua sup ini tapi kami lebih sukakan Ayutthaya kerana pedas.


Semangkuk noodle soup hanya RM1.90. Dua kali suap habis...hehee
Sebab harganya yang murah setanding kuantiti hidangan, maka sebab tu lar sumer orang pakat makan sampai mangkuk bertingket-tingkett.


Ini pula ialah kuih Kanum Tuay atau coconut milk pudding. Sama macam tepung pelita. Dijual dengan harga RM1 untuk dua mangkuk kecil.

Kami order empat. Terkejut bila sampai it was actually lapan pieces. Toinkkk! Habislah kalori bertingket-tingkettt nie....hahaaa

Di dalam menu tidak dinyatakan RM1 for 2 pieces. Rupanya satu 5kupang. Nasib baik sedap maka habislah juga kan. Balik rumah pulun buat core workout. Ahaks!



 Seperti biasa lepas makan mesti kemas elok-elok okay --thanks!
Namun, dari pemerhatian kami, rata-rata tetamu pakat susun mangkuk bertingkat-tingkat macam nie sebab nak amik gambaq post kat twitter, instagram, facebook and blog konon sapa makan mee paling banyak. Kalo depa sesaja nak kemas meja lepas makan sebegini mungkin tak ramai yang buat kot kan? Ahaks!
But I do, always do and hope cikjah too #smile#




Feb 17, 2015


My cat studies yoga.

Amboi, bukan main dia jaga kesihatan. Over weight ler tu. Ahaks!


Sedang kami dok baca buku di kebun dapur to understand and improve my yoga and core workout better, kucin demok pun datang nak study sama-sama. Aiceh! shibok jar dia.


Dah baca tak faham pulak, buat muka requesting some explanation. Uh! Okay, nak translate dalam bahasa kucin ker bahasa malaysia?


Tiba-tiba, tumpuan kucin demok terganggu. Bau wangi bunga basil menarik perhatiannya.


Kucin demok said: Yumm! sedap jugak bunga basil nie. Rasa macam makan spaghetti..hehee


Kucing demok said: Okay-okay sambung study. kat paragraph mana tadi? sila teruskan...


Kucin demok said: Uh! malaslah nak baca lagi, tak besh takdak makan-makan. Gambar ayam pun takdak. Errkk!


Kucin demok said: Rasa macam nak tidoq lar....katil please


Haishhhh! geram pulak kami kat kucin demok nie....sat nak study, sat nak makan, sat nak tidoq. Cubit taw!



Feb 14, 2015



Larr.... ingatkan minah saleh tengah sunbathing tepi pantai, rupanya kucing demok! terus tak seksi...hahaaa


Kalo on weekend, sebelum kucin demok 'dihantar' ke day cage di luar rumah, kami suka bagi kucin demok lompat-lompat dan lepak-lepak dalam rumah sekejap. Kucin demok pun suka. Bukan main dia lompat-lompat kat master bedroom. Paling kucin demok suka ialah sunbathing di tepi tingkap.


Nasib baik dah itam, kalo tak mesti hangit jadinya dok berjemur bawah panas. Ahaks!





Biasanya kucin demok sunbathing tak lama, setengah jam dah cukup.Cats enjoy the warmth!


Feb 13, 2015


Ini adalah tempat makan yang sangat best. Terletak di Petaling Jaya berhampiran PPUM, restaurant pemilik penyanyi tanah air ini sememangnya sudah lama terkenal dan ini adalah cawangan pertama sebelum cawangan kedua di Setapak.


Hiasan dalaman yang menenangkan seolah seperti berada di rumah.




Konsep hidangan di sini adalah ala carte dan terdapat pelbagai jenis menu yang lazat! Serious banyak pilihan. Kami sendiri pun bingung nak makan apa. Terdapat food counter yang mempamerkan bebeapa jenis lauk pauk utama yang tertulis di dalam menu.

Antara menu yang sangat lazat ialah udang lemak nenas. Sangat-sangat sedap. Cukup sempurna adunan rempah ratus dan lemak pedasnya. Memang perfect! Udang lemak nenas tempoyak juga ada dan kami pasti rasanya juga enak, but too bad kami tak makna tempoyak.

Menu yang tidak kurang hebatnya ialah sotong masak hitam. Ia antara menu popular di sini. Terus terang kami katakan sepanjang hidup kami, hanya beberapa kali kami makan sotong masak hitam dan tidak pernah masak menu ini. Barangkali, kami tidak suka  kerana sotong dimasak dengan dakwatnya. Terasa pelik. Tapi apalah sangat dakwat sotong jika dibandingkan sesetengah komuniti yang sudah biasa makan menu perut ikan...Errkkk!

Rupa-rupanya sedap lah sotong masak hitam nie! Mengancam.

Untuk melengkapkan hidangan kami mestilah ada sayuran. Kami memilih terung goreng ditabur sambal belacan dan ikan bilis....arrghhh sedap.


Usai makan tengahari, kami berborak seketika dan kemudian order minuman petang pula. Amboi! nampak tak betapa hebat kalorinya itu? hahahaaa
Well, banyak makan banyak exercise is okay. Yang tak okay banyak makan tapi takmo exercise...eeeuuww takut! Ahaks!

Kami order ubi rebus cecah sambal ikan bilis. Sambalnya sedap cuma bekas hidangan kurang sesuai. Comot sampai meleleh sambal di pinggan yang sangat kecik potet itu.


Juga order cucur udang [tapi udang takdak sebab jauh di dalam laut]...heheee
Rasanya okay macam cucuq tok goreng kat rumah. Favourite kami ialah kopi panas. Lebih sedap kopi panas ini kalo dihidang di dalam cawan yang beralas piringnya. Lebih sesuai dan terasa homey gitu.

Mee rebus
Ini pula mee rebus. Porsi-nya memang banyak sampai nak melimpah. Mana tumpah kuahnya kalo tak atas baju yer dak? hahaa...

Bihun Siam berkuah
Favourite kami ialah bihun goreng. Namun, teringin pula nak mencuba bihun goreng Siam berkuah. Sedap sebab kami hantu bihun goreng!


Hiasan di luar restaurant juga dititik-beratkan. Setiap sudut pandangan mata pasti terlihat rimbun hijau. Sangat menenangkan. Kami suka! Melangkah masuk dan keluar dari restaurant, hidung pasti tergoda dengan wangian bunga jeliti yang tumbuh merimbun di pintu masuk restoren.


Di bahagian tepi luar restoren juga dihiasi dengan tumbuhan dan sangat bersih. Tersedia surau di sini untuk kemudahan tetamu.


 InshaAllah, kami pasti kembali lagi untuk mencuba pelbagai menu lain yang kelihatannya sangat menarik di dada menu itu.


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"