.

.

Mar 26, 2013

Panas! Panass!! dan sangat Panasss!!!
uh!
Kipasss please!


Slalu orang cakap "Monday Blues". Sebabnya sumer pakat malas nak datang kerja selepas 2 hari cuti berfoya-foya on weekend. Pada kami Monday tak blues sangat. Kami suka monday sebab monday is my workout day...yeeehaa! [patutkah? hahaaa]. Kalo on monday kami tak dapat workout, rasa sangat tidak selesa dan lemah. Kami mesti dan wajib workout on monday. [this term is not valid jika monday ada dating...hahaaa].

As usual, kami join RPM yang sungguh hebat tahap gaban meletop. Let me remind cikjah one more time what is RPM --- it is a 50 minutes indoor cycling workout where you ride to the rhythm of  7 tracks powerful music + 2 tracks stretching. Take on the terrain with an inspiring instructor who leads the pack through hills, flats, mountain peaks, time trials and interval training. Estimated cycling of 25km - 30km and approximately 500 - 600 kcal burnt.  Sweat? berbaldi-baldi cikjah ooii.


Alkesahnya, ada sorang donkey nie cycling in front me. Every 2 minutes from track 1 until track 7 dia dok check handphone dia! Bayangkan selama 50 minutes he keeps doing the same thing! Annoying, irritating, distracting and assholing. He was so happy browsing his facebook, scrolling up and down, replying comments, texting, chatting and smiling. Cheesin! Tengah standing climb pun dia masih dok reply comment kat facebook!!!! Kalo RPMers sejati, while standing climb tu, nak sedut udara pun sesak taw. Merangkak-rangkakk.

Memang lar ikut suka dia nak buat apa pun, in fact kalo dia nak makan nasi lauk gajah waktu cycling tu pun nobody cares, tapi hang agak-agak lar. Jangan lar jadi sangat super mengongg. Distracting others!!!!!!!!!!!!

Kalo really ang sibuk sangat dengan facebook ang, tak payah lar masuk RPM. ang duduk jar kat lounge, minum kopi 80 cawan sampai muntah. Everybody is happy! makcik cleaner jar unhappy, sebab kena cuci sisa bakkutteh ang...Uwek!

Seriously kami memang tak kesah kalo dia cycling tak semenggah,  tak bersungguh-sungguh dan tak feluh-feluh which he really did dan tak kesahlar apa jua his situation or health condition but please think about others. Please be more sensitive and learn to think and respect others. We were here to cycle not facebooking or chatting. We are RPMers. Please learn how to respect others. Jangan jadi manusia sellfish! Buta hati buta akal dan buta budibahasa.
If he puts his effort to come and workout at gym, so do I. I've put 10 times better than him but I still think about others. I still respect others.

Kami memang tak tahan. Kalo 10-15 minit boleh lar tahan, tapi kalo dah 50 minit? Bakar kek pun dah masak taw. Kami bagi isyarat complaint to the instructor [sebab nak cakap memang konpom tak leh dengar. Music too loud] that the donkey was disturbing and distracting others and obviously myself and guess what the respond from the instructor?
The instructor just smile and geleng angguk bahasa badan "alar, takpalah. biar pi lah kat dia".
Adehhhh...........kesian. The instructor is a leader in a class. You lead 37 others cyclists in the class and not the only donkey! I appreciate a wise action from the instructor really. I spent my 1 hour precious time to enjoy my workout, to workout properly, efficiently and dedicatedly to the max. I was here for a reason. Not for facebooking. I can facebooking while shitting if I want too.

Akhirnya, we came to the final track.  Done my monday RPM. Yeyy!! Tercungap-cungap kami gasping for some air. Sudah lar panass terbakar. Skali lagi kami tengok the donkey grabbing his phone and replying comment on his facebook....again.  Nak update dia dah abes RPM kot. Awat? dia ingat dia justin biebier kar nak update every single things on facebook?  Bluek! A guy next to me also expressed his dissatisfying. Telling me that the guy should be banned from joining monday RPM workout and I couldn't agree more. I've complained but hampehh... maka, kami decided. That was it!


From my bike kami libass towel to him. Three times to get his attention sebab dia pulun dok focus texting on the phone. He turned and looked at me and I said [fiercely] "keep away your phone. You distracting others!" [siap dengan jegeii mata, kerut muka, kening terhangkat dan mulut sengett].
The donkey terkedu, speechless, blurred, turned back to the front and keep his phone away....and I walked out from the class without stretching hoping not to see any donkey dorking around the gym anymore. Panass!!!

I need ice screammmmmm!!!!


Mar 25, 2013


Not an easy job. Remeh, leceh, sepah and time consuming. Tapi kami enjoy! hehee


Perkara pertama harus dilakukan adalah mencari bahan mentah....hahaa..bukan ayam atau daging tapi bunga, riben, jemeki, renda, satin dan segala mak nenekk. Again, kami enjoy walopun sangat memenatkan. Mungkin sebab kami suka sopping kot....muaheheee.

My favourite shop is SSF. Untuk pertama kalinya kami memandu ke Balakong nun jauh di sana sebab nak pegi beli bunga murah dekat kedai borong Fah Lean Floral Trading. Fuhh! macam-macam bunga dan semuanya about wedding stuff ada di sana. Tak payah keluar masuk kedai itu ini dekat Semua House atau sekitar KL. Datang sini, semua ada. Nak kain satin pun ada, tak payah pi Nagoya...hahaa

Konsep layanan di sini ialah one to one. Means that setiap pelanggan akan dilayan oleh seorang jurujual dari mula masuk kedai, pilih barang sehinggalah ke kaunter bayaran dan masuk barang ke dalam plastik. Nah! amik ko....orang follow jar. Pada mulanya, kami tak selesa juga sebab susah kami nak buat pilihan bila diekori, terasa seperti artis sensasi...hahaa

Mungkin bagi para pelanggan yang tahap nak jadi Pak Abu, atau tokei kedai pengantin sangat bermanfaat sebab jumlah belian depa banyak tahap gajah. Macam pelanggan cantik macam kami nie, tahap belian macam siput sedut jar. Srutt..sruttt..

Maka, berlakulah satu insiden....jeng! jeng!!

Salesgirl indon nie attend kami. Ke hulu ke hilir dia ikut. Walopun tak selesa tapi bila kami dah decide nak beli bunga yang mana, depa sangat berguna dan itulah tujuannya pun. Namun, 5 jenis bunga yang kami pilih, semuanya tak ada! huhh! Dah lar lama dok pilih dan pikir, bila dah decide, stok tak ada. Buang masa. Kalo satu jenis tak ada, okay lagi. Tapi kalo dah 5 jenis pun tak ada....lagu mana wehh?

Tiba-tiba, datang dua pemuda ala-ala Pak Abu, tapi tak lar Abu sangat. Macam Pak Labu jar pun. Eksen hebat jar lebih tapi tak tahu budi bahasa dan tatabahasa. Straight depa mai tanya kat salesgirl indon tu. Padahal aku tengah bercakap dengan si indon tu suruh check stok bunga yang aku pilih.

Tapi kami okay lagi. Tak kesahlah sebab mungkin Pak Labu tu cuma sekadar bertanya. Tapi lepas tu....Pak Labu nie over plak. Cakap kuat-kuat bagi ini 2 kotak, bagi itu 5 kotak, bagi ini 20 kotak, tanya bunga nie, tanya bunga tu depan batang hidung kami. Maka, si indon tadi nie gedik lar....terkedek-kedekk nak pegi amik stok yang berpuluh kotak tu....ditinggalnya kami sambil menghulur bunga kepada dia untuk suruh cari stok...........................................................................................kuwang-ajaqq!
Dengan nada sinis dan kuat supaya Pak Labu tu pun boleh dengaq kami cakap "Haii kak, nak cari berkotak-kotak jangan buat-buat lupa cari bunga saya yang sikit nie"

Si indon tu sambil menggeliat gedik sebab teruja ada dua jantan order banyak dengan dia said "alarr dik, jangan lar pilih bunga yang dah tak ada stok"

and I said "suka hati saya lar nak pilih yang mana pun, saya yang nak beli. Mana saya taw ada stok ke tak. Sebab tu suruh akak check"

Ngokkk!!! mana aku taw bunga mana ada stok, bunga mana tak ada stok. Kalo dah tak ada stok, ampa jangan lar display jual! Dah lar kata ada stok, pastu bagi aku bunga yang salah! Super mengonggg betul.

Nampak tak, bila ada pelanggan macam gajah, ditinggalkan pelanggan yang macam siput sedut tersedut-sedut. Lepas tu kami pilih barang sendiri. Lega jugak sebab dah takdak orang dok follow montot. Uh!

Bila Pak Labu tu dah bayar baru si indon nie terkedek-kedek cari kami balik. Nak tebus rasa bersalah, dia cuba berbaik-baik dengan kami....uh! tak hinginnn aku. Sorry lar untuk kami say thank you to her. Kami rasa, salesgirl kat Fah Lean ni dapat komisyen based on their seling kot, tu yang pulun tinggal siput, ligan gajah. Tak efektif!


Selain tu, kami juga pecah rekod turun sopping kat Jalan TAR, Semua House dan kawasan sekitar setelah empat lima tahun tak pegi sana.
Huwwaaa!! kami pun tak sangka sebab kami memang tak pegi KL kalo tidak bertujuan atau sopping kat tempat sesak-sesak. Pergi Sin Yin, Yen Riben, Syarikat Bunga Ribbon, Nagoya and etc....pheww!



Sebahagian belian bahan mentah



Proses menyuai-padan dulang hantaran.


Proses menggayakan dulang hantaran.


Sepahnyaaaaaa rumah kami! sakit mata memandang.
Kerja-kerja bermula. Acara potong kain dan span. Bismillah...




Tudia! macam mana nak bawa balik kampung barang yang sebegini banyak nie? Belum termasuk my luggage and personal stuff lagi...Adoi!


Sebab tu kami tak bleh beli sedan car, kami kena beli MPV or SUV...hahaa



Mar 20, 2013



Kelebekk tang sini, kelebekk tang sana, akhirnya siap dua ketoi flower girl basket.
Segak dak?
Mesti lar segak cikjah kann...cun abes! Hahaa...
Bayangkan dari bakul ikan makcik pi market bleh bertukar menjadi bakul adik maniss pegi kutip ceri...Ahaks!
Lelahh ria kami dok gam span dan kain satin untuk alas bakul supaya gebu. Sampai melecet jari kena hot glue..ouch! Pastu pelekat renda, ikat reben, ikat net, tepek bunga....pheww!

Sudah siap, jom pi kutip ceri!


Mar 18, 2013


Tong Teng Tongg Tengg di ceruk dapur menumbuk, menumis, menggoreng, menghiris.
Plink!! set lazat hidangan tengahari siap tersedia untuk dinikmati.
To cikjah, selamat menjamu mata...hehee

- Masak lemak pucuk labu
- Cencaru sumbat cili
- Ulam platter + sambal belacan

Apa nak dikata? Semuanya bersatu dengan begitu sempurna.


Masak lemak pucuk labu nie memang terangkat abes. Tiada bandingan lazatnya. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata...Aiceh!





Partner untuk hidangan masak lemak selalunya lauk gorengan. Nak double the awesomeness kami goreng cencaru sumbat cili. Fuh! Beraroma wangi satu rumah bak kedai makan kak kiah. Double up the taste buds too!



Owh! Ulaman dan sayuran memang menjadi kegemaran kami. Ingat cikjah, makan seorang, berdua, berlima, berlapan atau bertujuh belas, presentasi makanan kena jaga. Cantik di mata, sedap di jiwa.

Hahaaa...kami memang suka yang santik-santikk...heheee

Mar 15, 2013


Cikjah masih ingat pokok karapole (pokok kari) kami yang ditogelkan akibat serangan ulat?
Haa!! Sekarang ia dah kembali happening. I am so excited!

Pokok karapole sekarang tengah lebat dengan daun yang segar, hijau dan demok. Harap-harap ulat ngek-ngekk tu tengah busy men-togelkan pokok kat tempat lain dan terlupa nak mai rumah kami...hahaaa


Cer tengok kebun dapur kami. Owh! kami sangat gumbira. Walopun sumer tanam dalam pasu, dan kami hari-hari sibuk  bekerja dan takdak masa sangat nak belek pokok-pokok nie, tapi Alhamdulillah...tenkiu pokok! kami sayang pokok kami ^______^


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"