.

.

Mar 13, 2013


Sedapnya kalo dapat cecah garam blanchan hampar tikaq tepi bendang...aha! Kena pula cecah dengan buah remia, buah asam jawa muda atau buah pelam teloq....gulp! meleleh ayaq liuq cikjah kann....hahaaa

Tapi disebabkan ini cecah garam blanchan ala ibu kota, maka sekadar buah Sengkuang, Nanas Yankee dan Timun. Dah banyak kali kluar masuk kedai cari mangga, tapi takdak sebab sumer tokey kedai kata bukan musim mangga sekarang nie...aiihhh.
Nasib baik ada Nanas Yankee mahai yang manis melecass tu. Bila di cecah dengan garam blanchan yang pulun kami dok tumbuk [istilah moden ialah blender], fuhh! berdesinggg lazat. Nanas Yankee sebiji RM10 okay :)

Depa pakat dok tanya apa resepi kami buat garam blanchan yang lazat tahap meletop nie....urrmmm...kami pun taktaw, main tumbuk-tumbuk saja. Sukatan pun takdak. Janji ada blanchan, ada cabai melaka, ada gula, ada toyu dan sedikit asam jawa.

Jom colek!



Mar 12, 2013


It was perfect! kecuali bilangan menu semakin berkurangan berbanding my visit a few months back. Price? hahaa...tetap sama.

English set:
 - Savories ------- 3 sandwiches [mayo / salmon / tuna]
 - Scones --------- 2 with clotted cream and jam
 - Pastries -------- 3 [banana cake / mocha cake / fruit tart

Malaysian set:
 - Cucur pisang / kek lapis / apam balik / murtabak / roti jala / pai daging / keropok lekor / kek gulung / puding cendul / kek lapis chifon

Remarks: Dulu siap ada kuih lopis, pulut inti, tepung bungkus and cucur udang...Nyumm nyumm



Tapi kami okay jar, lagipun bukannya makan banyak sangat [kalori kontrol okay...hahaa]. Sekadar nak chill out on weekend dan menziarah Shangri-La jar...windu!


Antara keunikan Shangri-La selain bau-nya yang sangat harummm ialah centre piece flower.  Tersedia notes atas meja bersebelahan pasu menyatakan jenis bunga dan berapa jumlah kuntum bunga yang digunakan. Tak terbaca plak kami. Mabuk gulaaa...

Bila sampai tempoh tertentu, bunga-bunga nie akan dicabut walopun masih elok, rasa macam nak minta bawa balik rumah jar! hahaa



Mar 11, 2013


Gulp!
Sedapnya gulai kepala ikan merah kami masak nie. Tiada bandingan. Asli gulai Kedah piangg!
Hahaaa...
Masak sendiri di rumah lebih lazat cikjah kann...

Memang tak tahan lar kalo pegi market nampak kepala ikan merah. Mesti teringat gulai. Tak taw lar macam mana jadi kalo tak dapat makan gulai dalam tempoh yang lama. Tak keruan jadinya kot?  Alar, macam abang John lar jugak, asal makan nasi jar mesti lauk ayam. Ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng....dah macam ayam dah...heheee.

Ada gulai, ada ulam, ada sambal belacan dah cukup...Erkk! nasi jangan lupa...hehee
Tapi kami tak suka gulai mamak. Apa-apa jua mamak food, kami tak berapa suka. Kalo teringin atau tak ada pilihan sahaja kami terpaksa lar makan.


My favourite always ulaman dan sayuran kampung. Nampak saja Bayam Kampung, fuh! dah gulp! gulp!!


Bayam kampung masak tumis air bersama keledek merah.....eeeuuwww sweet!


Cikjah tahu ini daun apa?

Inilah Daun Ranti (Meranti). Cikjah bleh buat masak lemak putih atau rebus buat ulam cecah sambal belacan power...Fuhhhyo! Memang lazat!

Dulu kami tak pandai sangat makan daun ranti nie, maklumlah bukan makanan kebiasaan di kawasan penempatan kami. Sayur nie lebih terkenal di kalangan Javanese terutamanya di Johor nun.
First skali kami kenal sayur nie adalah melalui jiran kami yang berasal dari Johor. Beliau transfer kerja ke Kedah, jadi sebagai bekalan beliau banyak tanam sayur ranti kat sekitar rumah beliau. Mak kami minta benih dan tanam di rumah kami jugak. Pokoknya berbatang lembut dan disiang seperti pucuk manis.


Fuh! Maka lengkaplah hidangan tengahari lazat di rumah kami. Jemput makan :)



Mar 3, 2013


Taraaa!
Memanikk jom!
Tapi tak taw lar bila buleh siap nie. Kami anggarkan makan bulan jugak lar walopun yang nak dimemanikk sket saja...hahaa


Assistant kami dalam projek memanikk.


Tukang hulur beads


Smoga kami selamat dan berjaya memanikk! Amin...


Mar 1, 2013


Pokok limau purut kembali berbuah. Cer cikjah kira brapa biji buah limau in this cluster? Banyak sangat nie. Macam tak percaya plak. Maklumlah, bila geng semut hitam datang melawat, abes buah limau kami depa pakat hangkut bawa balik rumah....Haiishhh!



Projek terbaru kami sekarang ialah semai anak pokok kacang kelisa. Wahhh!! 3 hari selepas semaian, anak pokok telah terjah keluar dari medium semaian. Yippiee!


After 2 weeks, kami transfer ke pasu besar. Tapi tengoklah, dah jadi renda!!!!
Huwwaaaa!!!!!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"