.

.

Dec 21, 2012


Merah menyala-nyalaaa!!! amboi! tak takut lembu ligan ka? Ahaks!
Baju merah. kasut merah. Handbag merah. Mulut pun merah.


Jangan lar terkejut cikjah, sekarang nie memang tengah trend lipstik merah. Lagi merah lagi up to date Jah. Tapi kalo mak mentua tengok mungkin culture shock sket lar...hahaa

Secara peribadi, warna lipstik kegemaran kami ialah Mocha by Mac. Sudah 10 tahun kami menjadi pengguna setia Mocha. Tapi sekarang dah tukar angin and I found it works well for myself. Ada contras warna pada wajah....Aiceh!
Here it goes my new collection of RED from MAC.....

Ruby Woo
Russian Red
Viva Glam

Secara umumnya, lipstik merah memang sangat sinonim dengan acara malam dan seingat kami zaman mulut merah nie kalo tak silap sangat hot sekitar tahun 80-an dulu. Terus terang kami nyatakan di sini, kami tak suka mulut merah menyala. Rasa macam kampung plak...oppss! dah memang kami orang kampung, sebab tu terasa sendiri kowt...hahaa.

Lepas tu di hujung tahun 90-an, meletup-letup pulak dengan lipstik kaler coklat, earthy atau natural brownish ala-ala pelakon hindustan. Sumer aweks nak make up macam Kajol except me....eeeuwww! Sampai blusher pun warna brown.

Tapi sekarang.... dah tak segan atau malu atau rasa kampung kalo pakai lipstik merah menyala. Tak kira siang atau malam. Rasa macam segak plak. Aiceh! Baru nampak wajah berseri sket....Ahakss! Sapa yang kulit putih gebu tu memang meletopp lar kalo pakai mulut merah....heheee


Tapi satu saja nak pesan. Cikjah kena tahan telinga sket lar bila pakai red lipstic nie. Banyak mulut capoii yang iri hati akan tegur "amboi! merahnya lipstik!". Takpun "tudia! mulut merah menyala!". Well......hahaaa...itu memang sudah lumrah alam. Kalo kami yang mendapat statement sedemikian, kami tak kesahpun, cuma kesian lar kat Kakyam, Kaknab sebab tak penah tengok orang pakai gincu merah....so out-dated...hahaaaa...kesian. Tapi hakikatnya they notice akan kesantekan ber-gincu merah hingga membuatkan mereka terperasan ada warna merah di wajah cikjah...tu yang depa tegur tu...hahaa

So, cikjah kena beli lipstik kaler merah satu lar kalo lagu tu. Beli yang matte sebab it lasting. Lepas makan nasi 2 pinggan pun lipstik dok ada merah menyala lagi...tak payah touch up selalu...heheee


Dec 19, 2012


First time kami datang sini.
Itu pun secara kebetulan. Plan A; nak makan soto, dah sampai depan kedai tetiba tokey kedai suruh balik sebab kedai dah tutup. Buka semula pukul 5pm. Toink! Takkan nak tunggu 2 jam?
Tukar Plan B; makan lala tepi laut. Dah sampai sana tetiba jalan nak masuk ditutup dan laluan trafik di-divert ke laluan lain oleh polis bantuan sebab ada pertandingan memancing tepi pantai. Adesss...rosak Plan B.

Kami berada betul-betul di persimpangan jalan, nak belok kanan atau kiri? Lebih berkat kalo ambil kanan...hehee.
Kereta dipandu perlahan menyusuri jalan kampung tepi laut. Asik betul melihat pemandangan kampung dan sesekali kalo takder pokok-pokok, nampak air laut yang tengah mengalun kuat. Tiba-tiba! ternampak papan tanda Aroma ikan bakar.

Terus apa yang bermain-main di fikiran kami sebaik sahaja Plan B tak jadi tadi terpacul di bibir manis merah menyala...Eeuuwww! "Eh! jomlah kita makan kat Aroma. I've heard about this place but I've no idea that it is so near to the place we used to come. Lets keep driving darling" Aiceh!....hahaaaa. Harap-Harap Plan C menjadi.
After 15 minutes, kami pun sampai ke restoran Aroma yang tersergam besar di tepi jalan dan betul-betul mengadap laut. Jam baru 4.20pm.....Wah!! early dinner lar kita hari nie darling.....heheee


Kami pilih tempat makan gazebo sebab nampak lebih menarik dan betul-betul di tepi pantai. Gazebo-nya okay-okay saja. Dah nampak usang dan tahap bersih kami bagi 3star saja. Tapi memang sedap lar bila bayu laut dok hembuss kat pipi yang comel ini...hehee



Tapi nak duduk dekat meja saung atau gazebo buluh ini kena bayar RM10 atau RM20. Macam gazebo kami kecik jar so kami cuma bayar RM10.


Ini saung besar. Memang sesuai untuk family ramai-ramai.




Ini plak area meja makan yang biasa. Duduk sini free.


Ombak laut menghempas pantai memang agak kuat. Lebih menakutkan sebab air laut di sini berwarna sedikit kehitaman. Mungkin sebab sekarang tengah musim monsoon.


Dah sampai sini, cikjah harus pegi cari meja dulu. Dah ada nombor meja baru datang pilih ikan, ketam, sotong, udang dan segala.


Banyak review dan komen yang kami baca rata-rata mengatakan tempoh makanan nak sampai ke meja makan setelah pesanan dibuat agak mengambil masa yang lama. Ada yang setengah tu dah tumbuh janggut baru dapat order. Maka, kami pun stanby mental dan fizikal.


Selepas 40 minit, order kami pun sampai. Tapi tak jemu sangat menunggu sebab kami enjoy the view and environment from my gazebo. Dah, jom makan!


Tahap lazat? Urrmmm....kami bagi 4star. Hampir sama lazat dengan Parameswara di Umbai, Melaka. Hargapun lebih kurang saja. Cuma kalo ketam dan ikan tu di masak dan dibakar lagi 5-8 minit pasti lebih sedap....hahaaa


Dec 12, 2012


The date 12-12-12 is said as a beautiful calender number.
It is beautiful indeed to receive a beautiful and lovely flowers!...


a beautiful and huge teddy!...


a beautiful big dinner at my fav place after my workout routines at gym...aha! 
[this one don't tell my gym instructor okie...Wink!]


and a beautiful and adorable cat stapler...eeuuwww! love all these so much! Thank you :)


Can't really wait for the stargazers to bloom....urrmmmm....my working desk is so wangi right now...they are always my favourite flowers ever!
Owh ya!, Kami memang rajin every time dapat hand bouquet mesti buka pastu arrange nicely in a vase. Kami tak suka bila dapat hand bouquet pastu digantung hingga kering dan dibiar sampai berhabuk piang...hahaa


Day 4 - my stargazers in full bloom :)


My entire house smell like the Shangri-La...eeeuwww!!


and Shaun has a new friend to lepak with at home...yippiee!!!


Dec 10, 2012


Kucing jenama Maine Coon memang bukan jenis kucing yang suka menyendeh atau dok atas riba orang.  Jauh sekali kalo nak didukung-dukung atau dipeluk-peluk. Terus dia hissingggg! Paling koman bleh pegang dia letak atas riba less than a minit pastu cabut lari....huh!
Namun begitu...jeng! jengg!! kucing jenis nie suka berada berhampiran dengan tuannya. Kira macam teman kurang mesra...boleh pandang-pandang tapi jangan pegang-pegang....Aiceh!
Tapi kami taw, kucing hitam kami nie sangat sayangkan kami macam mana kami sayangkan dia....heheee

Paling best, kucing hitam comel kami suka teman kami waktu solat. Tapi awas! jangan dok tinggal sejadah merata atas lantai. silap-silap dia ingat karpet, dia tidoq kat atas sejadah plak...huhuuuu. Kadang-kadang sampai terlompat-lompat sebab dok main aci ligan dengan bulu-bulu kat hujung sejadah....alahaiii


Cer tengok tu....sipi-sipi nak menyendeng atas sejadah....Hambooiii! Tapi kami dah warning kucin kami, jangan main-main atau tidoq atas sejadah. Kami tak larat asik nak roll bulu before solat.


Kucing hitam muka blurr...terkejut dari tidoq sebab dengar qariah sedang melagukan ayat-ayat suci Al-Quran dengan sungguh merdu skali.....heheee


Lama sangat tunggu tuan dia mengaji, kucing hitam comel sambung tidoqqqzzzz sampai tergolekkk :D


Bila dah lengoh badan tidoq atas lantai, kucing hitam comei lompat naik atas katil plak....iskk! iskkk! Atas comforter memang tempat favourite dia lar. Huh!


Nie kira memang terus tidoq sampai pagi. Kena hangkat dia turun simpan dalam night cage sebab I never allowed my cat overnight in my room. Good nite sweet dream sweetie ^___^



Dec 7, 2012


Cikjah still remember my gorgeous Petunia yang sangat happening itu?
Ya, she is the one! Isn't she amazing?
But as usual, season flower won't last long. Maximum pun 3-4 months.  My Petunia is already 4 months old now.  Cer cikjah bayangkan, sanggupkah cikjah menggunting atau memotong abes bunga-bunga yang indah dan meriah macam nie?


Menjadi begini?
Sanggupkah cikjah?
Wuuuaaaaa!!! Pada mulanya memang kami tak sanggup. Seriously tak sanggup dan memang tak sanggup. Menangis kami waktu potong pokok nie. Menangis sebab takut Petunia tak bertunas semula atau kembali berbunga....owh tidakkk!
Tapi kami terpaksa. Terpaksa untuk memastikan my Petunia terus kekal di garden comell kami. I want her to be more than just a season flower. I haven't ready to let her go...Ahaks! Lagipun cuaca sekitar November dan December memang banyak hujan. Hari-hari hujan. Jadi daun dan bunga petunia jadi cepat rosak dan berkulat. Dah potong begini kena lar gembur tanah sket pastu letak baja dan berdoalah! heheee


Alhamdulillah. Selepas 3 minggu, inilah hasilnya. Yeyyy!!!
I am a super happy gardener.


Pucuk baru semakin bushy dan putik bunga baru mula keluar dan mengembang. EEuuwww!! Tak sabarnya  nak tengok perkembangan my Petunia in the next few weeks.


My rose plant pun aktif. Bunga dan pucuk baru berselang-seli tanpa henti. Dah keluar pucuk baru nie after 2 weeks mesti berbunga.


Hat nie tak taw nama apa. Nak tanam senang sangat. Cucuk batang jar. Tapi bunga sangat fragile. Pagi kembang, petang dah kuncup dan gugur. Kalo kuat semangat, tahan lar dua hari. That's it.


Tudia! penangan musim hujan. Crawling fig sampai memanjat lampu pagar...hahaa
Kalo letak kucin kat situ pun agaknya abes kena panjat dengan crawling fig...hehee


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"