.

.

Aug 10, 2011

Help ! Help !! Help !!!

Banyak udang banyak garam
banyak orang banyak ragam
kalo ada udang terlebih garam ??? jeng ! jeng !
Berkepuk - kepukk rasa hangat hati dan meluat dalam hati nie.  Tapi tak baik marah - marah. Tak baik mengata - ngata orang. Tapi inilah hakikatnya yang terpaksa chek hadapi selama 8 - 10 jam 5 hari seminggu.  Sebakk dada dengan ragam manusia yang luar biasa.  Bukannya budak - budak lagi. Dah besar panjang tua bangka. Umur pun dah 54tahun. Lelaki pulak tue....eeeiiii

Boleh jar buat - buat tak dengar,  buat - buat tak peduli atau buat bodho jar,  tapi macam mana nak buat semua tu kalo dah satu opis?  Hari - hari jumpahari - hari dengar dan hari - hari terpaksa jadi bodho.  Pretend that myself tak dengar, pretend tak nampak dan pretend tak tahu.  Sedangkan secara halusnya it could be considered as  " abusing " Kita plak yang terpaksa sacrifice perasaan dan pujuk hati kita menerima apa saja tindakan dia.  Huh!
Apa chek boleh buat ? stakat luah kat blog jar lar. Nak ditegur - tegur laki orang. Nak dicakap banyak bapak orang..... kang lain plak citernya.  Lagipun dah besar siap bercucu pandai lar fikir yer dak?

Maka,  chek amik kesempatan kat sini nak luah sket lar feeling chek yang terpekasam lama nie. Semoga menyejuk rasa hangat membuak dalam diri ini.

Bayangkan almost everday datang kerja dok baca suratkhabar dari pukul 9.30pagi sampai 12 tengah hari. Masuk opis dah sah -sah tak punctual. Hari - hari pukul 9.20 - 9.30am.  Terkangkang duduk kat kerusi sambil terhenjut - henjut separuh anggota badan. So annoying ! Lepas tu buka saloon Kukubar potong kuku pulak. Ketip! ketip!! boleh dengaq sampai front office. Eiiii !! pengotoq! Personal hygiene macam tu buat kat rumah lar. Use your personal time. Takkan kat tempat terbuka kat pejabat macam nie yang penuh dengan orang lain? Eeuuuwwww... pelllllease !

Selalunya lepas lunch dia ni slalu tidoq. Kalo tidoq waktu lunch standard lar tapi ini tidak. Tidoq waktu kerja. Tak kira Bos ada atau tidak. Siap masuk bilik kosong [ opis chek ada a few bilik kosong ] tutup lampu best punya lelap atas kerusi. Tak paham lar macam mana orang boleh tidoq kat pejabat....herann

Paling chek tak suka bila kita berjalan menuju atau passing by his working desk atau lama dok tercegat berdiri  kat copier machine,  bijik mata orang tua tu terbeliak melilau sini sana dok scan! Eiiiii!!! disgusting!
Memang akan terasa seperti diri kita diperhatikan .......creepy huh !
Bertambah tak suka bila chek sendiri dapat taw si orang tua ni memang ada hobi dok browse porn website....uwekkk !!!!! Feel wanna scream !  Nak dijadikan citer,  ada beberapa orang saksi yang secara tak sengaja ternampak dengan mata kepala sendiri terpampang gambar minah saleh naked kat screen computer si orang tua nie mostly in between working hours atau  petang selepas waktu kerja [ patutlar hari - hari balik lambat walopun takdak kerja ]  Lepas tu dia siap pesan supaya jangan abaq kat chek bahawasanya dia dok browsing web porno kat opis. Kenapa ???!!!  kenapa plak tak bleh cakap aktiviti tidak bermoral dia dekat chek ? chek pun tak paham dan confuse.  Takut ? atau ter-malu diri sendiri ?

Kalo cikjah kat tempat chek lar kan,  rasa macam mana dan apa lar tindakan cik jah ? Seriously , kalo tak dak menda chek memang tak akan pergi kat area where this old man is sitting atau lama - lama buat copying works at copier machine.  Rasa sangatt tidak selesa. Ini apa yang chek rasa. Owang  lain kat office nie chek tak pasti lar.

Orang tua ni sangat suka bersiul. Every minutes bersiul. Tak paham betul chek.  Annoying and irritating taw !!! dan orang tua nie jugak suka sangat mengeluh. Mungkin sebab dah tua kot. Mengeluhh pulak bukan menghela nafas secara senyap tapi siap ada bunyi - bunyian macam lembu ! Setakat 100m can easily be heard.  Malular sket. Awak tu lelaki.  Dah tua.  Takkan nak bawa perangai kebudak - budakan ke tempat kerja. Lagi satu I hate when he sipping his coffee loudly every morning and afternoon. "slurrppp!...chiap! chiap! chiap! aaaaaaaeeerggggggg!!! chiapp! chiapp! "
Uwekkk!   boleh termuntah chek kalo diikutkan perasaan. Sebab chek ni cukup pantang orang pengotoq dan loqlaq.  Apatah lagi di tempat awam.  Manners first wherever you are.

Dulu satu hari 8 kali hisap rokok kat tangga luar office. Berkepuk asap rokok masuk office dan  orang pertama yang menghidu ialah chek ! Dah lar sedut asap rokok tanpa rela dan membahyakan nyawa chek sendiri lepas tu hari -hari balik rumah baju bau rokok. I hate smoker so so so much ! 
Sekarang lepas chek tegur berkali - kali dan buat pelbagai tektik dan helah dah tak rokok kat tangga lagi.   Kalo nak rokok jugak  kena turun bawah hisap rokok. Padan muka ko!
Setakat komplen atau lawan cakap Bos tu dah kira biasa lar. Rosak gengendang telinga chek dok dengaq hari - hari.  Ada - ada saja yang nak di-komplen. Itu tak betul,  ini salah. Kalo kena summon mengadap Bos, tak penahnya bawa pen dan kertas.  Sepatutnya kena bersedia lar untuk catat apa - apa yang patut
pesanan encik Bos yang berjela itu.  Ini tidak Bos cakap dia suruh Bos tulis untuk dia siap cakap " saya mana tahu. you tulis lar nanti saya lupa " erkkk !  Sumpah cikjah.... chek bukan nak mereka - reka citer tapi tempat chek ni kan memang sebelah bilik Bos siap boleh nampak sumernya.  Adehhhh
Kadang - kadang Bos blum abes cakap , dia dah blah kluar dari bilik Bos and said  " ahhh...itu nanti lah...you bagi dan cakap banyak - banyak pun bukan saya ingat "  terus dia blahhh

OMG !!!  bernanah telinga chek ni cikjah. Bos chek ni memang baik. Super super baik dan understanding.  Anggap staff macam kawan - kawan. Tapi for those yang tidak bertanggungjawab mula lar amik kesempatan atas kebaikkan orang lain.  iskkk....iskkkkk
Sedangkan dia diamik bekerja kat sini pun sebab mr bos kenal dia dah lama dulu. Atas dasar tolong kawan lar jugak.  Sekali melawan lar pulok.....huhuhuuu

Entah lar cikjah. Tapi inilah yang terbuku di hati chek selama ini. Tidaklah chek bermaksud untuk memburuk - burukkan sesiapa tapi sekadar meluahkan perasaan yang terseksa berdepan dan berdamping dengan orang sengal yang macam nie kat tempat kerja. Semoga segalanya aman sejahtera.  Amin.






Aug 9, 2011

Hurmmm.....dah 9 Ramadhan. How time flies ! cepat sungguh kan.
Cikjah dah kurus ker demook sket ? aheheeee
Kalo dah kurus okay ler tue , senang nak sopping baju rayer ^___^ kalo bertambah sket kilonya erkkk ! macam mana nak pakei kebaya ? heheheee

Alhamdulillah . Sumer baju raya untuk rakyat jelata di kampung sudah dapat.
3 anak buah langsat di KL dah dapat
5 anak buah manggis di Kedah dah dapat
Mom dah dapat
Sister dah dapat
BIL dah dapat
Me dah dapat.........erkkk !! me ?  Macam mana ini bleh terjadi nie ?

Sepatutnya this year chek tak perlu beli baju raya lagi sebab 3 pasang baju raya tahun lepas masih belum dipakai...ahaks !
Ingatan percuma: Jangan membazir



Tapi tak tahan lar ......dalam membeli belah baju raya untuk anak - anak buah tu saja - saja singgah ke Subang Parade [aceh!].  Memang tak dak niat nak beli baju raya pun. Tapi sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke sopping complex.....eeuuwwwwww perasaan teruja melimpah ruah.  Banyakkkkkkknya baju lawo ~ lawo bergantungan.  Apalagi , bertawaf  - tawaf lar chek di dalam Subang Parade.  Walopun tak banyak booths yang ada ,  tapi tetap menghiburkan. Selain temporary booths at Ground level and a few on 1st level jangan lupa pi survey kat their own boutiques that scattered around the floors taw.



Pilih punya pilih sampai juling bijik mata ,  akhirnya pencarian berakhir dengan jayanya.  2 pasang baju raya gojes dan 14 keping nota - nota biru selamat diabadikan di Subang Parade untuk mu wahai  si manis chiffon kaftan dress.  Kakak yang jual tu bukan main lagi qenyihh gumbira sebab chek beli baju mahai kat kedai dia. Siap pesan " bawa famili datang sini yar dik beli baju lagi " ngeeehhhhhhh
Mengikut pemerhatian chek untuk tahun 2011 nie harga baju kurung yang santek skit mesti RM250 ke atas.  Iskk ! mahai noo.  Dulu pakai baju tempah kat kaknah kain semeter RM8 jar......upah jahit RM15-20 jar kannn........dan selalunya chek lukis sendiri design baju chek. Tak pun siap bawa gambar kat majalah tunjuk kat tailor.....huhuhuuuuu

Tahun 2011 nie tengah meletop pesen kaftan dress lar cikjah.  Walopun since last year dah kluar tapi kurang mendapat sambutan. Tak sumer orang berani mengayakan kaftan yang oversize mengerbang macam rama - rama tu kan. Satgi tercelup sayap dalam gulai plak...aceh !  Kalo tinggi  dan slender mesti cun kan pakai kaftan.   Tapi semenjak artis - artis Hollywood mula mengayakan pesen  kaftan untuk acara - acara glem dan berprestij,   nampak gayanya ia telah menjadi ikutan.  Nina Richi ,  Kim Kardashian pun pakai baju kelawaq taw.  Ingat cikjah jar kar pakai naik motor antar anak pi sekolah pepagi.....ahaks!



Cikjah buat buat baju tidoq jar kan,  depa pakai kaftan pi grammy awards...ahaks !


I've been to Kompleks PKNS, tapi biasa jar.  Banyak pilihan baju kurung yang berulang - ulang tapi pesen dan material yang sederhana dan harga berpatutan. I've checked around at SACC....wheeeew !  banyak pilihan,  berbatu - bata dan bermanik bagai . Quite gojes tapi sedikit mahal. Telah jatuh hati dengan sepasang baju kurung kat Jedan [ baju puding tumpah ] . OMG santek. Simple tapi menarik dan ayu sekali. Tapi takleh beli sebab dah beli baju kat Subang Parade...huahuahuaaaaaa



Namun,  bagaimana hebat pun kat tempat - tempat yang chek dah pi riki - riki nie,   memang tak dinafikan tak sumer pesen baju kat Subang Parade ada kat tempat lain.  So,  tak lar nanti tiba- tiba terjumpa kembar bila pergi beraya kat rumah cikjah.....ahaks !
Kelabu mata taw dok tengok jubah dan kaftan yang sarat bermanik dan blink - blink. Kalo pakai gerenti mak tak suruh basuh pinggan on the Hari Raya......heheheeee

Bukan mengikut pesen tapi dari awal lagi chek memang ada menyimpan niat kalo nak beli - beli baju pun beli kaftan simple - simple dah lar buat salin - salin.  Yang lain pakai baju tahun lepas pun okay. Sebab chek suka kaftan nie kerana senang nak pakai dan selesa.  Serlum masuk jar kan.  Pastu angin bleh masuk  heheheheeeee  dan kalo ada tayar spare bleh lar disembunyikan.....hahahahaaa




Setakat nie chek dah jumpa kaftan dress dari  Dubai,  Indian and Jakarta.  Malaysia pun ada.  Kalo kaftan dari Dubai....uiiiiii  santek - santek belaka. Mewah dengan goldy and silvery embroidery. Yang banyak kat market kita sekarang mostly from Jakarta.  Cantik,  colourful  dan yang jual pun ibu - ibu dari Jakarta. 
Yang penting tanya hati cikjah.  Jangan membazir.  Bijak membeli ,  pandai mengayakan dan paling penting konpiden.  Controllll sayap walopun peluh meleleh dok jalan kat tengah bendang nak pi raya rumah tokcik kat kampung nun  ^________^




Aug 7, 2011



Yeyyy !!! my ranggon creeper is finally blooming  ^_____^
I am so excited ! and superhappy !
Lama taw nak tunggu pokok ni berbunga. Sebenarnya ia taklah memerlukan masa yang lama sangat untuk ranggon creeper mengeluarkan bunga tapi mine was self - planted since "baby" [ bukan pegi kedai hangkat yang berbunga riang balik letak rumah taw ] Jaga dari kecik sampai lar dewasa. Itupun pelbagai rintangan telah we all hadapi bersama....ahaks! Semut itam buat sarang kat batang & daun ranggon creeper. Chek terpaksa potong dan tunggu tunas baru. Gedebakk - gedebukk mau dekat 2 tahung ! Toink !!!
Pokok pun kuruih jar. Baja tak pernah putus, siram pun hari - hari. Cuma semut itam tu keep coming back. Tu yang tumbesaran terbantut. Nak hangkat pasu pindah lokasi chek tak larat......huhuhuuuu



Walopun bunga yang kembang cuma 2 ranting dan cenonett saja jambangannya namun sebagai a nature lover dan love gardening so much chek berasa sungguh berbesar hati dan sangat berbangga  dengan tahap pencapaian ini !


Bayangkan cikjah kalo banyak bunga yang keluar, tentu meriah taman kecik chek ^___^


This is plumbago. Tengah meriah berbunga. Giles cun macam tuan dia.....ahaks ! oppps !
Alkesah , punya lar sibuk dengan aktiviti sosial ,  tak sempat nak pindah plumbago from the polibags into the big pot. Beli punya lar lama. Ada dekat 3 - 4 bulan.....letak jar kat atas simen tu.....huhuhuuuuuu
after 3 weeks transferred ke pasu besar , ha!  tudiaa !!! bunga keluaq meqecikk - qecikk ! Ini pun tak meriah sangat sebab 2 - 3 hari nie hujan turun sangat lebat , so banyak bunga yang dah buruk dan gugur.

Okie dookie....tak larat nak tekan keyboard banyak kali , letih ni....posa....heheheeee
To my sweet garden member ; Thanks a bunch for making me happy ! wheewwwww !!! ^______^

Aug 5, 2011


Wawwwiiee !!! buah tangan from Kota Kinabalu !
Best ! best ! best ! lets check it out what inside the boxes, shall we cikjah ?  ^___^
Berat ni...masuk cargo kena bayaq RM138 ~~~~ erkkkkk


Ha ! kalo pegi Sabah bah mesti beli seafood , udang kering , ikan bilis etc [ sorry lar, sopping macam makcik - makcik sket...heheheeee ]

Tapi memang wajib beli. Kat sana tu udang dia tudia !  besaq kucing pun ada...... hahahaaaa


Don't worry,  the seller will pack nicely for you.  Very convinient to carry


Ini dia. After nearly 4hours masih lagi beku dan takdak ayaq menitik or membasahkan kotak.


Udang harimau. Besaqqqqq.
Bayangkan gunting merah Ikea tu size besar tau. Sila bayangkan cikjah, besaq mana udang tu.....heheheeee
Ada lagi besar than this tapi chek tak lalu lar kalo besaq - besaq sangat...heheheee
Tapi depa tipu lar [ tak paham betul kalo menipu dalam meniaga nie...isk...iskkkk ] . Kat atas tu bukan main susun udang yang besaq - besaq. Tapi kat bawah sebenarnya udangnya bersize lebih kecil.
Masa beli pun tak leh lar nak semak betul - betul sebab udangkan dalam keadaan frozen.


Ini udang galah.  Huishhh ! meleleh ayaq liuq cikjah....heheheeee
masak lemak cili api sedapnya !!!!!



Dan jangan dilupa barangan kering. Udang kering mesti beli. Wajib ! Udang kering dia size besaq dan sedap.  Ada sotong kering,  ikan bilis,  terubuk masin dan masam dan macam - macam lagi ^____^
Cer cikjah tengok harga kat kotak tu.....Euuuwwwww !
Tak termasuk harga udang lagi....ahaks! Walopun nak simpan tak celuih sebab  peti ais kecik tapi jiwa sopping chek besaq....heheheeee


Aug 4, 2011

Tara !!!


My 20 excellent years semi auto washing machine finally gone ..............gone with the wind..........
Setia berkhidmat dan tekun dalam menjalankan tugas,  akhirnya ia pergi jua. Selamat tinggal...... bye -- bye my washing machine.  Ahaks!

Alkesah , my mesin basuh tu diperturunkan oleh my cousin sister kepada chek secara percuma. 12 tahun mesin tu bersama beliau dan 8 tahun bersama chek tanpa sebarang masalah atau kerosakan.  Hebatkan ! barangan elektrik zaman dulu - dulu. Memang tahan giles. Electrolux vacuum kat rumah mak chek pun dah dekat 30 tahun tapi masih bernyawa dan setia berkhidmat !

Actually, my washing machine tu taklah rosak apa pun. Cuma kadang2, bila dah 2 - 3 round basuhan, ia stop tak mau pusing. Kena bagi ia rehat dulu pastu baru sambung.  Adehhh.....mana larat nak tunggu.  Banyak kerja lagi nak buat.  Kalo tunggu sampai petang,  panas dah abes,  macam mana nak sidai kain ?

Spinner okay lagi.  Masih ligat berpusing, cuma washer jar yang problem.
So,  alang - alang dah begitu sakitnya [ mungkin dah uzur mengikut usia ] maka I have decided to buy a new washing machine.  An outomatic one !!! heheheeee

Itupun, berjanggut jugak lar chek dok delay nak beli mesih basuh baru. Nearly 3weeks.  Sebab malas nak pi survey nak beli brand apa, model apa, beli tang mana yada...yada...yada.....huishhhhhh [malas nak pikiaq sebenarnya...heheheeee] .

Finally, bila dah tak tahan asik kena handwash [ kali terakhir hand wash adalah  semasa study nearly 12years ago ]  Yer  lar ,  tak sumer baju chek bleh antar laundry.  Tak cayalah chek kat depa.  Sumer kaler baju  hitam,  putih,  merah  etc depa hantam masuk washer sekali gus...EEuuuwwww !!!
Maka chek terpaksa mengangkat kaki pegi kedai elektrik.  But definitely not Courth Mammoth. I don't like CM stuff.  Dah a few times  terkena beli barangan CM tapi kurang kualiti.  Baru pakai dah rosak. Pastu nak kena ulang alik 2 - 3 kali nak tukar yang baru.  Leceh ! But in the first place sapa nak beli barang yang cepat rosak disebabkan factory default kan ??? Huh !


Pilih punya pilih akhirnya dapatlah Panasonic NA-F80B2  8kg Top load.
Nak beli Front loading washing machine,  tapi satgi lenguh pinggang pulak dok tunduk - tunduk.....hahahaaaaa
Okay lar tu Panasonic.  Sebelum chek pi beli ,   chek ada buat brief survey sket on internet.  Yerlar, nak faham function  dan istilah -istilah mesin basuh automatic.  Kalo main redah pegi  kedai ,  mahu kena  pusing dengan salesman.   Rata-rata said brand Panasonic, Toshiba, LG are good for washing machine.  8kg cukup lar, bukannya ada anak ramai pun nak beli sampai 12 -  13kg....heheheeee
Yang 8kg nie pun dah besaq gedabakk.  Kebetulan ada offer [ Panasonic Day ]. Original price is 1k lebih - lebih sket . Setelah di-adjust dan less my maybankcard redemption points ,  chek dapat lar this unit at very good price. Yeyyyy !!!

Legaaaaaaanya dah beli mesin basuh. Hilang stress dok pikiaq baju dah bertimbun tapi tak basuh - basuh lagi  [ hanya orang pompuan yang faham masalah nie ].
Tetapi  !!!  First day mesin sampai siap parking santek kat area kitchen,  tapi pakat dok tengok.  Chek tengok machine ,  machine tengok chek.  Takleh guna ....huwawawaaaaa  sebab water hose tak leh connect kat main pipe ! Aisehhhh !!! chek stress . Nak suruh deliveryman tu fix ? huh  ! hampehh. Baik chek figure out sendiri.  Siap cakap kat chek plak tu "saya nak kena kluar cepat. Nak pegi Kelana Jaya pulak.  Nanti jem"  huh ! hello! ada chek kesahh ???  Masa beli mesin basuh pun chek  memang  dah tanya dengan salesman dan siap tunjuk gambaq lagi wajah paip ayaq untuk sambung ke mesin basuh  [ Berpandangan jauh and I want everythings perfect ].  Takut nanti bila mesin dah ada tapi tak bleh pakai sebab tak leh nak sambung pipe ayaq pulak .  Semangat membasuh baju dah membuak - buakk nie . As usual , nak lepas tengkuk , saleman tu cakap " ooo...boleh nie...rasanya takder masalah..boleh..bolehhhh"  Huhhhh  !!!!  Day 2 pegi cari pipe connector kat hardware shop akhirnya dapat.  Balik mai rumah nak sambung boleh , tapi ayaq dok meleleh kluaq.....grgrrrrrrrrr . Esok day 3  pergi lagi hardware beli masking tape.  Akhirnya segala masalah dapat di atasi dengan usaha sendiri.  Alhamdulillah.



Sekarang, goyang pinggul sket lar sebab mesin basuh dah automatic.  Tekan jar everything is done ! wheewwww

Tak macam dulu  time guna mesin basuh semi auto asik bangun duduk banguk duduk.....Adehhhh......
Nyaman sekali rasanya sekarang ^__________^



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"