.

.

Oct 28, 2015



Best friend.

Kami percaya hampir setiap dari kita mesti ada best friend. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Mesti ada. Setengah orang ada satu best friend. Setengah orang ada dua maybe tiga maybe lima and maybe more. Selalunya best friend nie akan  wujud waktu zaman sekolah dulu. Samada partner semeja dalam kelas, geng sekole ulang alik pegi balik sekolah, kawan sekampung, kawan se-asrama dan sebagainya. Ada juga yang bertemu best friend waktu dah kerja. Ada juga yang best friend-nya ialah pasangan hidup masing-masing.

Nama pun "best", mesti lar istimewa kan? kalo tak, namanya 'friend' saja.
Best friend nie actually macam almari. Macam-macam ada kat dalam tu. Tempat simpan segala macam perkara sepanjang kehidupan. Tapi bila di-istilahkan seperti almari, tak bermakna kalo almari dah buruk, kita buang atau bakar almari tu. Lain lah kalo almari tu dah di-makan anai-anai. Kalo bubuh ubat pun tak selesai masalah, maka memang kena bakar lah jawabnya supaya anai-anai tak melarat sampai serang satu rumah.

Cantiknya, kemasnya almari itu bergantung kepada kita sendiri. Kalo baju pun tak bersusun, main sumbat dan sumbat memang berserabut lah. Nak buka almari pun rasa bosan kan? Nak cari baju atau barang dalam almari pun stress. Sudahnya, benda ada dikatakan tak ada. Padahal ada tersorok ntah di mana di dalam bahagian almari.

Sekarang ada banyak jenis almari. Ada almari yang guna solid wood, ada almari kaca, ada almari besi, almari open concept dan macam-macam lagi. Paling best walk-in almari....hihiii
Kalo zaman dulu, orang tua-tua di Kedah panggil almari nie setbot...hahaa [mungkin singkatan set perabot kot]. Setbot dulu-dulu unik. Didatangkan sekali dengan almari cermin. Bila buka pintu almari, ada cermin kat dalam. Sambil try baju bleh lar perasan jadi peragawati kat depan cermin. Ahaks! Bagus juga ada cermin, bleh cermin diri sendiri.

Cikjah ada almari? eh silap....best friend?
Untung kalo ada best friend. Sekurang-kurangnya bleh berkongsi suka dan duka. Lagipun, best friend nie adalah orang yang paling kita percaya, yang paling kita selesa dan senang bersama. Kadang-kadang, best friend tu lebih penting dari keluarga sendiri serba dia atau mereka lebih tahu dan memahami kita. Pesan kami, kalo cikjah ialah best friend pada seseorang, jadilah best friend yang jujur, amanah, baik, sabar dan bertolak ansur. Jangan sesekali mencemarkan ungkapan "best friend". Jangan sesekali jadi best friend mahupun friend yang tikam dari belakang. Ada juga best friend yang pura-pura baik di hadapan kita, tapi di belakang kita sebaliknya - Nauzubillah. Mungkin terlepas di dunia, namun di akhirat pasti akan dihitung. Paling kurang pun hidup di dunia serba tak kena. Ada saja masalah dan ganggu-gugat kehidupan.

Best friend yang baik ialah seseorang yang sentiasa di sisi kita ketika susah dan senang. Jangan waktu senang dan happy saja. Waktu susah dan duka terus cabut lari, batang hidung pun tak nampak. Seorang best friend juga kena jujur dan ikhlas. Jujurlah dengan setiap patah kata, jujurlah dengan setiap tingkah laku. Best friend ibarat isi dengan kuku. Akrab. Rapat.

Tapi macam mana pula best friend yang dah tak friend lagi? Ibarat pepatah "once best friend now stranger with memories" - menikam kalbu sangat pepatah nie.

Kami pasti ramai yang alami pengalaman ini. Dulu kawan kamceng giles, tapi sekarang, selisih bahu pun tak mo tengok. Sedih kan. Well, orang berkahwin pun boleh bercerai, ini kan pula orang yang berkawan atau bersahabat. Pokok pangkalnya ialah hati. Hati yang bersih, ikhlas dan jujur dalam apa jua keadaan inshaAlah pasti sesuatu perhubungan itu akan dirahmati dan berpanjangan. But remember, it requires both hati. Kalo satu hati saja, maka samada makan hati atau berhati-hati lah...hihii

Siapa pun kawan atau sahabat baik cikjah ketika ini, jagalah hati mereka. Jangan lupa say hi dan bertanya khabar from time to time. Komunikasi itu penting.

Sebelum kami stop sebab nak pi besiang ikan, ingat lah cikjah "be kind to one another".

Bye!


Oct 25, 2015


Kacang. Kacang sangat all the yoga asanas. Tengok depa dok pektis kat youtube, tengok gambar kat google - allehhh, right at that moment hati terus terdetik senang piang. Kami pun bleh buat....muahahaa [ I bet many feel the same too....Ahaks!]

Well, silly me! That was what I thought masa mula-mula practising yoga. Budget tererr yang hamatt...hahaa
It turns out not that easy lah. Pengsan terlentangg kalo practising ashtanga yoga. Pheww!

It really needs kekuatan mental dan fizikal. My journey is still a long way to go. But regret not, it's a learning process anyway and I treasure every minute of it. Love it!

Apa yang membakar semangat kami ialah, every first time yoga class with new yoga instructor, I got a positive feedback - 80% cakap I am pretty good. Huwwaa! perasan lar pulakk...hahaaa [sila tutup this blog pegi tengok radio okay....hihii] Good di sini means that they saw me as a newbie but I managed to do all or nearly all the asanas.

Tapi bila chegu cakap macam tu, kami tak tau macam mana nak react or response sebab I never feel myself good enough. Seriously serious, I am a newbie in yoga business. Dah tu plak, start waktu dah buloh. Kalo start waktu rebung, agaknya by now kami dah ada yoga studio kot. Aiceh!

Maybe sebab sifat perfectionist kami tu sedikit sebanyak membantu mendisiplinkan kami in practising yoga. Kami kerja kuat untuk mendalami dan memperbaiki my asanas walopun kadang kala merasa kecewa sebab tak leh buat...huhuuu

Mental note: Kesabaran kena tinggi. Orang pandai tak jadi pandai dalam sekelip mata...heheee

Wheel pose
One legged wheel pose
Eight angle pose

Headstand


Aiceh! macam spiderman plak dari jauh...dari dekat macam kak gayah tengah qabat pokok pelam jiran...hahahaaa

Jah!, nak cecah garam belacan kar? jom!




Oct 21, 2015


Taraaa! This is my beautiful upside down banana cake.
I guess this is one level higher for a plain ordinary banana cake. First time buat. Paling seram, resepi-nya kami hantam ikut suka...hahaaa
Kami redha dan tawakkal saja. Selebihnya kami buat dengan penuh kasih sayang sebab this is a birthday cake for my adinda.

Alhamdulillah, sedap dan santek kejadiannya.



Nota: mesti lah kek pisang berangan! hihii



Oct 19, 2015


Thai food sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia maklumlah jiran, malah it is widely acceptable world wide. Mat saleh pun suka masakan Thai. Depa minum tomyam sampai kulit putih bertukar jadi merah sebab tomyam pedas meletup...hahaa

Today, dapur melayu kampung kami bertukar menjadi dapur Thai. Aroi ching ching! [translate: sedap piangg] Menu of the day are Chicken green curry and Somtam!


Sebenarnya dah lama kami mengidam nak buat somtam, tapi susah nak cari betik muda kat KL nie. Takkan kami nak pi merayau kat pasar borong plak kan, uh! tak mo ahhh....heheee

Kebetulan, ada sepasang suami isteri nie setiap hujung minggu akan datang all the way from Pasir Salak, Perak to KL untuk jual segala macam sayuran kampung. Segar-segar dan murah!
Well, kalo nak di-ikutkan standard harga Kedah, Perlis dan Perak tak lah murah. Sebab depa mai jual kat KL jadi depa dah mark up seringgit dua ringgit. Kalo ikut standard harga KL memang murah giles lah. Saban minggu pakcik makcik nie mesti turun KL. Pukul 5am depa dah sampai. Agaknya depa bertolak dari Perak nun pukul 2-3am kan, rajin sungguh demi mencari rezeki. Kami pun sesudah Subuh dah sampai kat kedai makcik nie, kalo mai lambat nanti sayur sumer dah abes - geget jari lar pulok...


Macam-macam ada. Haa! cikjah nampak betik muda tu? Yes! ber-somtam lah kami. Tapi ralat sket pasal harga betik tu. Mingu lepas makcik tu jual kat Bangla RM1 sebiji. Minggu nie kami beli RM2/sebiji. Kami tak tawar, sebab kesian kat makcik tu. Takpa lah rezeki kami RM2 sebiji.

Ada terung belanda, pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk paku, jantung pisang,limau nipis, cili padi dan macam-macam. Pisang pun ada banyak jenis. Sebab tu lar sejak dua menjak nie kami ketagihan makan pisang berangan. Minggu lepas, pakcik tu bawa pisang raja udang. Santek sangat warna burgundy buah pisang tu. Tapi kami takut nak makan sebab dari kecik di-momokkan dengan citer hantu pokok pisang raja udang....hahaaaa nonsense!
Dulu, bonda kami ada tanam pokok pisang raja udang, memang santek buahnya - gemok montel, besar dan warna yang luar biasa. Tu yang menambah misteri hantu pisang raja udang tu.


Balik rumah, terus korek lengkuas depan rumah. Tudia! tertonggek-tonggek sebab pokok lengkuas tu kami tanam more as pokok hiasan so susah sket nak korek sebab dah berhimpit dengan pokok bunga lain. Akhirnya dapat lengkuas. Cantik pulak lengkuas kami. Very pinky and fresh. Sudah agak lama jugak lah kami tak buat green curry, tapi Alhamdulillah, green curry kali nie sedap meletop. Aiceh!



Nasib baik kat kebun dapur ada pokok Thai Basil yang segan-segan nak hidup tu - bleh lar petik daun, bertambah sedap dan wangi green curry with Thai basil. Sambil menunggu gulai mereneh, kami buat somtam. Buat somtam sekejap jar sebab tak perlu masak atas api. Tumbuk-tumbuk gaul gaul siap.

Thai green chicken curry

Somtam [papaya salad]
Okay siap! Aroi ching ching!

Lepas makan, kami terus buat preparation untuk buat cake plak, amboihh! takdan nak rehat - rajin sungguh - Aww!

Beautiful banana cake in my next entry okay. Bye!



Oct 16, 2015

Pienkcat in wheel pose

Okay lah, after a year been practising yoga, I am officially calling myself a yogi. 
How's life as a yogi? Well, I would say lebih nyaman. lebih lenturan, lebih kuat kudrat badan dan lebih mindful tentang diri sendiri. 

Harus difahami, walaupun konteks dan pemahaman yoga itu lebih luas dan sangat spiritual pada sesetengah yogi, namun  pada kami ia tidak lebih dari satu cara untuk bersenam dan memahami tubuh badan sendiri.

Yoga itu sangat lembut jiwanya hingga hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Yoga adalah tentang kesedaran dan keberadaan pada waktu semasa atau sekarang [present]. Maksudnya segala tumpuan diberikan pada dan ketika itu. Tiada masa lampau atau tiada masa hadapan - hanya fikirkan tentang masa sekarang. Dari tumpuan itulah secara automatik kita akan fokus tentang badan dan minda sendiri. Lebih kesedaran secara total. Justeru, kita akan menjadi tenang, lapang dan berfikiran lebih positif.

Secara umum, mungkin ada yang berpendapat, baguskah ber-yoga? Paling utama bolehkah yoga menurunkan berat badan? Bolehkah yoga mengeluarkan peluh? Ahaa!

Kalo sekadar melakukan asanas [postures] memang lah hampir tiada apa yang dapat dirasakan melainkan meregangkan badan dan mungkin kesakitan kerana tidak menggunakan teknik dan cara yang betul. Yoga berkisar tentang melakukan asana dengan menggunakan bahagian dan anggota badan, otot [muscles] dan nafas yang betul. Ia bukan sekadar meregang atau melipat badan semata. 

Jika suatu asana itu memerlukan tangan di angkat ke atas, pastikan tangan itu diregang lurus seolah-olah ingin mencapai langit di atas, bukan macam angkat tangan nak jawab soalan di dalam bilik darjah...heheee

Harus diingat, yoga juga bukanlah suatu pertandingan. Maksudnya di sini, fleksibiliti, kekuatan dan stabiliti seseorang mungkin berbeza-beza. Janganlah di banding-banding sana sini. Jangan pula memaksa melebihi kemampuan badan sendiri - practise makes perfect. 

Pienkcat in headstand


Sejujurnya, adalah satu bonus jika mendapat tunjuk ajar dari guru yoga yang berpengalaman dan informative. Kerana, ada juga guru yoga yang sekadar menunjuk ajar di hadapan kelas, kurang maklumat dan tips tentang cara melakuan sesuatu asana dan tidak menegur betul atau salah setiap asana yang dilakukan oleh pelajarnya.

Sebagai pelajar pula, rajin-rajinlah membaca, bertanya dan membuat research tentang setiap asana yoga dan berlatih, berlatih dan berlatih. Yoga ialah rutin. Jangan pula pektis yoga pastu cuti 2-3 bulan, pastu pektis kembali tanpa sebab yang munasabah.




Pienkcat in Camel pose

Ha, hari tu kami promised cikjah gambar monkey business kan, nah! bukan main bersemangat Pienkcat buat monkey bar. Tinggi betul monkey bar nie, depa ingat nie monkey bar kat London kar? Mat saleh memang lar tinggi-tinggi, nie kat Asia, kat Malaysia kot....haiiihh
Tapi, kami tetap bergaya ber-monkey bar. Ahaks!

Nak capai monkey bar kena qabat dulu...hahaa

Pienkcat in skip a bar monkey bar routine


Okay, beautiful monkey hanging there! hahaaa



Oct 10, 2015



Selamat Hari Sukan Negara cikjah!,

Asik makan dan berjalan sini sana jar, cikjah dah bersenam today? 

Whatt??

Sudah? that's good. Keep it up! [please spell in good english. Not bangla spelling]

Kalo yang blum, ketahui-lah that our body needs regular workout. Kesian kat badan kita, sudah lar berkhidmat seumur hidup, tapi kita buat tak kisah saja kat dia. Macam tak penting. Pastu ada hati buat-buat baik dengan badan sebab nak minta badan jadi kurus. Kita sogok badan dengan krim dan ubat kurus. Cisss! suatu penghinaan betul.

Wake up cikjah! Please contemplate workout routine into your lifestyle as it is equally important as healthy and balance eating.



Sedar tak sedar, dah sembilan tahun I've been working out at gym and it's officially a year of myself  practising yoga [and counting]. Walopun setahun jagung, but I am really proud of myself. Looking forward to improve day by day - inshaAllah. Generally, kami practise yoga 4-5 hours a week. 3 hours high intensity cardio cycling and 1-2 hours weight training.



My headstand pun semakin baik dan santek. Aiceh!

I learnt a few other variations of doing a headstand. Sangat mencabar, tapi as always, practise makes perfect.




My first trial and I did it! Yeyy!




...and gymnastic rings are my favourite! Terkini, I've conquered the monkey bar. Yeyy!
Cikjah perasan monkey bar kat belakang tu? Ahaa! I nailed that too. Nanti-nanti kalo ada photo kami share okay. Mesti amik punya for my personal collection. Usually kami suka amik video sebab from there kami bleh blajar di mana kesilapan kami dan cuba baiki.


Lepas berhempas pulas dok pulaih badan, kami belanja badan with a good spa. Owhhhh! splendid!


 Until then cikjah, happy workout dan Selamat Hari Sukan Negara - Jom lah bersukan!


Oct 8, 2015


Alorr..lorrrr....tomeii nyer dia tidoq tergolek....eeeiiii...geyam!
Mesti dah kenyang sebab tu tu tidoq tergolek tak sedaq diri.


Sedang  tidoq tergolek, tetiba datang kawan dia lari-lari pastu pijak badan pijak muka...hahaaaa
Tapi, tidoq tergolek tetap diteruskan. Amazing hamster!

This pictures were taken in a pet shop. Tengok-tengok cuci mata hiburkan hati jar lar sebab tak nak bela hamster - tak larat jaga...banyak beranak....hahaaa


Okay, saja kami nak share dengan cikjah kecomelan hamster tu. Citer sebenarnya kami nak sembang pasai makan. Huh?! makan? sedap nie...heheee

Macam mana projek bekaii cikjah? Walopun dah pernah tanya, tapi nak tanya juga sebab takmo lar jadi angat-angat pupu ayam. This project should not and will never stop for me. Kalo diizinkan masa dan kudrat, cuba lar projek bekaii. Memang berbaloi-baloii.

Hari tu kami pi servis kereta se-awal jam 8am, pun bawa bekai. Sambil menunggu kereta di-servis kami makan bekai sarapan yang kami bawa. Drink pun kami bawa cuma minta hot water jar dari pantry service center.


Keutamaan bekai sarapan kami  ialah makanan sihat. Kalo tak sihat, tak payah susah-susah bawa bekai, pi jar makan roti canai kat kedai yer dak?


Sedap, sihat dan mengenyangkan. 




Huwwa! set lengkap hidangan sarapan pagi dan tengahari di pejabat. Cayalah Pienkcat - hebat! heheee


Juga set lengkap hidangan tengahari di pejabat. Cer cikjah try broccoli cecah ayaq asam. Fuhh! yummm!




Huwwaaa! tringat kembali kepada hamster tomei tidoq tergolek di atas, my bekai hat nie reminds me macam hamster or rabbit plak, just green and an apple...hahaaa


 Okay, last....belanja cikjah kek pisang sket. Lately, kami suka sangat makan pisang berangan. Sedap giles! Kami beli sesikat dalam RM9. Banyak! sebab pakcik jual tu takmo potong pisang tu - jahat juga pakcik tu. Sudahnya, sebab sayang pisang dan taknak membazir,  kami buat kek pisang sebahagiannya. Boleh lar kongsi dengan jiran sket.



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"