.

.

May 26, 2015



What is cat grass?

Cat grass adalah rumput yang menjadi kegemaran sang kucing. Cat grass terdiri daripada pelbagai variati rumput. Antara yang paling femes dan sedap ialah cat grass dari biji gandum. Selalunya cat grass digunakan sebagai 'special treat' untuk kucing dan paling utama untuk menggembirakan perut kucing yang berdukacita [sakit peyutt].

Kucin demok kami sangat suka cat grass. Disebabkan kucin demok ini asal dari Malaysia, maka cat grass kegemaran beliau ialah SERAI! hahaaa,....Malaysia campur Siam kot.

Jenoh dah kami dok marah kucin demok, asal pegi kebun dapur jar terus berdiri tepi pasu pokok serai. Meragut daun serai macam kambing. Hinggakan tak sempat kluar pucuk baru...lama-lama pokok serai mati...adeh...

Alternatively, kami tanam cat grass istimewa untuk kucin demok dari biji benih padi. Haa! kita kan orang Malaysia....cat grass padi lebih patriotik bunyinya...hahaa


Nak tanam pokok padi nie mudah saja. Tabur biji padi dan pastikan tanah sentiasa lembab. Selepas dua minggu anak padi akan mula bercambah.


Apa lagi, suka lar kucin demok dapat cat grass setalam macam tu...




Tapi dari pemerhatian kami, cat grass dari biji gandum lebih sedap dan lembut sebab kucin demok kami bleh habiskan one small pot sekali hadap saja. 

Cat grass dari biji padi nie daunnya berstruktur lebih keras.


Paling awesome ialah lebihan cat grass tu kami biarkan ia besar. Hasilnya selepas tiga bulan ialah kami ada pokok padi yang berbuah di kebun dapur! Hoyyeee!! Nak tukar profession kar? Dari tukang kebun ke pesawah padi? Ahaks!





May 19, 2015


 My current obsession after high intensity powerful cycling RPM, TRX, classic Yoga and Aerial Yoga is Hanging Rings! owh yeahh!!!

Gymnastic rings or hanging rings or German rings training adalah salah salah satu rutin dalam sukan gimnastik. Ia adalah bodyweight strength training mengunakan gimnastic rings. Sungguhpun demikian, non-gymnast pun dah berpeluang untuk mencuba rutin ini dan ia adalah salah satu workout routine terbaik for upper body strength.

Selalunya orang lelaki memang suka lar rutin badan ketak macam nie sebab senaman ini sangat memerlukan kekuatan lengan dan teras badan [core] yang sangat hebat. Cer tengok abang yang dok buat tu...sumer tangan ketak jar macam ketam. Body shape pun macam logo superman. 

Sesungguhnya setiap kali berada di gym, kami sekadar memandang hanging rings ini dari jauh. Tak berani nak dekat pun sebab kami tahu kemampuan badan kami. Tak mungkin kami mampu melakukan apa-apa aksi menggunakannya. Lagipun, kat area situ penuh dengan abang badan ketak. Kalo kami buat tetiba terpeleot kan dah awww! dah lar badan tak ketak...rambut jar ketak...hahaaa

Namun, pada suatu pagi, kami telah memberanikan diri untuk mencuba menggunakan hanging rings. Kebetulan takdak orang. agaknya abang-abang badak ketak pun tidoq lagi kot.

Zasss! secara automatik I raised my legs up and inverted down. Fuhh! I can't believe myself. Tertejut!! Jadi aksi di dalam gambar di bawah ini adalah aksi sulung kami menggunakan hanging rings. Owh my! tak sia-sia dok pektis kat rumah using TRX strap.

Kebetulan, there was a personal trainer there so kami minta tolong dia amikkan gambar. Dia pun tertejutt sebab dia sendiri mengaku belum mampu buat aksi sedemikian. 
Hiapp! no cikjah...no....
Kami bukan eksen or show off. 

Sebenarnya tak sumer abang badan ketak mampu buat aksi dengan hanging rings. Ia tergantung pada kekuatan masing-masing. Sebagai contoh, kami mampu buat leg raise and inverted hang at hanging rings tapi kami tak mampu nak hangkat bar 15 kilo kot. Jadi ia tergantung kepada kekuatan badan masing-masing. Lagipun, kekuatan yang ada pada kami adalah hasil workout with TRX dan Yoga sahaja. Kami hardly buat weight lifting workout kecuali hangkat dumbbell 6-8 kilo jar...hahaa
Itu pun nasib baik selalu pektis hangkat beras 10kg.

Pienkcat in leg raise inverted hang pose

Apa-apa pun ini adalah pencapaian peribadi kami. Kini, setiap kali workout days, kami selitkan hanging rings training skali. Tak lama sekejap pun okay untuk membiasakan otot-otot badan dengan rutin sedemikian. Macam orang selalu cakap....practice make perfect. Ahaaa!


Cuma, hanging rings ini digantung terlalu tinggi bagi ketinggian badan kami. Agak sukar untuk kami buat hanging shoulder stand or headstand hold. Kena kumpul kekuatan yang lebih lagi. Pektis...pektiss...pektisss

Pienkcat in action -  'half tuck skin the cat'

Rutin paling kami suka ialah 'skin the cat'
Antara tips yang sangat membantu to perform this workout excellently ialah  always relax, engage the core and focus.

Pienkcat in action -  'half piked skin the cat'

Sunggguh pun demikian, kami masih lagi newbie. Sedang belajar dan akan sentiasa belajar. Sumer rutin yang kami buat kami belajar sendiri melalui bahan bacaan, pemerhatian dan youtube. Dah belajar, jangan lupa pektis okay. Pektis pun kami buat sendiri saja. Paling penting utamakan keselamatan dan ikut kemampuan diri. Satu lagi tak sumer video kat youtube tu bagus jadi gunakan pertimbangan wajar untuk buat tapisan dan penilaian.


Seminggu sekali sambil-sambil workout aerial yoga, kami juga sedang cuba-cuba dengan rutin pole dancing. Ahaks!





It's super hard but super good for core and arms strength. Namun, stakat ini kami tak bercadang untuk amik kelas atau sebagainya. Saja suka-suka. Panjat tiang tu boleh cuma kami teringin nak buat human flag or sideways pole hang. InshaAllah kami akan cuba one day! Sekarang macam tak boleh jar...berat montott...Ahaks!


Fasting month is coming soon. Sebulan jar lagi. Nampak gayanya kami akan bercuti rehat dari workout at gym seketika. Tumpuan sepenuhnya pada Ramadhan Al-Mubarak terutamanya nak pi solat terawikh kat surau...inshaAllah.

Mungkin workout ringan-ringan saja kat rumah most likely practising the yoga routines to maintain the muscles.



 Happy workout cikjah!


May 11, 2015


It was a beautiful weekend. I had a fantabulous shopping day at JPO. Woohooo!
Seawal jam 8.15am kami dah sampai di Skypark Airport. Tak perlu kalut-kalut nak check in or drop baggage sebab kami dah buat web checked-in and I didn't carry any baggage. Kami terus ke boarding hall dan menunggu pesawat kami yang akan berlepas pada jam 9am.

Cuaca sepanjang 60 minit perjalanan dari Subang ke Johor Bahru sangat indah. Ketika menghampiri ruang udara negeri Johor, hampir semua sudut pandangan dipenuhi awan putih yang berkepul-kepul cantik di ruang langit hingga terlindung pandangan bumi di bawah sana. SubhanaAllah.


Sekali lagi kami mengalami pengalaman menarik di dalam pesawat. My seat as usual was a window seat. The passenger sitting next to me was a bangla guy. Owhhhh my......
He looks clean, decent and nasib baik takdak bau keti...hahaa. Adalah kelemahan kami sebab terlalu mudah kesian kat orang. So, my first impression was he is a nice guy. Aiceh!
But he has a little problem - every minutes tak bleh duduk diam. Asik nak bergerak jar. Rimass plak ahkak. Lepas tu suka dok hela nafas kuat-kuat and menguap brapa ratus kali. Uwek! Kalo dia tahap batuk melampau memang kami minta tukar seat.

Matahari yang baru bangun pagi mula memancarkan sinarannya. Terang panas bercahaya menyusuk ke tingkap pesawat. Kami turunkan window shade separuh.
Tiba-tiba....tangan bangla tu zuppp! lalu depa idung kami dan hangkat the window shade. Cisss bedebah! Biadap ko bangla! Apa lagi, kami pun terus bagi pandangan maut kat dia for 2 minutes macam tu. Nak sound sah-sah dia tak faham. Cakap melayu out, cakap omputih pun out. Lepas tu ahkak tarik window shade turun sampai abes. Padan muka! hahaaa

Tepat jan 10am, kami tiba di Senai International Airport. Kami berjalan pantas memasuki balai ketibaan dengan harapan sempat untuk menaikki bas percuma yang disediakan oleh Causeway Link dari Senai airport ke JPO pada jam 10am.

Arghhh....I was too late by 7 minutes! Tak sempat kami nak naik bas percuma tu. Kalo lah kapten flight tadi tekan minyak laju sket, mesti kami sampai sebelum pukul 10am kan....Ahaks!

Next bus scheduled at 1pm. Aiyoo! Takkan nak tunggu melepek kat airport kan. Masa itu emas okay...hahaaa
Kami pun naik airport taxi ke JPO dengan bayaran RM33/sehala. Mahaii sehh...Jaraknya cuma sepelaung 10 minit perjalanan. Tapi nak buat macam mana...kapten takmo tekan minyak lebih sket.

So, next time kalo cikjah nak pi JPO, make sure flight touch down before 10am. Kami dah penah naik bas tu dari Senai airport to JPO last year, memang sangat mudah dan murah! Masa tu masih dikenakan tambang. RM1.60 ja. Tapi sekarang dah PERCUMA dan pastikan cikjah dapatkan tiket di kaunter bas Causeway Link sebelum menaikki bas.


Kami tiba di JPO pada jam 10.40am. Keadaan masih sunyi dan tenang. The time was perfect. Memang hajat kami to fly from KL to JB in the morning, pegi JPO untuk sopping dan pulang semula ke KL pada sebelah petang. Mental dan fizikal sudah siap siaga. Get set, ready, GO!

Orang ramai termasuk pelancong dan orang tempatan mula membanjiri JPO sekitar jam 12noon. Keadaan semakin meriah menjelang pukul 3pm. Sedar tak sedar sudah 5 jam kami keluar masuk kedai dan masih blum lunch. Huh! Walopun cuma breakfast 2 keping biskut atas flight tadi, tak terasa lapar pulak walopun dah pukul 3pm. Kenyang sopping! hahaaa

Tapi kami berpendapat, break sekejaplah untuk makan tambah energy supaya lebih bertenaga untuk sopping lagi! heheee


One of my things to buy di JPO ialah seluar jeans. Sesuatu yang luar biasa bagi kami sebab kami tak minat sopping seluar. Malas nak try dan kami perlukan mood untuk sopping seluar sebab it is really time consuming dan leceh. Tapi di JPO nie kami sangat bersemangat. Kluar masuk kedai try jeans. GAP, Armani, Padini, Calvin Klein, Levi's. Senak juga lah dok buka pakai dalam fitting rooms tu. Dah jumpa awesome jeans kat GAP and Armani....jatuh cinta pandang pertama. Memang it fits all my requirements. Skinny cutting yang sexy, warna biru yang sexy, perfect cropped length yang sexy tak perlu alter, tapi tak muat! huwwwaaaa!!!!!!!!! Menangis golek-golek atas lantai! 

Almost all shops jual jeans size 24 to 25. Kalo ada saiz 26 mostly low rise cut. Saiz 27 ibarat 1 dalam 20 gitu...hahaa

It was unbelievable that I fit in jeans size 26! Owh my!! Last time I checked it was 28! However I don't really like jeans with low rise cut. Rasa kurang selesa sebab montot asik nak terkluar jar...hahaa Memang teriak. Tidur mandi makan terbayang Armani jeans..........................and the price is to die for. 60-70% discount.

Untuk makluman cikjah, kat shopping outlet memang takdak full range of products. Selalunya sama ada saiz paling kecil atau paling besar. Maklumlah, depa jual pun dengan harga murah diskon berpuluh-puluh percent kan.

Namun begitu, kami tetap tak putus asa. Lepas lunch kami sambung shopping for another 1 hour and I found a pair of good jeans at Levi's. The last and only size 26 with high rise cut. Pheww! Lucky me.
Namun begitu, Armani jeans tetap di hati....Ahaks!

Pengalaman shopping di JPO kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu. Barangan jualannya lebih semenggah dan menarik. The Bath & Body Works is opening their outlet there soon.


Alhamdulillah happy!, hajat nak beli Lancome skincare tercapai sebab ada stok. MAC takdak stok dan Channel perfume memang takdak. Kalo cikjah peminat beg tangan, memang juling mata. Puas kami mengawal nafsu dari terjebak membeli beg tangan. It was a mental torturing!

Untuk pulang ke Senai Airport dari JPO, cikjah boleh ambil bas percuma pada pukul 3.30pm Namun, kami blum habis shopping...hahahaa. Next bus is at 6.35pm, terlalu lewat dan memang tak sempat nak catch my return flight.

Kami kembali ke Senai airport dengan teksi pada jam 4.30pm. Harga teksi adalah mengikut penggunaan meter dan ditambah airport surcharge sebanyak RM12. Ting tong ting tong harganya sama jugak RM33....they are so smart. RM66 untuk dua hala teksi dari Senai airport ke JPO tu memang agak melampau mahai. 


Pukul 5pm kami sudah sedia menanti di dalam boarding hall untuk flight pukul 6.10pm ke Kuala Lumpur. 6 jam shopping di JPO sungguh tak terasa. Begitu pantas masa berlalu. Sepatutnya kami pulang dengan flight pukul 7.50pm tapi biasa lah airlines nie...suka-suka re-time their flight lepas kita beli tiket. Pulun kami planned dan bajet time yang sangat perfect waktu beli tiket tetiba depa re-timed. It is between 6.10pm and 9.30pm flight. Lewat sangat 9.30pm tu.



Perkara utama jika nak shopping di JPO macam kami ialah jangan lupa bawa shopping bag. Memang kami bawa shopping bag untuk isi barang belian, tapi terjumpa fabric bag di Cotton On yang sangat murah. RM6 for that purle pink flower bag. Dirt cheap! Sumer barang belian masuk beg dan siap sedia untuk on-board flight.


Pegi shopping naik flight balik hari....wahhh! Ini bukan kerja gila tapi kerja gigih! hahaaa
It was a brilliant plan. A day shopping trip to JPO from KL. Sangat puas hati. Be back soon JPO! Errrr....inshaAllah sebab Mitsui Outlet Park KLIA is opening by end of this May 2015.

Happy shopping girls!



May 6, 2015


Sekejap saja dah bulan May kan, begitu pantas masa berlalu. Debuk debakk dah nak setengah tahun, Macam mana tahap kecergasan cikjah? Semakin baik? Ada peningkatan atau masih belum ambil apa-apa tindakan? 

Jika ada perubahan yang baik dan positif, Alhamdulillah. Kami doakan kita sama-sama terus menjaga dan punya rasa tanggungjawab ke atas penjagaan kesihatan badan kita sendiri. Tapi awas cikjah, jangan sehingga keterlaluan and overdo. Ikut kemampuan diri sendiri. Setiap manusia dijadikan berbeza dan unik. Even in practicing my daily yoga routines [yang baru setahun jagung], ada kalanya tahap fleksibiliti kami berbeza-beza. Hari ini mungkin sangat flexible, esok mungkin kurang sedikit. lusa mungkin sangat sangat flexible. Jadi, buat ikut kemampuan and be nice to yourself.



Oppocot! Jangan tertejut cikjah! Ini bukan photoshop...hahaaa

Pienkcat is inverting upside down using the TRX strap. It is an absolute core training.
Amaran: Jangan tiru aksi ini tanpa latihan, satgi tergeliat urat sapa nak kupas bawang? Ahaks!


Step by step before the hanging back flip 
This is truly my personal achievement walopun urat dan badan dah keras macam kayu. It is a hanging back flip with the inverted upside down in the middle of the routine. Actually, ini kami gabungkan teknik TRX dan Aerial Yoga di dalam satu rutin. Memang mengimbas kenangan waktu kecik di kampung dulu. Macam nie lar kami dok buat kat pokok pelam depan rumah. Cuma bezanya without any tools. Pssttt! waktu tu berat badan cuma 35kilo...Ahaks! Just using my own bare hands dengan pakai sekirt kembang paras lutut dok buat hanging back flip from the mango tree...memang keterlaluan....but it was fun and I nailed it!

Sekarang, berat pun dah bertambah lagi 14kilo, urat pun dah keras. Jadi kena pektis lebih sket supaya maju jaya...hahaa

Kami doakan cikjah juga turut maju jaya. Happy workout!




May 5, 2015


Cikjah busy or lazy?
Haa! kami ada satu jalan penyelesaian. Memang terbaik dan sangat berguna.
Kalo cikjah rasa malas nak masak apatah lagi malas nak kluar rumah atau peti ais kosong? Apa kata cikjah order makanan and get them deliver sampai depan pintu rumah cikjah. Best? Mesti lar best, cikjah cuma bayar jar...heheee

Tapi kalo cikjah rajin, tak payah lar pusin-pusin. Masak sendiri lebih afdal.

Kami nak kongsi dengan cikjah, kami order food online via Foodpanda. Mudah sangat. Cikjah cuma select kawasan mana cikjah berada dan akan keluar senarai restoren yang berdekatan. Pilih menu dan order. Bleh bayar online atau cash upon delivery. Minuman order adalah RM15 dan caj penghantaran ialah RM4 dan kadang-kadang ada promo free delivery untuk selected restaurants. Tempoh penghantaran juga dinyatakan sewaktu pesanan dibuat agar cikjah tidak tertunggu-tunggu...Ahaks!


Sebab kami malas nak kluar rumah dan agak malas nak masak, maka kami oder jar dari Tony Roma's. Tepat 1 jam kemudian abang delivery naik moto sampai depan rumah...Pin! Pinn!!

Tips kami untuk cikjah: Pilihlah menu yang tak akan kembang/soggy sewaktu dalam tempoh penghantaran. Contohnya, spaghetti yang dah digaul dengan tomato sauce atau apa jua sos kalo berada dalam tempoh lebih dari 30 minit mungkin tak sedap dah kot. Jadi, gunakan pertimbangan wajar okay.

Beef burger served with  colesaw

Food packaging adalah bergantung kepada restaurant yang cikjah order. Macam Tony Roma's nie memang stylo abes.

Don't forget the green! Chicken grilled salad


Taraa!! Kalo kami nak kluar pi makan kat restaurant, nak kena siap segak-segak, cari parking, bayar parking, minyak, tol dan hangat cuaca lagi. Order online, kami bleh makan kat taman sari pakai kain batik dan t-shirt pagoda jar...Aiceh! Kalo kakyam mungkin pakai baju kelawar kot...hahaaa

Kalo mak mentua nak mai terkejut tergempak pun cikjah bleh order kat Foodpanda pastu letak dalam pinggan cantik-cantik kat atas meja makan. Mak mentua mesti kagum....hahaaaaa

Namun, ini adalah pilihan. Jangan lar hari-hari pun pilih order online pulak. Sesungguhnya air tangan cikjah itu lebih sedap dari segalanya.



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"