.

.

Dec 26, 2013


Wah! santek kasut Santa gegerl...
Hiap!! mau terbenam dalam salji kalo Santa pakai kasut nie....heheee


Shangri-La KL's 2013 Christmas tree.


Sempena festive season, Shang is having Christmas Afternoon Tea. Siap ada Foie Grass and Caviar! It sounds delicious huh?!


But I wasn't here for afternoon tea though. Tak rasa plak seperti nak afternoon tea. Felt like I wanna eat something else at lounge area sambil dihiburkan dengan petikan piano uncle comei.


Here we go! A grilled chicken with sauteed mushroom. Super delicious!


 What a lame choice! A bolognese pasta? Eeuwww! Tak shedap okey....mehhh...


Okay, nak sambung keja deliver present dalam stokin...daaaa!


Dec 20, 2013


Yippiee! Head over heels. Banyak buku baru in my collection. Tak sabar nak baca!
All these are books purchased kat book fair Serigala Jahat hari tu. Suka!



Walopun dah banyak buku resepi, tapi suka untuk beli lagi...hahaa


Tak tahan tengok buku kanak-kanak yang sangat comel.


Buku ini pada kami sangat cute. Tajuknya saja sudah mencuit hati. Ceritanya juga lucu. Guess how much? RM3 jar cikjah! Wowww!!!

Kami beli untuk hadiahkan kepada niece kami yang berumur 8 tahun. Dalam buku ini terdapat 6 cerpen menarik. Watak utama ialah Amni, seorang kanak-kanak yang boleh bercakap dengan binatang....heheee...comel kan. Kami baca sket pun dah ketawa sorang-sorang....hahaa


Can't resist the  hard cover books. Bukan saja kulit dan helaian muka surat berkualiti, malah lukisan di dalamnya pun cantik-cantik belaka.



Erkk! This is not for me though...heheee.
Kami sangat jarang baca novel Bahasa Malaysia. Last skali kami baca ialah masa Form 3, novel "Aku Budak Setan".  Cukuplah. Itu pun buku pinjam kat kawan. Kami tak minat citer jiwang lentuk-lentuk. Buku nie kami beli untuk niece kami yang tengah tunggu result SPM - buat isi masa senggang.



I bought this special for Christmas present to the little angel.


Hope she loves it!



Lukisan dalam buku nie sangat amazing!





Arghhhh!! Comel tak? Hardcover book yang sangat cantik bila disusun atas book shelves.




Beli nie sebab ada word "Bali". My favourite holiday destination.



Kamus yang penuh ilmu dan pocket size just RM5. Kalo ada anak murid, kami beli selori!...heheee





Dec 13, 2013


Sebolehnya kami akan sentiasa pastikan di rumah kami sentiasa ada buah-buahan. Tak kisahlah buah tempatan ataupun luar negeri. Tapi selalunya, buahan luar negeri lah yang mudah didapati setiap masa dan tahan lama berbanding buahan tempatan. Kalo stakat epal dan orange sunkist tu, bleh tahan hingga sebulan kalo disimpan di dalam peti ais.

Tapi masalahnya kami nie, bila takdak buah, mesti nak makan buah, bila dah ada buah, tak termakan-makan....hahaaa
Cikjah pun sama? Aha!! samalah kita...heheee

Bila makan orange sunkist slalu kami terpikir apa nak buat dengan kulit-nya yang sangat wangi tu...macam sayang jar nak buang sebab wangi sangat. Kalo nak simpan kena di tempat bercahaya matahari ataupun dikeringkan betul-betul or else nanti kulit orange tumbuh kulat kerana kulit orange mengandungi tahap kelembapan yang tinggi. Bila dah tumbuh kulat, mula lar macam-macam hewan serangga dan bau muncul.

Kalo cikjah rajin, kulit orange boleh dijadikan manisan. Bagaimana? Senang saja!

Bahan:
Untuk 2 biji kulit orange

Kulit orange sunkist
200g gula
500ml air [bahagi 2 bahagian]

Cara:


1. Ambil kulit luar sahaja. Buang isi putih kerana rasanya pahit. Lebih mudah jika gunakan peeler atau potong seperti gambar di atas.


Isi putih tidak boleh digunakan.


2. Masak 250ml air hingga mendidih. Masukkan kulit limau dan masak selama 10 minit dan tos.


Didihan kali pertama ialah untuk membuang rasa pahit atau pedaq kulit limau.

3. Masak 250ml air dan 200g gula hingga mendidih. Masukkan kulit limau dan masak hingga kuantiti air gula tinggal separuh. Jangan kacau bahan di dalam periuk. Kemudian tos.



 4. Di dalam pinggan/tray, tuang gula pasir. Lumurkan kulit orange dengan gula secukupnya.


5. Biarkan kulit orange di atas parchment paper sehingga kering. Semalaman jugak lar nak tunggu kering. Sedia dinikmati.

Kulit orange ini rasanya manis dan sangat wangi. Selain dijadikan kudap, ia juga boleh di jadikan ramuan di dalam cake atau masakan.



Dec 10, 2013


Update citer pokok bunga pukul empat [petang kot bukan pagi...hahaa].

Alhamdulillah. Pokok bunga pukul empat tumbuh dan berbunga dengan jayanya. Proses tumbesaran tak lama. Cuma 2 bulan saja dari semaian biji benih hinggalah penghasilan bunga. Paling penting, tiada serangan penyakit. Tiada tanda-tanda pokok ini diminati oleh serangga dan haiwan tetangga.


Penat tukang kebun tunggu untuk dapat lihat bunga-nya kembang mekar. Untuk makluman cikjah, bunga ini tak kembang mekar pada waktu pagi okay. Ada sebab mengapa ia diberi nama bunga pukul empat.

Hahh! Ini kerana, bunga ini hanya kembang sekitar jam 3-4 petang. Berbeza dari kebiasaan tumbuhan berbunga lain yang lazimnya kembang mekar di waktu pagi. Hasilnya, tukang kebun hanya dapat lihat bunga nie kembang di hujung minggu saja, itu pun jika ada kudup bunga. Jika on weekdays mana bisa sebab kluar keja bulan, balik kerja pun bulan...heheee


Bunga yang kembang juga tidak lama, menjelang senja dah kuncup semula. Tidak pasti sekuntum bunga kekal segar selama brapa hari. Mungkin maksimum pun 2-3 hari sahaja.


Paling tukang kebun teruja ialah pokok induk dah mengeluarkan biji benih. Yeyy!!
Walopun cuma sebiji, tetap tukang kebun happy.


 Bijinya hitam dan kelihatan seperti biji lada hitam.


Tukang kebun dengan tidak sabarnya telah menyemai biji benih sulung dari pokok induk sulung ini. Smoga ia tumbuh gembira seperti ibunya...heheee



Dec 9, 2013


Yeyy!!!

The world's biggest book sale is here again! Cepat pegi cikjah, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 3 million books waiting for cikjah to take them home. Paling best, cikjah boleh pegi at anytime sebab it is open 24 hours from 6th - 15th Dec 2013 at MIECC at the Mines.


I went there on 7th Dec, Saturday. After watching action-packed movie 'Home Front' latest by Jason Statham yang macho dan sangat meletop serta turun naik mall ber-sopping ujung tahun sakan [uishhh! best! banyak sale!], kami terus heading ke The Mines at 11pm. Maklumlah, nak balik rumah macam awal lagi...Ahaks! Tapi untuk rekod cikjah, kami sangat jarang berjimba di luar sana till late night okay...takut balik lambat nanti antu geget...Erkk!

Rupanya! pukul 11pm tu, berderet keta dok Q atas jalan nak masuk simpang The Mines. Memang tahap kritikal lah tapi kami tetap sabar dalam iman...hehee

Parking is easily available at Basement of MIECC. The rate is RM3/entry. Mesti tokey parking untung berkepuk-kepuk sepanjang event nie. Memang mahai lar parking rate nie sebab dah tengah malam kot tapi apa-apa pun untuk keselamatan dan keselesaan, parkinglah di tempat yang sepatutnya. Jangan sebab nak jimat RM3, lain pula yang jadi.

Sebaik saja kluar dari kereta kat Basement, semerbak bau buku menusuk idung. Bau buku memang best! Macam masuk bank bau duit...hahaaa


Sampai dalam dewan, OooOooolalaaa!!!
Lautan manusia macam pukul 11 pagi walhal tatkala itu sudah pun pukul 11pm lebih dan hampir mencecah midnight. Penuh dan ramai sangat.

Pelbagai ragam. Ada yang tarik troli, ada yang menyandang beg galas belakang, ada yang sangkut beg kat bahu, ada yang pegang kotak, ada yang guna keta sorong anak dan ada yang tarik beg troli ala stewerdess kat airport.

Untuk makluman cikjah, kotak kosong boleh didapati secara percuma di sudut pintu masuk. Adalah langkah bijak jika cikjah berkunjung ke sini membawa beg troli atau troli pegi pasar. Lebih mudah nak isi dan tarik buku ke sana sini. Dewan jualan sangat luas dan banyak seksyen yang mesti cikjah excited nak pegi!

Juga terdapat ramai parents yang bawa baby samada dukung atau dalam stroller. Baby sekecil 2-3 bulan pun mak ayah hangkut sekali. Kanak-kanak pun ramai. Segar biji mata plak tu walopun dah pukul 1, 2 pagi.


Lautan manusia sekitar jam 1.30pagi. Masih aktif dan bertenaga.


Sedar tak sedar, kami berada di sini hampir 5 jam! Dari pukul 11 malam hinggalah 4 pagi!
Uiishhh!!! Sebenarnya kami sanggup tunggu sampai subuh tapi badan kami dah penat sebab kami beraktiviti dari siang hari. Badan masih cergas cuma pikiran dan minda dah tak boleh fokus. Kalo dah tak leh fokus, sukar untuk kami memilih buku....bila dah sukar memilih, sat gi abes kami amik sumer buku sebab malas nak pikiaq...hahaaa


Selain super super super cheap, buku-buku yang dijual sumernya berkualiti dan cantik-cantik belaka gambarnya. Sumer best!

Kalo cikjah tak minat membaca, pupuklah anak-anak cikjah agar minat membaca. Jangan pupuk minat main online game kat ipad saja hinggakan sanggup beli dan hadiah kan anak-anak ipad beribu. Buku RM10 jer pun kan.....Dang!

Purata harga jualan buku-buku di sini ialah serendah RM1 hingga RM25. Paling mahal kami jumpa RM50, an executive edition of World Atlas. Memang kayak executive. Kalo normal price maybe rm200 ke atas kot.

Buku kanak-kanak pun sangat best. Teruja kami hinggakan 40% porsi belian kami adalah buku kanak-kanak...hehee

Buku-buku ini sesuai dijadikan hadiah harijadi, hadiah cemerlang, hadiah berkelakuan baik ataupun hadiah Christmas.


Yeyy! Hasil belian kami. 28 number of books that cost me RM218. Ada macam-macam. Ada about travel, pets, cooking, design and deco, activities, kid's book and of course my most fav item; english novels. Hoorey! Resit simpan for income tax filing...hehee


Hats off to the organizer on their efficiency through out the event. Maybe sebab depa slalu buat jadi lama-lama dah cekap.

Kalo box atau beg cikjah dah penuh, cikjah boleh simpan dulu kat storage area then sambung 'browsing' lagi. Bila cikjah dah selesai, sila collect box atau beg dan beralih ke 'book sorting area'. Di sini, cikjah boleh sort buku-buku yang dipilih. Maklumlah tadi waktu memilih bertemankan nafsu...main amik saja kan....so, kat sini cikjah bleh buat final sorting. Mana buku yang taknak beli, himpunkan satu tempat di area sini.

Selesa untuk cikjah dan senang untuk organizer collect those unwanted books. Tak perlulah depa round keliling untuk kutip. And please be nice cikjah, kalo tak nak beli buku, jangan rosakkan atau campak baling buku tu sesuka hati. Buku kandungan-nya ilmu, jika dicampak, dipijak atau dilangkah sekalipun, adalah tidak baik. Ingat cikjah, kita orangnya berbudi bahasa, tertib dan bersopan santun. Tring!

Bila dah selesai sorting, silalah Q di kaunter bayaran. Boleh pilih samada nak bayar cash atau credit card.

Selain itu, terdapat banyak kiosk kecil menjual makanan dan minuman dan mereka ini beroperasi hampir 24 jam di ruang atas dewan jualan. Tersedia dewan besar untuk cikjah duduk makan dan minum dengan selesa. Juga terdapat DJ on duty jika cikjah nak buat Public Annoucement cari suami hilang dalam lautan buku....hahaaa

Happy book shopping dan bacalah buku walo di mana anda berada. Cheers!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"