.

.

Nov 18, 2013


Al-kesah, kami dan kawan-kawan riang telah merancang a BBQ gathering di tepi pantai. 
Wahhh!!! sedap nie bakar-bakar ayam, daging, sotong, udang, kerang....Gulp! 

Kalo ada gathering atau makan-makan, kami suka bawa makanan buat tambah-tambah menu walopun ini bukan potluck gathering. Pulun kami dok pikiaq apa kami nak bawa. Makanan yang sesuai dengan tema BBQ. 

Pikiaq punya pikiaq...Haa!! time nie lar kami nak promote healthy and balance eating.  Selalunya kalo during BBQ cikjah mesti banyak makan daging dan seafood kan. Jadi, untuk menghindarkan rasa bersalah sebab makan [kolestrol dan lemak] berlebihan, rancang hidangan seimbang dan sihat...Aiceh!



Maka, kami decided untuk buat dan bawa Chickpeas Salad dan Hummus served with vegetables.


Kami pun soppin salad satu bag!

Cikjah pernah dengar Hummus? Ia adalah sejenis starter menu Arab. Lepas nie, cikjah dah tak payah pi restaurant Arab kalo nak makan Hummus. Let's making Hummus in your very own kitchen. It's amazingly healthy, easy and delicious recipe. Jom!

Selalunya Hummus disediakan menggunakan food processor kerana ia lebih mudah. Namun, menyediakan Hummus menggunakan blender bukanlah mustahil. I made mine with blender. 
Jika menggunakan blender, adjust/masukkan air sedikit demi sedikit hingga blender dapat berputar. Boleh juga tambah olive oil jika suka. Hummus adalah sejenis hidangan berstruktur pekat.
 



Ingredients:
[Ini adalah anggaran sukatan. Cikjah bleh adjust kuantiti bahan mengikut citarasa sendiri]

5 cups kacang kuda [rendam semalaman dan rebus hingga empuk]
2-3 tbsp tahini paste
2 ulas bawang putih [tumbuk/sagat halus]
Lemon juice from 2 lemon [terpulang pada citarasa]
Minyak zaitun
Air masak/mineral [optional]
Garam





What is Tahini paste anyway? Ahaa! Tahini adalah sejenis paste yang diperbuat daripada biji bijan. Jangan risau sebab mungkin susah nak jumpa Tahini paste di Malaysia...so, kita buat Tahini paste sendiri. Tring!

Cara membuat Tahini paste:


Toast biji bijan di dalam oven atau di dalam frying pan [tanpa minyak] selama 8-10 minit. Biji bijan haruslah berwarna kuning muda. Jangan sampai hitam.

Kemudian, kisar biji bijan bersama sedikit olive oil/vege oil di dalam food processor/dry blender selama 1-2 minit sehingga ia menjadi paste. Tahini paste siap dan sedia diguna.




Cara:

1. Masukkan kacang kuda, tahini paste, lemon juice, bawang putih, olive oil, garam [dan sedikit air jika menggunakan blender] ke dalam food processor/blender. Kisar hingga ia menjadi halus dan paste pekat. Jika paste terlalu pekat, adjust/tambah olive oil [atau  air jika menggunakan blender. Boleh juga tambah olive oil jika suka].

Adjust rasa hummus dengan menambah garam atau lemon juice hingga mencapai tahap yang digemari. 


Hidangkan hummus di dalam mangkuk. Tuangkan olive oil, sprinkle sedikit serbuk paprika dan Italian Parsley sebagai hiasan. Siap!



Hummus enak dinikmati bersama roti pita, sayuran/salad dan juga di dalam sandwich. Hummus mestilah di simpan di dalam peti sejuk dan secara asas, ia boleh tahan sehingga 4-5 hari.



Antara salad/letucce pilihan kami untuk dimakan bersama Hummus ialah helaian pucuk Yaw Mak Tam.



Helaian luar Yaw Mak Tam kami gunakan untuk chickpeas salad.

Personally, kami sangat gembira dan teruja sebab salad dan hummus kami mendapat sambutan hangat hingga habes! Hasrat hati kami untuk promote balance and healthy eating while BBQ-ing sangat sangat menjadi. Yippiee!!! Rata-rata kawan-kawan kami yang baru pertama kali makan Hummus sangat menggemarinya. Paling teruja, mana yang tak makan sayur pun makan sayur! Yeyyy!!!



Bersemangat cikjah di dapur. Kami siap bawa bowls and plates sendiri supaya kualiti presentasi terpelihara...hehee



Keterujaan kami melompat setahap lebih tinggi bila we all bagi sket makanan pada malam tu kepada Mr Admin of the bungalow yang we all stay. He is foreigner. Tak taw nak cakap bangsa apa [takkan nak tanya kot kan]. Nampak macam arab, tapi sket-sket ada iras bangladesh..hahaa. Tapi all conversation was in English. 

The next morning bila kawan kami pi request late check out, terus Mr Admin cakap Hummus tu sedap. Dia kata jarang orang Malaysia nak buat Hummus. Wah!! kembang...heheee

Later, bila kawan kami pi check out, lagi skali Mr Admin tanya sapa nama yang buat Hummus tu?
Aww!!
Mueheheee...




Banyak makan daging pun tak rasa bersalah sebab diseimbangi dengan sayuran segar dan sihat. Aiceh!

Menu BBQ super-lazat!









Tengah-tengah dok buat api BBQ tu kan...tetiba datang stray cat comel. Nyanyi meow-meoww macam kat dalam redbox...hahaaa. Kesian plak kat kucin nie... kami pun bagi lar dia makan bekal whiskas pouch yang sentiasa ada dalam keta kami tu.




Sekejap jar cik kucin makan. Habis licin. Lepas tu cik kucin pun sambung jalan-jalan lagi...bye cik kucen!



Okay bye! kami nak pi beach...


Nov 14, 2013


Ini adalah antara masakan kegemaran kami masa kecik. Kami suka sebab aroma wangi yang terhasil dari gabungan bawang, cili kering dan belacan apabila ditumbuk bersama. Memang membuka selera. Cara penyediaan pun mudah.

Personally, kami rasa ini adalah labu masak lemak cili padi versi Kedah. Orang Kedah memang jarang masak atau makan masak lemak cili padi sebab orang Kedah makan gulai! hahaaa.
Hence, orang Kedah telah meng-olah sedikit resepi ini  mengikut citarasa setempat. Untuk resepi ini, cili kering digunakan bagi menggantikan cili padi segar. Even, di setengah kawasan di Kedah, sambal belacan pun ada yang buat guna cili kering. Tererr kan? hehee

Bahan: 

1/4 labu
5-6 tangkai cili kering -buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
Sedikit kunyit segar
Sedikit belacan
Sedikit udang kering -rendam
Santan
Garam
Gula


Cara:

1) Tumbuk cili kering, bawang, udang kering dan belacan hingga lumat.
2) Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama labu dan sedikit santan. Renehkan hingga labu separuh empuk. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3) Masukkan baki santan dan siap bila labu sudah empuk.


Mudah kan? Tapi memang sedap.

Selingan


These are fried Mullet fish atau pun Ikan Belanak.
Orang kata ikan nie sedap. Isinya lemak dan manis.... Erkkk! tapi kami tak rasa kami suka ikan nie. Dia ada rasa macam ikan sungai sket walopun ikan ini adalah ikan laut. Ikan belanak [bukan belacak okay! hahaa] adalah ikan yang suka bermain di pinggir pantai dan banyak sisik. First time kami siang ikan Belanak dan baru taw betapa kepala ikan ini sangat keras. Sorry...kami bukan fan of ikan belanak...Ahaks! Kami makan sket, the rest kami derma kepada encik kucing lorong blakang rumah. Gembira lar encik kucing lompat-lompat!


Ini pula mengikut kakak yang menjual adalah Ikan Kekek kering. Tak ada bau atau apa-apa rasa. Sedap dan ranggup krup-krup! Untuk lebih rasa mengancam kami hidangkan bersama cili padi kering goreng. Gulp!


Gulai ketam dan nenas....owh tidak!!!
Al-kesah walopun dah malam, kami tetap dok tumis gulai [gulai di hatiku] ...hahaa


This express vege menu memang tak pernah fail!
Kalo kami takdak stok sayur dalam fridge, kami akan tumis sayur nie. Mengancam dan lazat!
Kentang + kobis tumis cilipadi, bawang dengan secubit belacan ...fuhh!!! terangkat abaq mai...hehee

Banyak makan jangan lupa senaman okay! Tringg!!



Nov 12, 2013


Cik Rosa sedang kembang di laman.
Kami telah selangkah lebih maju. Kami kini mempunyai 2 pots of roses...yey!
I bought the second pot about 3 months ago. RM15 jar kat nursery. Kami beli sebab santek dan murah. Ingat main-main jar, tapi sehingga sekarang cik rosa dok bunga tak berenti cuma saiz bunga agak kecil. Kat nursery saiz bunga besar pinggan, balik mai rumah jadi besaq cawan saja...hahaaa. Kurang vitamin agaknya. Maklumlah, kami letak baja hijau dan merah jar takder baja spesel untuk rosa. 


Tapi sayang sebab sekarang nie musim hujan, so almost everyday cik rosa ditimpa hujan, bunga tak tahan lama sangat dan nak kembang pun malu-malu...Awww!



Ini gambar cik rosa tengah kembang sebulan yang lalu. Cuaca panas elok jadi bunganya pun santek. Struktur bunga juga berbeza.




Alhamdulillah...okay lar tu kan...at least cik rosa mau berbunga jugak. Kalo cik rosa merajuk, tak mo bunga daun pun kunin? Teriak lar kami....huhuu


Remember kami citer pasal anak benih pokok bendi? Haa! pokok bendi dah selamat pindah rumah baru.


Harap cik bendi gembira dengan rumah dan kawan baru. Cepat tumbuh dan keluar buah yer cik bendi. Kami nak masak gulai nie....Ahaks!



Nov 11, 2013


La..lala.lalalaaa
Cikjah dah workout hari nie? Best kan bila dapat kluarkan peluh di badan. Rasa segar dan bertenaga. Memang pada mulanya malas sangat nak start, tapi once dah start, Phew! rasa berkobar-kobar dan bersemangat!
Lagi teruja bila pi gym during happy hours. Happy hours nie beda sket sebab takdak orang ...yeehaaa best!!



Gym kosong! Memang best kalo dapat workout at gym on weekdays morning. Maklumlah orang sumer pi kerja, kami saja yang bersemangat waja. Tapi agak kurang best sebab takleh tengok abang dada ketak...Aww!! kidding! hahaaa


Feel free lompat dan lipat macam kat rumah sendiri...sumer equipments kami yang punya...Aiceh!



Nov 7, 2013



Amacam? Goda menggoda tak? Aww!
Stir fried mussels with chili and basil. Sedap hingga menjilat cengkerang! hahaaa


Bila dah masuk daun basil, kacau dan tutup kuali 2-3 minit. Aroma basil akan melekat dan menyerap dalam masakan. Wangi dan sedap.


Kami beli 1kg mussel. Separuh kami goreng chili, separuh lagi kami masak lemak cili padi dengan belimbing buluh. Fuh! tiada tandingan lazat.

Memang kami nak habiskan stok mussel, tak nak simpan lama-lama sebab nanti hilanglah kesegaran mussel.


First time kami de-beard mussel. Maklumlah beli raw tepi laut, takdak sapa nak tolong siang dan cuci okay. At first takut juga. Kalo kami tak buang janggut mussel nie betul-betul, mahu nanti bila makan pakat mabuk.

Atas khidmat nasihat dari orang yang berpengalaman, kami rebus sekejap mussel yang telah dicuci bersih. Kemudian tos air dan tarik janggut yang terjulur keluar di sisi cengkerang mussel. Lepas tu, barulah masak.



Mentarang pun ada. Kami rebus with lemon, lemongrass and cili padi. Kemudian makan cecah sos macam tu saja. Fuh! Gulp!!


Long weekend hari tu, kami "kaya" dengan makanan laut. Pegi jenjalan singgah tepi laut beli ikan dan macam-macam. Teruja!


Paling best ada ikan Belanak atau Mullet. Ikan nie sedap digoreng garing.


Pelbagai jenis kerangan dan


sayur kampung.


Paling tak sangka ada Jambu Keling atau Jambu Bol. Dah lama sangat kami tak makan jambu nie. Dulu kat rumah tok ada pokok nie. Orang tua-tua dulu suka tanam jambu keling nie. Tapi sekarang dah susah nak jumpa, orang sekarang suka tanam pokok mulberi...heheee


Of course tidak ketinggalan soto yang super super super lazat ini.
Mengancam jiwa raga sungguh soto lazat ini. Memang sedap cikjah!


Ini pula tapai pulut daun getah ter-lazat kami penah makan. Beras pulutnya cantik. Tidak kembang dan tidak hancur. Rasa manis yang tepat dan tidak keterlaluan. Memang sedap.


Habis tiga serangkai kami makan. Tak brani makan banyak, nanti kami mabuk tak leh pandu pulang...hahaaa



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"