.

.

Jul 31, 2013


Yeyy!! kawan kami blanjer buka puasa kat luar. First time kami makan di Island BBQ Steamboat di Kampung Melayu Subang. Tak sangka sungguh dalam kawasan kejiranan kampung tetiba ada restaurant steamboat yang bertemakan garden. First time jugak kami mai kawasan nie. Kalo parking yang disediakan dah penuh, bleh jar parking kat depan rumah orang kampung...Ahaks! Tapi parking elok-elok taw jangan main sedap perut ikut hati nurani sendiri plak. At least bertimbang rasa pada yang lain dan yang penting tuan rumah tu okay.

Oleh kerna kami terlalu kagum dengan dikyam dan kakyam yg ramai, kami tak dak selera nak amik gambar kawasan sekitar. Nikmati gambar dari Google ini.

Kawasan-nya agak kecil dan terhad tapi nampak bersih, tersusun dan garden-nya agak comel. Hidangan utama di sini ialah steamboat. Selain itu juga tersedia makanan lain seperti set nasi lemak, set nasi minyak, kuewteow goreng, laksa, kuih dan buahan. Pilihan bahan-bahan untuk steamboat agak variety berbanding Steamboat Nelayan. Paling best, bukan hanya steamboat, tapi juga tersedia grill ala-ala korea...Aww! Disebabkan tarikan grill ala Korea nie lar yang membuatkan ramai dikYam dan kakYam berpusu-pusu ke sini secara berkumpulan.

Minuman pun sedap. Setiap meja disediakan satu jag kosong. Amiklah ayaq banyak mana cikjah mau. Semua makanan di-refil secara berterusan. Mengikut standard piawai kami, kami puji mutu servis layanan di sini. Bagus ibarat kecik-kecik cili api. Tak macam Nelayan steamboat, sekarang ayaq ais kosong segelas dah charge 5kupang. Penah skali tu kami minta satu lagi set periuk sup steamboat, sambil lalu the Manager cakap "aaa...tambah periuk sup kena tambah bayar RM15" What the heck?!! Tak payah cakap pun kami taw lar, tak kan you ingat I nak makan pree kot? Kitchen helper baru naik pangkat jadi Manager kar? Uh!

Dari makluman kawan-kawan kami, Island BBQ nie dulu pun servis-nya diklasifikasikan sebagai teruk jugak. Namun, tahun demi tahun, depa dah improved. Bagus lar macam tu. Belajar dari kesilapan dan bersedia menerima kritikan. Kami first time mai sini pun dah bleh label this place bagus mengikut kelas-nya iaitu 3star mengikut piawaian kami...heheee. Not bad okay.
My favourite ialah sayuran. Celup-celup sayur dalam sup steamboat pastu makan dengan grilled beef cecah sos...Fuhh! luar biasa lazat!!

Cuma yang tak kelasnya, tetamu yang datang. Dikyam yang jarang-jarang ber-steamboat dan grill bila datang sini pulun amik makanan sampai tak tercapai dek akal untuk dihabiskan. Membazir sudahnya. Ada yang setengah tu plak, ambik 6 jenis sos steamboat dicampur sumernya di dalam satu mangkuk termasuklah dengan minyak! Owhh my!

Nikmati gambar dari Google

Abang John, dikYam dan  kakYam seperti hilang arah pabila melihat timbunan makanan yang banyak hingga akal tidak dapat memproses untuk beratur dan menunggu mengikut giliran ketika mengambil makanan di kaunter. Kesian....
Bersimpang siur tangan hang aku menyilang menyenduk makanan.....kesiannn...
Kena balik belajar lagi cara-cara dan protokal serta adab ketika makan secara buffet...Aww!

Kepada parents yang bawa baby & toddler plak tolonglah consider bahawa baby serta toddler nie tak sama seperti adult. Ada kar plak, letak baby on baby chair mengadap periuk steamboat dan grilling pan??? Think moms and dads. Please! Sepanjang 2 jam makan, meraung-raung baby tu on and off. Terjerit melolong serta taknak duduk diam disebabkan haba panas serta asap yang berkepul-kepul di meja. Mak Pak buat derk jer... kot lar nak hangkat baby tu letak position lain or bawa jenjalan kat kipas ker kan....entahlah....kesian baby.


Makan sedap, perut dah kenyang dan harga berbaloi jangan pulak tinggal meja bersepah yer cikjah. Please! Kami memang pantang kalo orang pompuan terutamanya lepas makan tinggal meja bersepah tunggang langgang. Muka segak, baju bergaya, handbag mahai tapi tinggal meja macam ahli kongsi gelap lepas makan tengahari. EEeiiii...Uwek! Takdak kelass taw. Patutnya rasa lar malu sket dekat orang sekeliling. Paling tidak pun, rasalah malu pada pasangan anda tu...cik abang suami ker, cik abang boipren ker....iskkkk....kesian betul. Cer tengok meja kami nie, bukan berpeluh ketiak pun nak susun pinggan kotor macam nie.  Susun lar elok-elok, bukannya suruh basuh lepas makan pun. Mata tengok pun selesa. Tak dak lar rasa geli gelimann....uh!

Mungkinkah kami kembali ke sini lagi? Jawapannya ialah YES. Tapi kami akan bawa satu tupperware daun bawang kami sendiri sebab dalam bahagian sayuran takdak daun bawang. Cikjah mesti try patah-patah daun bawang celup dalam sup steamboat....marvelous!



Jul 29, 2013


Time flies...sekejap jar dah 20 Ramadhan. Dalam sebulan ada 4 weekends, tapi untuk bulan nie semua perkara mesti diselesaikan within 3 weekends. The fourth weekend dah balik kampung. Dalam 3 weekends ada 6 rest days namun none of them kami dapat berbuka puasa di rumah. Kesian kami. Kami hanya sempat berbuka di rumah on weekdays saja. Yang tak bestnya kalo on weekdays, tak sempat lar kami nak masak-masak bagai superstar. Iftar pun ala kadar secukup rasa jar. Stakat tumis-tumis sayur atau buat kerabu express tu sempat lar but I'm talking about masak gulai kepala ikan kar, kurma daging kar, asam pedas ikan merah kar, sate lilit kar, nasi kerabu kar, pajeri nenas kar....Ahaks!


On Sunday of the third weekend of Ramadhan kami masak Laksa Lemak Kedah.
Walopun berbuka di luar on that day, kami tetap masak jugak sebab kami nak balas pinggan aunty jiran sebelah yang hari-hari dok antar makanan kat kami. Pukul 12 tengahari kami dah start masak sebab nanti petang kami nak kluar awal sket. Jadi-nya sayuran untuk laksa kami isi di dalam kelonsong daun lengkuas supaya laksa kami tahan lama. Takut plak bila dah tabur dan campur skali jadi cepat demam. 

Instead letak dalam tupperware kecik-kecik tu, Plink! kami terinspirasi nak buat kelonsong guna daun lengkuas yang demok-demok di laman kami. Santek plak jadi-nya. Aiceh!


Kami buat dua set. Satu untuk aunty dan satu lagi untuk kakak aunty yang tinggal few blocks away sebab hari-hari pun kami dapat makanan dari kakak aunty jugak. Slamat Berbuka.



Jul 24, 2013


Ini cerita teksi di Kuala Lumpur. First hand experience.

Kami nie bukan selalu naik teksi pun. Boleh kira dengan jari berapa kali naik teksi. Nasib baik nak naik flight kena pergi airport, maka merasa jugak lah kami naik teksi bayar RM80 sehala untuk pergi airport di subuh buta...Ahaks!

Pengalaman kami naik public transport memang sangat sket. Ada juga pengalaman naik bas sebab masa mula-mula kerja about 15 years ago blum ada kereta, maka sempat lah naik bas Intrakota dari Subang Jaya ke Damansara Heights. Naik komuter dan LRT ada lar dua tiga kali. Itu pun sebab  nak shopping kat KL, malas nak drive dan susah nak parking, maka kami opted naik LRT. Itupun 6 - 7 tahun yang lalu kot.

Sekarang nie, SUSAH betul nak dapat teksi through phone call. Ini adalah beberapa kali pengalaman kami masa nak booking teksi pegi airport dan juga skali dua giving a courtesy gestures to out station clients who had meeting at my office by getting them a cab nak balik hotel. Bila dah call, taxi operator akan suruh kita tunggu and promise to return call. Tunggu 2 minit. Tunggu 5 minit. Tunggu 10 minit pun ada! Teksi operator tak return call pun..... yang kita nie dok melangut tunggu. Clock is ticking...haishh! Pastu, call lagi skali, baru operator tu cakap takdak teksi...uh!

Bukan satu syarikat teksi, tapi a few pun macam tu. Takdak taxi driver yang respond. Kalo cikjah call minta teksi nak pi airport, cepat jar taxi driver nak pi antar!

Memang ada syarikat teksi yang boleh buat booking. Online lar, SMS lar, phone call lar...gimmick jar lebih. Tapi UNRELIABLE. Pernah kami called buat booking a few days earlier [dah nama pun booking], on the travel date, the taxi operator called and said "sorry mem, no taxi". Luruh jantung!

Penah skali tu kami nak pegi 1U. First time ever kami nak naik Skybus untuk pergi LCCT. Kami opted for bus instead of taxi sebab flight kami agak lewat sekitar 6pm. So, kami ada banyak masa dan day light serta tak perlu rushing macam kena ligan hantu nak pegi airport. Lagipun naik bas agak jimat [a lot!]. Kami tak boleh beli tiket Skybus online, sebab kami cuma nak tiket sehala saja. Maka seminggu sebelum flying date, kami pergi kaunter Skybus.

Aiyoh!! Achi kat counter Skybus cakap, "tak boleh booking kak, nanti on the day tu akak datang saja, CONFIRM ada tiket dan seat punya. Mesti ada" sambil angguk-anggukk kapla. Kami pun yakin lah walopun dalam hati sangat ragu-ragu. Tapi dah ticketer sendiri cakap macam tu depan batang hidung kami, mestilah percaya dan yakin kan.

Okay, back to story nak call teksi nak pi Skybus terminal kat 1U. Kami call 4 different taxi companies dan NO taxi driver reply my taxi request!!! Called my regular airport taxi driver, dia pun tengah antar client.

Berfeluhhh kami...tapi maintain gojes. Ketaq ngann, sebab I have flight to catch. Tapi kami masih di rumah lagi. What I need just a taxi ride from home to Skybus terminal at 1U yang jarak perjalanannya tak sampai pun 15 minit. Nasib baik kami bijak. Aiceh! Pengurusan masa kami sangat baik. Setiap time management that involve public transport, kami akan allocate masa kecemasan in case jika berlaku apa-apa di dalam perjalanan terutamanya ke airport.

Setelah 20 minit buang masa dok call taxi sini sana without success, akhirnya kami tak tahan lagi. Can't keep wasting time like this. Kami terus drive kereta pi cari teksi di kawasan kedai behampiran rumah kami. Jumpa satu teksi yang baru saja menurunkan penumpang di tepi jalan. Kami terus block taxi tu dan turun kereta explained to him that I need a taxi but he needs to follow me back home sebab kami kena hantar kereta kami balik dulu lar kan....hahaaa. The taxi driver cakap "Okay, tapi kena tambah RM5". WTH! Aku pi cari ang, tapi nak kena tambah duit plak. Bayar pakai meter jugak. Tapi kami tak kesah sangat lah walopun sepatutnya ia tak harus berlaku. Nasib baik just RM5. Alhamdulillah, akhirnya kami slamat sampai di terminal Skybus 1U.

Kami pun tarik nafas lega. Terus kami ke kaunter tiket Skybus. Alangkah terkejutnya kami bagai kepala jatuh terhempas ke tanah, pastu ditendang-tendang oleh 10 orang pemain bola sepak pastu kutip kepala balik sambung kat badan...........
kaunter tiket Skybus tutup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kami terus call nombor HP yang tertulis kat kaunter Skybus.

Achi hangkat dan jawab: "Sekarang sudah tak dak bas kak. Hari Sabtu bas sampai pukul 2pm saja"

Me: "Kenapa pula macam tu, hari tu I datang nak beli tiket in advance you cakap tak boleh. Suruh mari terminal memang confirm ada bas. Sekarang you cakap saya, takdak bas dan kaunter pun sudah tutup. Apa nie?"

Achi Skybus: "Saya pun tak taw kak, ini arrangement baru punya kak"

Mau cikjah tak caruttt???!!!
Sungguhpun benar, itu arrangement baru, tampal lar notis. Aku mai jumpa hang last week awat hang tak cakap pun arrangement baru nie sedangkan aku bagitau hang tarikh aku nak beli tiket!!! Babi!
[Forgive my language. Cikjah pasti sentap jika berada di tempat kami].

Immediately, kami call teksi minta satu ke airport. Less than 5 seconds, terus dapat teksi dan less than 3 minit terus teksi sampai depan batang hidung kami. Cikjah nampak tak? Sandiwara pemandu teksi??? Kalo call minta teksi untuk jarak dekat-dekat memang susah nak dapat teksi. Kalo call request teksi to airport...Tring! tak sempat nak masuk jari dalam hidung nak korek taik hidung dah sampai...uh!


Cer tengok jadual Skybus [terkini stakat entry ini di tulis] yang di-tepek and link to Air Asia webpage. Takdak pun tulis bas up till 2pm only on Saturday???!!!

Dari kekalutan ini, kami telah diberi tips oleh seorang pemandu teksi. Kalo call teksi tapi susah nak dapat, please quote to teksi operator yang jawab telepon tu that "I'm willing to pay extra RM5."

Believe me or not, it works! Kami dah try test called teksi to the same destination under same taxi company. Without RM5, no taxi, bila kami call lagi skali with extra RM5, terus dapat taxi. Alahai.....kesian. Pemandu teksi yang takdak maruah sebeginilah yang merosakkan perkhidmatan mutu teksi di Malaysia ni. Tak bertanggungjawab. Pengguna bukan naik free. Bayar. Pasal cekik darah takmo guna meter teksi tak payah cakap lar. Dah berzaman pun.

Cikjah pun maklum kan sekarang nie memang zaman gajet. Smart phone dah jadi satu keperluan. Terkejutnya kami bila jumpa a taxi driver pelekat tab kat steering keta! Sambil driving dia dok scrolling and browsing facebook! Homaigoat! Browsing facebook while driving with passengger at the back? Kalo eksiden macam  mana?

Tujuan tab tu pelekat kat steering maybe untuk incoming taxi booking tapi tak praktikal dan selamat walopun cara nampak smart. Sambil driving si taxi driver nie dok type sms reply nak amik booking. Kalo tak reply booking, dia browse facebook!!!



Jul 19, 2013


Dah 10 Ramadhan, dah baper kali cikjah masak iftar kat rumah? Ahaks!
Kami? Heheee....Aiseh! jangan lar tanya....segan nak jawab. Tak cukup jari tangan dan kaki nak kira.
Tapi tahun lepas kami pecah rekod, tak pegi Pasar Ramadhan langsung. Tak mo pi!
Seperti tahun-tahun yang lalu, tahun nie kami beli lauk restoren jar. Kami selesa macam tu. Yang pasti sedap, bersih, tak ramai orang dan harga setimpal.

Ingat cikjah, dalam ghairah membeli tu, elakkan dari mengguna plastik beg secara berlebihan. Bawalah bakul atau beg untuk mengisi barang belian di Pasar Ramadhan okay. Tak mampu buat secara mega, buat kecil-kecilan begini untuk jaga alam sekitar pun jadi lah. Sekurang-kurangnya ada effort serta tindakan berlaku. Jangan omong kosong aja yaa!


On weekdays, sempatlah kami masak dua, tiga kali. On weekends plak memang fully home-cooked.
Wahhh! dalam banyak-banyak menu, kami teringin nak iftar dengan gado-gado. Maka kami pun busy di dapur bergado-gado.


Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas, boleh dikatakan hampir setiap hari kami dapat kuih atau juadah iftar dari aunty jiran sebelah. Kadang-kadang, kalo kami tak iftar kat rumah, lepas teraweh aunty pun ting tong rumah kami untuk bagi makanan. Katanya tadi aunty nak bagi waktu berbuka, kamu tak ada....hahaaa....Thank you.

Dah buat gado-gado lazat tu, kami pun balas lah pinggan aunty. Lega rasanya. Asik menerima jer kan, bila dah memberi tu gembira rasanya. Aww!


Alhamdulillah. Teraweh pun macam biasa. Tahun nie imam jemputan sumer best! Ada dari Makah, Gaza, Yaman and etc. Tempat biasa kami mestilah depan tiang. Senang nak letak beg dan botol ayaq. Ahaks!


Sekarang, kami tengah laju bertadarus.  Laju-laju untuk khatam sebelum penghujung Ramadhan. InsyaAllah. Laju-laju tu maksudnya selalu baca lar. Bukan baca laju-laju tapi lintang pukang kan...heheee
Sebab nak achieve target, maka kami bertadarus kat office lepas Zohor, kat rumah lepas Asar dan kat surau lepas Maghrib. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit lar kan. Tring!


Thank you and cayang kucin itam demokk comell kami sebab selalu teman dan terpegun dengan taranum kami....hahaaa



Jul 10, 2013


Dok tak dok, jom kita pi afternoon tea at Shang?
Aikess? Okay set, jom!


Tiada sebarang perubahan. Classic and English set still priced at RM55 each. Kuih ada lar tukar-tukar sket.  Kami suka hang out at the lobby lounge sambil bergossip kakyam astro dot com...heheeee
Sekumpulan businessman sitting behind me, bapak-bapak dari Jakarta. Ngobrolnya dari tadi asik bisnis...bisnis... bisnis...aduhh! capekkk ahhh.


Nun di hujung sana dekat bar, ada sorang "Abang Ramlee" bersinglet putih berkain pelikat kotak-kotak berdiri macho dok tarik teh tarik. 1 set Teh Tarik [biasa] with complimentary kuih koci at RM8.
Teh tarik kaww satu!


Cikjah dah minum petang?
Haipp!! Jangan minum nooo...hari nie kan 1 Ramadhan, Selamat Berpuasa semua. Ahlan ya Ramadhan Kareem.



Jul 9, 2013


WawweeEeeEee!
Dah lama tak pi berebut-rebut baju kat sale. Teruja dapat pi East India and Somerset Bay sale at Metrojaya warehouse at Shah Alam. Tapi takdak lar sampai tahap berebut sinsing lengan, tarik rambut bagai...hahaaa
Tarik duit dari purse jer. Giles best woootwooot. Lenguh tangan dok pegang baju idaman kalbu. Ahaks!


Kami memang suka pi sales yang sebegini sebab boleh dapat good quality stuff at dirt cheap price. Meroyann lompat-lompat suka ria sorang-sorang dalam hati. This time banyak baju lelaki. Santek-santek and in tip top condition. Bukan reject, bukan longgok-longgok.


Baju wanita tak banyak dan tak menarik sangat pada kami. Banyak fesyen kakyam dan makcik-makcik. Tak mo lah...Ahaks!


Kebetulan dah nak raya nie kan, maka kami pun amik kesempatan shopping baju raya untuk orang kampung.


For my BIL 1. Kalo pakai nie confirm terasa seperti YB...heheee
Jangan makan gulai kalo pakai baju nie, satgi percikk...Awww!


For my BIL 2. Juga akan terasa seperti YB kalo pakai nie...hahaaa
The exact colour is dark blue.


 For new member in the family, nephew in-law. Pasti terasa seperti artis K-pop kalo pakai nie.


For my nephew. Pasti ada awek yang ter-sangkut kalo tengok dia dress up in this...hahaaa.
The exact colour is Dark brown.


Somerset Bay sedikit mengecewakan. Tak banyak baju santek. Baju kanak-kanak pun limited. Kami dapat satu jer dress comel for my niece. Ada kakyam sorang tu pukul abes sumer size baju kanak-kanak yang ada. Walopun size besar, dia kata takpa, nanti bleh alter...alahaii...


Total damage was approximately RM350. Happy tapi tak puas hati sangat sebab baju for my nieces blum dapat. More sales to go....yeeehaaa!




Jul 7, 2013



Nasi lemak warna putih dah biasa.  Nasi lemak pandan warna hijau pun dah biasa. Cikjah pernah makan nasi lemak warna kuninn? Ahaa!!
Teringat kami waktu sekolah rendah dulu-dulu, memang femess nasi lemak warna kuninn nie. Sehingga sekarang, kalo cikjah pergi negeri Kedah, pasti akan jumpa nasi lemak warna kuninn. Orang Kedah memang suka warna kuninn! Bihun sup kuninn, kanji [bubur lambuk] kuninn, nasi lemak pun warna kuninn....hahaaa

Cara nak masak nasi lemak kuninn nie sama saja macam nasi lemak biasa cuma ditambah warna. Tapi harus diingat, bukan pewarna yang digunakan, sebaliknya kunyit serbuk atau kunyit hidup yang digunakan bagi menghasilkan warna kuninn. Personally, kami berpendapat, warna kuninn di dalam makanan akan menambah seri dan membangkitkan selera sesuatu makanan itu. Takder lah nampak pucat, tak bermaya jer kan. Tengok warna kuningn pun dah ceria. Lagipun, negeri Kedah kan hidup hijau kuninn! Muahehee


Dah lama kami tak makan nasi lemak, rasanya ada lar dalam 2 - 3 bulan. Bila kami teringin dendam nak sarapan nasi lemak, kakak nasi lemak tak meniaga plak. Memang tak reliable lar kalo peniaga ala-ala nie. Kejap buka, kejap tutup. Baru nak jadi favourite. Sudahnya, kami masak nasi lemak sendiri.


Masak sendiri nie dah tentu sedap, Aiceh! Bleh tambah kalo tak cukup...Ahaks!
Nasi lemak kuninn lauk sambal udang, ayam goreng, telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Gulp!


Dah makan nasi lemak lazat, jangan plak dok baring-baring pastu tak sedaq dah tertidoqq .....hahaa



Jul 5, 2013


Kami beli biji benih online. Wahhh! sampai biji benih besaq bulu mata tu pun depa buat bisness online nowwhh...iskk...hebat!

Kami tertarik nak beli sebab kami dah baca blog, a very active blog. Dah tengok gambar-gambar kebun dan bila kami sent e-mail request senarai biji benih available, the owner reply me promptly. Itu petanda baik that the online business is good and paling penting tak tipu atau indah khabar dari rupa.

Murah jer harga sepeket biji benih, cuma RM3. Ada macam-macam! Immediately terus kami rasa nak buka ladang...hahaaa

Biji benih dihantar melalui pos. RM2 untuk pos biasa dan RM8 untuk pos laju bergantung berat. My cost untuk semua belian termasuk postage cuma RM18. Within 3 days, kami dapat all the seeds dalam keadaan baik...yeyy!


Apa lagi, tak sabaq lar nak kebun-kebunn kan. Kebetulan, kami ada banyak empty mineral bottles sebab kami memang recycle botol-botol plastic rumah kami antar pegi recycle point. Projek pun bermula...jeng! jeng!!


The project started in batch. Kami tanam yang mudah tumbuh dulu. Bila dah tumbuh besar sket, nanti baru transfer to ground or pasu. Harapnya sumer dapat tumbuh gembira....WeeEeeee!



Jul 1, 2013


Semenjak kami buatkan Mieng Kham untuk makan-makan kat office kawan kami, hampir setiap masa kami diajukan soalan "bila nak buat Mieng Kham lagi? Best lar, sedap lar, buat lar lagi" Ahaks!
Asal jumpa jar itu mesti soalan standard. Kalo tak jumpa pun, depa kirim soalan through my friend. Cute!

Bukan nak kata sedap atau kami terer buat [Aiceh!], tapi Mieng Kham memang hidangan unik dan mempunyai kombinasi rasa yang sangat menarik seperti meletup-letup dalam mulut. Tambahan pula, agak sukar dan sangat rare untuk jumpa atau menikmati hidangan terkenal Thai ini at any local restaurants.

Pada kami, nak buat Mieng Kham tak susah, tapi nak dapatkan daun kaduk itu memang susah. Lain lah kalo tinggal di desa kann.


Setiap hari balik kerja, kami memang lalu satu rumah nie. Bukan jiran kami, tapi jiran se-kawasan. Memang jauh rumah dia dari rumah kami. Naik keta, abis rokok busuk pembunuh sebatang.

Entah bagaimana, kawan kami sorang nie, bersemangat waja pi ketuk rumah uncle tu minta nak beli daun kaduk! uh! memang muka tak malu. Kebetulan, uncle tu takdak kat rumah. Tidak berputus asa, kawan kami yang bersemangat itu pi ketuk rumah jiran sebelah plak...hahaaa

Aunty jiran sebelah tu cakap, uncle tu memang jual sayur-sayur kat pasar. Hari ni dia pi meniaga kat pasar Kelana Jaya. Kalo nak jumpa, datang semula after 1pm.

Hahhh!!! pukul 2pm, kawan kami yang hebat itu pun ting tongg rumah uncle tu. After citer-citer, terus uncle tu ajak pegi blakang. Huh! rupanya uncle tu memang suka cucuk tanam. Macam-macam sayur ada. Walopun duduk housing area yang tak banyak tanah, tapi pokok uncle tu banyak!!!
Uncle tu amik pisau dan tolong harvest. Bila nak bayar, uncle tu cakap tak payah, amik saja. WeeeeEeeee!!! Dah lar banyak, daun-nya pulak besar-besar dan subur. Tenkiu uncle! and hats off to my friend yang hebat gaban itu. Tak cuba mana taw kan? heheee


Daun kaduk ada beberapa jenis. Yang kami tanam kat rumah ialah kaduk kampung. Bau dan rasa-nya slightly strong tapi memikat selera.

Yang uncle nie punya maybe kaduk bandar....hahaaa
Daun-nya banyak berurat dan sedikit berkilat. Bau dan rasa agak mild. Tapi kami tak kesah, janji daun kaduk. Pasti sedap!


Kami buat 2 sets saja walopun my friend's office ada 3 floors. Satu floor is MD floor, so takdak orang. Satu set untuk floor bawah  dan satu set lagi for upper floor. Kami dok peritil daun kaduk demok 160 helai!


Bahan utama untuk sos ialah gula gerek/kabung. Masak bersama air hinga larut dan pekat. Biar sejuk.


Inilah rahsia untuk buat sos Mieng Kham. Sallots, galanggal and ginger wrapped in aluminium foil dan grill dalam oven about 20 minutes. Super wangi bau dia!


Dah grilled, kupas kulit dan blend bersama sedikit blanchan, sos ikan  dan kelapa goreng bersama air gula tadi.

Untuk resepi sila kodek lemari Pienkcat okay ^___^
Kodekk lemari Pienkcat


Siap dah set 1...


... dan set 2.

Hidangan Mieng Kham kami ada 7 various condiments ---- halia, bawang besar, limau nipis, cili padi, kacang tanah, kelapa goreng dan udang kering goreng dihidang bersama sos dan daun kaduk. Abes tupperware kami...hahaaa


Okey, they are good and ready to go. Smoga tak dak yang kempunan bila tiba Ramadhan nanti...heheee

Happy Mieng Kham!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"