Not an easy job. Remeh, leceh, sepah and time consuming. Tapi kami enjoy! hehee
Perkara pertama harus dilakukan adalah mencari bahan mentah....hahaa..bukan ayam atau daging tapi bunga, riben, jemeki, renda, satin dan segala mak nenekk. Again, kami enjoy walopun sangat memenatkan. Mungkin sebab kami suka sopping kot....muaheheee.
My favourite shop is SSF. Untuk pertama kalinya kami memandu ke Balakong nun jauh di sana sebab nak pegi beli bunga murah dekat kedai borong
Fah Lean Floral Trading. Fuhh! macam-macam bunga dan semuanya about wedding stuff ada di sana. Tak payah keluar masuk kedai itu ini dekat Semua House atau sekitar KL. Datang sini, semua ada. Nak kain satin pun ada, tak payah pi Nagoya...hahaa
Konsep layanan di sini ialah one to one. Means that setiap pelanggan akan dilayan oleh seorang jurujual dari mula masuk kedai, pilih barang sehinggalah ke kaunter bayaran dan masuk barang ke dalam plastik. Nah! amik ko....orang follow jar. Pada mulanya, kami tak selesa juga sebab susah kami nak buat pilihan bila diekori, terasa seperti artis sensasi...hahaa
Mungkin bagi para pelanggan yang tahap nak jadi Pak Abu, atau tokei kedai pengantin sangat bermanfaat sebab jumlah belian depa banyak tahap gajah. Macam pelanggan cantik macam kami nie, tahap belian macam siput sedut jar. Srutt..sruttt..
Maka, berlakulah satu insiden....jeng! jeng!!
Salesgirl indon nie attend kami. Ke hulu ke hilir dia ikut. Walopun tak selesa tapi bila kami dah decide nak beli bunga yang mana, depa sangat berguna dan itulah tujuannya pun. Namun, 5 jenis bunga yang kami pilih, semuanya tak ada! huhh! Dah lar lama dok pilih dan pikir, bila dah decide, stok tak ada. Buang masa. Kalo satu jenis tak ada, okay lagi. Tapi kalo dah 5 jenis pun tak ada....lagu mana wehh?
Tiba-tiba, datang dua pemuda ala-ala Pak Abu, tapi tak lar Abu sangat. Macam Pak Labu jar pun. Eksen hebat jar lebih tapi tak tahu budi bahasa dan tatabahasa. Straight depa mai tanya kat salesgirl indon tu. Padahal aku tengah bercakap dengan si indon tu suruh check stok bunga yang aku pilih.
Tapi kami okay lagi. Tak kesahlah sebab mungkin Pak Labu tu cuma sekadar bertanya. Tapi lepas tu....Pak Labu nie over plak. Cakap kuat-kuat bagi ini 2 kotak, bagi itu 5 kotak, bagi ini 20 kotak, tanya bunga nie, tanya bunga tu depan batang hidung kami. Maka, si indon tadi nie gedik lar....terkedek-kedekk nak pegi amik stok yang berpuluh kotak tu....ditinggalnya kami sambil menghulur bunga kepada dia untuk suruh cari stok...........................................................................................
kuwang-ajaqq!
Dengan nada sinis dan kuat supaya Pak Labu tu pun boleh dengaq kami cakap
"Haii kak, nak cari berkotak-kotak jangan buat-buat lupa cari bunga saya yang sikit nie"
Si indon tu sambil menggeliat gedik sebab teruja ada dua jantan order banyak dengan dia said
"alarr dik, jangan lar pilih bunga yang dah tak ada stok"
and I said
"suka hati saya lar nak pilih yang mana pun, saya yang nak beli. Mana saya taw ada stok ke tak. Sebab tu suruh akak check"
Ngokkk!!! mana aku taw bunga mana ada stok, bunga mana tak ada stok. Kalo dah tak ada stok, ampa
jangan lar display jual! Dah lar kata ada stok, pastu bagi aku bunga yang salah! Super mengonggg betul.
Nampak tak, bila ada pelanggan macam gajah, ditinggalkan pelanggan yang macam siput sedut tersedut-sedut. Lepas tu kami pilih barang sendiri. Lega jugak sebab dah takdak orang dok follow montot. Uh!
Bila Pak Labu tu dah bayar baru si indon nie terkedek-kedek cari kami balik. Nak tebus rasa bersalah, dia cuba berbaik-baik dengan kami....uh! tak hinginnn aku. Sorry lar untuk kami say thank you to her. Kami rasa, salesgirl kat Fah Lean ni dapat komisyen based on their seling kot, tu yang pulun tinggal siput, ligan gajah. Tak efektif!
Selain tu, kami juga pecah rekod turun sopping kat Jalan TAR, Semua House dan kawasan sekitar setelah empat lima tahun tak pegi sana.
Huwwaaa!! kami pun tak sangka sebab kami memang tak pegi KL kalo tidak bertujuan atau sopping kat tempat sesak-sesak. Pergi Sin Yin, Yen Riben, Syarikat Bunga Ribbon, Nagoya and etc....pheww!
Sebahagian belian bahan mentah
Proses menyuai-padan dulang hantaran.
Proses menggayakan dulang hantaran.
Sepahnyaaaaaa rumah kami! sakit mata memandang.
Kerja-kerja bermula. Acara potong kain dan span. Bismillah...
Tudia! macam mana nak bawa balik kampung barang yang sebegini banyak nie? Belum termasuk my luggage and personal stuff lagi...Adoi!
Sebab tu kami tak bleh beli sedan car, kami kena beli MPV or SUV...hahaa