.

.

Apr 26, 2011

Hujan lebat!
Afternoon tea with steam sweet potatoes pasti hebat!


Tetiba rasa macam kat Cameron Highlands :)


Stock up some vegetables & fruits kat pasar malam last friday. Bila tengok red sweet potatoes ni rasa macam lazat plak :D gulp!
Chek pun beli lar sket. Pilih yang kecik comei jar sebab memang dah niat nak steam. Alangkah pucuk dicita ulam mendatang, di suatu petang itu, hujan turun dengan lebatnya......apa lagi sedap ni minum petang ubi rebus sama ayaq kopi! :) Danggg!!!



Apr 24, 2011


ce..cer..citer sket...apa yang berlaku on the weekend...heheheeee
tak dak buat apa pung ~.~ besa~besa jar, tapi tatap hujung minggu yang meletops! :)
Aktiviti wajib mesti lar morning run [kalo rajin bangun awai] tak pun evening run...lol
Tapi Alhamdulillah, chek dapat morning run this weekend :)
Morning run sambil ligan~ligan 'laling' kat depa tu! awwww!!~~~baru semangat! lol




Letih berlari~lari penuh gaya, tiba~tiba chek berenti dan pelan~pelan menghampiri 2 makhluk comel di atas. Shhhhh!!! depa tengah tido. Cute jer....................................................
....................................................................................................
Rupa~rupanya, depa bukan tidoq! o.O depa dah kembali ke syorga T_T
Lohhhh....kesian kan....tapi tak der darah~darah, kesan kena langgar ker. They look perfect! sebab tu chek ingatkan depa sedang tidoooo...... ~.~
Chek rasa depa ni mungkin romeo ♥ juliet yang sudah membunuh diri dengan memakan racun, atau di racun...huh! T_T RIP guys




Ni, sajer nak share~share dengan cik jah la, ari tu jenjalan tak taw nak makan apa. Penin pusing~pusing dah kepala dok pikiaq nak makan apa. Last skali makan kat sini →→ Laksa Suck! ehh! silap! silap!..Laksa Shack...lol

Tau tau lah ni laksa johor ker mee kari. BER~minyak! tak dak isi ikan! dan tak rasa ikan langsung!

harga? RM9.90! Memang cekik darah sebab kualiti makanan tak setanding harga yang dibayar. Sesungguhnya rasa sangat tertipu oleh restaurant ini!
Sebenarnya, dah bertahun chek tak makan kat restaurant suck nie...sebab last skali makan kat outlet 1U, kuah laksa johor~nya hampir basi! uwekk!! Masa restaurant ni mula2 buka bukan main lagi grand...makanan boleh tahan lar jugak. Tapi lama~lama it becomes suck O.O

Oleh kerana dah pusing tonggeng terbalik minda pun dah tak leh nak proses lagi...maka masuk lar makan kat sini....sekali...chek sudah terkena! Makan 2-3 sudu jar, pastu dah tak lalu....tak sedap okay~~~~~.O
Masa nak bayar, chek sound direct jar kat budak cashier tu "apasal laksa you all tak sedap ha? Tak der rasa ikan langsung. Berminyak semacam. Akak tak tau lar yang ni mee kari ker laksa johor. Kalo ikut hati tak mo bayar, tp dah makan kannnn"

Terkedu skejap budak cashier indon tu....bingung! "owhhh!...saya pun tidak tahu lar kak, sebab yang buatnya kilang"

See? mudahnya jawapan peniaga/wakil peniaga melepas tengkokk depa....janji dapat duit...huh!
So, kalo cik jah teringin nak makan laksa johor [makanan lain pun agaknya sama...low quality], pikir~pikirlah dulu...kalo harganya RM2.50, takperlar pejam mata jer...tapi ni 10 hengget!!!






Tara!!! seperti biasa....weekend jer mesti gedix nak suka~suki kat Isetan...heheeee
Tengok baper jam chek sopping, sama macam clock in kat office kan....hahahaaa
Penat? uisshhh!!! mana ada penat time tu....
dah sampai rumah baru lar rasa penat...huhuuuu
Tapi best! hasil tangkapan lumayan dan berbaloi~baloi....Island Shop ada sales tau...ahaks!




Apr 20, 2011

I'm 'craving' for this ↓


 a fixie bike for me!






Apr 17, 2011



Kalo makan kat KLCC, tak dak tempat lain dah, mesti kat Sundanese :) Tapi sekarang, Sundanese sudah pindah ke Bangsar and the lot was taken by Korean restaurant; KoryoWon.
Tapi sekarang, Bumbu Desa sudah melangkah ke KLCC :) Okay lar jugak, tak dak Sundanese, Bumbu Desa pun buleh...heheheeee

Selalu chek dok pi dining kat Bumbu Desa @ The Curve jer, yer lah jauh tu nak pi KLCC. Dengan jalan jem lagi...tapi kalo once a while sopping kat KLCC, bleh lar singgah kan. Tapi kalo dulu~dulu tu, nak makan Bumbu Desa kena pergi Bandung nun! lagi jauh kannnnn....hahahaaaa

Makanan & konsep restaurant sama jer dengan TC. Cuma satu perkara yang chek mesti suarakan, outlet yang kat KLCC ni 'Servis~nya selowww banget'!
Hairan jugak chek sebab makanan sumer udah dimasak, cuma perlu dipanaskan atau digaringkan sedikit saja lagi, tapi tempoh menunggu mengalahkan kena kupas bawang, tumbuk cabei, perah santan...yada...yada...yada.... huhuhuuuu...tak taw lah di mana silapnya o.O
Masa chek sampai tu ada lar dalam 2-3 meja yang ditinggalkan oleh pelanggan selepas selesai makan. Bayangkan, meja kecil, pinggan penuh atas meja sebab konsep lauk kan hidangan. Sisa makanan, tisu, gelas kosong bersepah di atas meja tanpa dikemas!!! It took them nearly 20minutes untuk kemas meja~meja yang bersepah dan mencacat pandangan itu! Eiiiii~~~~

Nak kata tak cukup kakitangan, ada jer pun. 5~6 orang. It was sunday around 5-6pm. Tak ramai orang pun. Yang kesiannya, ada sorang pekerja yang sangat berhemah, dia sorang jar yang dok cover sumer kerja. Yang lain tu buat~buat busy. Ada sorang awek muda lagi dalam awal 20~an [anak tokey atau prasan tokey kot] dok berdiri mundar mandir jer kat kaunter cashier. Doing nothing! Kalolah benar, beliau anak tokey atau tokey kedai kena lar tunjuk tauladan yang baik kepada pekerja beliau. Setakat tolong ambik order, angkat pinggan apa lah salahnya. Ni tak, diri jer kat depan cashier tu tak buat apa2. Sket~sket belek order, pastu cakap~cakap kat henpon, pastu jalan kiri ke kanan, kanan ke kiri................................................



Chek minta ais ketoi sampai kena abaq 3 kali!!! [ketika order, ketika order dah sampai dan selepas makan] OMG! Lepas makan dah basuh tangan, baru ice ketoi chek sampai! ........................................................
Nak tunggu hidangan chek sampai nearly 18.5minit! Sampai chek tanya beliau " lambat lagi ker?"

Berbeda dengan outlet kat TC. Happening, attentive and service yang cepat :)

Dari segi makanan, tak ada beda lar. SEDAP~nya sama...nyumm!nyummm!!

Lalaban sama cabei..ooowhhhh! drooling

Ha! ni lar yang chek terai buat sendiri tu. Kolak Biji Salak. Sedapnya berbanget~bangett :D

The location is superb! the restaurant is beautiful! The food is marvellous! hope they will improve the quality of the service~~~




Apr 16, 2011

Jemput tengok ......
the delicious photos with a liltle touch by Pienkcat :)

photo by Pienkcat

Chee Cheong Fun with sauces..nyumm~nyumm~~

Photo by Pienkcat

Chee Cheong Fun with curry gravy....gulp!

Photo by Pienkcat


Ribena Lychee Watermelon special :)))~~~arrgghhhhh!!! refreshing



Apr 13, 2011


Heard of it before? urmmmmm....myself tak pernah. Even, have been to Jakarta, Bandung & Bali a few times, nasi padang & sunda food is my favourite, tapi blum pernah nampak & rasa this delicious indonesian dessert...sehinggalah mencubanya sendiri di Bumbu Desa KLCC [at TC xder]. Sedapnya!!! Rasanya manis, biji salak [adunan sweet potatoes + tepung ubi] bila digeget sedikit chewy~gluey :D
KOLAK ni kalo di Malaysia mungkin boleh disamakan dengan SERAWA lar :) Asasnya ialah gula merah & santan.


Well, chek memang lagu  nie, kalo sedap teringin sangat nak makan air tangan sendiri [aceh!] lantas mencari resepi & tergedixs~gedixs nak cuba buat sendiri :) rasanya enak bangat...senang jer, lebih kurang Malaysian dessert jugak.



Ingredients:

- 500g sweet potaoes [merah/kuning/purple x kesah. Tp merah lagi sedap]
- 200g tepung ubi
- garam
- daun pandan
- 250g gula merah
- 3tbsp white sugar
- 1liter air
- 300ml santan pekat



Method:


1) Ubi direbus hingga masak. Lenyek ketika masih panas.

2) Masukan tepung ubi & garam sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.


3) Bentukkan bulat/lonjong seperti biji salak atau ikut suka :)


4) Masak air hingga mendidih. Rebus biji salak hingga kembang dan timbul. Tapis


 Kuah Gula Merah
5) Masak air + gula merah + gula pasir + daun pandan hingga mendidih.

Kuah Santan Pekat
7) Panaskan santan pekat + sedikit garam + daun pandan. Jangan sampai pecah minyak.




8) Hidangkan biji salak di dalam mangkuk. Tuang gula melaka & santan pekat. Done! Terasa seperti berada di Mangga Dua & Block M....hahahahaaaaaa



Happy trying dong! :)




Apr 10, 2011


Welcome back :)

In this entry I'm sharing the places of interest around Taiping. Baaaaaanyak sangat tempat best kat sini. Macam~macam ada! and I suggest cik jah do all of them! Wheeewww!

First and foremost mesti lar PICNIC at Taiping Lake Garden.


Segala persiapan memang chek bawa dari rumah. Bersiap sedia cik jah oiii....
Kalo stakat lapik surat habaq pastu makan koci....kat blakang rumah pun bleh picnic...aceh! Chek memang suker picnic [dry picnic lerrr...kalo wet picnic kat ayaq terjun errrkk..tak baper suker :P. Kalo kat beach chek x picnic. Chek suka baca buku and Zzzzzz...lol]


Betapa cantiknya Taiping Lake Garden nie tak dapat digambarkan. Sangat cantik, bersih, luas dan sejuk mata memandang. Kalolah cik jah orang Malaysia, wajiblah datang ke sini at least sekali seumur hidup.
Sehinggakan tengah hari remang panas lit~lit dalam pukul 12pm ~ 3pm pun ramai orang dok picnic [that's include me though...lol].


Kalo stakat tripod terpacak hebat kat atas rumput dengan DSLR Nikon D90, D7000 kar MarkII kar...sepah~sepah dok tersangkut kat tengkuk si~photographers...huh! nyampah! jeles okay~~~~~.*  chek amik gambar pakai iphone & compact cam jer...lol


Pokok~pokok di tepi jalan yang sangat tua dan super big! Tak dapat bayangkan kalo satu hari nanti pokok~pokok cantik ni  tumbang  kerana usia yang uzur T__T


Seolah~olah membentuk terowong.



.....and kalo datang sini tak amik gambaq kat sini, memang tak sah. Wajib! Tengoklah rumput kat depan bench tu...sampai botak sebab terlalu ramai orang duduk atau amik gambaq kat sini :)



Tenang. Damai . Indah


Nah! amik ko sampai qemot~qemot the picnic blanket sebab pulun golek~golek hindustani...heheeeee
2 hari berturut~turut chek picnic kat garden.
Tiap kali chek bentang my checkered picnic blanket tu, sumer mata pakat dok jeling....huhuhuuuu
Lawo lar tu....chek sorang jar dok hampaq tikaq lawo macam nie :) ahaks!



Baring~baring kat garden sambil reading story book yang laaaaaama sangat nak abes....heheheeeee


Jeng! jeng!! tak pernah termimpi bahawasanya suatu hari chek akan sampai ke puncak Maxwell Hill nie.
Kat atas nie tak ada apa. Ada lar 2~3 resorts tapi macam tak ada orang sangat. Ada cafe tapi tak buka. Pokok bunga pun tak braper nak ada. Pendek kata, enjoy view and cuaca sejuk nyaman saja :)


Paling~paling~paling tak sangka ialah pengalaman naik jeep dari kaki bukit ke puncak. OMG!!!
dah lar perjalanan lebih kurang 30minit. Jarak dalam 8km. OMG!!!
Kalo suruh naik lagi skali, chek surrender. Mengerikan!!! kulit chek yang putih nie [aceh!] terus bertukar menjadi biru!
Tapi memang mencabar adrenaline dan semangat. Syok~syok kecut gitu....errrrrrr..........
Tapi their driver giles terer. Bertahun~tahun pengalaman. Naik bukit berliku~liku, selekoh tajam & curam tak hengat dia bawa sebelah tangan jar O.O huh!


Sarapan nasi lemak kat kaki bukit Maxwell Hill.
Jangan terkejut, ramai jugak orang  datang nak naik Maxwell Hill ni. Siap berbaju sejuk bagai. Tak putus dengan penduduk tempatan dan pelancong luar dari daerah Taiping :)
Bukit ini juga penuh dengan pejalan kaki dan  pendaki bukit. Most of them dah tua~tua. Tapi masih kuat dan gagah mendaki. Kanak~kanak sekolah rendah pun ada yang mendaki dari kaki bukit hingga ke puncak! Owh! My!!


Adalah dinasihatkan supaya cik jah datang awal. Pergi beli tiket kat office dulu pastu baru lar pegi makan. Hanya 10 penumpang setiap jeep. Sekali naik mungkin ada 2 jeep atau lebih. Tempoh berada kat atas puncak ialah 2 jam. So, kalo jeep dah penuh, kena tunggu lorrr....


Akhirnya sampai...Yeyyyy!!!! Segala ketakutan naik jeep hilang bila melihat pemandangan sebegini indah...Phewwwww~~~~~


Bunga dahlia yang baru tanam. Tak banyak tanaman bunga kat sini.


Air terjun di pertengahan dakian.


...dan satu lagi wajib pergi ialah Night Safari at Taiping Zoo.
Night Safari RM16/adult. Naik tramp lebih kurang 40 minit~1 jam keliling zoo. Best jugak! Cuma sistem pencahayaan perlu diperhebatkan lagi supaya nampak lebih menarik.


Aheheeeee....sebab tak puas dengan keindahan semulajadi zoo taiping, chek pergi lagi skali on day time plak...heheeeee :)
Day visit RM12/Adult. Kalo orang Taiping dpt diskon 30%

The above are Yellow and Blue Macaw. Mulut bising yang amat. Tiong!~tiongg!!~tionggg!!! macam alarm keta :)


Orang Utan plays jokes





Zoo Taiping kecik jar. Kalo jalan kaki dalam 2.5km sajer.
Kawasan zoo cantik, banyak pokok rendang dan suasana redup dan tak dak BAU! lol



Best kan jalan~jalan di Taiping :)


These kittens belongs to the restaurant owner near Taiping Lake. Gaban hebat, mak kucing skali branak dapat 6 ekor! o.O
Sumer comel~comel dan bersih...eeeiiii~~~ geram :)


Maka, tamatlah sudah pecutian 3D2N yang sangat best.
Sangat berpuas hati :) :) :)


Maka tibalah waktu untuk pulang T__T. Kalo datang cuma 2.5hrs [KL~Taiping], tapi lain pula ceritanya bila balik....Adehhhhh.....4 jam! nearly emo already.....uhukk! uhukk!! Bayangkan right after Ipoh all the way to KL paling laju tekan minyak 90 jar.....adehhhh....skejap speed skejap kemut~kemut....siamang betul ~.~ Bukannya ada apa~apa pun on the road, cuma bilangan kenderaan yang sangat banyak.....huhuuuuu....
Alhamdulillah...chek slamat sampai rumah dengan gojesnya at 8.30pm :)

Well....apa cik jah rasa? ada rasa nak pegi holiday kat Taiping? heheeee....pegilah...Taiping best woooo! ^_____^



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"