.

.

Apr 22, 2013


Kata orang kalo nak buat aktiviti, tak leh plan sangat sebab takut kecewa. Plan punya plan, tetiba tak jadi....frust kan? Sobb..sobbb tepi tangga.
[Sila nikmati keindahan wedges baru kami captured and styled by Pienkcat...hehee]

Like this trip memang tak plan. Tetiba jar nak pi makan ikan bakar kat Umbai. Dah lama tak pi sana.
Depart from KL around 5pm, makanya kami stand by a back up plan. Manalah tahu, bila dah kenyang perut terasa macam malas plak nak drive balik KL. OTW to Melaka, kami called booking bilik in case nak over night. Nasib baik available.


Kalo ke Umbai, kami suka makan di Parameswara. Kedai yang paling hujung sekali. Sekarang bukan main lagi kedainya, dah extend lebih besaq dan selesa. Kiranya mampu menampung lebih ramai pelanggan di dalam satu masa.


Jeti baru nelayan dan perkhidmatan bot ke Pulau Besar pun dah siap sepenuhnya. Lebih besar dan selesa.


Walkway menuju ke perkampungan ikan bakar terapung Umbai.




Kami selesai makan sekitar jam 10.30pm. Nah! ternyata benar apa yang diramal. Kenyang perut suka hati, kami tak larat pandu, mahu tidoq sini...hehee
Lagipun kami agak mabukk that night. Mabukk ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ketam bakar! hahaa....lazat dan berbaloi!


Kami checked in at Pak Lah Resort at Kampung Pulai, Serkam. Just 5 minutes drive from Umbai.
I came accross to know this resort masa buat survey about accomodation near Umbai last year.


Terdapat banyak homestay di sekitar Umbai yang menawarkan suasana kampung, tetapi bagi kami tempat ini lebih kepada resort. Sebab itu pemiliknya Kak Aishah dan suami letak nama Pak Lah Resort ketika ianya dibuka pada awal tahun 2011.  Resort yang terletak di Jalan Haji Sharip nun di hujung kampung ini memang sangat cantik! Kawasannya luas, bersih dan kemas. Kalo tak masa kan hati kami terpaut...hehee

Resort ini mempunyai 1 Family room dan rasanya kalo tak silap 7 Deluxe room. Harga sekitar RM120 - RM150/night tanpa breakfast.

Salah satu Deluxe room yang mengadap laman utama.


Deluxe room yang berada di bahagian tepi.


Blok deluxe room bersebelahan dengan blok Family room.


Walkway


Family room


Reception office yang sangat cantik.


Pemiliknya Kak Aishah adalah seorang kontrator binaan dan mungkin sebab itulah, beliau bijak dan memahami serta sangat menitik-beratkan keseluruhan penampilan resort ini. Kami kagum dan adore senibinanya yang cantik dan kemas.


Ruang di dalam Deluxe room.
Sangat bersih dan selesa.


TV dan  sinki


Kamar mandi


Kami sangat puji resort ini kerana pemilik cukup menitik beratkan setiap aspek yang ada. Lihat saja penyangkut baju di dalam kamar mandi ini. Memang bergaya!


Details dan prihatin...air freshener juga turut disediakan di dalam bilik. 


Pewangi juga turut digantung di dalam kamar mandi.


Tersedia Surah Yasin dan senaskah Al-Quran di dalam setiap bilik penginapan.


Bench ukiran kayu.


Katil nya juga cantik.


Kawasan laman resort yang luas dan bersih.




 Gazebo


Kebun sayur yang diusahakan oleh pekerja resort.


Perimeter fencing  mengelilingi resort.


Entrance


Kami suka gabungan kebiruan bunga Plumbago, tiang batu dan the red post box. Sweet!



Kawasan kampung di luar resort


This is how my hotel room always looks like when I check out.
Nampak macam baru nak check in jar kan? hehee....

Kami tak boleh lar nak tinggalkan bilik sepah-sepah. Tuala sepuk sini sana, cadar dan selimut bergumpal atas katil. Bantal baling-baling jar. Sampah, plastik, botol air ataupun bekas makanan di tinggalkan macam tu saja di atas meja atau cabinet...eeeeiiii!! kami pantang betul. Mahu plak yang check in tu orang pompuan. Mak budak kar, anak dara kar yang penting kena kemas dan bersih. Bukan susah pun kan. Memang rutin harian. Remember cikjah, it reflects your true personaliti...Ahaa!


Jangan risau kalo di resort tidak tersedia breakfast, terdapat banyak kedai makan di kawasan kampung. Inilah pertama kali kami breakfast ala Melaka. Sangat menakjubkan! Kami terkejut bila melihat orang kampung yang datang makan di kedai nie sumernya makan nasi lemak lauk ikan bakar dan siput goreng cili. Uh! Pukul 8am dah ada ikan bakar? Depa pakat dok sedut siput macam makan tengahari....Wowww!!! Memang ini pengalaman pertama kali bagi kami. Kami ingat Kedahan jar sarapan berat-berat like nasi goreng, nasi lemak, pulut dan sebagainya sebab ia telah menjadi budaya Kedahan kerana pada zaman dulu kebanyakkan Kedahan adalah petani. Sarapan berat diperlukan untuk memberi tenaga membanting tulang di sawah. Tapi, lain pula di Umbai ini, mungkin sebab perkampungan di tepi pantai, maka mereka mewah dengan hasil laut. 


Lepas sarapan, kami jalan-jalan di sekitar kampung. Nice place!



Sebelum balik, kami posing madonna buat kenang-kenangan. InsyaAllah, panjang umur  kami datang lagi dan hope kak Aishah bleh bagi diskon lebih lagi sebab tolong pomot ikhlas.....weeeEeeee!!!

Kalo cikjah datang Umbai dan tak tahu nak bermalam di mana, jemputlah datang ke Pak Lah Resort. Memang selesa, cantik dan bersih.




Apr 19, 2013


Lagi kesah aduan rakyat first party experience untuk panduan dan penilaian cikjah sekalian alam.

Secara umum, kami tak gemar online purchase. Peluang untuk kena tipu atau tertipu adalah sangat tinggi. Maksud penipuan  yang berlaku di sini bagi kami ialah kualiti barang atau servis tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Ini nyata, jelas dan seringkali berlaku.  Penjual mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara online melampaui batas dan di luar kemampuan. Semuanya yang terbaik dan terindah namun penjual gagal menawarkan barangan dan perkhidmatan serta memberi commitment yang terbaik dan setimpal. Ibarat cikjah beli emas, tapi bila dapat, gangsa rupanya. Kecewa.

It is a trend and life is easy nowadays di mana kita boleh beli barangan atau perkhidmatan at discounted price online. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini like Groupon, MilkAdeal, Living Social, Super Deal, My Deal dan banyak lagi. Seumur hidup, kami tak pernah beli.
Namun, disebabkan kami telah tertarik dengan satu tawaran hebat yang sangat berbaloi, maka rekod bersih kami telah tercalar. Kami telah terpedaya hinggakan TERbeli 90 minit pakej spa untuk lulur dan full body massage. Wow!! what a bargain! Iklan pun meletop-letop, of course lar model mat saleh pakai bunga kat telinga tengah kena massage kat tepi pohonan hijau dan frangipani bertaburan walopun iklan itu untuk market rakyat Malaysia. Heran betoi! Awat nak boh gambaq omputih haaa? Well, can't blame me though. I am a spa-goers. I can't resist! I'm going! hahaaa

Lagipun, ia datang ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan badan kami memang penat selepas 10 hari bertungkus lumus kerja kenduri kawen dan bowling tournament 2 weeks ago. Kami berpendapat, inilah masanya untuk memanjakan badan....uishhhhh! tak sabarnya nak massage....yey! yeyy!!

I don't expect much sebab kami tak brapa suka buat spa treatment yang kedainya located at shop houses. Pertamanya sudah tentu takdak garden dan tumbuhan hijau untuk mengharmonikan suasana dan pastinya dikelilingi dinding konkrit. Tak natural. Tapi online ads dan website spa tu bukan main lagi santek. Bunga frangipani bertaburan gitu. Ramai pula yang bagi testimonial best-best dan sangat berpuas hati. Maka hati kami sedikit terubat.

Sebaik langkah pertama diatur memasuki premis spa, huuu-mak-haiii!!! takdak bau wangi-wangian spa langsung! Takdak music spa, tak dak pasu bunga pokok hijau dan takdak penyambut tetamu beruniform batik jawa tersenyum manis menyambut kami. Signboard nama kedai pun takdak!!!
Yang ada seorang pekerja yang berpenampilan kurang memberangsangkan hinggakan terselak t-shirt belakang dan mempamerkan spendernya di pinggang! Uh!! This gonna be great! hahaaa

Sambil pekerja yang kusut masai itu tersandar di kerusi tanpa senyuman dan wajah mesra, kami diajukan soalan olehnya samada nak tambah minyak aromatherapy atau tidak. Jika mahu, bayarannya ialah RM10. Hurmmm...kat online ads takdak cakap apa-apa pun. Anyway, no thank you. Not interested.

Proses melulur bermula. Sangat cepat dan kasar. Cuma 8 minit saja. Selepas lulur, kami  ditanyakan soalan samada nak mandi terus atau tunggu lulur kering, without hesitate dengan pantas kami menjawab nak mandi terus. Kerna kami sudah tidak tahan dengan suasana di dalam bilik lulur. Lantainya berminyak dan licin seperti tidak dimop dan bau lulur atau aroma bilik itu tak wangi langsung. Tapi katanya itu lulur lavender. Betul kar yang kami dengar tu lavender? Ker spenderr? hahaaa.

Sedangkan jika benar itu adalah proses melulur, lulur akan dibiarkan kering seketika sekitar kurang lebih 3-5 minit selepas disapu di seluruh badan. Kemudian lulur akan digosok atau ditonyoh-tonyoh sekali lagi untuk mengeluarkan sel-sel mati di badan. Itu barulah namanya melulur! Ini tak, lepas tonyoh tahap ekspres terus ditanya nak mandi atau biar kering???

Lagi satu penyeksaan bila kami terpaksa shower di dalam bilik air yang dirty! Santek lagi bilik air kami kat rumah. Tak melambangkan bilik air di sebuah spa langsung. Ianya lebih kepada macam bilik air rumah orang bujang lelaki [sorry...ini perumpamaan...hahaa]. Shower glass beqetangg kelabu, perimeter dinding lantai berlumut dan kulat, berus gigi dan ubat gigi serta sabun mandi cap May bersepah di atas rak. Main baling-baling jar....huuu-makkk-haiii!!! Lebihan lulur di lantai bilik mandi masih jelas ketara. Memang kotor lah. Terletak sebuah jacuzi besar di sudut bilik  mandi. Kosong dan berabuk pianggg. Lepas mandi, kami di-offer bed slipper. EEEiiiiii!!! selipar tu kaler putih, tapi dah jadi hitam legammmm. Sangat legammm!!! Uwek! tak lalu kami nak sarungkan kat kaki kami. Takpalah kak, kami kaki ayam atas lantai licin dan berminyak ni pun kami rela.

Tiba pula sessi urut badan. Owh!! apakah salah kami?? Berapa lama lagi penderitaan ini akan berakhir? Seriously kami tidak dapat merasa badan kami dipicit-picit. Ia umpama kami upah seorang tukang urut tulon sapu losen kat badan kami. Tak ada pressure dan teknik urutan yang sangat teruk!!! Tak pernah kami rasakan urutan yang sangat bencana itu. Eeeeeiiii!!! Ngeri! Baru urut separuh kaki, kami ditinggalkan tanpa makluman hampir 5 minit.  Pegi mana kak oii? Hupdate status facebook ka?

To make it more memorable, the tukang urut sepanjang masa dok batuk dan burping! Uwekk! Walopun dia pakai mask tapi adalah sangat tidak sesuai. Dah berpuluh tempat dan spa kami pi, mana ada tukang urat yang dok belahak atau burping sepanjang kami diurut. Kononnya, kalo tukang urut burping, angin badan kita di-transfer ke badan dia...kununnn lar. No manners! Lepas tu asik nak bersembang dan gelak kuat. Hey! kamonlahh. Orang datang spa nak enjoy silent ambiance, aroma wangi bunga-bungaan dan herba, alunan lembut spa music supaya dapat relax dan nikmati urutan. Ni tak, dok tanya itu ini buat silly jokes dengan volume yang super high. Baru nak awang-awangan, terkejut dia batuk plak.

Lega bila sessi urutan ataupun sapu losen itu selesai. Namun, ada satu lagi bencana. Kami diberikan hot wet towel untuk lap sisa-sisa minyak di badan........but! the towel sangat busuk okay! Tak leh nak identify bau apa. Bukan ros, bukan lavender, bukan melur, bukan herbal tea tapi lebih kepada towel jemur tak kering. Bau sabun atau softlan pun takdak. Uwek!

Cepat-cepat kami pakai baju ambil beg dan keluar dari spa yang menggerunkan itu. Tobatt kami tak mo mai dah. Hinsaf!!!
Di-iklankan konsep dan perkhidmatan spa inspired by Samporna island, tapi macam Serbatakkena island jar. Kami harap spa itu dapat memperbaiki mutu servis perkhidmatan dan berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Takmo tipu-tipu indah khabar dari rupa. Tak aci taw! Nasib baik beli at discounted price, kalo bayar at full price...huuuu-makk-haiii...I want my money back!!!

Kami terus balik rumah tak sabar nak mandi dan shampoo rambut. Tak sabar nak get rid the losen smell from my body. Rasa sangat tidak selesa. Lepas mandi, baru keluar semula  pergi dinner. Kami rela!

Moral of the story, jangan mudah tertipu dengan tawaran hebat atau istimewa di laman maya. Kepada depa yang dok advertise products and services online, janganlah ambik kesempatan dan menipu pengguna. It prooves my theory, online purchase sucks! 



Apr 17, 2013

Halloo!

First of all, kalo cikjah prasan [sebab kami memang prasan]....sejak akhir-akhir nie banyak jugak kami dok komplen and share with cikjah pasal itu ini. Maaflah...bukan merungut atau kaki komplen mengadu domba, tapi kami cuba mengenengahkan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan menimpa kami, cikjah dan sesiapa jua. Harapan kami smoga kita sama-sama dapat iktibar dan kepada yang termakan cabai tu janganlah dok buat benda yang tak sepatutnya kepada orang lain. Apa yang penting pada kami ialah komitmen dan budi bahasa.

Kami ada satu lagi aduan rakyat...heheee
Citer sedih giles! Frust tonggeng pun blum tentu bleh cover the sadness...uhukk!

I went back kampung for 10 days for a wedding feast. Wahh! lamanya cuti cikjah. Kenduri 7 hari 7 malam ker hapa? hahaa...
Kebetulan my bff birthday falls one day before the wedding date. Nasib baik cik gayah tu dah rsvp awal-awal nak attend the kenduri siap volunteer nak cuci periuk belanga bagai. So, dapatlah kami plan a surprise party and celebrate ramai-ramai kat kampung nanti.  Yeyyy!!!

Two weeks sebelum balik kampung, kami dah survey kedai kek paling best and meletop-letop kek ciptaannya. Maklumlah, kalo kat KL ada banyak kedai kek dan pelbagai pilihan. Tapi kalo kat Aloq Setaq nun, macam mana? Memang ada kedai kek atau tukang buat kek best, tapi kena survey lar, maklumlah dah hampir 15 tahun jadi orang KL...Ahaks!

Akhirnya, kami jumpa satu kedai kek best. Dalam internet, facebook bukan main dok tepek gambar kek bagai-bagai. Kiranya, kami yang sangat fussy and perfectionist nie terus merasa kagum dengan produk yang dipaparkan. Giles cantik dan harga berpatutan.

Kami pun called and ordered a cake. A special RVC [red velvet cake]. Kenapa special? Ahaa! Special sebab kami customised the cake design. Kelasss ko jah! hahaa. Right after I placed the order,  I sent my cake design photo to the baker via MMS. After 1 day, kami pun SMS the baker sebab she didn't reply my MMS. Bila kami tanya dapat ke tak my MMS, dia kata gambar tak dapat tapi yang lain-lain dapat. Meaning she got the text only.  Larrrr....dah lar tak dapat, dia dok diam-diam saja. Sebab tu kalo kami buat apa-apa, mesti WAJIB follow up. Tapi my MMS went through though. Maxis ni memang nak kena taw.

Then, kami re-send the MMS and followed up by a SMS to notify her that kami dah re-send the MMS [back up plan in case she didn't receive the MMS]. Tudia! sampai begitu skali....hahaaa.
Mestilah cikjah, kami planned a surprise party. Bukan suka hati party.
Again, she didn't reply me. Kesian. Awatlah orang meniaga nie malas nak layan customer??? Tapi bukan main dok iklan kat internet suruh call atau sms for order....haishhhhh

Oleh kerana kami seorang yang sangat organize, sebaik sahaja sampai ke Alor Setar dari Kuala Lumpur, first thing sebaik turun highway kami pegi kedai kek kakak tu instead balik rumah. Tujuan kami nak tunjuk sendiri gambar design kek yang kami order tu. Dah 3 kali MMS dia kata tak dapat. Nak email lagilah....confirm malas check e-mail. SMS pun malas nak reply.
Bila kami tanya dia dapat ke tak the MMS, dia jawab "haaa...gambar tu akak dapat. So, u nak design macam tu lar yer? okay...kak boleh buat"

Fuhh!!! dapat rupanya. Cikjah nampak dak? Macam nie ka berniaga. Takpalah, tak payah bising-bising. Kami bleh tarik nafas lega untuk seminggu lagi sebab segala persiapan penting untuk surprise party dah settled.

The day has arrived. Party scheduled at 3pm. Chewah! Pukul 10am dah kluar rumah excited bawa keta nak pi amik kek. Lalaaalalaaaa...
Tiba-tiba my tepon berbunyi. Trutt! truuttt!! truuttttt!!!

Me: Hello
Akak baker: Hello. Hari tu masa mai kedai akak, ada buka order memo tak untuk RVC?
Me: Tak. Saya pi kedai akak hari tu sebab nak tunjuk design kek jar sebab akak tak reply SMS and MMS saya.
Akak baker: OOooo...tak buka ehh?
Me: Kenapa kak? Saya sekarang on the way nak pi amik kek nie.
Akak baker: Kek depa tak buat sebab haritu u tak buka order memo.
Me: Apa nie kak? Dua minggu lepas saya called dari KL and placed an order, akak kata confirmed. Patutnya akak lar yang buka memo order kat sana. Pesepa nak tunggu saya pi kedai. Saya tak kata nak pi kedai untuk place an order pun. Akak pun tak dak cakap apa-apa langsung pasal kena buka order memo.
Akak baker: Tu lar...akak lupa. Takpa...lar nie lagu nih. Kek dah ada cuma nak kena buat icing. Boleh dak mai amik kek lepas sembahyang jumaat. Pukul 2.30pm macam tu.
Me: Saya ambil pukul 1.30pm. Sebab esok ada wedding, saya ada banyak benda nak settle hari nie. Banyak tempat nak pegi dan kat rumah pun banyak benda nak kena buat.
Akak baker: Oooo...pukul 1.30pm.  Boleh..boleh..
Me: Kek red velvet dah ada ker kak?
Akak baker: Oooo....u order RVC noooh...kena bakar kek dulu lar. Yang ada sekarang sponge kek jer lah.

Chaitt!!!! nie yang buat kami nak carutt nie.....EeeeEEeeeeeeiiiiiii geramnyer!!!!!!!
Tadi cakap kek ada, cuma tinggal nak buat icing jer. Sekarang cakap kek takdak plak, yang ada cuma sponge cake. Kalo sponge kek, akak bagi makan itik jerlah. tak hingin saya buat surprise party makan sponge kek...uh!
Budak kecik celebrate 1 year birthday pun makan chocholate cake taw!!!!
EeeEeeeeiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terbakar, koyak rabak bagai dirobek-robek. Hancur segala plan. Jadi mala petaka jadinya. Awat lar jadi lagu nie? Macam mana nak buat surprise party kalo takdak kek? Alahai. Awatlar orang yang berniaga nie susah sangat nak bertanggungjawab, amanah, jujur, dan berdisiplin. Customer dah order, jangan lar ambil sambil lewa. Lupa atau terlupa is absolutely NOT in the dictionary of orang yang berniaga! Kami order plak bukan pagi nak amik petang on the same day. Kami order 2 minggu awal. Siap SMS, MMS, tepon dan to make it perfect, dari KL kami pi kedai kat Aloq Setaq nun!! Tak cukup lagi kar segala effort yang kami lakukan to make my plan berjalan dengan lancar dan jayanya???

Bayangkan, kalo cikjah di situasi kami dan nak pulak cikjah tempah kek spiderman kar, barbie kar untuk anak cikjah yang kecik tu? alahai! kesian dan hampa anak cikjah. Hanya yang menanggung paham akan maksud kami.


Kami persembahkan, inilah cake design yang kami special request tu. Tengok gambar jer lar...................sebab ended up kami cancelled the order!
Peniaga macam tu tak layak dapat duit kami atau peluang berniaga dengan kami. Uh!
Boleh jar kami nak disclose nama kedai, alamat, no tepon bagai kedai akak baker yang tak bertanggungjawab tu tapi biarlah....biarlah...orang macam tu bisness tak lama kot.

Walopun kami redha dan mungkin bukan rezeki kami, tapi apa yang kami nak sampaikan kat sini ialah komitmen dan disiplin sangat penting kalo nak berniaga. Setakat pandai cakap manis mulut citer seringgit jadi sejuta...forget it lah. Tolonglah wahai peniaga terutama yang dok advertise bagai nak mampusss kat blog, facebook dan mana-mana laman sesawang, jangan lar sekadar indah khabar dari rupa. Meluat! Kalo tak segak, tapi dok edit bagai guna photoshop bagi nampak segak, jumpa live ketahuan jua cikjah oiii segak ke tak segak. Bluek!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"